Pulang

Poetry Series 2151

Saat aku tahu aku tidak mampu memilikimu dengan tanganku sendiri,
aku pergi pada pemilikmu.
yang memegang seluruh hatimu, yang memilikimu selamanya.

Ya, Penciptamu.

Aku pasakkan diri aku menyembah bumi,
Aku tanamkan namamu dalam setiap yang aku panjatkan ke langit,
Aku diamkan diri berserah dan menerima segala sesuatu,
Kerana aku tahu, jika aku pulang pada yang berkuasa, aku menerima apa yang aku perlukan, dan bukan apa yang aku inginkan.

Keinginan dan keperluan, perlu pilih dan menerima salah satunya.
Kerana hidup berdasarkan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan.
Demi baiknya buat diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience