DIA 13

Romance Completed 131781

Tok Tok Tok...

Encik Hamdan mengetuk pintu pejabat Hazzar.

"Masuk." Arah Hazzar sambil tangannya sibuk menaip di atas papan kekunci.

Encik Hamdan menolak pintu kemudian mendekati Hazzar. Hazzar memberi isyarat menyuruhnya duduk.  Encik Hamdan mengikut arahannya.

"Jadi, ada apa encik Hamdan, kenape tiba-tiba nak jumpa Hazz. Ada apa-apa yang penting ke?" Soalnya.

Tak pernah-pernah encik Hamdan datang ke pejabatnya kecuali nak bincang pasal projek, itu pun dekat bilik mesyuarat.

"Hazz ada terima jemputan ke majlis Tan Sri Khalid?"

Hazzar berhenti menaip. Bebola matanya beralih ke arah wajah encik Hamdan. Bibir di gigit sedikit.

"Luqman ada bagitahu Hazz. Tapi kenapa tiba-tiba nak jemput Hazz pulak? Boleh je ajak bonda dengan ayah kan." Ujarnya.

"Nak encik Hamdan bagitahu sebab dia ke? Rasanya kawan-kawan Hazzar dah bagitahu kan?" Hazzar mengangguk.

"Hazz tak nak kahwin dengan Syaza. Dia kan ada Nazrul. Suruh jelah anak dia kahwin dengan Nazrul. Sibuk nak suruh Hazzar kahwin dengan Syaza dah kenape?" Marahnya.

"Yee kalau itu encik Hamdan pun tahu. Tapi ini bukan sahaja permintaan Tan Sri Khalid, bonda dengan ayah kamu pun sama dan... Diorang pernah hantar rombongan dekat Syaza. Sampai sekarang Syaza belum bagi jawapan." Terangnya.

Kening Hazzar hampir bersambung. Dia harap dia salah dengar, tapi dalam realitinya tidak.

"Kejap. Bonda dengan ayah, hantar rombongan? Bila? Kenape Hazz tak tahu!?" Marahnya.

Pantang betul dia bila jadi macam ni. Suka hati tok moyang dia je hantar rombongan meminang. Encik Hamdan teragak-agak untuk mengangguk dan dahinya sedikit berkerut.

"Hazz, tak tahu ke?" Soal encik Hamdan hairan.

Hazzar bangun lalu menolak semua fail yang tersusun di atas meja ke atas lantai. Geram! Encik Hamdan tak terkata. Kot yang tergantung diambil kasar lalu dipakai. Hazzar berjalan keluar dengan wajah bengangnya. Sempat lagi dia menyinggah ke meja PA nya.

"Mira, nanti kemas pejabat aku. Aku nak tengok dia dah tersusun sebelum aku datang balik. Faham!" Mira mengangguk laju.

"Siape yang dah kejut rimau yang tengah tidur ni?" Rungut Mira.

Dalam sibuk menuju ke arah keretanya, seorang perempuan tanpa sengaja terlanggarnya. Hazzar bergerak ke belakang sedikit akibat dilanggar. Sudahlah hati dia panas, dilanggar pula begini. Memang cari pasal. Hazzar merengus geram.

"Awak sa- "

"Kau buta ke!?" Marah Hazzar.

Hanis tergamam. Marah betul!

"Saya minta maaf saya tak sengaja." Ujar Hanis.

"Tak sangaja!? Aku dahlah tengah bengang kau pulak boleh-boleh langgar aku!" Marah Hazzar lagi.

Hanis mengecilkan matanya memandang wajah Hazzar. Macam kenal.

"Sekejap. Saya rasa saya kenal awak. Awak- "

"Kau tak payah nak tukar topiklah! Aku tak kenal kau! Ke tepi." Arahnya.

"Eh tapi- "

"Tepi!!" Tengkingnya lagi apabila Hanis tidak berganjak.

Terhinjut sedikit bahu Hanis mendengarnya. Hanis bergerak ke tepi sedikit. Hazzar melanggar bahunya lalu berjalan ke arah keretanya. Hanis mencebik. Tangannya naik ke dagu.

"Tapi aku rasa aku kenal dialah. Dia... Dia... Dia lelaki yang dengan Ikram hari tu. Betul ker?" Ujar Hanis keliru.

"Tak kut. Lelaki hari tu tak garang macam tu sangat. Tapi memang dia kan? Ahh malas aku nak fikir. Tapi tu dia ke?" Hanis menggeleng laju.

Malas mahu fikir lagi. Hanis meneruskan perjalanannya yang tertunggak tadi.

---

Pintu dihempas dengan kuat. Semua penghuni di dalam rumah tersebut terkejut mendengar hempasan tersebut. Hazzar berjalan ke dapur dengan api yang sedang membara besar.

"Kak Zu, bonda mana?" Soal Hazzar.

Belum sempat Kak Zu menjawab, orang yang dicari-cari sudah muncul.

"Bonda ada dekat sini. Kenape hempas pintu macam tu? Kenape ni Hazz?" Soal bondanya risau.

"Bonda, apa bonda dah buat ni?" Soal Hazzar.

"Bonda buat ape?" Soal bondanya hairan. Macam-macam yang bondanya sudah buat, yang mana satu yang Hazzar maksudkan.

"Bonda hantar rombongan dekat keluarga Syaza. Bonda ni dah kenape? Kenape buat tak bagitahu Hazzar dulu?" Soalnya lagi.

Bondanya berpura-pura buat muka sedih.

"Janganlah marah bonda. Bonda ingat kalau bonda buat macam tu, Hazzar akan suka. Tapi... Bonda silap." Ujar bondanya dengan penuh kepalsuan.

Bondanya melangkah ke taman luar rumah. Punggung dihenyak pada bangku simen yang berada di situ. Kepala ditundukkan. Hazzar rasa bersalah. Dia mengeluh lalu mendekati bondanya. Dia duduk di sebelah bondanya.

"Alaa bonda. Bonda pun tahukan Hazz tak suka kalau orang buat macam ni. Tentu masa depan Hazz." Ujarnya dengan rasa bersalah.

"Bonda buat macam tu sebab bonda tahu apa yang terbaik untuk anak bonda. Lagipun bonda- "

"Yang lahirkan Hazzar ke dunia ni." Sambung Hazzar sambil memandang ke tempat lain.

"Hazz, setuju kan kalau bonda jodohkan Hazz dengan Syaza?" Soal bondanya lagi.

Mendengar soalan bondanya segera Hazzar menoleh.

"No! Hazzar tak nak kahwin dengan dia. Biarlah si Syaza tu nikah dengan Nazrul. Apa kurangnya Nazrul tu. Kacak pun kacak. Kaya jugak." Terang Hazzar.

"Sama macam yang bonda cakaplah. Mak ayah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Macam tok Wan dengan tok Peah kamu. Diorang yang jodohkan bonda dengan ayah. Tengok sekarang, kami hidup bahagia, kekal." Ujarnya.

"Itu dulu bonda. Zaman dulu dengan sekarang berbeza. Berbeza sangat bonda. Cuba bonda tengok kak Jann."

"Kenape dengan Jannah?"

"Kan bonda yang jodohkan dia dengan anak Dato tu, tengok sekarang apa jadi. Anak Dato tu ceraikan dia, dan sekarang anak kak Jann pun dekat tangan bekas laki dia." Terang Hazzar.

Bondanya mengangguk.

"Itu... Bonda mengaku sebab bonda silap. Sebab tu, bonda nak buktikan dekat Hazzar yang bonda tak akan silap lagi." Hazzar menunjukkan lima jarinya.

"Bonda ingat Hazz ni tikus makmal ke? Dahlah bonda." Hazzar bangun dan menuju ke dalam rumah. Langkahnya terhenti seketika.

"Hazzar! Ingat dengan siapa yang Hazz bercakap sekarang ni." Ujar bondanya.

Hazzar merengus lalu kembali melangkah tanpa menoleh ke belakang. Bondanya menggenggam tangan sendiri.

"It's okay Hazzar. I knew Hazzar would follow my instructions." Ujarnya dengan penuh keangkuhan.

Hazzar menanggalkan kemeja yang dipakainya lalu diletakkan di atas katil. Hazzar duduk di hujung katil. Memikirkan kata-kata bondanya tadi. Runsing kepala dibuatnya. Hazzar merebahkan badannya. Kemeja tadi di capai dan diletakkan di atas muka.

Hazzar mengerutkan dahinya. Kemeja tadi dialih ke tepi. Dia bangun dan matanya tertumpu pada kemeja tersebut. Tangannya mengambil kemeja tersebut lalu di dekatkan pada hidung. Dia menghidu bau pada kemeja tersebut, mata dipejam seketika. Wangi.

"Ini bukan bau minyak wangi aku. Macam bau minyak wangi perempuan. Aku mana ada peluk dengan mana-mana perempuan hari ni." Ujarnya hairan.

Dia tidak ada bergaul dengan mana-mana perempuan hari ini, dari mana pula dia dapat bau minyak wangi perempuan ni. Dia baru teringat dengan perempuan yang dilanggarnya tadi.

"Perempuan tu, aku tak ingat muka dialah. Siapa dia? Dia kata dia kenal aku. Aku ada ex yang pakai tudung ke?" Soalnya hairan.

Dia menundukkan kepala cuba mengingati rupa wanita tadi, a.k.a Hanis. Matanya terbuka. Kepala di angkat.

"Hanis!" Hazzar menepuk dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience