B.3 - Tanpa upah

Family Completed 43378

Nenda Rosiah menjeling Jazzlyn sambil berpeluk tubuh. Besar kecil sahaja dia merenung Jazzlyn yang kelihatan bersahaja itu.

"Bonda, Sudahlah tu. Sudah tiba masanya bonda maafkan Azizah. Terimalah Jazzlyn, bonda."Lembut sahaja Mahathir bersuara.

Mereka bertiga sedang berbincang di luar bilik pejabat untuk menerima kedatangan Jazzlyn.

"Dari jauh Jazzlyn datang ke sini semata-mata untuk bertemu dengan keluarga yang tidak pernah dia jumpa. Takkan kita nak halau dia macam tu. Kesian dia." tambah Mahathir lagi.

"Aku tak suka dia. Lagi-lagi dia anak haram dari anak yang aku tak suka." Balas Nenda Rosiah dengan angkuhnya.

"Lagi pun kau tengok pakaian dia tu. Entah apa-apa. Sakit mata aku ni. Tengok dari cara pakai macam tu dah tahu dia sama nakal dengan maknya." sindir Nenda Rosiah.

"Betul tu bonda. Selalu orang yang macam ni bukan setakat nakal tapi jahat." Desis Wati menambahkan perencah.

Mahathir mengeluh melihat 2 beranak di hadapannya.

"Bonda, ubahlah sikit perangai bonda tu. Bonda bukan muda macam dulu. Kamu pun Wati jangan nak jadi batu api sangat." tegur Mahathir. Tergeleng-geleng kepalanya melihat kedua perangai emak dan adiknya yang dari dulu sehingga sekarang tidak berubah.

Wati yang mendengar teguran itu menjulingkan matanya.

"Sampai sekarang Along tak faham dengan Bonda. Kenapa Bonda benci sangat dengan ibu Jazzlyn tu? Dia kan anak Bonda juga tapi kenapa Bonda beri layanan seolah-olah Azizah tu bukan anak kandung Bonda."

Nenda Rosiah tidak memberikan jawapan. Hanya dengusan kasar sahaja yang kedengaran.

"Bonda, Terimalah Jazzlyn tu. Berubahlah Bonda sebelum terlambat." kata Mahathir lagi.

Suasana terjeda sekejap. Kelihatan Nenda Rosiah sedang memikirkan sesuatu.

"Baiklah. Aku boleh terima dia. Tapi dengan satu syarat." ucap Nenda Rosiah setelah lama berfikir.

Terpamer riak wajah gembira di wajah Mahathir.

"Betul,Bonda?" Mahathir meminta kepastian.

"Dengan syarat budak tu bukan duduk goyang kaki di sini. Dia perlu buat kerja di dalam Resort ni. Kebetulan kita kekuranga staff." Nenda Rosiah menyatakan syarat agar Jazzlyn boleh terus tinggal disitu.

"Bonda, tak bolehlah macam tu. Memang kita kekurangan staff tapikan anak-anak Along kan ada tolong bantu uruskan Resort ni. Amelia pun ada. Jazzlyn dia baru sampai di sini kita tak boleh suruh dia macam tu."

"Eh, apa pula sebut anak aku. Amelia tu sibuk. Banyak yang dia kena buat. Takkan nak kemaskan bilik-bilik kat Resort ni. Mana boleh." cantas Wati sambil memberikan jelingan kepada Mahathir apabila menyebut nama anaknya untuk menguruskan Resort ini.

Mahathir hanya mengelengkan kepalanya. Tidak faham dirinya. Apa yang dilihatnya anak saudaranya itu seharian hanya berpeleseran sahaja. Tiada yang sibuk sampai tidak boleh membantu menguruskan Resort ini.

"Dah itu keputusan muktamad aku. Budak tu nak terima ke tak nak lantak. Kalau dia tak nak dia boleh angkat kaki." putus Nenda Rosiah dengan tegas.

Wati yang berada di sebelah Nenda Rosiah tersenyum sumbing.

* * *

"Aku boleh bagi kau duduk sini tapi kau kena kerja di sini. Bersihkan kawasan Resort dan setiap bilik yang ada disini. Kebetulan staff housekeeping baru sahaja berhenti." Kata Nenda Rosiah dengan tegas.

Jazzlyn tidak terus menjawab. Tangannya disilangkan di dadanya. Jari telunjuk kanannya dilihat digoyangkan beberapa kali mengetuk tangan kirinya. Tidak lama kedua tangan itu didepangkan.

"Tak ada masalah bagi saya. Bukan susah pun." jawab Jazzlyn dengan mendatar.

"Tapi tak ada upah." dengan pantas Wati berkata.

"Wati!" Terbeliak mata Mahathir tanpa menyangka Wati akan berkata begitu.

"Yelah, dia kata dia datang sini bukan niat nak tuntut hakkan. Jadi aku nak tengok apa betul ke dia cakap macam tu." kata Wati dengan wajah menyeringai.

"Betul kata Wati. Kalau dia tak ada niat lain datang sini mesti tak kisah kan." sokong Nenda Rosiah.

Satu keluhan dan gelengan dilepaskan oleh Mahathir.

"Ok. Small matterlah. Tak kisah pun. Bukan saya hadap sangat dengan duit Nenda tu." Jazzlyn membalas dengan bersahaja. Bagi Jazzlyn wang ringgit bukan masalahnya. Yang penting adalah misi utamanya kedatangan disitu. Satu senyuman penuh makna terpamer di wajahnya.

* * *

Jazzlyn memasukkan anak kunci ke dalam tombol pintu. Setelah itu dipusingkan tombol pintu itu. Dengan perlahan Jazzlyn menguak pintu terbabit. Terbuka sahaja pintu itu satu bauan yang tidak disenangi menyerbu ruang hidungnya. Jazzlyn dengan pantas menutup hidungnya. Dengan perlahan dia melangkah ke dalam bilik itu. Bilik yang dipenuhi habuk dan bau hapak kerana bilik itu sudah lama tidak berpenghuni.

Jazzlyn melangkah di katil bujang yang tersedia di dalam bilik itu. Diangkat bantal dengan hujung jarinya lalu diciumnya. Terbatuk-batuk Jazzlyn apabila bantal itu dekat pada hidungnya. Di campak bantal itu. Wajahnya terpamer riak rimas dan geli dengan keadaan bilik itu.

Tok! Tok!

Terdengar bunyi ketukan di pintu. Dengan pantas Jazzlyn keluar untuk melihat gerangan yang datang. Terlihat wajah tua Mahathir yang tidak lekang dengan senyuman.

"Maafkan Pak Long ye. Ini sahaja yang mampu Pak Long sediakan." Ucap Mahathir dengan cukup lembut. Jazzlyn dengan senang membalas senyuman Mahathir.

"Tak apa,Pak Long. Ni pun dah cukup. Saya tak kisah pun."

Bilik yang kotor dan berbau itu akan menjadi bilik penginapannya. Bilik tersebut adalah bilik khas untuk pekerja di situ. Namun bilik itu sudah lama tidak digunakan kerana pekerja mereka kebanyakkan memilih untuk tinggal di luar.

"Ikutkan Pak Long nak je kamu tinggal dengan Pak Long dan Nenda kamu. Tapi tulah." Lirih sahaja suaranya.

Terkenang semula situasi tadi dimana Nenda tidak membenarkan Jazzlyn untuk tinggal bersama mereka di rumahnya yang berada tidak jauh dari Resort mereka. Alasan yang diberikan tiada bilik malah rumahnya sudah penuh oleh Mahathir sekeluarga. Mahathir mencadangkan untuk tinggal di salah satu bilik Resort yang kosong namun ditentang hebat oleh Nenda Rosiah. Katanya bilik itu hanya untuk pelangan sahaja. Nanti waktu puncak bilik mereka tidak akan mencukupi kalau diberikan satu kepada Jazzlyn. Akhirnya mereka memutuskan bilik pekerja yang sudah lama tidak diduduki itu.

"Hah! tak apalah Pak Long. Nak suruh Jazz duduk dalam khemah pun Jazz tak kisah." seloroh Jazzlyn bagi mengurangkan rasa bersalah di hati Mahathir itu.

Mahathir tersenyum hambar mendengar seloroh itu. Mahathir menilik seluruh wajah Jazzlyn. Berkerut wajahnya melihat wajah Jazzlyn. Jazzlyn yang perasan akan renungan Mahathir itu hairan.

"Kenapa Pak Long pandang saya macam tu?" Tanya Jazzlyn membuatkan Mahathir tergamam.

"Oh, Maafkan Pak Long. Tapi Pak Long tengok rupa kamu tak ada langsung iras dengan Azizah." itulah yang difikirkan olehnya sewaktu bertemu dengan Jazzlyn tadi. Rupa Jazzlyn langsung tiada rupa adiknya, Azizah.

Jazzlyn tersenyum mendengar kata-kata Mahathir.

"Mungkin saya ikut rupa ayah saya." jawabnya sambil mengangkat bahunya sedikit.

Mahathir terangguk-angguk namun riak wajahnya seperti ragu-ragu. Jazzlyn dapat menangkap wajah itu. Dikeluarkan peranti telefon berjenama Iphonenya lalu digeserkan skrin telefon itu. Dicari-cari sesuatu di dalam telefonnya. Dihulurkan telefon itu kepada Mahathir apabila menemui apa yang dicarinya.

"Nah. Ni gambar saya dengan ibu saya."

Mahathir terus mencapai telefon itu. Di usap-usap skrin telefon itu melihat wajah adik yang selama di cari. Kelihatan wajah Azizah yang penuh keceriaan sambil berpelukkan dengan Jazzlyn dengan penuh kasih sayang. Rindu sungguh dengan adiknya itu. Kolam matanya terasa hangat. Matanya mula berkaca.

"Tak pernah Pak Long tengok senyuman Zizah. Manis sungguh senyumannya." Mahathir kesal kerana tidak dapat melindungi Azizah. Dahulu sewaktu Azizah sering dipukul oleh Bondanya dia tidak berani untuk membantu Azizah. Dia hanya mampu melihat dari jauh sahaja kerana jika dia menghalang pasti dia turut dipukul. Oleh itu, bila dia melihat kedatangan Jazzlyn dia nekad untuk menjaga Jazzlyn tidak kisah apa niatnya.

"Ye, kalau dulu ibu menderita sekarang ibu bahagia dengan kami." Lirih Jazzlyn berkata sambil merenung wajah tersenyum Azizah.

"Pak Long gagal jaga adik Pak Long. Pak Long dulu pengecut tak lindungi ibu kamu dari di seksa oleh Nenda." Kata Mahathir dengan cukup sayu.

Jazzlyn menatap wajah tua dihadapannya. Terlihat wajah sesalan.

"Bukan salah Pak Long. Ibu selalu cerita Pak Long baik. Selalu beri ibu ubat. Kalau Nenda tak beri ibu makan Pak Longlah yang curi-curi bagi makanan pada ibukan."

Mahathir terangguk-angguk sambil mengosok matanya agar tidak mengalirkan air mata.

"Tilam tu dan bantal tu nanti Pak Long tukarkan yang baru. Dah lama sangat tilam dan bantal tu. Takut gatal pula nanti bila kamu tidur." Mahathir mengubah topik perbualannya agar suasana tidak menjadi janggal.

Jazzlyn terus memandang katil dan bantal yang dikatakan. Lalu dengan laju Jazzlyn mengangguk.

"Nanti Pak Long panggil orang tolong kemaskan bilik ni ye." katanya lagi.

Jazzlyn menjawab dengan anggukan sahaja.

Mahathir meminta diri untuk mengambil barang-barang yang diperlukan oleh Jazzlyn. Tinggallah Jazzlyn seorang diri. Jazzlyn membuka kesemua tingkap di dalam bilik itu agar bauan hapak di dalam bilik itu dapat berkurang. Jazzlyn membasahkan kain buruk lalu mengelap di kawasan yang dipenuhi habuk. Tengah ralit Jazzlyn mengemas tanpa disedari biliknya di datangi dengan seorang gadis yang sebaya dengannya.

"Boleh saya tolong?" tanya gadis itu dengan ramah mengejutkan Jazzlyn.

"Opocot mak kau!" latah Jazzlyn lalu dia memegang dadanya dan digosok-gosokkan kerana terkejut. Berdetak laju jantungnya berdegup. Si gadis itu terus mendapatkan Jazzlyn.

"Ah, Maafkan saya sebab buat awak terkejut." kata gadis itu panik. Terpancar riak bersalah di wajahnya.

Jazzlyn merenung gadis di hadapannya. Ditatapnya gadis yang cukup lembut dan ayu itu. Terukir senyuman dibibir gadis itu.

"Siapa kau?" tanya Jazzlyn apabila detak jantungnya mula berirama normal.

"Oh, Maaf. Saya Tahlia. Anak abah saya. Pak Long awak." Tahlia memperkenalkan diri sambil menghulurkan salam perkenalan.

"Oh...kira kita ni sepupulah." kata Jazzlyn menyambut salam Tahlia.

"Ye betul tu. Selain saya ada abang saya namanya Izdan dan juga Amelia anak Mak cik Wati." Beritahu Tahlia mengenai abangnya dan seorang lagi sepupunya.

Jazzlyn mengangguk lalu diteruskan pekerjaannya yang tertangguh. Tahlia dengan pantas turut membantu Jazzlyn tanpa disuruh. Tahlia memang seorang yang ringan tulang dan peribadinya amat disenangi oleh pekerja di Resort itu. Bukan setakat pekerja malah seluruh pulau amat menyenangi Tahlia.

Hasil gotong-royong Tahlia dan Mahathir bilik itu dapat dibersihkan dengan cepat dan Jazzlyn dapat merehatkan dirinya setelah seharian menempuh perjalanan yang jauh dan memenatkan. Jazzlyn membersihkan dirinya setelah kedua beranak itu meminta diri memberikan ruang kepada Jazzlyn.

Setelah dia membersihkan diri dicapai telefon pintarnya lalu jarinya dengan laju menari-nari di skrin telefon. Setelah itu, telefonnya di campak ke katilnya dan dia terus merebahkan dirinya di atas katil bujang itu. Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya terdengar telefonnya berdering minta diangkat. Dengan lemah dicapainya lalu dilekapkan telefon itu di telinganya.

"Hello." sapanya dengan suara lemah kerana keletihan.

"Kau dah sampai sana?" tanya suara di hujung talian.

"Hmmm.."balasnya sambil badannya mengiring ke kanan. Telefonnya dibiarkan melekap di telingganya tanpa memegang. Matanya dipejamkan.

"Kau ok tak kat sana?" tanya suara itu lagi.

"Aku ok. Kau jangan risau." jawabnya mendatar.

Terdengar keluhan di hujung talian.

"Kenapalah kau suka buat kerja gila ni?"

Jazzlyn yang tadi memejamkan matanya terus membuka matanya.

"Mana ada gila. Aku buat untuk kebaikan semua." cantas Jazzlyn.

"Yelah. Benda ni sebenarnya bukan...."

"Aku datang sini bukan setakat tu sahaja. Aku nak release tension dengan apa yang sedang berlaku." potong Jazzlyn sudah duduk dibirai katilnya.

"Kau kat sana tak ada orang kenal kau ke?"

"Dengan penampilan aku sekarang takkan ada orang kenal. Buktinya dalam perjalanan ke sini tak ada seorang pun tegur aku. Jadi kau tak perlu risau."

"Kau pasti ke? Memanglah kau dah lama tak muncul...."

"Dah. Aku tak nak cakap pasal hal tu. Bertambah serabut kepala otak aku ni. Ok lah aku penat ni. Aku nak rest dulu. Ok bye." Jazzlyn terus mematikan panggilannya.

Badannya terasa penat dan kepalanya terasa berat untuk memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya. Apa yang pasti dia yakin bahawa orang-orang dipulau ini tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience