Bab 13

Crime Series 28563

Aku masih mahu mengurungkan di dalam bilik gelap ini. Tapi... Tiada tanda-tanda Qarl mahu memujuk aku.

Sampai hati... Tak guna punya mafia. Mana cukup dengan nasi goreng malam tadi. Kalau nak minta maaf, kena lakukan dengan seikhlas hati.

Pintu bilik terkuak. Terpacul wajah Qarl di muka pintu.

Dia mendekati aku.

"Anna. Kau marahkan aku lagi ke?"

Aku memalingkan muka ke tepi. Jual mahal tetiba.

"Okay. Look.. I'm sorry, Anna. Semalam tu aku tak sengaja. Tetiba aku jadi moody. Maafkan aku."

Aku menjulingkan biji mata. Aku rasa terguris. Dia ingat aku suka ke kena culik macam ni? Kalau boleh... Aku nak lari sekarang jugak.

"Anna. Please say something."

Aku memandang dia. Menjeling tajam.

"Awak macam tak hargai apa yang saya buat. Lepaskan saya, Qarl. Kenapa awak nak seksa saya? Kurung saya dalam rumah ni?"

Qarl menghela nafas.

"Sebab aku perlukan kau, Anna. Aku rasa bosan kalau kau takde depan mata."

Bosan?

"I'm not your boneka, moron!"

"Katalah apa saja, aku memang takkan lepaskan kau."

Qarl masih berkeras. Dia takkan biarkan aku lari.

Damn you, Qarl Lee.

"Jom, Anna. Kita keluar."

Aku memandang dia kembali.

Keluar? Mahu pergi mana? Inikah masanya untuk aku lari?

"Ikut awak pergi mana?"

"Jangan banyak tanya. Ikut je aku."

Eh, kau yang ajak. Aku berhak nak tanya lebih.

"Taknak. Saya taknak ikut awak. Saya nak sambung tidur. Dah... pergi."

Aku membaringkan diri di atas tilam keras itu.

Tidak semena, Qarl juga membaringkan diri di sebelah aku.

Eh mamat ni. Dah gila ke?

"Apa awak buat ni?"

Dia menutup matanya.

Lantas, aku bangun dari perbaringan.

"Kalau kau tidur, aku pun mahu tidur jugak."

"Awak kan ada bilik. Tidur la kat sana."

"Taknak. Come... Baring sebelah aku."

Ni yang aku tak suka ni. Dia buat aku jadi takut.

Aku menggelengkan kepala.

"Okay. Saya ikut awak. Tunggu saya mandi dan bersiap kejap."

Qarl Lee akhirnya senyum kemenangan.

Aku terpaksa. Kalau tidak, aku takut dia paksa aku buat benda yang bukan-bukan.

"Okay. Aku tunggu kau. Cepat la mandi. Patutlah busuk masam."

Eleh. Mengata aku je kerja kau.

Aku berlalu ke biliknya. Mahu mandi. Tak faham aku dengan mamat mafia ni.

Terlebih pelik dia ni.

Done bersiap.

Dia kulihat tersenyum memandang aku atas bawah.

"Comel kau pakai jaket aku."

Jaket hitam yang tersarung di tubuh aku pandang sekilas.

Biasa je.

"Come... Ikut aku."

Dia menarik tangan aku.

"Tak payahla pegang. Saya tak lari pun."

"Kalau kau lari, ingat sikit nasib family kau dekat kampung."

Dia berbisik di telinga aku. Seramnya.

"Jangan cuba apa-apakan orang yang saya sayang."

Dia senyum sinis.

"Kalau macam tu, ikut je apa yang aku suruh buat."

Aku terdiam. Rasa gerun dengan ugutan dia.

"Aku bawak kau sekali, sebab aku taknak tinggalkan kau seorang diri kat rumah tu. Aku taknak benda yang sama berulang. Aku tak percayakan mereka. Kau milik aku sorang, Anna."

Sumpah seram. Tetiba dia claim aku milik dia.

Qarl Lee menakutkan.

Dia membukakan pintu kereta untuk aku.

"Jangan cuba-cuba nak lari."

Sekali lagi dia mengugut.

Kereta meluncur pergi.

Kami tiba di kawasan sunyi sepi.

"Kita nak buat apa kat sini?"

"Ikut je. Kat dalam nanti, kau jangan banyak cakap. Diam je. Faham?"

Aku mengangguk.

"Jom. Rangkul tangan aku."

Aku mengikut kata dia.

Sepertinya... Ini kawasan ahli kongsi gelap.

"Aku nak kau menyamar jadi perempuan simpanan aku. Tunjuk mesra sikit dengan aku. Takut diorang berminat kat kau."

Aku mengangguk.

Qarl memeluk pinggang aku. Rapat.

Setibanya di dalam, beberapa orang mafia memandang kami.

Kami menghampiri seorang lelaki berbadan besar. Bonzer barangkali.

"Password?"

"056782."

Nombor yang aku sendiri tak ketahui.

"Masuk. Bos nak jumpa kau, Qarl."

Aku melemparkan senyuman ke arah bonzer itu tetapi dibalas dengan jelingan.

Kami berjalan melintasi sebuah bilik. Ada beberapa orang gadis seksi sedang mengurut seorang lelaki berumur 50 an.

Yang lain seperti bergesel manja. Eeii gelinya.

Mereka perempuan simpanan si tua itu barangkali.

"Senyum. Jangan lupa bermesra dengan aku. Kalau nak selamat keluar dari sini."

Patutlah Qarl suruh aku pakai cap. Tak bagi aku pakai hijab.

"Hello, Mr. Ramon. Long time no see."

"Hai, Qarl. Long time no see you."

Mereka bertegur sapa.

"Duduk, Qarl. Wah, I ingat you sudah tidak mahu join kami lagi."

Qarl senyum.

"No la. I still begini. Teruskan legasi mafia."

Menyampah aku nak dengar.

"You mahu apa datang sini?"

Seterusnya, mereka berbicara dalam bahasa Mandarin. Sepatah haram aku tak faham.

Mr. Ramon memandang aku atas bawah. Mata orang tua ni, gatalnya. Mengerling aku macam nak telan.

"Who is pretty young lady? Nampak macam barang baik."

Aku terkedu. Aku cuma diam.

"She is Anna. My girlfriend."

"Anna, he is my uncle. Mr. Ramon."

Aku tersenyum manja.

"Hai, Mr. Ramon. Nice to meet you."

"She's very pretty and cute, Qarl. Mana lu jumpa Amoi cantik ni?"

Qarl tiba-tiba mencium pipi aku. Dan aku... Terpaksa ikut rentak dia.

"Adela. Takkan I nak kena bagitau you, uncle. She's mine okay."

"Melepas. Kalau dia bukan milik you, I nak dia."

Seramnya. Aku seperti dijadikan bahan taruhan.

Qarl Lee mengenggam tangan aku. Agaknya dia tahu aku tengah gemuruh.

"No way. I love her so much. Sorry, takleh nak share dengan sesiapa."

"Anna, Qarl ni hebat tau. Hebat dalam menembak. Kalau you mainkan hati dia, silap haribulan you mati di tangan dia."

"Qarl, jarang I tengok you dengan mana-mana girl. But, Anna memang cantik. Padan dengan you."

"You berdua macam loving couple."

Mana tidaknya, dari tadi, Qarl asyik cium leher aku je. Gatal betul mamat mafia ni, suka ambil kesempatan.

Aku tahu dia sedang berlakon. Aku pun sama. Melentokkan kepala di atas bahu dia.

Takut juga kalau-kalau mereka tahu kami sedang berlakon.

"By the way, uncle. Mana pistol baru yang you janjikan tu?"

"I nak tengok."

Pistol? Mamat mafia ni nak menembak lagi ke?

Seorang lelaki membawakan sebuah kotak. Di dalamnya terdapat peluru dan pistol.

Aku gerun. Hentikan, Qarl. Tolong jangan menembak lagi.

"Sayang, ni la pistol baru yang I cakap kat you tu."

Aku tergamam.

"Oh I see. Cantik la darling."

Aku terpaksa melibatkan diri dalam lakonan dia.

"Okay, I setuju nak beli pistol ni. How much?"

"50k."

What? Mahalnya.

Aku memandang Qarl dengan rasa kurang percaya.

"Okay. Deal."

Mereka berjabat tangan.

Cek dihulurkan.

Qarl menjinjit kotak berisi pistol itu. Beli pistol untuk apa? Nak tembak aku ke? Ataupun dia nak bunuh orang lagi?

Please don't, Qarl.

"Hey, Qarl. Kalau you dah taknak Anna, pass dekat I okay. Boleh dia layan I. Cantik.. I suka girl yang macam ni. Barang baik."

Aku rasa nak nangis je. Takut...

Kenapa kau bawak aku ke sini, Qarl?

"Bye Mr. Ramon."

Aku memeluk Qarl erat. Memejamkan mata. Tak sabar nak keluar dari tempat neraka ni.

Sebaik saja keluar, aku masih menggigil. Teringat kata-kata orang tua gatal tu.

"Anna, are you okay? Kita da selamat keluar."

Aku membuka mata.

Thanks, god.

"Jangan bawa saya ke sini lagi. Saya takut."

"Okay. I'm sorry. Dah jangan takut, dia takkan berani kacau kau selagi aku hidup."

Kami masuk ke dalam kereta.

"Kenapa awak beli pistol tu? Awak nak bunuh siapa lagi?"

Dia mendiamkan diri.

"Cukuplah, Qarl."

"None of your business, Anna."

Okay. Okay. Aku tak layak nak menyibuk hal kau. Lebih baik aku mematungkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience