Chapter 02

Fantasy Completed 2854

Keesokan harinya aku terbangun apabila sinaran matahari menyilau mataku. Aku tertidur dia bawah teduhan sebatang pokok besar bersama beg galasku. Aku bangkit lalu terpisat-pisat aku melihat keadaan sekeliling. Kabus. Sunyi. Hanya bunyi kicauan burung sahaja didengari. Aku menggalas begku lalu berjalan perlahan-lahan sambil makan biskut yang kubawa dari rumah.

Ke manalah aku mesti pergi? kenapa bandar New York sudah menjadi seperti bandar gelandangan. Habis berselerak. Darah-darah berlumuran. Senapang dan peluru merata. Aku terpijak satu senjata yang masih berisi pelurunya. Aku adalah juara dalam pertandingan menembak dan memanah dan ia tidak membuat aku gentar untuk menyentuh senjata.

Aku melihat kawasan perumahan ini sudah tidak ada penghuninya langsung. Sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi-bunyi manusia yang sudah dijangkiti virus pelik. Aku berdiri sejenak apabila ternampak sebuah bangunan, ternampak beberapa orang askar sedang meronda bersama senjata mereka. Baru sahaja ak mahu bergerak ke arah mereka, seseorang berbadan sado menekup mulutku dan menarik aku sehingga ke belakang sebatang pokok. Aku melihat lelaki itu seakan-akan meminta pertolongan daripada aku dan dia menyuruh aku untuk senyap. Aku mengangguk.

"jangan bising. Nanti askar-askar tu akan terus tembak awak." kata lelaki itu. Mujur ali tak ke sana. "Nama saya Mik. Awak?" tanya lelaki itu sambil membetulkan tali kasutnya. "Nama saya Eve." balas aku. Mik mengangguk. "Marilah ikut saya. Saya nak menuju ke sebuah bangunan yang boleh selamatkan kita." aku melihat peta yang ditunjuk oleh Mik. "Boleh percaya ke peta ni?" tanya aku dengan reaksi pelik. Mik mengangguk bersungguh-sungguh.

Aku hanya mengikut jejak langkah Mik bersama peta tersebut. Bila lah boleh sampai ke bangunan itu? badanku sangat letih dan kehausan. Bekal air yang aku bawa hampir mahu habis. Tinggal beberapa kali teguk sahaja.

"Mik berapa lama lagi kita mahu sampai ke sana?" tanya aku kepenatan. Sudah tiga berturut-turut kami berjalan hanya mencari bangunan yang selamat itu. Aku sudah putus asa. Agaknya sudah berapa kilometer jauh aku berjalan bersama Mik. Mik terdiam. "Nak saya dukung awak ke? kita sudah hampir ke bangunan tersebut." Mik menawarkan dirinya untuk mendukung aku biar betul. Mik masih menunggu jawapan daripada aku. Aku tersengih. Mik menarik tangan aku lalu menyuruh aku naik atas badannya.

Hari semakin malam, aku dan Mik berehat sebentar dan akan menyambung semula perjalanan kami pada esok pagi. Aku baring di atas riba Mik. Aku mula rapat dengannya kerana dia sangat prihatin denganku. Dia membuat aku berasa selamat bersamanya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya menyebabkan aku dan dia basah kuyup. Mik membuka jaketnya lalu meletakkan pada bahuku. Aku kesejukkan. "sebenarnya saya rasa kita sudah pun sampai di kawasan bangunan tersebut." aku teruja. Di manakah bangunan tersebut. Cepatlah nampak supaya aku dan Mik dapat berteduh.

Aku terdengar bunyi pelik sayup-sayupan semakin lama semakin dekat. Aku dan Mik kekal bersama sambil memegang senjata. Aku menarik beg galas aku dan Mik. Aku terkejut kerana kami terperangkap dengan makhluk-makhluk tersebut sehinggakan peluru senapangku habis begitu juga dengan Mik. Terpaksa kami berlawan menggunakan tenaga.

"Lari Eve!" menjerit aku apabila Mik terkena gigitan makhluk tersebut.

BANG BANG BANG!

Sebanyak beberapa das tembakan dilepaskan pada makhluk tersebut termasuk Mik. Aku tergamam. Rupa-rupanya yang melepaskan tembakan itu adalah penghuni bangunan yang dikatakan oleh Mik. "Kau je ke yang selamat? kawan kau tu dah kena gigit. Aku terpaksa." kata salah seorang lelaki disitu. Aku terdiam. Masih mendiamkan diri. Trauma.

Lelaki itu menarik aku membawa masuk aku ke dalam bangunan tersebut.

"Dalam bangunan ni, kau seorang sahaja perempuan. Yang lain semua lelaki." kata lelaki itu. Aku mengangguk kecil.

"Dua perempuan okey!" kata salah seorang perempuan yang kelihatan seperti tomboi tu. Lelaki itu mendengus. "Yelah. Dua. Tu nama dia Rey." aku hanya mampu mengangguk sahaja. Badan aku terlalu sakit dan letih. Tiba-tiba pandanganku gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience