Bab 81

Romance Completed 78326

Pulang dari Filipina, Luqman mengambil keputusan untuk menjenguk kubur Dariya. Dah lama rasanya dia tak datang jenguk kubur Dariya sampaikan rumput pun dah mula tumbuh di sekitar kuburnya. Luqman duduk di atas kasutnya yang dijadikan sebagai alas.

Yasin dibaca dengan penuh rasa yang bercampur aduk di dalam hatinya. Rasa rindu pada Dariya mula mencengkam dalam hatinya tapi segera dia meredakan perasaan itu sedikit demi sedikit.

Selesai membaca Yasin, Luqman mula mencabut rumput-rumput kecil di sekitar kubur Dariya. Dariya…saya harap awak tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang diredhai Allah. Saya dah ambil keputusan untuk bersama dengan Gia tapi awak akan tetap ada di dalam hati saya. Nama awak takkan pernah lupus dari ingatan saya.

Awak jangan risau. Saya akan jaga ibu sama macam mana saya jaga mama saya. InshaAllah…

Telefonnya bergetar di dalam kocek seluar. Ada panggilan masuk. Dari Taufiq. Luqman pantas bangun lalu menyarungkan kasutnya dan keluar dari kawasan perkuburan. Panggilan pertama terputus. Panggilan untuk kali kedua masuk. Luqman segera menjawab.

“Hello Fiq. Ada apa?”

“Bro…aku dengan beberapa orang polis tadi dah pergi dekat gudang tempat Danial buat kegiatan haram dia tu. Kau tahu tak kitaorang sampai sana je gudang tu dah
kosong.”

“What?!”

“Ye. Dah kosong! Aku rasa diorang dapat trace yang kita nak serbu gudang dia.”

“Ajaib kalau dia dapat tahu. Dia dapat tahu dari siapa ehhh?”

“Yang tu aku pun tak sure. Nak kata Madam Valona, macam mustahil sebab Madam Valona dah bagi semua maklumat dan bukti kegiatan haram Danial. Tapi tulah aku terfikir jugak macam mana diorang tahu sedangkan kita rancang senyap-senyap.”

“Aku rasa Danial bukan jenis yang biasa-biasa orang dia. Cekap macam mana pun kita dia lagi cekap.”

“Cuma dapat tangkap beberapa orang suruhan Danial je tadi. Tapi Danial dengan yang lain-lain hilang.”

Kau ni memang licik Danial!

“Ok thanks bro.” Panggilan diputuskan.

Hesy!!! Apa yang susah sangat nak tangkap kau ni Danial! Tak apa…tak selamanya hari kau. Akan muncul jugak hari untuk kau kena tangkap. Jangan ingat selama-lamanya kau akan hidup senang.

DANIAL menghempaskan telefonnya ke atas lantai sebaik saja membaca berita panas berkaitan dengan Gia. Gia sudah pun masuk agama Islam. Ini membuatkan Danial tak berpuas hati. Tak guna betullah!

Kau masuk agama Islam mesti sebab Luqman tak guna tu! Kencang nafas Danial dibuatnya. Memang naik hantu bila dia baca berita tu. Kau jangan ingat bila kau dah masuk Islam, aku akan lepas kau macam tu je Gia. No way! Aku takkan mengalah dengan si bodoh Luqman tu!!!

Danial keluar dari bilik dan turun ke bawah menghampiri Madam Valona yang sedang menikmati makan malamnya. Leher Madam Valona dicengkam dari belakang. Terbatuk-batuk Madam Valona.

“Kau punca semua ni kan?!”

“Apa maksud kau?”

“Kau jangan nak bodoh-bodohkan akulah! Gia masuk Islam sebab Luqman tu kan dan sebab kau izinkan, kan?!”

“Mana ada! Kau jangan nak tuduh aku!”

“Aku takkan percaya kau sesen lagilah Valona! Kau ingat selama ni aku bodoh sangat ke nak percaya kau bulat-bulat?! Aku tahu kau yang bagi maklumat pasal kerja haram aku dekat pihak polis kan?! Kan?! Kau ni memang tak gunalah!” Madam Valona ditarik dan badannya dihempaskan ke atas lantai. Sakit pinggang dia dibuatnya kena hempas macam tu.

“Kalau aku tahu kau nak khianat aku sampai macam ni sekali, aku dah bunuh kau dari dulu lagi!!!” Pinggan makan diambil dan dihempaskan ke lantai. Bersebelahan dengan kepala Madam Valona.

Lola menahan rasa takutnya. Ini kali pertama dia tengok Madam Valona dan Danial bergaduh teruk macam ni.

“Kau ingat aku nak dengar cakap kau ke hah Danial?! Aku dah penat ikut arahan bodoh kau yang akhirnya akan makan diri aku jugak! Aku dah penat nak bersekongkol dengan kau sampaikan hidup anak-anak aku derita sebabkan kau dan perangai bodoh aku! Kau nak bunuh aku?! Bunuhlah! Bunuh!!! Aku pun tak kisah kalau aku mati di tangan kau asalkan aku boleh dapat tebus dosa aku pada Gia!”

“Kau…!!!” Kaki Madam Valona dipijaknya bertalu-talu.
Madam Valona meringis sakit. “Buat masa sekarang aku takkan bunuh kau! Aku akan tunggu masa yang sesuai!”
Dia angkat kakinya dari memijak kaki Madam Valona lalu pergi dari situ. Apa yang dia tahu dia kena pergi dari sini secepat mungkin sebelum polis datang tangkap dia.

“Madam…” Lola menghampiri Madam Valona dan cuba menolongnya untuk bangun. Bukan biasa-biasa dia tengok Danial pijak kaki Madam Valona tadi. Kalau boleh, dia nak pijak sampai patah.

“It’s okay Lola. I’m fine.” Lola menolong Madam Valona duduk di atas kerusi.

“Lola…saya nak mintak tolong dengan awak. Tolong bagitahu dekat Gia dan Vitalika supaya mereka berdua berhati-hati lepas ni. Saya tak tahu apa yang Danial nak buat lepas ni. Tolong ya?”

“Baik madam. Madam duduk sini dulu ya. Saya nak sapu pinggan pecah tu. Nanti kaki madam saya tolong urutkan.”

“Nahhh it’s okay. Just do your job Lola. Pasal kaki saya, saya boleh handle sendiri.”

“Ok…” Lola menuju ke dapur lalu penyapu dan penyodok diambil. Pinggan yang pecah berderai tadi disapu sehingga bersih sebelum mengemop.

“MUMMY tak apa-apakan Lola? She’s fine right?” Resah Gia dibuatnya sebaik saja mendengar khabar dari mummy. Dia tak sangka yang Danial akan bertindak sampai sejauh ini sampaikan sanggup dera mummy. Ini tak boleh jadi ni!

“Madam ok tapi cuma tulah kaki dia tu sakit. Cuma mummy pesan jaga diri elok-elok dekat sana. Mummy kata dia tak tahu apa yang Danial boleh buat lagi lepas ni.”

“Alright…thank you Lola. Send my kisses to mummy ok?”

“Ok Gia.”

Panggilan sudah diputuskan. Gia pula tak senang hati bila dapat khabar berita sedemikian dari Lola. Kesian mummy…sampai macam tu sekali mummy kena dengan Danial. Kau ni memang tak gunalah Danial!

“Gia? Kenapa ni? Ibu nampak Gia resah semacam je?” Soal Puan Aminah. Dari tadi dia tengok Gia cakap dengan telefon dalam keadaan tak tenang dan susah hati. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Gia.

“Tak ada apalah ibu. Ada masalah family sikit.” Gia menyandarkan kepalanya pada bahu Puan Aminah.
Sejak dia mula belajar pasal Islam, dia minta ibu untuk tinggal dengannya supaya mudah dia belajar pasal Islam.

“Gia dah solat Isyak?”

“Belum lagi. Gia naik atas solat dulu. Kalau ibu nak apa-apa ke, bagitahu Gia. Tak pun tanya je Vi atau Kristine.”

“Ye…”

Gia mengorak langkahnya menuju ke bilik untuk
menunaikan solat Isyak. Walaupun masih kekok tapi dia usaha jugak untuk perbetulkan solatnya memandangkan ini benda baru yang dia belajar dalam hidupnya. Bacaan pun tergagap-gagap lagi tapi tak apa. Semua tu boleh dipraktis lagi dan jangan pernah putus asa.

“Ibu…ibu nak makan apa-apa?” Kristine yang baru saja melangkah turun dari tangga menghampiri Puan Aminah.
Sejak dia duduk di Malaysia dan stay dengan Gia, dia pun belajar sikit-sikit bahasa Melayu. Untung-untung dia belajar bahasa Melayu dapat jugak bercakap dengan ibu. Tak adalah rasa kekok sangat.

“Tak naklah Kristine. Ibu kenyang lagi.”

“Kalau macam tu Kris buatkan ibu air milo ok?
Alang-alang sebelum tidur?”

“Boleh jugak tu. Terima kasih…”

Kristine segera menuju ke dapur dan membancuh air milo untuk mereka berempat. Vitalika tak tahulah dah siap mandi ke belum. Gia pulak tadi katanya nak solat Isyak. Aku yang tak ada kerja ni buat kerja sambil bancuh air milo dekat dapur. Hahahaha!!!

Ketika dia membancuh air milo, dia terdengar bunyi lagu. Telefon siapa pulak bunyi tu? Nak kata telefon aku, telefon aku dalam bilik. Mungkin telefon ibu agaknya. Kristine masuk ke dalam bilik tidur Puan Aminah dan seperti jangkaannya, lagu tu memang datang dari telefon Puan Aminah. Panggilan dari Luqman.

“Ibu…Luqman call.” Kristine menyerahkan telefon kepada Puan Aminah.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.” Dia kembali ke dapur membancuh air milo yang tergendala.

“Assalamualaikum Luq…”

“Waalaikumussalam ibu. Ibu ada dekat mana? Luq ada dekat luar rumah ibu sekarang ni tapi gelap je rumah. Ibu tak ada dekat rumah ke?”

“Ya Allah…ibu lupa pulak nak bagitahu dekat Luq yang sekarang ni ibu ada dekat rumah Gia. Gia mintak ibu duduk dengan dia supaya dia mudah nak belajar lebih lagi pasal solat, mengaji apa semua tu.”

“Ohhh…tak apalah kalau macam tu. Emmm…ibu boleh bagi alamat rumah Gia tak?”

“Luq mintak sendiri lah dengan Gia. Ibu tak tahu alamat dia.”

“Baiklah ibu. Nanti Luq call ibu lagi ya. Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…” telefonnya diletakkan ke tepi.
Kristine datang dengan dulang berisi air milo ais dan empat cawan di atasnya dan diletakkan ke atas meja hadapan Puan Aminah. Dia menuang air milo ais ke dalam cawan dan diserahkan kepada Puan Aminah.

“Terima kasih…” Puan Aminah meneguk air milo ais tersebut. Rasa lega tekaknya bila kena air sejuk. Dah lama rasanya dia tak minum air sejuk atas factor kesihatan. Kalau sekali-sekala minum tak apa.

“Wow! Air milo!!!” Jerit Vitalika sambil menuruni satu persatu anak tangga laju.

Puan Aminah tertawa kecil melihat telatah Vitalika.

“Kau ni macam tak pernah minum air milo!”

“Sekali-sekala…eh! Apahal pulak cakap dalam bahasa kita? Kesian ibu tak faham apa yang kita tengah cakap.” Vitalika tersengih ke arah Puan Aminah.

“Alah kau ni. Aku bukan pandai cakap bahasa Melayu sangat pun. Sikit-sikit je.”

“Yelah…mintak maaf ibu sebab cakap bahasa pelik tadi.”

“Tak apa. Ibu tak kisah pun.” Dia pun memahami. Dia tahu Kristine masih lagi tak fasih bercakap bahasa Melayu. Sebab tulah mereka bercakap dalam bahasa Tagalog tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience