Bab 12

Romance Completed 12178

Sayup-sayup terdengar suara gelak tawa dari arah taman mini di belakang rumah. Nurin dipagut rasa ingin tahu. Kaki perlahan diatur mendekati. Rasanya tu macam suara Mikael. Dengan siapa? Apa yang seronok sangat??

"Hahaha.. Beb! Thanks. Aku takkan rasa bahagia macam ni tanpa bantuan kau."

Bahagia?? Dah ada perempuan lain dapat mencuri hati Mikael ke?

"Alaa.. Kacang je lah, Mika. Aku tolong sebab kau kan bff aku."

"Aku bahagia sangat sekarang ni, Sam. Aku rasa macam dunia ni aku yang punya. Mikael yang punya. Hahaha.."

"Over lah kau, Mika. Hah, naga dah sangkut kat kail ke?" Mikael tersenyum bahagia.

Naga?? Kail?? Mata kail kot. Hmm.. Apa benda diorang merepek ni? Boleh ke naga sangkut mata kail?

"Bukan takat sangkut je, Sam. Sikit masa lagi naga tu melekat dah. Aku kena usaha sikit lagi. Bernas sangat idea kau, Sam!"

Idea??

"Aku tolong takat mampu je, Mika. Ni, Nurin dah tahu ke pasal laporan kesihatan kau sebenarnya?"

Erkk.. Laporan kesihatan?? Mikael dah sembuh dari amnesia ke? Tapi mustahil lah.. Baru tiga bulan kot. Tapi, takkan lah Mikael ada penyakit lain?

"Maksud kau, pasal amnesia tu?" Sam angguk. Mikael melepaskan keluhan. Kemudian dia menggeleng perlahan.

"Aku rasa, baik kau berlakon je yang kau dah sembuh. Tak pun, kau terus terang je lah."

"Terus terang apa? Kau nak aku terus terang dengan Nurin yang sebenarnya aku tak amnesia pun selepas kemalangan tu. Macam tu?"

"WHATTTT??" Terangkat bahu Mikael dan Sam mendengar suara nyaring itu. Serentak kepala dipanggung ke arah puncanya suara nyaring itu tadi.

"Kirah.."

"Nurin.."

Berombak dada Nurin saat itu. Menggeletar seluruh tubuhnya menahan amarah dalam diri. Kolam mata terasa panas. Bila-bila masa saja akan mengalirkan mutiara jernih. Tak sangka sepanjang tiga bulan kebelakangan ini dirinya ditipu hidup-hidup oleh Mikael.

"Kirah, dengar dulu apa aku nak cakap. Aku.." Nurin mengangkat tangan kanannya tanda meminta Mikael berhenti bercakap.

"Enough Mikael Aathiff Edward Lee.. I dont need your explanation." Serentak itu kaki dihayun meninggalkan Mikael dan Sam yang diburu rasa bersalah.

"I'm sorry, laling.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience