H15

Crime Series 45700

"Har.. Fika.. cuba korang cerita.. apa sebenarnya yang berlaku sampai nak kahwin tiba-tiba, dan betul ke Arsyad anak Har?"

Hajah Salhah bertalu menyoal Ezhar dan Dafika yang duduk dihadapan mereka.

"Atok, Wan berbulan Har duduk sini, kenapa sorang pun tak bukak mulut tentang apa yang berlaku pada Fika. Sehingga Har sendiri dapat bukti yang Arsyad tu anak Har."

Soalan Hajah Salhah tidak Ezhar jawab, malahan dia menyoal baru. Kesal dengan apa yang berlaku selama ni.

Selesai pergaduhan Ezhar dengan Dafika tadi, Hajah Salhah meminta kedua mereka duduk diruang tamu untuk berbincang.

Karsyad pula awal-awal sudah ditidurkan,tak mahu anak itu masuk campur.

"Har.. Wan dengan Atok bukan taknak cerita, tapi semua ni melibatkan maruah Fika, kalau Fika taknak bukak mulut. Takkan kami berdua nak cakap sebarang."

Terang Hajah Salhah lembut.

"Wan.. sebelum ni Har jumpa Nasir, Nasir cerita kan semuanya pada Har."

"Apa yang Nasir cakap?"

Soal Hajah Salhah lagi. Dia pun mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Ezhar dan Dafika.

"Nasir cerita yang Har pernah keluar dari hotel kat pekan tu dengan Fika, 7 tahun lalu."

"Hah?! betul ke Fika?"

Penerangan dari Ezhar membuatkan Hajah Salhah berpaling kearah Dafika untuk meminta kepastian.


Dafika pula hanya tunduk membisu. Tak tahu apa sebenar perasaanya kini. Soalan Hajah Salhah dibiarkan tanpa menjawab.

"Salah Har.. masa tu Har mabuk dengan Malik, Har betul-betul tak ingat apa-apa. Sedar-sedar Har dah ada dalam bilik tu."


"Dengan Fika?"
Hajah Salhah memotong penerangan Ezhar yang belum habis.

"Fika dah takde, tapi Har sedar Har memang tidur dengan perempuan, cuma Har tak perasaan siapa? Har mabuk Wan.. Har tahu Har salah, Hanya Fika je yang sedar, tapi bila Har tanya Fika dia tak mengaku."


Hajah Salhah mengeluh berat. Sukar sebenarnya dia mahu menerima cerita ini

"Fika.. sekarang Fika pulak kena berterus terang, betul ke apa yang Har cakap? Wan tak marah sebab semua ni dah berlaku. Wan cuma nak Fika jujur."

Hajah Salhah merayu, wajah Dafika yang masih tunduk, dititip.


Pada dia walau apa pun kesalahan yang dibuat oleh Dafika dan Ezhar, Hajah Salhah sebagai manusia, tak berhak untuk menghukum sesama manusia.

Cukup lah dia dan suaminya pernah memaki dan menyumpah Ezhar 7 tahun dulu walaupun sebenarnya bukan salah cucunya itu.

Malik hanya cucu angkat mereka. Dan sehingga sekarang Hajah Salhah menyesal membuang cucu sendiri.


Manakala Dafika pula terus tunduk. Masih tak mampu menjawab perkara yang tiba-tiba ini.


Melihat keadaan Dafika, Hajah Salhah bangun dari duduknya dan melabuhkan punggung bersebelahan Dafika.

Bahu wanita itu disentuh lembut.

"Fika.. cakap dengan Wan betul ke Fika ada sekali dengan Har dalam hotel tu?"

Pujuk Hajah Salhah lagi.


Lama baru Dafika mengangguk perlahan.


Ezhar menarik nafas sebelum tunduk memandang lantai kayu. Tapak tangan meraup wajahnya sekali.

Nasir tak tipu.. memang aku yang rosakan Dafika..

"Jadi betul lah Har dah apa-apa kan Fika."


Dafika terus membisu. Tiada jawapan. Atau mungkin juga takut untuk menjawab.

"Fika.. kenapa kau nak sorok dari aku, kenapa kau biarkan aku rasa bersalah selama ni? Sedang Arsyad adalah anak aku."

"Arsyad bukan anak awak."

Akhirnya Dafika menjawab tenang.

"Fika! kenapa kau masih nak menafikan?"


Keras liur dikerongkong, Dafika telan sewaktu Ezhar menjerkah kearahnya.

"Fika.. jujur je dengan kita semua, Wan dengan Atok takkan marah. Kami cuma nak perkara ni selesai."
Hajah Salhah terus memujuk.

"Aku tahu, kau malu nak mengaku yang aku ni bapak Arsyad sebab aku ni bekas penjenayah? Seorang banduan? Atau sebab kau ingat aku ada AIDS kan?"

Bertalu Ezhar meregang kata sementa Dafika terus diam dalam posisinya.

" Aku bersih Fika. Aku tak ambik dadah. Aku takde AIDS. Sekarang pun aku tak teguk lagi air haram tu. Aku takkan bawa keburukan pada orang lain. lebih-lebih lagi Arsyad.. darah daging aku. Aku cuma nak kau berterus terang Fika.."

Sambung Ezhar lagi, Hujung katanya dikendurkan sedikit.

"Bukan itu maksud saya Har.."

Dafika mengalah..


Ezhar merengus lagi, dia bukan lelaki yang pandai membaca fikiran wanita.
"Habis tu kenapa? Sebab aku susah? sebab aku tak mampu beri apa-apa pada kau?"

"Bukan! Bukan sebab tu Har.. sebab saya taknak awak merana lagi Har..."

Hah! Aku tak boleh! Aku tak boleh seksa Ezhar lagi!

Dafika kembali menunduk kan wajah.

"Apa Maksud kau Fika?!"

Berkeriut wajah Ezhar mendengar kata-kata Dafika. Hatinya makin geram bila wanita itu suka berbicara tanpa penutup yang sah!

"Sudah lah.. kita ni nak bincang elok-elok kan.."

Hajah Salhah kembali menenangkan keadaan.

"Har tak kira Wan.. Har nak kahwin jugak dengan Fika, Har nak jaga Arsyad, Har taknak jadi macam papa. Har taknak abaikan tanggungjawab"

"Apa yang papa kau dah lakukan?"

Soal Haji Bohari tiba-tiba.

Dia yang hanya mendiamkan diri dari tadi, terkejut dengan kenyataan Ezhar.

Sekali lagi Ezhar menyua rambut lurusnya kebelakang. Bibir dibasah sebelum kembali bersuara.
"Papa ada perempuan lain tok, bukan berkasih je tapi hubungan mereka sampai ke bilik. Sebab tu papa abaikan mama yang tengah sakit, papa abaikan Har dengan Reen."

"Asgtafirullahalazim.. Mana kau tahu? Sejak bila? Reen tahu tak?"


Ezhar menggelengkan kepalanya bila Haji Bohari nama adiknya.

"Har lari ke sini masa umur Har 16 tahun, sebab Har nampak papa bercumbu dengan perempuan tu sebelum masuk hotel. Arwah Mama pun tahu sebab tu penyakit mama makin teruk. Dia meninggal pun sebab kecik hati dengan papa."

Terang Ezhar, hatinya sedikit lega bila rahsia yang disimpan bertahun lamanya, akhirnya terluah jua.

"Ya Allah! Bertuah anak ni! Kenapa atok langsung tak tahu cerita."


Ezhar pandang raup atuknya. Tampak wajah itu kesal dengan kelakuan anaknya sendiri.

"Sebab tu Har lari kesini Tok.. Ye dulu Har jahat, sekarang Har dah dapat balasan. Dan pasal Arsyad ni Har taknak tutup mata. Har yang salah, Har kena bertanggungjawab. Har taknak jadi macam papa."

Adu Ezhar sambil sesekali matanya melirik kepada Dafika yang terus tunduk.

"Atok rasa betul tindakan Har, Har memang kena bertanggungjawab walaupun perkara ni dah lama berlaku, tapi semua ni terpulang pada Fika."


Mendengar kata-kata Haji Bohari, semua mata diruang tamu itu menoleh kearah Dafika.

Jawapan dari wanita itu terus ditunggu.

"Atok, Wan.. Fika tak perlu Har untuk menanggung semua, Fika masih boleh uruskan sendiri."

Dafika terus tegak dengan keputusannya.


"Tapi Arsyad tetap darah daging aku Fika! Kau tak boleh nak jauhkan kitaorang"

Ezhar bangun tiba-tiba, Kalau bukan sebab Atuk dan neneknya ada bersama. Dah tentu dia merapati Dafika.

"Betul tu Fika.. Bagi lah peluang pada Har. Kalau Fika rasa Har tak senang untuk bela Fika. Wan akan bantu. Wan akan serahkan tanah dan harta wan untuk Fika supaya Fika boleh hidup senang dengan Arsyad."

"Wan bukan macam tu.. "

Dafika makin buntu bila mendengar tawaran Hajah Salhah. Kalau dia terima, sudah tentu dia akan bersama Ezhar.

Arrgghh!

"Fika... Bagi aku peluang, Aku janji akan berubah. Aku tahu kau tak cinta kan aku.. Tapi aku akan cuba bahagia kan kita berdua, Fika."


'Saya cintakan awak Har.. Dari dulu.. Dan rasa itu tak pernah berubah.'

Kata-kata Ezhar dijawab lembut oleh hati Dafika. Fikirannya makin senak.

"Fika.."

Panggil Ezhar lagi ketika wanita dihadapannya terus membeku lidah.


Dafika akhirnya mendirikan tubuh.
"Saya taknak... "

Dia menjawab sepatah.

"Fika..."

Kali ni Hajah Salhah pula memanggil lembut.

"Fika taknak Wan! Fika taknak kahwin dengan Har!"

Jerit Fika seraya menapak laju kedalam biliknya.

Ezhar cuba mengejar, namun dihalang oleh Hajah Salhah.

"Kita bagi Fika masa dulu Har. Mungkin dia tengah buntu sebab Har tiba-tiba buat keputusan macam ni."

"Har tak boleh tunggu lama lagi Wan.. Nanti makin lama, Arsyad makin besar, Har perlu jalankan tanggungjawab Har."


Hajah Salhah bangun dan menghampiri cucunya. Bahu Ezhar digengam.

"Cuba Har terus terang dengan Wan, kenapa Har beria-ria sangat nak kahwin dengan Fika? Har sukakan dia ke?"

Teka Hajah Salhah sambil menyengetkan senyum.


Berliku halkum Ezhar memutar menelan liurnya ketika soalan neneknya menembak ke gengendang telinga.

"Har... perempuan ni sekuat mana pun dia, tapi boleh lembut jika ada lelaki yang ikhlas menyayangi dia. Wan nasihatkan, sebelum Har pujuk Fika untuk berkahwin, ikhlas kan hati Har untuk menyayangi dia."

*****


'Ikhlaskan hati menyayangi Dafika?'

Hah! itu bukan sifat Ezhar!


Selepas perbincangan yang tak sudah, Ezhar masuk kebiliknya.

Lama dia terbaring, namun kelopak mata masih belum mahu ditutup.

Segala yang berlaku hari ini benar-benar meragut seluruh perasaan Ezhar.


Tanpa dia sangka, Karsyad yang selama beberapa bulan ni menjadi teman mainnya adalah anaknya sendiri.

Patutlah Ezhar sendiri tak mahu berengang dengan Karsyad walaupun anak itu kerap kali merajuk darinya.


Yang paling Ezhar kesal kan apabila dia membiarkan Dafika membesarkan Karsyad seorang diri.


Hah! Dayusnya sifat seorang jantan bernama Ezhar Iqbal!


Setelah lama menyumpah diri sendiri, Ezhar akhirnya tertidur.

Segala kekusutan cuba dilupakan walau payah.

"Har!"


Erg... Siapa pulak yang ganggu ni!

"Har bangun!"

Sekali lagi telinga Ezhar mendengar namanya dipanggil seraya pintu bilik diketuk beberapa kali.


Lambat-lambat Ezhar bangun, seraya membuka pintu.

Wajah gusar Hajah Salhah tersembul.

Dah kenapa?

"Har.. Fika larikan kan diri dengan anak dia."

Hah?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience