Fea duduk termangu di atas kaus yang berada di laman belakang rumah. Fikirannya mula berkecamuk. Dia tidak sangka Ed yang dia sangka baik itu rupanya berperilaku buruk dan punya niat jahat untuk jatuhkan dia.
"Boleh saya duduk?"
Fea menoleh.
Bibirnya perlahan mengukir senyuman.
"Duduklah" balas Fea lembut.
Fea kembali mengelamun jauh.
"Sebenarnya awak sudah tahu tentang semua ni, kan?" teka Fea tanpa memandang ke arah lelaki yang duduk tidak jauh darinya.
Diam. Tiada jawapan dipihak sana.
"Kata-kata awak sewaktu di gudang dulu adakah ada kaitannya dengan Ed?" Fea menoleh memandang wajah tampan Taylor.
"Bila awak mula sedar tentang perkara ni?" Taylor tidak menjawab pertanyaan Fea, dia malah berbalik soalan kepada gadis itu.
Fea memutar tubuhnya. Dia naik dan bersila di atas kaus sambil memandang tepat ke arah Taylor.
"Kenapa awak tak berterus terang saja dengan saya tentang perkara ni? Kalau dia apa-apakan saya selama ni macam mana?" suara Fea kedengaran takut tapi dalam masa yang sama kedengaran sangat manja.
Taylor tersenyum. Dia mendekatkan wajahnya lantas satu tangannya terangkat lalu mencuit hidung mancung Fea.
"Awak takkan apa-apa selagi saya ada disisi awak" suara Taylor perlahan.
Wajah Fea bersemu merah.
"Awak ke yang beri bahan bukti tu?" tanya Fea sambil menatap kedalam anak mata Taylor. Dia mahu lelaki ini menjawab dengan jujur.
Taylor membalas tatapan Fea lantas mengangguk perlahan.
Mulut Fea ternganga. Matanya yang bulat spontan dikecilkan, mengerjap ngerjip ke arah Taylor,
"Semua keterangan tu dari awak ke?" Fea cuba mengorek rahsia.
Taylor mahu ketawa melihat keletah Fea namun segera ditahan dari meledak. Gadis ini memang benar-bernar berusaha untuk mencungkil segala rahsia yang dia simpan kemas selama ini.
Taylor menggeleng.
"Video tu bukan dari saya" jawabnya spontan.
"Hah, jadi awak yang rekod perbualan Ed dengan Boe tu ye?"
Taylor mengangguk.
Dahi Fea berkerut. Dia nampak seperti berfikir sesuatu.
"Bila awak curi-curi dengar perbualan mereka tu? Tak cakap dengan saya pun" tungkas Fea dengan bola matanya yang bersinar.
Taylor membetulkan duduknya, menarik kerusi semakin dekat dengan Fea,
"Sewaktu saya ke Kana Hotel untuk ambil cotation yang Puan Ivy beri pada Ed"
Sekali lagi Fea cuba mengingat.
Fea menepuk pehanya,
"Owh..sebab itu la malam tu saya nampak awak lain lepas pulang dari Kana Hotel. Saya tahu dah, awak tentu ada sembunyikan sesuatu dari saya"
"Yeke? Nampak sangat ke?" soal Taylor.
"Ermm" Fea mencebir seraya mengangguk sekilas.
"Muka awak masa tu dah macam singa mati anak"
Mata Taylor membulat saat mendengar perumpamaan Fea.
"Yeke sama? Awak pernah tengok ke?" soal Taylor geli hati dengan statement yang diberikan Fea.
Fea pecah tawa dengan kata-katanya sendiri.
"Tak pernah. Saya main cakap je" ujarnya sambil berdekah ketawa.
Tapi itu hanya untuk seketika.
Raut wajah Fea kembali bingung.
Dia mula mengingat ungkapan yang pernah Taylor katakan padanya beberapa bulan yang lalu,
"Jangan terlalu percaya dengan orang yang baru dikenali. Ketika seseorang bersikap manis, bahkan terlebih manis terhadap kita, boleh jadi orang tersebut menyimpan maksud yang tidak baik terhadap kita."
Dia kemudian menoleh memandang Taylor, tenungannya sangat tajam.
"Adakah awak juga tergolong dalam golongan ini?" soal Fea dengan wajah serius.
Taylor menggeleng pantas. Kedua tangannya terangkat sambil mengibas perlahan ke kiri dan kanan tanya menafikan kata-kata Fea.
"Betul?" soal Fea lagi.
Taylor mengangguk,
"Betul, sumpah." Taylor menurunkan tangannya sebelum menyambung,
"Saya ikhlas sayang dan cintakan awak lebih dari segalanya" luah Taylor dengan nada separuh bisik.
"Apa awak cakap tadi?" tanya Fea pantas.
"Cakap? Mana ada. Saya tak ada cakap apa-apa" pintasnya pantas.
.
Fea sekali lagi termenung di dalam bath tub. Fikirannya melayang pada situasi tadi.
"Saya ikhlas sayang dan cintakan awak lebih dari segalanya"
Hujung bibirnya melengkung. Dia hanya berpura-pura tidak mendengar. Sebenarnya dia mahu Taylor mengulang semula apa yang dia ungkapkan tadi namun lelaki itu tidak mahu menyuarakannya.
Fea menggigit bibirnya perlahan. Moment pagi itu kembali berlegar difikiran sihatnya.
Itu adalah kali pertama dan terakhir seorang lelaki menyentuh bibirnya dengan satu kucupan yang terasa hangat dan membuaikan.
Fea mula tersedar. Dia teringat saat dia dan Taylor keluar makan malam bersama sebelum dia ke bumi Ireland. Lelaki itu pernah meluahkan perasaan terhadapnya namun sehingga sekarang dia masih belum memberikan kata putus kepada lelaki itu.
Fea meraup wajahnya. Mungkin sebab itulah Taylor terlihat seperti menyembunyikan perasaannya. Dia takut kalau-kalau cintanya ditolak oleh Fea.
Fea bingkas bangun. Dia terus ke walk in closet lalu menyarung knitwear lengkap. Dia melilit mafla serta mengenakan topi serta sarung tangan.
"Fea nak kemana tu? Dekat luar tu sejuk. Lagipun hari dah nak gelap ni" Rey yang duduk sambil menonton perlawanan bola sepak siaran ulangan memutar tubuh memandang anak gadisnya.
"Papa, mana Taylor?" dia tidak mengendahkan pertanyaan Rey.
"Keluar. Ke pekan agaknya" jawab Rey.
"Mari sini duduk dengan papa, kita tonton bola sama-sama" ajak Rey lantas memberi ruang untuk anaknya duduk.
Fea menggeleng pantas.
"Fea nak keluar sekejap papa. Fea pinjam kereta ya" Fea mencapai kunci kereta yang tersangkut pada tempat gantungan kunci di dinding bersebelahan dengan pintu keluar.
"Fea nak kemana? dekat luar tu sejuk." Rey cuba menahan, namun anak gadisnya sudah menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
Salji turun semakin lebat sehinggakan penglihatan Fea terhadap pemanduan kurang jelas. Whiper yang terpasang sudah berada di tahap maksimum. Hari semakin gelap. Fea semakin perlahan dan berhati-hati memandu. Kerana kurang jelas dengan laluan dan papan tanda yang sudah diliputi salji membuatkan Fea tersalah haluan.
Selama dia tinggal disitu, selalunya Taylor yang akan memandu kemana sahaja. Dia tidak memandu sendiri. Tapi sekarang, kerana terdesak mahu mencari lelaki itu, dia terpaksa keluar mencari Taylor sendiri tanpa sanggup menunggu lelaki itu lebih lama di rumah.
Kerana malam gelap, lampu kereta sudah tidak begitu jelas dek kerana sudah dilitupi ais, pandangan Fea semakin terjejas. Kereta yang dipandunya terbabas ke sisi jalan dan tayar keretanya tersekat pada timbunan salji sehingga menyukarkan dia untuk bergerak dan berpatah balik.
Fea keluar dari kereta untuk melihat seberapa teruk keadaan keretanya. Dia bersyukur kerana kereta yang dipandunya tidak mengalami kerosakkan sedikit pun tapi, tayar keretanya sudah ditenggelami salji.
Fea menjerit sendiri. Dia kecewa dengan apa yang baru sahaja menimpanya. Kerana cuaca yang sangat sejuk diluar, dia masuk semula ke dalam kereta lalu menguatkan penghawa panas kereta.
Fea mengeluarkan phonenya. Dia cuba menghubungi Taylor beberapa kali namun gagal.
"Ah, shit!" Tidak ada satu network pun disitu. Fea bertambah kesal.
Dia bersandar di kerusi pemandu sambil memikirkan jalan penyelesaian.
Tidak ada cara lain lagi selain dia harus keluar dari kereta dan berjalan hingga ke jalan utama.
Hanya berbekalkan knitwear, mafla, topi sejuk dan glove, dia berjalan menyusuri jalan gelap itu untuk keluar dari jalan yang dia rasakan bukan laluan utama. Ribut semakin reda namun kedinginannya begitu menusuk sehingga ke tulang hitam.
Fea berjalan sambil memeluk tubuhnya erat. Sesekali angin dingin memukul tubuhnya sehingga membuatkan dia menggigil kesejukkan.
"Ini adalah tindakkan yang paling bodoh yang pernah aku buat" omelnya geram.
"Bukankah lebih baik jikalau aku duduk dirumah, tunggu je sampai dia balik, erghhhh!" Fea mula protest pada dirinya sendiri.
Dia berjalan lurus kedepan. Seingatnya, dia tahu susur jalan utama tidak jauh dari tempatnya berada sekarang.
"Kau harus kuat. Lawan rasa dingin ni" ujarnya cuba melawan perasaan yang bergolak.
"Aku tak sejuk, aku tak sejuk, aku tak sejuk" ujarnya berulang kali.
Sesekali angin dingin menyapa pipinya,
"Errr" Fea menggigil. Dia menarik mafla yang terlilit dileher lalu melilit wajahnya. Kini hanya terlihat dua pasang mata indah berada dalam kesejukkan malam.
Fea tiba di jalan utama. Dari samar lampu jalan, dia dapat melihat papan tanda yang diliputi salji.
"Semua kerana salah kau! Kalau kau tidak tertutup tadi, mungkin aku sudah tiba di pekan" tempiknya geram. Kerana cuaca sejuk juga membuatkan perasaannya berbolak balik.
Fea memutar tubuh kebelakang. Dia sudah tiba dijalan utama namun dia harus menyusuri jalan itu untuk pulang ke rumah. Kedudukannya sekarang ini berada ditengah-tengah antara jarak pulang ke rumah atau ke pekan.
Sepanjang perjalanan pulang, tidak ada sebuah kereta pun yang lalu menyusuri laluan itu. Dia berharap yang dia akan bertembung dengan Taylor, tapi nasibnya agak malang. Sudah hampir 30 minit dia berjalan, masih tidak ada sebuah kenderaan pun yang melalui jalan itu.
Fea semakin menggigil kesejukkan.
.
Rey bangun sebaik sahaja kereta berhenti di perkarangan rumah. Dia bergegas membuka pintu, menyambut kepulangan Fea. Malangnya, sebaliknya Taylor yang berdiri dihadapannya saat ini.
"Kenapa Tuan?" soal Taylor hairan. Lelaki separuh usia itu menjengah keluar.
"Mana Fea?" soalnya dengan wajah resah.
"Fea?" Taylor ikut menoleh kebelakang mencari keberadaan Fea yang dimaksudkan oleh Rey.
"Tadi katanya dia hendak keluar. Dia ambil kunci kereta, terus melulu keluar." cerita Rey.
"Keluar? Dalam ribut macam ni?" soal Taylor tidak percaya. Hatinya mula rasa tidak sedap.
"Dah lama ke dia keluar?" tanya Taylor mula diburu rasa resah, namun dia cuba berlagak tenang di hadapan majikannya.
Rey menoleh kearah jam di dinding.
"Sudah hampir satu jam" balasnya.
"Tak mengapa, biar saya keluar cari Fea." ujar Taylor pantas.
"Saya ikut" celah Rey pantas.
"Tak perlu, saya pergi sendiri saja. Lebih baik Tuan tunggu dirumah, mana tahu kalau-kalau nanti Fea pulang" ujarnya.
Langkah Rey terhenti. Apa yang dikatakan Taylor ada benarnya.
"Baiklah. Hati-hati" pesan Rey.
"Jika ada sesuatu berlaku, terus hubungi saya" pesan Rey sebaik sahaja kereta Taylor meluncur pergi.
Bersambung....
Adakah Taylor dapat temui Fea? Bagaimana dengan keadaan Fea, dapatkah dia selamatkan dirinya sendiri?
Share this novel