BAB 8

Thriller Completed 3653

“Dira, aku rasa tak sedap hati lah,” adu Najib ketika mereka dalam perjalanan menuju ke rumah putih itu.

“Alah, takde apa-apalah Jib. Kau ni kan penakut mengalahkan perempuan. Aku janji lepas malam ni, aku tak kacau kau lagi. Kalau malam ni takde apa-apa juga, aku nak minta sikit lagi masa pada bos untuk aku siasat pasal rumah tu,”

“Kau masih nak siasat?” soal Najib tidak percaya.

“Aku tak puas hati selagi aku tak dapat jawapan kemana gambar yang tergantung di dinding tu hilang,”

“Mungkin itu cuma ilusi kau saja Dira. Mana tahu memang takde gambar kat situ. Kau je yang obses lebih-lebih,”

“Betul Jib. Wanita tu macam real je senyum kat aku. Bila ku pandang wajah dia lama-lama, seolah-olah aku terpukau,”

“Takpelah kalau macam tu, malam ni aku akan buktikan yang semua tu cuma khayalan kau saja,”

Nadira meneruskan pemanduannya. Tidak sabar dia hendak sampai di rumah putih itu. Gambar wanita tersenyum tetap berlegar-legar di ruang kepalanya.

Perlahan-lahan pintu rumah tersebut ditolak. Mereka melangkah masuk. Dan sekali lagi mereka terkejut. Rumah tersebut nampak kemas. Siapa yang mengemas?

“Eh, kenapa rumah ni nampak kemas Dira?” tanya Najib pelik.

“Itulah aku pun tak tahu. Sekarang kau percaya cakap aku kan yang rumah ni memang pelik,”

“Alah Dira. Mana tahu memang ada yang jaga rumah ni?”

“Kalau macam tu, jom kita naik ke tingkat atas. Aku percaya gambar itu ada,” Nadira menarik tangan Najib. Tanpa banyak bicara Najib mengikut langkah Nadira menapak tangga satu persatu.

“Kau tengok Jib. Kan aku cakap betul,” dengan gembira Nadira menunjuk ke arah gambar tersebut. Najib terkelu. Memang betul, ada gambar di situ. Gambar wanita sedang tersenyum seolah-olah memukau pandangannya.

“Jib!” pukulan keras di bahunya menyedarkan dia dari renungan ke atas gambar tersebut.

“Aku rasa macam ada sesuatulah kat gambar tersebut. Apa kata kita turunkan gambar tersebut dan tengok,” Nadira menarik tangan Najib tetapi kenapa kasar? Bisik hati kecilnya. Perlahan-lahan Nadira menoleh ke belakang dan pandangannya di hidangkan dengan sesuatu yang tidak disangka. Seorang wanita dengan rambut mengerbang sedang menyeringai memandangnya. Tiada jeritan yang kedengaran oleh kerana rasa gugup yang mengatasi segalanya.

“Dira…..” jeritan itu seolah dikenali. Najib? Nadira berlari menuju ke tingkat bawah dan sekali lagi dia terpana. Rumah yang sebentar tadi nampak kemas sudah berterabur dengan meja dan kerusi yang sudah patah dan berselerak.

“Dira……” sekali lagi suara seakan suara Najib bergema di tingkat atas. “Najib, kau ke tu? Janganlah main-mainkan aku,” marah Nadira. Jeritan Nadira hanya disambut dengan gelak tawa halus. Nadira sekali lagi melangkah naik ke tingkat atas. Matanya meliar mencari bayang Najib. Kemana Najib? Kenapa dia tidak perasan dengan kehilangan Najib sebentar tadi.

“Najib, keluarlah. Sekarang bukan masa untuk main-mainlah,” jerit Nadira geram. Namun jeritannya masih lagi disambut dengan tawa halus.

“Tolong aku Dira…..” jeritan itu diselang-seli dengan tawa halus tadi.

“Najib, kau kat mana?”

“Dira…..tolong!” Nadira menoleh. Namun tiada siapa-siapa. Suara tawa tadi masih kedengaran. Kali ini dari dalam bilik yang pernah dia masuk dulu. Tanpa rasa takut, Nadira melangkah menuju ke situ. Apa yang penting adalah Najib. Dia mesti mencari Najib.

Nadira menendang pintu bilik tersebut. Serentak itu, bergema jeritannya. Sepantas kilat, dia berlari mendapatkan tubuh Najib yang telah terbaring longlai. “Jib,” Nadira menampar pipi Najib perlahan-lahan.

“Dira…” perlahan-lahan Najib membuka matanya.

“Kau kenapa?” tanya Nadira pelik.

“Tadi aku dengar suara kau menjerit panggil nama aku kat dalam bilik ni. Tu yang aku datang,”

“Aku kan dengan engkau kau luar tadi. Bila masa aku panggil kau,”

“Betul Dira. Aku tak tipu,”

“Habis tu, kenapa engkau pengsan?”

“Sebab aku tengok wanita dengan rambut mengerbang kat situ tadi,” tunjuk Najib ke satu arah.

“Aku pun ada nampak. Tapi kat luar tu,”

“Dira, jom balik. Aku rasa tak sedap hati lah,”

Nadira menganggukkan kepala. Dia pun dapat merasakan sesuatu yang pelik. Sebaik sahaja kedua mereka melangkah keluar dari bilik itu, tiba-tiba kepala mereka diketuk dengan kuat menyebabkan keduanya terkulai layu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience