VS 11

Drama Completed 85759

Satu tangan dimasukan kedalam poket dan satu lagi membawa hujung vape ke mulut sebelum menyedutnya sedalam yang boleh.
Kata-kata Mansor sebentar tadi masih tergiang hebat ditelinga Daim.
Hatinya berbelah.

“Im.. uncle tahu Im tengah serabut sekarang ni. Uncle tahu Im perlu kan masa untuk berfikir.”

Daim pandang sisi Mansor.
Lelaki itu menyilang kedua tanganya didada sambil mata memandang dasar kolam buatan dihadapan mereka.

“Kalau Im nak tahu, dulu Uncle dan papa Im pernah nak jodohkan Im dengan Eva. Then bila kita orang tengok kamu berdua dah besar, Uncle dan papa Im decide untuk biarkan korang buat pilihan sendiri dan taknak memaksa.”
Wajah tua Mansor dipusing menghadap Daim.
“Tapi... bila banyak kejadian yang berlaku pada Eva, Uncle rasa takde lelaki lain yang sesuai untuk jaga anak uncle selain Im. Ye uncle silap sebab biarkan Lukas bersama Eva. Kalau benda ni tak belaku tentu Uncle masih tak sedar yang Lukas bukan pilihan tepat untuk anak uncle.”

Daim terus diam, bicara Mansor dihadam satu persatu.

Mansor pegang bahu anak kawanya itu.
“Im.. Eva satu-satunya anak uncle. Uncle taknak sesuatu yang buruk terjadi pada dia. Uncle rasa Im pun fikir yang sama kan.. Im sendiri tahu Lukas bukan lelaki yang sesuai untuk Eva. Anak uncle tak mungkin akan bahagia.”

Air liur ditelan kelat.
Ingin Daim nyatakan dari awal dulu. Sememangnya Lukas tak sesuai untuk Eva. Tapi siapa dia untuk menghalang?

Mansor tarik nafas. Tangan kembali disilang kedada. Pandangan turus kehadapan.
“Kalau Uncle dapat merayu, Uncle nak merayu pada Im untuk jaga Eva selamanya. Uncle dan Untie dah tua. Eva perlukan seseorang yang boleh bimbing dia dan yang penting care dia sepanjang masa. Uncle hanya nampak orang tu adalah Im..”

Daim terus pandang Mansor. Lelaki itu sekali lagi berpaling muka kearahnya.

“Im..fikirkan lah apa yang uncle cakap ni ye.”
Seperti tadi, Mansor menepuk bahu Daim. Kali ni perlahan tapi penuh pengharapan.

Dasar kolam terus dijelajah, sekali lagi nirkotin dari dalam vape disedut oleh Daim melalui salur pernafasan dan terus ke paru-paru kiri dan kananya.

“Apa masalah kau ni sebenarnya Im?!”
Pak!
Clara menampar kuat belakang adiknya.

Huk!Huk!Huk!
Kali kedua Daim sedut vapenya namun tak sempat sampai ke paru-paru mungkin masih tersangkut kat anak tekak, sebab tu dia boleh terbatuk!

Tubuh Daim dipusing menghadap kakaknya.
“Akak ni! Nak cakap-cakap je la! Tak yah la nak pukul orang macam ni!”
Melampau betul anak dara tua ni!
Suka-suka hati pukul aku! Nasib tak kena heart attack!

Clara pasang kedua tangannya ke pinggang.
“Im! Akak tanya sekali lagi ni! Apa masalah kau sampai kau tergamak batalkan perkahwinan ni?”
Jelingan tajam diberikan kepada Daim
Geram!
Semua tengah duk memikir kat dalam rumah nak settle kan masalah Si Daim ni, dia boleh senang-lenang duduk kat luar sambil bakar paru-paru!

Daim bawa vapenya kesisi tubuh.
“Kak.. ini masa depan Im kak. Takkan Im nak buat sesuka hati?”
Dari dalam rumah lagi Daim perasan, Clara menjelingnya kerana tak puas hati dengan penolakan dia untuk berkahwin dengan Eva.
Oit! Aku yang nak kahwin ko yang panas?

“Sesuka hati kau kata?!”
Haish! Budak ni! Sekek kepala baru tahu!
“Kami semua setuju kau kahwin dengan Eva. Dengan kawan baik kau sendiri! Eva dengan kau dah terlalu rapat Im. Tahu semua benda. Susah sangat ke kalau kau nak kahwin dengan dia?”


[ patut pun author SN yg tulis CIBM nak selam Daim dalam air kumbahan! Sebab kau memang jerk la Daim!
Errkk! SN pun satu. Ada hati nak kena kan hero wee? Tak sedar ke Megat Hadi tu pun JERK! Selalu buli luuna?
Kang wee sumbat kepala Megat Hadi dalam kolam ikan mati nak?
Bluuwweek!! :p
*selingan jew ]

Daim keluh nafas.
“Kak... kawan baik dengan berkahwin, tu dua benda yang berbeza kak. Ini perasaan Im kak.. bukan boleh dipaksa-paksa.”

Pandai pulak nak berfalsafah adik aku sorang ni?!
Clara cebik bibir.
“Im kau tak rasa senang ke kalau dapat kahwin dengan Eva? Kau tahu semua tentang Eva sampai darah dia jenis apa pun kau tahu! Yang kau tak pernah buat dengan dia cuma kiss-kiss dan wik-wik je kan?!”

Ye lah. Memang aku tahu pun darah Eva jenis B+. Minah tu selalu suruh aku simpan darah aku hanya untuk dia sebab darah aku jenis O. Boleh derma kat dia.
Ingat aku ni mangsa Vampire macam kau ke Eva? Suka-suka sedut darah aku?
Pasal kiss-kiss tu.. mmm.. hampir-hampir jugalah.
Dan wik-wik tu.. mmm bahasa menatang apa yang Kak Clay pakai? Aku tak faham langsung!
Daim urut jambang nipisnya.

Pak!
Sekali lagi sisi bahu Daim ditampar.
“kau diam apasal?! Jangan kata kau pernah kiss-kiss dengan Eva.”

Isshh!! Nak kena cili mulut Kak Clay ni!
Wajah Daim dipandang kiri kanan, takut ada yang mendengar.
Lagi-lagi kalau mama dan papa Eva dengar. Masak lah kau Daim!
Jual mahal, taknak kahwin ngan Eva. Tapi boleh kiss kiss anak di orang!
Ehem! Ehem tak sempat kiss yek!
I said HAMPIR...

Clara hembus nafas. Mata dilarikan kedepan.
“Im...Dari dulu akak nampak kau sesuai sangat dengan Eva. Akak pun tahu kau suka kan dia kan?”

Daim telan liur. Nasib Clara tak pandang pada dia.

“Tapi akak tak tahu kenapa kau taknak luahkan semua tu pada Eva.”

“Akak... Im rasa akak dah salah sangka.. Im tak pernah simpan perasaan pada Eva melebihi perasaan seorang kawan.”

Kali ni cepat pandangan Clara dihala ke sisi wajah adik.
Huh! Dari tepi muka kau pun, aku tahu kau tipu Daim!
28 tahun aku hidup dengan kau!
Tahi kat bontot kau pun pernah aku basuh tau!
“Okay.. kalau Im rasa Im taknak teruskan rancangan ni sebab Im takde perasaan pada Eva. Better Im fikir dari sudut lain pulak.”

Sudut apa lagi Kak Clay? Sudut 90 darjah? Atau 360 darjah?
Semua tu Im dah ukur. Dan jawapan tetap sama.
Im takkan kahwin dengan Eva!

“Im lupa ke siapa yang pulihkan hati kita waktu mama dan papa meninggal dulu? Im lupa siapa yang jaga kita sampai kita boleh hidup mewah macam sekarang ni? Im lupa ke semua jasa Uncle Mansor dan Untie Dahlia pada kita? Kalau takde keluarga Eva, kita takkan hidup sekarang ni Im.”
Clara tarik nafas, sebelum bersuara kembali.
“Apa salahnya Im balas sikit jasa diorang. Uncle dan Untie pun banyak kali puji Im dan beria-ria nak kan Im jadi menantu dia. Terang-terang di orang dah restu Im. Kak Clay nampak, masa depan Im akan bahagia dengan Eva.”

Daim raup wajahnya.
Hari ni sahaja, bernanah telinganya mendengar nasihat dari Clara dan Mansor.
“Kak... kalau Im kahwin dengan Eva sebab nak balas budi, tu namanya tak ikhlas kak.”

Clara kembali bercekak pinggang. Tubuhnya dihadap betul-betul berhadapan Daim. Kepala didongak sedikit.
“Kau ni Im! Kenapa sejak akhir-akhirnya dah banyak berubah?! Hati kau macam keras sangat apasal? Suruh kahwin dengan Eva je kot! Bukan suruh bunuh diri!”

“Tak payah lah nak pujuk Im lagi kak Clay...”

Serentak pandangan Daim dan Clara menatap Eva yang melangkah menghampirinya.

Im... aku dengar apa yang kau katakan pada Clara tentang aku.
Dan kini jelas kau memang tak pernah ada perasaan pada aku.
Kaki Eva berhenti semeter dari tubuh Daim. Dia taknak dekat dengan lelaki tu lagi. Jijik!
Hatinya benar-benar hancur!
“Im! Kau tak payah nak serabut kepala, fikir tentang aku yang tak bawa makna apa-apa dalam diri kau tu! Esok aku sendiri akan buat sidang media. Aku akan bersihkan nama kau sebersih-bersihnya sehingga public takkan sedar kau disisi aku lagi!”

“Eva.. dengar dulu cakap Kak Clay.. Benda ni masih boleh dibawa berbincang. Im masih tengah fikirkan pasal rancangan tadi, bagi dia masa”
Clara menghampiri Eva, lengan wanita itu dikait lembut.
Dia faham perasaan Eva sekarang ni, kalau Clara kat tempat wanita ni pun dah tentu dia akan stress!

Eva capai lengan Clara dan digengam lembut.
Dia tahu Clara serba salah. Namun sikit pun tak pernah salahkan wanita ni.
Yang benar-benar pesalah dalam kes ni adalah DAIM AKLI!
Sesuai betul dengan maksud nama jantan tu.
DAIM AKLI = AKAL YANG TETAP!
Sekali dia cakap A takkan berubah jadi B!
“Kak Clay.. cukup la.. tak perlu bagi masa pada Im untuk terus berfikir sebab Eva tahu jawapan dia. Eva akan cuba cari jalan sendiri untuk bersihkan nama Eva dan adik Kak Clay.”

Clara kendur bahu. Jelingan tajam diberi kepada adiknya yang jauh 1 meter dari dia.
Kalau bukan masih ada perasaan sayang kat Daim, dah tentu dia parangkan hati adiknya itu. Takde perasaan!

“Eva masuk dulu. Mintak maaf sebab Eva curi dengar perbualan Kak Clay dengan Im tadi.”

“Takpe..Eva tak salah pun..”
Clara angguk kepala sambil, lengan Eva dilepaskan sebelum wanita itu berpusing untuk melangkah.

“Eva...”

Eva mati langkah saat suara husky lembut Daim menjengah. Telinga menangkap derap kaki. Dia pasti Daim menghampirinya dari belakang.

Hanya dua langkah.. Kaki Daim beku.
Belakang Eva dipandang.
“Aku setuju kahwin dengan kau.”

Denyutan jantung Eva terus mencanak naik!

Clara yang tertinggal dibelakang, dah bulat mulut mendengar kata-kata adiknya itu secara tiba-tiba.

“Aku setuju kahwin dengan kau Eva Natasha.”
Sekali lagi Daim bersuara, kali ni lebih jelas dan tegas!

Eva pejam mata. Dia tak mahu kalah dengan suara jantan Daim lagi.
Pelahan tubuh dipusing sebelum bibir senyum joker.
“Kenapa kau tiba-tiba setuju? Sedangkan kau mati-mati taknak ikut cadangan ni? Sebab kau nak balas budi. Sebab kau rasa keluarga aku banyak berjasa kat kau? Kau rasa bila kau kahwin dengan aku, kau akan buat mama dan papa aku gembira?”

Daim telan liur. Mata tajam Eva dilawan. Dia pun Tak mahu kalah. Egonya harus dinaik sehasta lagi!
“Kau fikirlah apa sahaja yang kau rasa Eva. Keputusan aku muktamad, aku akan kahwin dengan kau. Sekarang juga aku nak cakap dengan uncle yang aku setuju.”
Daim berjalan melintasi Eva.

“Untuk apa kau tiba-tiba tukar fikiran Im? Sebab kau kesian kat aku?!”
Arggghhh! Hati Eva! Please jangan nangis!!!

Daim berpusing, selangkah menghampiri Eva sebelum kedua bahu wanita itu dipegang. Wajah ditunduk sedikit menyamai ketinggian wanita itu.
“Eva, aku rasa keputusan aku sekarang ni betul. Aku perlu selamatkan keadaan. Aku taknak kau fikir lagi kenapa aku tiba-tiba ubah pendirian. Just follow apa yang kita rancang. Kau dan aku, kita kahwin. Lepas berita ni diam, baru kita fikir rancangan seterusnya. Samada nak teruskan perkahwinan ni atau tidak.”

Pak!
Kuat sekali Clara tampar belakang adik lelakinya sehingga Daim melepaskan gengaman pada bahu Eva. Wajah dipusing menghadap kakaknya.

“Kau sedar tak apa kau cakap ni Im?! Kau nak kahwin dengan Eva. Lepas tu suka hati kau nak ceraikan dia! Kau ingat kahwin ni macam tukar baju ke?!!”
Isshh!!! Memang biol la adik aku ni!!!
Mulanya Clara rasa nak bersorak bila Daim tiba-tiba menyuarakan bahawa dia setuju mengahwini Eva. Tapi bila lelaki itu memberi cadangan bodoh untuk menceraikan Eva, hati perempuannya kembali hampa.

Daim tak hiraukan wajah mencuka kakaknya.
Mata kembali kepada Eva.
“Andai aku setuju nak kahwin dengan kau dan boleh membuatkan berita buruk ni tertutup, aku akan ikut Eva. Apa saja kau fikir tentang aku, terpulang.”

“Sudah Im! Kalau kau setuju nak kahwin lepas tu berniat nak ceraikan Eva. Akak takkan setuju! Kali ni akak bantah!”
Clara rampas lengan adiknya. Hajat nak bawa masuk Daim masuk bilik lelaki tu supaya dapat basuh cukup-cukup otak adiknya!
Kalau betul pun kau dah biol Im, simpan sikit biol tu kat anak cucu. Jangan nak biol sorang!!

“Aku setuju Im!”

Kaki Clara dan Daim yang baru ingin melangkah, serentak mati.
Kedua beradik itu memandang Eva.

Eva angkat muka. Dasar mata Daim ditenung tajam.
“Aku setuju dengan cadangan kau. Kita kahwin untuk tutup cerita, lepas tu kita decide lagi samada nak teruskan perkahwinan ni atau tidak.”

“Eva...”
Clara kembali mendekati Eva. Rasa sayu dengan pandangan wanita itu. Tajam tapi penuh kesedihan.

“Akak.. kita buat seperti apa yang Im rancangkan”
Eva gulung lengan kanan Clara dengan jarinya.
“Eva harap rancangan ni hanya kita bertiga je tahu. Eva taknak mama dan papa Eva tahu. Boleh kak?”

Terasa berat hati Clara untuk setuju, namun kepalanya tetap diangguk perlahan.

Tanpa menoleh kepada Daim, jemari Eva melepaskan lengan Clara sebelum kaki diderap memasuki rumah agam papanya dan terus menuju ke dalam bilik.
Saat tu juga tangisan yang ditahan, terhambur kuat.
Nasib dinding bilik masih tebal, kalau tak memang satu rumah dengar Eva menangis!
10 tahun mengejar cinta Daim. Walau berkali ditolak namun Eva masih mencuba.
Sehingga dia sendiri masih tak tahu apa perasaanya pada Lukas walaupun mereka berdua hampir untuk berkahwin.

Tapi hari ini! saat ini!
Eva faham dan dia benar-benar mengerti Daim memang tiada hati langsung padanya!

Eva memusing tubuh. Muka disembam ke bantal. Tangisan makin kuat.
Im! Aku takkan Cinta kan kau sampai bila-bila!!!!

****

‘Dressing room’ dipenuhi dengan keluarga Eva.
Mansor dan Dahlia akan turut serta dalam sidang media yang akan diadakan lebih kurang setengah jam lagi.
Semua dialog dah dihafal.
Lakonan akan diteruskan selama sejam. Itu arahan dari pihak penerbit.
Hari ini, Eva, Daim, Mansor, Dahlia dan Madam Jenny akan membawa watak masing-masing.
Semuanya demi menyelamatkan maruah Daim dan Eva. Mansor tak mahu anak terus dikutuk atas perkara yang dia tak pernah buat!

Eva masih didepan cermin, menatang muka pada jurusolek untuk mengukir wajahnya.
Gaun putih melepasi lutut dah lama disarung ke badan. Selendang nipis dan kecil berwarna putih diikat kemas keleher menyerupai tie.
Ini semua arahan Madam Jenny. Nak tutup gigitan maut yang ditinggalkan oleh Lukas malam tu!
Huh! Celaka kau Lukas!
Mata Eva jeling cermin yang membiaskan tubuh Daim.
Sangat kacak dengan kemeja putih disaluti coat fit berwarna hitam dan slack fit dengan warna yang sama.
Simple. Tapi penuh dengan gaya mutu dan keunggulan!
Eh! Iklan Malboro la pulak!
Hello... melting ke sis Eva?
Laju jari Eva ketuk tengah dahi. Apa kebenda la kau fikir ni Eva Natasha?!
Bukan kau dah declare perang dingin ke dengan Daim?!!
Lupa?

“Im..”

Sekali lagi Eva lirik anak mata pada cermin dihadapannya.

Jelas kelihatan Mansor merangkul bahu Daim sambil mengorak senyum lebar.
“Uncle ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Im sebab sudi ambil Eva jadi isteri Im.”

Daim turut mengukir senyum sehingga rahang kekarnya terangkat tinggi. Senyum sunat..
“Im buat semua ni demi maruah Im dan Eva uncle.”

“Tapi Im ikhlas kan?”

Okay! Soalan killer ni!
Sila jawab Daim Akli!
Daim hanya mampu teguk air liur, kepala diangguk sebelum bibir sekali lagi mengorak senyum.
“Im ikhlas uncle.. Im ikhlas untuk jadi kan Eva isteri Im.”

Kali ni makin kuat jelingan Eva kepada figura Daim yang terpantul dari cermin soleknya!
Rasa nak muntah dengan kenyataan jantan muka kpop tu!!
Ikhlas tahi kucing la!!
Padahal bukan Eva tak tahu dalam hati lelaki tu dah buat rancangan baru untuk ceraikan dia.
Harggh! Merana la papa ngan mama nanti bila tengok BAKAL MENANTU kesayangan dia buat hal!!!

“Im... Im dah nak jadi suami Eva.. tak boleh panggil untie ngan uncle lagi. Panggil mama dan papa. Sama macam yang Eva panggil.”

Huk! Huk! Huk!
Ooii kali ni aku memang benar-benar nak termuntah!
Mama tolong lah jangan suruh Jantan pelakon tu buat benda yang menjengkel kan!
Dia takkan lama dengan Eva!!
Please mama...

Dahlia menghampiri anaknya yang masih duduk dihadapan cermin.
Belakang wanita itu digosok lembut.

Sekali lagi Eva dongak pandang cermin mencari pantulan tubuh Daim.
Opocot!!!
Jantan Sado tu pun tengah pandang aku jugak lah!
Laju mata Eva dilarikan kembali.
Eh! Eh! Kenapa tiba-tiba kau jadi malu pulak Eva?
Bukan Jantan tu best buddy kau selama 28 tahun?!

Pak! Pak! Pak!
Madam Jenny masuk tiba-tiba sambil menepuk tangannya.
“You all semua sudah ready?!”

Masing-masing serentak mengangguk kan kepala.
Eva tarik nafas lantas membangunkan tubuh.

“Okay.. in 10 minute kita akan start. So i nak semua ambik tempat dulu.. and... remember your script.. “

Sekali lagi masing-masing mengangguk kepala.

Mansor dan Dahlia melangkah keluar dulu. Diikuti dengan Eva dan Daim.

“Haiya!!! You berdua ni gaduh ke apa hah?! Sorang jalan depan sorang jalan belakang!”

Keempat-empat watak mematikan langkah. Dahlia yang seiring dengan Mansor serentak menoleh kebelakang.
Eva berdiri betul-betul dibelakang mereka.
Manakala Daim jauh tertinggal.

Madam Jenny tarik lengan Daim supaya tubuh lelaki itu mendekati Eva.
Lantas lengan Eva turut diraih dan disatukan pada jemari Daim.

Daim telan liur. Bukan tak pernah bersentuh kulit dengan Eva. Tapi saat ni kenapa sentuhan hangat tu boleh menyirap darah Daim hingga jantung dia mati!

“Hahhh.. macam ini lorh! Tunjuk kat public yang you berdua couple yang bahagia. Remember our drama!

Eva buat muka cemburut. Rasa nak sailang je kata-kata Madam Jenny.
Couple yang bahagia konon... puih!!.

“Eva! Kenapa you punya muka macam itu ayam kapur tengah belak?! Smile dear!! Smile!”

Erk! Dah tahu pelat tak yah nak berperibahasa pulak Madam Jenny.
Eva mengukir senyum payah.

Daim sekilas memandang Eva disebelahnya. Lengan kiri disandang kedada sebelum mengambil lengan kanan Eva dan dimasukan antara lengannya yang terbuka.
Ibarat putera dan puteri yang masuk ke dewan tari-menari.
Eva kaku dengan tindakan spontan Daim. Matannya melirik lengan kanannya yang dah tergantung pada lengan kiri Daim.
Wajah ingin mendongak memandang wajah lelaki itu, namun tindakannya mati.
Kaki menurut langkah Daim hingga sampai ke dewan.

Click! Click! Click!
Bertalu-talu kamera menyasar lampu mereka taktala dua tubuh yang sedang viral keluar menaiki pentas dan menuju ke meja panjang yang disediakan pihak penganjur.

Kali ni Daim lebih gentleman.
Kerusi Eva ditarik keluar sebelum meyorong lembut tubuh wanita itu untuk duduk.

Hati tak tahan. Eva dongak kepala pandang Daim.
Shit! Jantan tu senyum ooiii!
Fake! Fake!
Daim aku tahu senyum kau boleh buat jantung perempuan mati!
Tapi bukan aku!
Hati aku totally dead!
Eva rasa nak menjerit!
Kepala rasa nak diserabutkan!

Click! Click! Click!
Kali ni makin banyak sinaran lampu kamera menghujan.
Mansor dan Dahlia tersenyum lebar.
Akhirnya tercapai juga hajat mereka bermenantu kan Daim Akli!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience