Bab 9

Action Series 3013

"ARE you ok?" aku mengangguk. Aku mengelap air mata ku.

Dengan rasa prihatin, Madhia mendepakan tangannya. Aku menyambut dan akhirnya, terhambur lah tangisan yang ku simpan.

"I'm scared.. My friend leave me alone.." Hilang segala rasa malu apabila berhapan dengannya.

Madhia menenangkan aku. Dia memberi isyarat mata pada anak buahnya. Mungkin untuk memberitahu sesuatu.

"I will ask my people to search your friend. So, don't cry as a baby." Madhia memujukku. Aku mengelap air mata yang makin lebat keluar.

Aku perasan yang anak buahnya kelihatan kekok tapi aku buat tak kisah. Suka hatilah, ni kawan aku. Cemburu ke, nak peluk jugak dengan kitorang?

Madhia mengajak aku duduk di bangku berdekatan. Aku hanya menurut.

"Thank you, Madhia, I'm don't know what I have do." Madhia hanya tersenyum kecil. Aku tergelak seketika mengingatkan diri aku yang kebudak budakkan tadi.

Tapi sumpah, aku tak tahu apa nak buat kalau aku tak jumpa Madhia Trisyia ni.

"Sara Saira!!" aku memandang pada orang yang memanggil namaku. Dia berlari lari kecil kepada ku. Mukanya kelihatan marah.

Aku bangun.

"Kau pergi mana??!!" Ayyan menengkingku. Entah sebab apa, aku sensitif sangat. Terhambur lagi tangisan ku.

Ayyan menjeling kepada orang yang menyelamatkan aku tadi. Kenapa kau jeling Madhia? Dia tak buat salah apa apa.

"Jom balik." Aku mengikutinya.

Tiba tiba tanganku ditarik seseorang. Aku memandang belakang. Tersentak seketika.

"If you want upset her, leave her to me." Ayyan menarik lenganku untuk mengikutinya.

Aku tersenyum kepada Madhia.

"Thanks" Terbit satu perkataan di bibirku. Aku melambaikan tanganku kepada. Dia menyambut. Anak buah juga ada yang menyambut kecil. Ya lah, muka garang pun ada lembutnya.

Ayyan menarik tanganku. Dia sudah tak ambil pusing haram ke tak. Aku cuba menarik tapi lagi kuat genggamannya.

Sampai di kereta, dia menolakku ke dalam.

Apa salah aku sampai kau nak marah macam ni?

SAMPAI sahaja di hotel, aku berjalan ke bilik ku.

"Sara..." Ayyan memanggil ku. Dengan lemah aku berpusing.

"Jangan rapat dengan perempuan tu lagi.." Ayyan memberi amaran. Why?!! Dia kawan aku!

"She's my friend!" aku mahu menangis lagi. Sungguh murah air mata ini.

Haaccuuummm!!

Aku bersin. Kepalaku pening. Aku sedar diriku pucat. Sejuk sahaja.

"Kau demam?" Ayyan melekapkan tangannya ke dahiku.

Aku menggeleng. Namun, semasa itu jugalah aku jatuh melayang ke bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience