BAB 11

Family Completed 4130

KISAH TUAN IZZ

Gerak langkah Tuan Izz digeruni oleh semua pekerja-pekerjanya. Wajah yang tidak pernah dihiasi oleh segaris senyuman, cukup membuatkan hubungannya diantara ketua dengan pekerja terbatas. Satu kumpulan pekerja dari syarikatnya sibuk bergelak ketawa sesame sendiri tanpa menghiraukan kehadirannya di situ.

"Hah, nanti tengahari jangan lupa kita makan sama-sama. Lisa, tugas kau yang satu tu jangan lupa pula, booking restoran yang kita cakap dekat Whatsapp semalam."

Suara salah seorang pekerja lelakinya bukan main besar lagi bersuara. Bila ada pekerja wanita terlihat kelibat Tuan Izz masuk ke ruang pejabat, wanita itu menyenggol lengan lelaki itu supaya memperlahakan suaranya supaya tidak didengar oleh Tuan Izz sendiri. Tapi Tuan Izz sedar akan keadaan itu.

Bagai malaikat melintas, suasana di ruang utama pejabat diam bila Tuan Izz masuk ke situ. Ada yang pura-pura buat kerja, ada yang hanya melihat gerak langkah Tuan Izz dan ada juga yang laju berlari dari tangga dan menuju lif yang disediakan. Bos sudah masuk kerja, nanti kena potong gaji kalau asyik mengelat sahaja.

Namun Tuan Izz hanya diam. Baginya, kalau pekerjanya itu tahu buat kerja, bagus dalam performance kerja mereka masing-masing, Tuan Izz tidak banyak kerenah. Tapi entahlah. Suasana kemesraan di dalam syarikat amat ketara. Terlalu kaku. Yang menceriakan suasana hanyalah pekerja-pekerja bawahannya.

"Assalamualaikum Tuan Izz."

Angan-angannya tersentak bila setiausahanya, Yaya menegur dirinya.

"Yes?"

Setiausahanya sudah nampak kalut bila dia hanya membalas dengan satu perkataan. Tetapi di dalam hati dia membalas salam daripada setiausahanya itu.

Yaya berjalan menghampiri mejanya sambil memegang satu fail berwarna hitam. Bila dia sudah sampai, fail itu disuakan kepada Tuan Izz.

"Ini proposal untuk apa?" ujar Tuan Izz bila dia sudah membaca isi kandungan di dalam fail itu.

"Ini adalah proposal untuk mengadakan acara hari keluarga bagi syarikat kita Tuan Izz. Sudah lama kami mahu mengadakan acara ini. Kalau Tuan Izz setuju, semua pekerja-pekerja sudah bersedia mahu turun padang membuat persediaan."

'Acara keluarga'? Ini bermakna dia sebagai bos syarikat hendaklah memberikan satu imej kepada pekerja bawahannya. Tapi, itulah yang dia tidak suka. Hendak bermesra dengan orang lain baginya hanya satu muslihat dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

"Saya tidak akan luluskan. Muktamad."

"Tapi Tuan."

"Tidak ada tapi-tapi. Keputusan saya adalah muktamad. Take it or leave it."

Dengan wajah yang sugul, setiausahanya keluar dari bilik pejabatnya. Sejurus sahaja Yaya hilang dari pandangan matanya, dia memusingkan badannya menghadap cermin belakang yang luas menglihatkan suasana sekitar luar pejabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience