Bab 65

Drama Completed 35637

Ikhwan Hadi mengiringi Tiara Adriana berjalan menuju ke arah kereta Tiara. Selepas melakukan 'jejak kasih' bersama dengan keluarga Hadi, sudah tiba masanya untuk Tiara pulang. Rasanya sudah lama dia di situ.

"Okey lah Hadi. Aku balik dulu lah. Terima kasih lah sebab ajak aku datang sini, jumpa dengan mak kau, Hawa, ayah kau sekali. Bertahun-tahun dah tak jumpa" Tiara memulakan bicara.

Dia memandang wajah Hadi yang masih sama seperti dulu tetapi kelihatan sedikit matang. Entah dia dapat bertemu lagi dengan Hadi atau tidak. Ataupun mereka akan bertemu semula dengan membawa gelaran suami orang dan isteri orang.

"Eh, sekejap. Kau kena tunggu sekejap sebab ada orang yang nak jumpa dengan kau. Dia cakap tadi dia dah nak sampai, tapi tak ada pun" Hadi memandang ke arah jalan kalau-kalau ada kereta yang dia sedang tunggu lalu di situ.

Tiara pelik. Siapa yang mahu berjumpa dengannya?

"Siapa?" soal Tiara.

Selain itu, apa tujuan orang itu mahu berjumpa dengannya? Adakah dia kenal dengan orang itu?

"Buat apa dia nak-"

Belum sempat Tiara menghabiskan kata-kata nya, Hadi bersuara sambil menunjukkan ke arah sebuah kereta yang sedang dalam perjalanan untuk ke rumah Hadi.

"Hah, itu dia!"
Lantas, kepala Tiara dipaling kan ke arah kereta itu. Dari jauh, dia dapat melihat yang pemandu kereta itu adalah seorang wanita. Tiba-tiba Tiara menjadi terkedu.

Adakah Hadi ingin menunjukkan bakal isterinya pada dia? Betulkah wanita itu perempuan yang bakal menjadi suri hidup Hadi?

Namun, segala persoalan itu bagaikan hilang di fikiran Tiara saat wanita itu keluar dari kereta. Tiara tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika itu.

"Nia?"

Nia Natasha menutup pintu keretanya lalu berjalan ke arah Tiara dan Hadi. Pemakaian Nia masih sama seperti dahulu ketika zaman di universiti tetapi mungkin lebih baik sedikit.

Tetapi di wajahnya tidak ada riak wajah benci atau meluat melihat Tiara seperti biasa malahan wajah Nia menunjukkan riak wajah bersalah.

"Tiara..." kata Nia, perlahan apabila dia sudah berdiri di hadapan Tiara.

Tiara memandang Hadi yang berada di sebelahnya. Hadi hanya tersenyum kecil dan kemudian dia meminta diri sebentar kerana ingin memberi mereka berdua ruang dan peluang untuk berbual tentang perkara yang ingin dibualkan.

Tiara masih tidak mengerti dengan apa yang terjadi. Dia melihat Nia yang berada di hadapannya. Tiara menunggu Nia untuk memulakan kata.

"Tiara... I know it's quite late, after almost 5 years but... I'm sorry. I'm really sorry. Aku mintak maaf atas segala silap yang pernah aku buat dekat kau lima tahun lepas. Kau ingat lagi tak 'story' yang dekat Instagram aku? Yang ada Hadi tu. Sebenarnya kitaorang tak 'dating' pun. It's just, both of our family have a dinner together. Dengan kawan ayah kitaorang yang lain. Aku sengaja buat macam tu sebab nak buat kau fikir bukan-bukan pasal Hadi" tutur Nia dengan suara mendatar.

Sudah lama dia menunggu saat untuk dia memohon maaf kepada Tiara tetapi tiada masa yang sesuai. Ada saja halangan yang mendatang.

Dan apabila Hadi memberitahu dia yang Tiara akan datang ke rumahnya, tanpa berfikir panjang Nia mengatakan bahawa dia ingin bertemu dengan Tiara dan akhirnya dia dapat jugak bertentang mata dengan Tiara Adriana.

Tiara membungkam. Ya. Dia masih ingat lagi tentang perkara itu. Dia melihat 'story' itu di hadapan rumah nya kerana Hadirah memintanya untuk segera melihat 'story' Nia itu.

Dan tidak berapa lama selepas itu, tiba-tiba ada manusia durjana yang menculiknya.

Melihatkan Tiara tidak berkata apa-apa, Nia meneruskan kata-katanya.

"Dan aku jugak nak mintak maaf pasal Rafiq culik kau dulu"
Kata-kata yang diungkapkan oleh Nia itu membuatkan Tiara memandang tepat anak mata Nia.

"Kau... Kau bersekongkol dengan Rafiq supaya tangkap aku?" Tiara tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Perlahan-lahan kepala Nia mengangguk tanda membenarkan kata-kata Tiara. Dia tahu itu salah dirinya. Dia yang mengemukakan cadangan itu pada Rafiq dan kebetulan pula Rafiq seorang yang mata keranjang.

Mahu sahaja Tiara menghentak kepala Nia ke arah pagar rumah Hadi. Disebabkan Nia, hidup Tiara ketika itu seperti telur di hujung tanduk.

Tambah pula dengan kehadiran Syakir yang berlagak berani sedangkan di hadapan Hadi pura-pura menyesal. Dasar talam dua muka.
Tetapi apabila difikirkan kembali tentang hal itu, lima tahun sudah berlalu. Sudah terlalu lama masa berlalu untuk dia menyimpan dendam pada Nia.

Lagipun, Nia sudah bersungguh-sungguh untuk bertemu dengannya dan meminta maaf. Siapalah dia untuk tidak memaafkan manusia. Dia juga nampak Nia kesal dengan perbuatan nya.

"I'm really sorry, Tiara. Aku betul-betul mintak maaf" kata Nia, perlahan.

"Tak apalah, Nia. Aku maafkan kau. Lagipun benda dah lama sangat dah. Alhamdulillah aku selamat, tak ada apa-apa jadi dekat aku masa tu. Dah, kau jangan risau. Aku tak marah kau pun" lembut sahaja Tiara membalas kata-kata Nia. Dia memegang bahu Nia.

"Thank you very much, Tiara. You are such a sweet girl. Untung siapa yang dapat kau" kata Nia.

Tiara tergelak kecil. Lelaki yang bakal berkahwin dengannya pun dia tidak kenal. Lagi kan pula hendak mengatakan bahawa lelaki itu untung mendapat dia sebagai isteri.

"Eh, ke situ pulak dia. Tak ada lah"

"Hadi tell me that you want to get married in two weeks. Wah, dah nak jadi isteri orang dah. Congratulations! I'm happy for you" ucap Nia dengan girang.

Tiara terdiam saat mendengar bahawa Hadi memberitahu perkara itu kepada Nia. Maksudnya dalam tempoh 5 tahun itu, Hadi masih berhubung dengan Nia. Atau malah lebih rapat? Fikiran Tiara sudah memikirkan bermacam-macam perkara. Adakah Nia bakal isteri Hadi?

"Thank you! Majlis aku hari Ahad dua minggu depan. Datang lah. Nanti aku bagi kad jemputan" Tiara cuba untuk kekal bersahaja.

"Oh! I would love to but on the same day I have an important business. So, maybe I can't be there. Sorry!"

"I see. It's okay. Datang lambat pun tak apa. Lagipun majlis kecil-kecilan je" kata Tiara dengan senyuman yang dipalsukan.

Di sudut hatinya, Tiara sudah berfikir yang bukan-bukan. Nia ada hal penting semasa hari yang dia kahwin dan kebetulan Hadi jugak akan berkahwin pada hari yang sama dengannya.

Jika dia renungkan kembali, tidak mustahil bagi Nia dan Hadi untuk bersatu. Mereka sudah mengenali sesama sendiri sejak mereka di zaman kanak-kanak lagi. Pasti perkenalan yang lama membuatkan mereka selesa bersama.

Selain itu, Nia juga sudah lama menyimpan perasaan pada Hadi. Sejak dari zaman sekolah lagi. Boleh sahaja ada perasaan yang terbit di hati Hadi untuk Nia sepanjang Tiara belajar di luar negara.

Tambahan pula, ibu bapa mereka berdua saling mengenali malahan rapat. Semestinya kedua-dua belah pihak ingin merapatkan lagi hubungan sesama mereka sebagai besan.

Tiara seakan hampir mendapat jawapan akhir. Adakah betul apa yang dia fikirkan ini? Nia Natasha ialah bakal isteri kepada Ikhwan Hadi?
//
Tiara Adriana merenung wajahnya melalui cermin solek. Di sampingnya ada Hadirah yang sedang membetulkan selendang putihnya. Rupa paras Tiara sangat cantik ditambah pula dengan solekan ringkas yang diberikan oleh Hadirah.

Pada awalnya Tiara ingin mengupah orang untuk menyolekkan wajahnya tetapi Hadirah menawarkan diri untuk membantu Tiara. Hasil sentuhan solekan Hadirah jugak tidak kurang hebatnya.

Ya. Hari itu akan menjadi saksi yang Tiara akan bergelar isteri orang. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Hari itu adalah hari pernikahan Tiara. Sehingga ke saat itu, Tiara masih tidak mengenali siapakah pengantin lelaki nya.

"Okey! Dah siap. Wah, cantiknya kau Tiara! Kau memang dah cantik, tambah pulak dengan semua benda ni lagi lah bertambah cantik" kata Hadirah sambil memandang Tiara yang sedang duduk di kerusi meja solek.

Tiara hanya berdiam diri. Dia masih lagi melihat dirinya di cermin.

"Betul ke apa yang aku buat ni, Hadirah? Aku tak kenal langsung dia..." luah Tiara.

Entah kenapa tiba-tiba dia berasa tidak yakin dengan keputusan nya. Tambahan pula mengenangkan yang Hadi juga akan bernikah pada hari itu. Mahu menyesal sudah terlambat.

"Eh, Tiara. Kau jangan macam-macam. Semua persiapan nikah kau dah siap. Jangan tiba-tiba kau tak nak kahwin pulak. Kau ingat ni cerita Suri Hati Mr. Pilot ke? Nak main lari-lari" jawab Hadirah, sedikit cemas.

Bukan boleh percaya orang bernama Tiara Adriana ini. Sama seperti dahulu ketika Tiara beritahu dia dan Farhan tentang hasrat hati nya untuk menerima tawaran universiti dari luar negara. Segalanya secara tiba-tiba.

"Kau ni, jauh betul kau pergi. Tak ada lah sampai aku nak lari. Kau gila ke? Kesian lah abang aku kalau macam tu. Aku cuma keliru. Macam mana kalau lelaki tu nanti tak sayang aku? Biarkan aku sendiri. Entah-entah dia tak nak pun kahwin dengan aku. Itu satu hal. Kalau dia ada niat jahat macam mana?" Terpancar riak wajah kerisauan di wajah Tiara.

Sepanjang malam dia tidak dapat tidur kerana memikirkan tentang perkara itu.

Hadirah memukul bahu Tiara.
"Hoi! Kau cakap aku merapu tadi. Sekarang ni kau mengarut lagi teruk. Tiara, insyaallah aku yakin lelaki tu akan jaga kau dengan baik. Dia akan sayang kau sampai bila-bila. Silap-silap kau yang akan berterima kasih dekat abang kau sebab pilih dia untuk kau. Percaya cakap aku, semuanya akan baik-baik saja. Insyaallah"

Kata-kata Hadirah sedikit sebanyak telah menghilangkan sedikit rasa gusar di hati Tiara. Tetapi Tiara agak pelik bagaimana Hadirah boleh terlaku yakin dengan lelaki itu sedangkan dia pun tidak yakin. Dia ingin bertanya tetapi malas untuk memanjangkan hal ini.

"Okey, aku pegang kata-kata kau. Sekarang ni tak apa ke kau datang majlis nikah aku ni dengan aku? Mana tahu Hafiz nak datang dengan kau ke" Tiara sengaja mengubah topik.

Kini Hafiz ialah teman lelaki Hadirah. Semuanya bagai mimpi bagi Hadirah apabila Hafiz secara tiba-tiba meluahkan rasa hati padanya. Manakan tidak, dia menyimpan perasaan terhadap Hafiz sejak dari awal lagi.

"Oh, aku lupa nak cakap. Hafiz tak datang. Dia pergi majlis nikah Abang Hadi. Eh, haah lah. Aku lupa nak cakap. Kau tahu tak yang Abang Hadi pun nikah hari ni? Sekejap. Kau kenal lagi tak Ikhwan Hadi?" tanya Hadirah.

Tiara mengeluh perlahan. Sekali lagi orang memberitahu atau lebih kepada mengingatkan dia yang Hadi juga akan bernikah pada hari itu.

"Ya ke? Hadi pun nikah hari ini?" kata Tiara, sengaja berbuat seperti tidak tahu. Dia tidak mahu bercerita tentang pertemuan dia dengan Hadi di taman rekreasi tempoh hari.

Biarlah hal itu kekal menjadi rahsia.

"Iya. Kebetulan betul kan kau orang nikah hari yang sama"
Tiara berpura-pura tersenyum kemudian kembali mengubah topik.

"Farhan datang tak nanti? Dah lama tak jumpa dia"

"Kawan kau seorang tu sibuk naik turun mahkamah. Maklumlah peguam berjaya. Ramai 'client' dia. Dia ada cakap dekat aku yang dia tak dapat datang masa nikah tapi dia akan cuba untuk datang masa kenduri kahwin nanti. Tak apa, kalau dia tak datang siap lah dia. Berani dia tak datang" kata Hadirah.

Satu senyuman kecil meniti di bibir Tiara. Walaupun dia pernah belajar di luar negara, namun hubungan persahabatan mereka bertiga masih utuh seperti dahulu.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(:( for your information, one more chapter left!!

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2022-08-14 09:24:28 

Harap lah Hadi yg kahwin dgn Tiara ni.. tak sabar nk tunggu next episode..


NovelPlus Premium

The best ads free experience