BAB 3

Horror & Thriller Completed 9981

-Rabu, 25 Mac 2019-

Tsukiko bangun daripada lenanya. Dia mengeliat. Hari ini adalah hari terakhirnya bercuti. Esok dia akan pergi kerja. Tsukiko bekerja sebagai housekeeping di Hotel Indah sejak tahun lepas.

Sejak kematian ibu bapanya, Tsukiko banyak mengambil alih tugas ibunya seperti memasak dan mengemas rumah. Itulah rutin Tsukiko apabila cuti bekerja.

Tsukiko melihat sekeping gambar mereka sekeluarga di atas rak kecil. Dia dan Yukiko ketika itu amat rapat. Tsukiko hanya mampu menghelakan nafasnya. Sejak kes penculikan kawan baiknya, Chenta 3 tahun lepas, hubungan dia dan Yukiko sedikit renggang. Pada tahun lepas, mayat Yukiko dijumpai rentung di bawah sebuah pokok besar. Penemuan mayat tersebut menyebabkan Yukiko benci kepada kakaknya.

"Kalau tidak, aku boleh selamatkannya," jerit Yukiko tahun lepas.

Masih terngiang-ngiang kata adiknya itu. Pada ketika itu Tsukiko melarang adiknya ponteng sekolah. Tsukiko terduduk di atas katilnya semula sambil meratapi gambar tersebut.

Tiada gunanya dia menyesal. Ya, dia akan cuba tuntut keadilan! Tak kira siapa agar tiada yang ditindas lagi seperti Chenta. Mayatnya saja dijumpai tetapi pelakunya belum dijumpai. Tsukiko akhirnya memasang niat supaya melakukan sesuatu yang kejam!

*****

-11 malam-

"Yukiko, tak nak balik lagi ke?" tanya Umae.

Kelihatan Yukiko masih lagi sedang makan burger McDonald tu. Rakus dilihatnya.

"Kau baliklah dulu, setengah jam lagi aku balik," jawab Yukiko.

"Yala, jangan makan banyak sangat. Nnti gemuk," Umae mengingatkan.

Yukiko menunjukkan isyarat bagus tandanya dia mengerti. Apabila Umae lesap daripada pandangannya, Yukiko cepat-cepat membasuh tangan dan meminta izin bos untuk pulang.

"Haih kau ni. Dah memang waktu balik kau pun. Takyah minta izin pun takpe," Zenju berkata sambil menepuk dahi.

"Hehe, saja minta izin. Nak ingatkan je," jawab Yukiko sebelum beredar dari restoran itu.

"Sekarang...." kata Yukiko dengan perlahan.

"Mari cari darah,"

"Hahaha, takde siapa dapat tolong kau," kata Muad.

"Tolong jangan apa-apakan aku," rayu Syiti.

"Emm, lawanya," Muad berkata.

Muad ingin melakukan sesuatu yang tidak baik pada Syiti. Syiti menangis ketakutan.

"Oi, tak ajak," jerit seseorang dari belakang.

"Emm? Siapa kau?" tanya Muad sambil mengeluarkan pisau lipatnya.

"Hehe, panggil Yu saja. Seolah-olah ikan yu yang perkasa membaham ikan yang lain," kata Yukiko penuh kias.

Muad tidak faham tetapi Muad akan membunuhnya kerana menghalang keseronokannya.

"Kau ni perempuan lagi rupanya tapi berlagak jadi heroin," perli Muad.

Yukiko yang memakai topeng seperti Tokyo Ghoul itu lantas tersenyum disebalik topengnya.

"Kau pula lelaki tetapi dah berlagak jadi penjahat," perli Yukiko.

Muad mengangkat kening sebelahnya seraya berkata.

"Aku akan berseronok dengan kau dulu," kata Muad sambil berlari ke arah Yukiko.

"Hehe, hehehehehe," Yukiko gelak seperti pontianak.

Pisau kecilnya dilontarkan ke dahi Muad sehingga tembus. Muad terkejut. Riwayatnya sudah sampai ke penghujung.
Muad terkaku di atas tanah.

Perlahan-lahan Yukiko bergerak ke arah Muad sebelum dia mencabut pisaunya semula.

"Te...Terima kasih anak muda," kata Syiti yang berumur 30-an.

Yukiko memandang Syiti lama-lama. Lidahnya menjelit keseluruhan bibir tanda Yukiko suka.

"Err....." Syiti takut semula.

Yukiko bergerak ke arah Syiti sambil memegang sebilah pisau.

"Ja..Jangan...Please," rayu Syiti lagi.

Yukiko mengangkat pisaunya tinggi-tinggi.

"Arrrrrgh,"

Jeritan wanita ditengah malam bergema.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience