Chapter 13

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.13 What Happened?

Olyn POV

Aku masuk ke bilik yang kukongsi bersama Yaya dan Ani. Aku menutup pintu. Aku lihat Ani dan Yaya sedang sibuk bermain PS2. Milik Yaya mungkin , Yaya kan maniac game.

"Hei Olyn ," Ani menyapaku. Aku hanya memberikan senyumanku kepadanya. Ani mengerutkan dahinya.

Aku merebahkan tubuhku di atas katil dengan keluhan. Aku tak tahu kenapa soalan-soalanku kepada Put tadi terdengar kasar. Aku rasa diriku seperti dikawal sebaik sahaja aku keluar dari tandas cafe. Dengan apa pun aku tak tahu.

Aku memejamkan mataku. Seluruh tubuhku terasa sakit. Terlalu penat mungkin. Punggungku juga terasa kebas.

"Lambat balik , Olyn?" Aku terdengar Yaya bertanya.

"Umh? Aku pergi ngeteh sekejap dengan Put tadi." Jawabku tanpa membuka mata. Tiba-tiba aku terasa katilku bergoyang. Belum sempat aku membuka mata , tubuhku telah dirempuh seseorang.

"Apa ni?!" Tanyaku dengan nada risih. Aku cuba untuk duduk.

"Kau pergi ngeteh tak ajak aku pun kan!?" Yaya memekik. dia mencekikku.

"Ah!" Aku menjerit perlahan. Kulihat Ani sedang mentertawai kami berdua. "Ani! Help meh!!" Panggilku.

"No , I'm gonna record this ," Ani menggelengkan kepalanya sambil tertawa.

Malam itu aku menghabiskan masa dengan bergurau bersama Yaya dan Ani. Belum pernah kami bertiga meluangkan masa seperti ini.

Ketika kami bertiga sudah siap sedia untuk tidur , aku terfikirkan sesuatu. Aku mengambil telefom bimbitku.

"Kenapa , Olyn?" Tanya Ani. Aku tersenyum. Setelah menghantar chat ke group KRS , aku langsung memejamkan mataku. Kudengar telefon Ani dan Yaya berbunyi. Itu menandakan chat yang kuhantar telah sampai.

"Sunrise? Cun.." Kata Yaya.

"Okay.." Ani pula memberi jawapan.

*
*

Ketika aku bangun , aku lihat Yaya dan Ani sudah tiada. Hm? Mana dorang..?

Aku bangkit dari katil. Wait , kenapa bilik ni nampak macam.. Aku lihat sekelilingku. Bilik yang kami tidur malam tadi nampak bersepah dan tidak teratur. Kenapa macam ni? Apa yang terjadi?

Aku mengambil hoodieku dan berjalan keluar dari bilik itu dengan pantas.

"Ya Allah!"

Aku terkejut melihat pemandangan di hadapanku ini. Keadaan yang kotor , lampu yang berkelip-kelip , dinding yang dipenuhi dengan art-art yang aku tidak tahu apa itu dan terdapat sedikit runtuhan.

What happened? Kenapa jadi macam ni? Semalam bersih je. Nampak macam hotel 4 bintang biasa..

Aku cuba mencari rakanku. "OLALA!!" Aku menjerit sekuat hati. "MANA KORANG!?" Hening. Tiada sahutan kembali. Kalau ini mimpi , bangunkan lah aku. Aku tak sanggup alami semua ni.

Aku cuba mencari jalan keluar. Kulihat sebuah bilik dengan pintunya yang terbuka. Aku ternampak bayang seorang gadis bergaun putih tergantung ditengah-tengah pintu. Organ dalamannya terburai. Semuanya aku boleh lihat. Aku memandang wajahnya.

Astaghfirullah! A- Ainaa!!! Aku mendekati tubuh Ainaa. Air mataku mengalir. Ini sama macam mimpi aku yang sebelum ni kan? Ainaa mati dalam keadaan tergantung dengan isi perut yang terburai. Kupegang pipinya. Tubuhnya telah pun sejuk. Mungkin dia telah lama mati.

Aku berlari mencari jalan keluar. Lif tidak boleh digunakan , jadi aku terpaksa turun menggunakan tangga.

Di tangga , aku terlihat sekujur tubuh yang sudah terpisah dari kepalanya. Aku tidak mahu mendekati tubuh itu tapi entah kenapa kakiku memaksa diriku untuk mendekatinya.

Aku cuba periksa tubuh itu. Jarinya terdapat sebentuk cincin. Aku cabut cincin itu dari jarinya. Kuamati cincin yang diselaputi darah itu. Tak silap aku.. Aku ada nampak Yana pakai cincin ni sebelum ni? Adakah ini.. Aku lihat lagi tubuh tanpa kepala ini. Susuk tubuhnya memang seperti Yana.

"WHAT THE HELL IS HAPPENING HERE! KENAPA KAWAN-KAWAN AKU MATI!?" Aku menjerit penuh rasa marah. Tangisku tidak dapat dibendung lagi. Aku memeluk lututku dan teresak.

Tanpaku sedar , aku tertidur di situ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience