ZAITUN termenung. Kenangan saat terakhir bersama Sazali. Andai saja Sazali masih ada, pasti dia juga turut gembira akan berita yang disampaikan oleh Juwita malam tadi.
"Yang... jangan putus berdoa ye. Semoga bonda lembut hati dan kebenaran berpihak pada sayang. Doa orang teraniaya ni tak ada hijab. Allah akan makbulkan." Zaitun kesat air mata. Pesanan Sazali tidak pernah dia lupakan.
"Ibu..." Teguran dari Junaidi mengembalikan Zaitun ke alam maya.
"Ibu ada tetamu." Dahi Zaitun berkerut. Tertanya-tanya siapa pula yang datang. Sudah lama rumahnya tidak terima tetamu melainkan dari keluarga Salmiah.
Junaida telah siap mencapai teko untuk membancuh air. Satu persatu cawan diletakkan di atas dulang. Zaitun hanya memerhati.
"Eh ibu kenapa tak ke depan? Kesian tetamu tunggu tu." Zaitun seakan ralit dengan dunianya sendiri. Dia masih bingung.
"Ya Allah ibu. kenapa masih duduk dekat dapur ni?" Juwita yang baru muncul di dapur terkejut melihat ibunya masih ada di situ.
Sangkanya selepas Junaidi memaklumkan ada tetamu, ibunya akan ke depan. Namun sangkaanya meleset. Turun saja dari bilik tadi, ibunya tidak kelihatan di ruang tamu.
"Siapa datang?" soal Zaitun. Masih tidak puas hati. Juwita tepuk dahi.
"Ada orang nak meminang kak long." Buntang mata Juwita mendengar jawapan Junaidi. Mahu dicekiknya Junaidi ketika itu. Kelam kabut Zaitun ke depan sebaik saja mencapai tudung sarung yang terletak di atas kerusi.
Juwita sempat memberi amaran kepada Junaidi. Siaplah kau lepas ni Junaidi. Memang kau kena cukup-cukup.
Zaitun tergamam melihat tetamu yang sedia menunggu di ruang tamu. Langkahnya terhenti seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Bibirnya bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi suaranya tidak terkeluar.
"Kak..." Akhirnya Tuan Mansur bersuara. Dia terus melangkah berhadapan dengan Zaitun. Tangan Zaitun diraih lalu dikucup lama. Melepaskan rasa rindu yang terbeban di hati.
Dulu dia sangat rapat dengan Zaitun. Malah banyak rahsia hatinya yang disimpan kemas oleh Zaitun dan dia tahu sehingga kini kakaknya itu masih menyimpan segala rahsia itu.
"Man..." Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Zaitun. Sungguh dia tak sangka secepat ini mereka akan bertemu.
"Kak sihat?" soal Tuan Mansur seraya mereka bersama melangkah menuju ke sofa.
Zaitun memandang Tuan Nabihah dan Haris silih berganti. Seakan tahu apa yang bermain di fikiran Zaitun, Tuan Mansur memperkenalkan mereka.
"Ni Nabihah, isteri Man. Ni anak Man, Haris." Zaitun pandang Juwita. Dia pernah melihat gambar Haris dalam album Juwita.
"Ye bu... Kami satu U dulu. Tapi tak sangka pula yang kami ni sepupu. Patutlah dalam ramai-ramai perempuan tergila-gilakan dia, Ju sikit pun takde perasaan macam ni." Haris ketawa mendengar kata-kata Juwita.
"Bukan takde perasaan macam tu mak long tapi memang Ju ni tak berperasaan." Bidas Haris selamba. Ketawa mereka mendengarnya. Kemesraan yang Haris tunjuk kepada Zaitun cukup membuatkan Juwita berasa lega.
Juwita hanya menjadi permerhati. Dia banyak mengunci mulut. Banyak juga kisah ibunya yang dia tahu dari Tuan Mansur. Alangkah gembiranya Juwita melihat sinar bahagia di wajah ibunya. Sinar bahagia yang diragut sejak pemergian babanya. Tanpa sedar, air mata Juwita basah membasahi pipi. Tercengang Haris melihat air mata Juwita ketika itu.
"Eh Ju... kenapa menangis ni?" Semua mata tertumpu pada Juwita. Dia kaget seketika dengan soalan Haris. Segera diseka air matanya lantas tersenyum.
"Eh tak ada apa. Cuma terharu je. Happy tengok ibu happy semula." Zaitun tertunduk. Dia tahu Juwita banyak memerhatinya selama ini.
"IDI..." Panggil Zailani ketika dia melangkah pulang dari surau.
Mendengar namanya dipanggil, Junaidi segera berpaling. Meremang bulu romanya melihat Zailani. Dia melajukan langkah. Kata-kata Zailani dulu tergiang di telinganya. Fuh... tak sanggup menjadi tatap mata lelaki songsang. Namun, langkah Zailani lebis pantas. Dia segera menahan Junaidi.
"Kau ni nak cepat macam nampak hantu dah kenapa? Aku ni ada rupa hantu ke?" soal Zailani selamba.
"Adalah sikit. Hantu songsang." Bulat mata Zailani mendengarnya. Dahi Junaidi di tepuk kuat. Sakit pula hatinya mendengar kata-kata Junaidi.
"Aku ni sungguh pun lembut, aku bukan lelaki songsang ye. Nafsu aku masih pada perempuan. Bukan pada jantan. Ish... kau ni kot ye pun nak kenakan aku, jangan cakap aku ni songsang." Tegas sekali kata-kata Zailani. Junaidi tersengih.
"Ni aku nak tanya, tadi nampak Tuan Mansur datang rumah kenapa?" Junaidi tersengih.
"Dorang datang nak meminang kak long." Selamba je Junaidi menjawab. Tercengang Zailani mendengarnya.
"Kau jangan memain ye. Aku tanya serius ni." Zailani tak puas hati. Junaidi kerut dahi. Wajahnya berubah serius.
"Betullah apa orang cakap. Ish... tak nak percaya sudahlah. Nanti tanya kak long sendiri. Malas nak cakap lebih-lebih dengan abang ni." Junaidi terus melangkah meningggalkan Zailani yang masih kelihatan terkejut.
Zailani mengeluh. Sudahnya dari tengah hari tadi Juwita tak mahu bercakap dengannya. Ditambah pula hal yang disampaikan oleh Junaidi tadi. Zailani menjadi serba salah. Tak mungkin Haris masuk meminang Juwita. Berapa kali dia dilihat berkepit dengan sorang gadis. Takkan dia nak permainkan Juwita.
Ahh... Tak boleh jadi ni. Dia perlu selamatkan Juwita dari menjadi mangsa lelaki buaya seperti Haris. Dia tak kira, apa pun jadi Juwita tak boleh menjadi isteri Haris. Tekad Zailani.
Share this novel