Bab 16

Romance Completed 78326

Gia dan Kristine sama-sama melangkah masuk ke ruangan bersolek memandangkan Gia sudahpun menggangtikan bajunya dengan gaun serba putih dengan bunga palsu dan manik yang ditempek pada gaun Gia. Seorang penyolek yang tadinya duduk di penjuru meja solek datang menghampiri Gia.

“Wow…you look gorgeous Gia dengan gaun ni. It’s suits for you,” puji Celine. Memang dia tak tipu yang gaun ni sesuai dengan Gia dan tunggu solek sikit saja lagi mesti Gia akan meletup! Bukan meletup kena bom tapi meletup sebab dia nampak cantik sangat-sangat!

Gia kalau cara mekap dan ton mekap yang dikenakan pada wajahnya sesuai jadi wajah Gia memang nampak berlainan dari biasa berbanding dengan dia tak pakai mekap. Seolah-olah Gia sudah bertukar orang bila wajahnya sudah selesai disolek. Serius nampak lain sangat!

“Ada-ada je awak ni Celine,” dia mengukirkan senyuman kepada Celine. Gia kembali memerhatikan wajahnya pada cermin meja solek. Lainnya rupa wajah aku sekarang ni bila disolek. The power of make-up mampu mengubah segalanya. Dari wajah yang buruk pun boleh jadi cantik.

“Hello Dariya! Baru sampai ke? Nah…come have a sit sambil tu kita solek dulu ok,” Celine menyapa pula Dariya yang melangkah masuk bersama managernya.

Dariya mengukirkan senyuman manisnya kepada Celine. Fashion show kali ini menggabungkan model dari Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura. Semuanya cantik-cantik belaka.

Namun, mata Dariya terfokus kepada Gia yang sedang membetulkan rambutnya. Dia bercakap sesuatu dengan managernya sebelum dia bangun dan menghampiri Gia. Sudah lama dia meminati Gia kerana kisah perjalanan Gia untuk jadi hingga ke peringkat ini boleh dijadikan sebagai motivasi.

“Gia Vatanika?” Tegurnya.

Gia memandang wajah Dariya sebelum menoleh ke belakang. Dia bangun lalu mengukirkan senyuman manis kepada Dariya. Pada pandangan matanya, Dariya tampak manis dengan tudung berwarna peach lembut. Dia suka melihat wajah manis Dariya yang masih belum dimekap.

“Ya…and you? What’s your name?” Ramahnya. Tak pernah sekali dalam prinsip hidupnya dia akan menyombong dengan mana-mana orang yang menegurnya. Itu bukanlah sifat yang bagus.

“Dariya. Well, I’m one of your fans from Malaysia.”

“Oh…awak dari Malaysia ya?” Dariya agak tercengang sedikit bila Gia boleh bertutur dalam bahasa melayu.

“Wait…you can speak Malay?” Gia mengangguk sambil tertawa kecil.

“Kata fans saya. Takkan tak tahu saya boleh cakap bahasa melayu?” sengaja Gia bergurau. Banyakkannya tak tahu yang dia mampu untuk bertutur dalam bahasa melayu sebab dia kurang dedahkan kebolehannya yang satu itu.

“Saya tak tahu. Saya hanya tahu yang ayah awak dulunya orang Thai-Malaysia tapi saya fikir yang ayah awak boleh cakap Thai je. Sorry!”

“Nahhh…it’s okay. Saya tak dedahkan sangat dekat umum yang saya mampu bertutur dalam bahasa melayu. Itupun tatay saya yang ajar.”

“Pardon?”

“Sorry…tatay maksudnya ayah. Saya dah terbiasa panggil ayah saya dengan panggilan tatay.”

“Ohhh…”

“Emmm…why not tomorrow morning awak datang ke rumah saya? Bukan selalu saya ajak fans saya datang rumah,” dah alang-alang kenal dengan Dariya ni, apa salahnya kan kalau jemput datang ke rumah?

“Seriuslah ni?” Dariya dah mula teruja! Siapa je yang tak teruja weyh kalau orang yang kita minat ajak kita ke rumah dia? Kalau korang pun mesti teruja jugak kan?

“Seriuslah before saya fly ke Thailand pulak ada fashion show dekat sana pulak. Datang eh? Nanti saya bagi awak alamat rumah saya. Jangan tak datang pulak tau!”

“Ok! No problem! Tapi, before that boleh tak kita bergambar?”

“Boleh!”

Pantas Dariya mengeluarkan telefonnya lalu kamera dibuka. Satu, dua keping gambar diambil. Tersenyum panjang dia dibuatnya.

“Thank you, Gia.”

“You’re welcome.”

“Dariya! Come! Kita kena mekap sekarang!” Manager Dariya, Aliya memanggilnya untuk sesi mekap.

“Saya pergi dulu,” Dariya segera pamitkan dirinya ke meja solek tempat dia duduk tadi.

“Amboi…senyum sampai ke telinga ehhh dapat jumpa dengan model kesukaan dia tu?” Aliya mengusik.

“Mestilah! Dari dulu lagi tau aku nak jumpa dengan dia dan bila peluang tu dah dapat, takkanlah aku nak bazirkan macam tu je kan?” Gambarnya yang diambil bersama Gia dihantar kepada Luqman.

Me: Finally! Saya dapat jumpa dia jugak Luq! Cantik
kan dia?

Fiancé: Seronoklah tu kan? By the way, cantik macam
mana pun dia, awak lagi cantik pada pandangan saya.

Me: Hahaha…gediklah awak ni, Luq! Oklah, saya kena
bersiap-siap dulu. Nanti saya chat awak lagi ya?

Fiancé: Ok…take care! I love you.

Me: Love you too…

Telefonnya diletakkan ke tepi dan mula fokus dengan penampilannya. Dia hanya diamkan diri bila wajahnya mula disolek Aliya. Kalau duduk tak diam, habis comot mekapnya nanti.

RENTAK lagu yang menjadi latar belakang fashion show mula kedengaran sebaik saja lampu pentas runway dinyalakan. Model-model yang tadinya bersiap-sedia di belakang pentas runway mula melangkah naik ke atas pentas. Seorang demi seorang berjalan di atas pentas tersebut. Berjalan hingga ke hujung pentas runway, posing sedikit dan kembali berjalan ke belakang pentas dan diganti dengan model yang lain untuk memperagakan fesyen mereka.

Dariya memperagakan fesyen jubah moden Muslimah berwarna maroon dipadankan dengan tudung bawal berona pink lembut. Ramai para tetamu VIP yang hadir memuji dengan kecantikan Dariya. Selepas Dariya, kini tiba giliran Gia yang memperagakan gaun labuh paras lutut berwarna putih dengan sulaman manik dan bunga.

Gia berjalan dengan penuh yakin di atas pentas runway tersebut. Dah lama berkecimpung dalam dunia peragaan ini membuatkan dia tak kekok langsung untuk berhadapan dengan orang ramai seperti sekarang. Dulu, waktu pertama kali dia berjalan di atas pentas runway, rasa gugup tu tak payah cakaplah serupa nak pecah jantung dibuatnya. Tapi sekarang? Tak ada lagi perasaan macam itu.

Ketika dia sedang posing mempamerkan fesyen gaunnya, matanya terpandangkan ke arah Danial yang duduk di kerusi barisan pertama sambil tersenyum memandang dirinya. Tiba-tiba saja dadanya berdegup kencang. Wajahnya mula menunjukkan riak tidak senang tapi cepat-cepat dicover sebaik mungkin. Habis saja posing, dia pusing ke belakang dan berjalan hingga ke belakang turun dari pentas.

Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dihembuskan. Haih! Dah kenapa pulak tiba-tiba Danial ada dekat sini?! Gia mengeluh kuat sebelum berbaris di belakang model yang lain untuk posing yang terakhir bersama dengan pereka fesyen masing-masing. Rasanya dah lama dia tak bersemuka dengan Danial sejak dia keluar dari rumah daddy. Ya…dalam sepuluh tahun macam tu aku tak pernah jumpa dia langsung sampailah hari ni.

Mereka kembali naik ke atas pentas bersama dengan pereka fesyen. Ada ucapan sedikit dari pereka fesyen masing-masing dan ucapan dari organizer fashion show. Mata Gia tertumpu kepada Danial yang masih lagi tumpukan perhatian kepadanya. Mata Danial tak lepas dari memandang susuk tubuh ramping Gia. Dalam kepalanya bermacam-macam rencana difikirnya bagaimana untuk memiliki Gia. Dia mengeluarkan telefonnya lalu menaip sesuatu.

Entah kenapa waktu ini Gia rasa tak sedap hati dengan Danial. Tak boleh jadi ni! Habis je fashion show kejap lagi, aku kena balik terus! Macam mana pun kau kena elak jugak dari bertembung dengan dia!

Majlis dismiss dan para tetamu VIP yang hadir dijemput untuk menikmati makanan yang disediakan pada bahagian dewan sebelah kanan. Danial menggamit seorang pelayan di situ dan membisikkan sesuatu kepada pelayan tersebut sambil menyerahkan satu pek kecil kepada pelayan tersebut. Mulanya pelayan lelaki tersebut menolak untuk berbuat demikian tetapi bila disogok oleh Danial, laju saja dia setuju. Money is everything lah kata kan?

Sampai di bilik persalinan, Gia cepat-cepat menukar bajunya dan mencuci mekap yang ditempek pada wajahnya. Dalam hatinya berdoa agar dia tak terserempak dengan Danial di ruang parking di basement nanti. Dia tak nak berjumpa dengan Danial dan hal-hal yang tak diingininya berlaku pulak nanti. Danial ni memang tak boleh dijangkau dek akalnya.

Macam biasa, sebelum mereka pulang mereka akan dihidangkan dengan jus terlebih dahulu. Itu prosedur yang dilakukan dalam fashion show mereka. Setiap seorang akan dihidangkan jus mengikut citarasa masing-masing. Jus yang diminati oleh Gia ialah pink guava and strawberry. Jus yang sudah pun diisi dalam gelas plastik diserahkan kepada manager model masing-masing.

Kristine mengucapkan terima kasih kepada pelayan lelaki tersebut sebelum kembali menyambung semula kerjanya mengemas semua barang-barang Gia. Gia kembali kepada Kristine dengan bajunya yang sudah siap disalin. Memandangkan Maya tak dapat nak hadir hari ini disebabkan ada hal mustahak, jadi Kristine menggantikan tempat Maya malam ini.

“Done?”

“Yes. Jomlah balik.”

“Ye tapi before kita balik, nah…minum jus kau dulu. Favourite kau kan?” jus pink guava and strawberry yang diserahkan oleh pelayan lelaki tadi diambil dan diberikan kepada Gia.

“Heaven!” Gia terus mengambil jus tersebut dan menyedut air jus tersebut dengan rakus. Memang dari tadi lagi dia haus. Bila dah dapat minum air kegemaran aku ni, lega je rasa tekak ni.

Selesai mengemas barang, mereka berdua beredar pergi dari situ menuju ke basement. Gia mengambil barangnya dari Kristine. Mereka berdua memandu kereta masing-masing. Kebiasaan bagi Gia dia lebih suka untuk memandu sendiri berbanding bergantung harap pada orang lain walaupun orang itu Kristine.

Memandangkan malam ini Kristine kena pulang ke Cebu atas urusan keluarga, Gia pulang ke rumah memandu sendirian tanpa diiringi oleh Kristine di belakang keretanya.

“Drive safe!” Pesan Gia kepada Kristine yang mula menghidupkan enjin keretanya.

“You too!” Ujar Kristine sebelum dia memandu keluar dari ruangan parking di basement.

Gia memandang hingga kereta Kristine hilang dari pandangannya. Namun, baru saja dia hendak melangkah masuk ke dalam kereta, dirinya ditegur dari belakang dan suara tersebut memang dia kenal. Danial!

“Long time no see ya?” Ujar Danial sebaik saja Gia menoleh memandangnya. Jelas pada pandangan matanya yang muka Gia berubah riak tak senang.

“Kenapa? Takut dengan abang sendiri ke?” Soalnya dalam nada sinis.

“Buat apa aku nak takut dengan kau?” Balas Gia berani.
Suaranya ditegaskan. Tapi, tiba-tiba saja kepalanya terasa berdengung dan dia mula rasa pening-pening. Kepalanya terasa berputar.

Danial tersenyum gembira. Nampaknya ubat tu dah berkesan. Buktinya? Gia dah mula pening-pening.

“Kenapa ni?” Dia berpura-pura prihatin terhadap Gia walhal nak ambil kesempatan.

“Jangan pegang akulah! Tepi!” Gia terburu-buru masuk ke dalam keretanya dan menekan punat lock pintu kereta. Keretanya dihidupkan dan memandu pergi dari situ.

Danial pula segera berlari ke arah keretanya dan cuba mengejar kereta Gia dari belakang. Kalau tak kejar, terlepaslah peluangnya nak bersama dengan Gia.

Sedar dirinya diekori dari belakang oleh Danial, Gia mencepatkan pemanduannya keluar dari basement dengan pandangannya yang mula kabur-kabur tapi Gia memaksa dirinya untuk concentrate dengan pemanduannya. Ah! Ini mesti ada sesuatu dalam minuman aku dan aku syak Danial ada upah seseorang untuk letakkan something dalam minuman aku! Tapi yang menjadi masalah sekarang ni, apahallah aku rasa nak keluar dari sini lambat sangat nak kena pusing?!

Akhirnya, keluar juga dia dari basement tapi tiba-tiba saja ada seorang wanita bertudung melintas di hadapan keretanya. Tak sempat dia menekan brek lalu…
Gedebummm! Tubuh wanita itu jatuh menyembah lantai. Gia terkejut besar dengan benda yang terjadi di depan matanya. Danial yang melihat kejadian tersebut segera memboloskan diri memandu pergi dari situ mengikut pintu exit belakang.

Sempat Gia menekan punat unlock kereta sebelum dia pengsan di dalam kereta. Suasana di di situ agak lengang dan tak ramai orang. Jericho yang kebetulan memang ada di majlis tadi segera datang membantu Gia.
Untung saja dia parking kereta di luar dan bukannya di dalam ruang parking basement.

Tubuh Dariya yang sudah berlumuran dengan darah turut ditolong dengan bantuan manager nya yang baru datang menolong. Tubuh Dariya diangkat dan dibawa masuk ke dalam keretanya. Aliya, manager kepada Dariya pula follow kereta Jericho dari belakang. Laju Jericho memandu keretanya menuju ke hospital yang terletaknya lebih kurang dua kilometre dari kawasan sini. Hatinya berdebar melihat Gia yang tidak sedarkan diri dengan
Dariya yang tidak sedar diri dengan keadaannya berlumuran dengan darah yang mengalir dari celahan tudung dan bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience