Bab 31

Romance Series 80702

VILLA ROSE

NURJIHAN terus di tarik lagi hingga masuk ke dalam bilik tetamu oleh Tuan Syed Iqwal. Bukan niatnya untuk berkasar dengan gadis itu, tetapi untuk mengembalikan Nurjihan yang lemah lembut dahulu itu memerlukan masa.

"Kenapa bawak aku datang sini ha?. Aku nak balik !".
Nurjihan mengurut-urut pergelangan tangannya yang memerah akibat di cengkam kuat oleh Tuan Syed Iqwal sepanjang perjalanan mereka.

"Mulai hari ini, detik ini...Villa Rose ini adalah rumah awak, tempat tinggal awak."
Kata Tuan Syed Iqwal memandang Nurjihan yang berada di atas katil.

"Kenapa pulak? Aku tak nak duduk sini la."

Tuan Syed Iqwal menggeleng. Malas dia mahu bertekak dengan Nurjihan lagi.

"Syifa, prepare apa yang patut untuk persalinan Jihan. Malam ni akan ada majlis akad nikah di rumah ni."

"Ba...ba..baik Tuan Syed."
Syifa gugup bagai tidak percaya dengan apa yang di kata oleh Tuan Syed Iqwal.

"Hell, no !!!" Jerit Nurjihan melihat ke arah Tuan Syed Iqwal yang berlalu pergi dan hilang di sebalik pintu yang tertutup itu.

Terbit suara tangisan dari Nurjihan dari dalam bilik itu.

Mak ... orang tak nak kahwin dengan dia. Tak nak !!!

Syifa menggigit kuku sambil memandang Benjamin yang juga bagai cacing kepanasan di luar bilik merisaukan keadaan Nurjihan itu.

"Ben, betul ke Tuan Syed ni ? risau la. Tak rela aku".

Benjamin kehairanan.

"Eh, macam kau pulak yang kena paksa kahwin."

"Bukan la. Maksud aku..tak sampai hati la tengok keadaan Cik Jihan macam tu. Macam mana aku nak hadap dia nanti, alaaaa".

"Buat je lah..karang datang angin gila Tuan Syed tu semua orang dalam rumah ni kena tau !".
Benjamin tidak mahu berlengah lagi dan mula mencari Tuan Syed Iqwal.

Nurjihan memandang sekeliling bilik. Mencari-cari selak di sekeliling tingkap. Tingkap berjaya di buka. Namun masih ada grill tingkap yang tidak berjaya di buka. tingkat bilik yang agak tinggi sukar untuk dirinya terjun ke bawah.

Macam mana aku nak terjun kalau tinggi melayut macam gini ?

Nurjihan kembali duduk bersandar di dinding.

PIA, Hawa dan Rizal kegelisahan memikirkan Nurjihan yang hilang sejak pagi tadi. Semua baju dan barangannya sudah kosong dalam almari.

"Jihan...pick up the phone !!. Mana kau ni?."
Hawa tidak putus-putus membuat panggilan masuk untuk menghubungi Nurjihan.

Bahasa isyarat Pia : Apa kita nak buat sekarang ni? Kita pergi report polis la jom."

Hawa menggeleng.

"Jangan lagi, belum 24 jam. Kita tak boleh buat report polis lagi. Tunggu lagi sikit masa. Aku yakin dia memang larikan diri. Bukan kena culik atau apa."

WAJAH cantik itu di tatarias oleh Eija dan persalinan baju pengantin di sediakan oleh Syifa.
Mereka memandang Nurjihan yang memakai persalinan serba putih itu.

"Cantiknya cik Jihan malam ni. Saya macam tak percaya yang Cik Jihan dan nak jadi isteri orang."
Kata Syifa terharu menahan air mata bertakung melihat kecantikkan Nurjihan. Namun dia turut bersedih dengan keadaan jiwa lara yang di tanggung Nurjihan.

"Ladies, i kena balik sekarang. Suami i dah tunggu lama kat luar tu. Congrats Jihan... I'm happy for you."
Kata Eija laju berlaga pipi dengan Nurjihan.

Happy for you? for me? happy ke aku sekarang ni bila kena kahwin paksa dengan dia tu ?!

Nurjihan tidak rela !

"Kak Syifa...Jihan haus la. Boleh tak tolong ambilkan air?". Pinta Nurjihan.

"Air sejuk ke Cik Jihan?". Syifa bertanya polos.

Nurjihan mengganguk. Lalu tanpa banyak tingkah Syifa turun ke dapur mengambil air sejuk buat Nurjihan.

Melihatkan kehilangan Syifa dari situ. Dengan pantas Nurjihan berlari keluar. Mujur tiada siapa di ruangan tamu dan dia berlari ikut pintu tepi di kawasan ruang tamu itu.

Syifa bernyanyi riang meniti anak tangga untuk naik semula ke bilik Nurjihan. Sesampainya di situ. Jatuh gelas air yang di pegangnya.

Nurjihan tiada? mana dia pergi ? mampos aku..

Syifa ketakutan dan berlari mencari Benjamin.

Pintu pagar kecil itu di buka perlahan tanpa membuat sebarang bunyi. Nurjihan menggangkat ke atas sedikit kain veil di atas kepalanya itu yang labuh memanjang untuk memudahkan pergerakkannya supaya tidak tepijak.

Setelah berjaya melepaskan diri, dengan pantas dia cuba berlari.

Bukkk !

Nurjihan terlanggar seseorang. Dia yang terjatuh itu tidak berkedip-kedip mata memandang ke arah orang yang di langgar tadi.

"Cik Nurjihan nak lari ke mana ni? Kalau Tuan Syed nampak susah nanti."
Benjamin cuba membantu Nurjihan untuk bangun semula.

Aduh, Benjamin ni dekat mana-mana pun ada la dia ni !

Nurjihan memegang kedua-dua belah lengan Benjamin.

"Ben, awak kena tolong saya. Saya tak nak kahwin dengan dia. Tolong saya keluar dari sini. Sempat lagi ni, tolong la Ben."
Nurjihan merayu dengan mengoncang-goncang tubuh Benjamin.

"Saya tak boleh ingkar arahan Tuan Syed. Nanti saya dan Cik Nurjihan dalam kesusahan. Mari kita masuk ke dalam semula." Ajak Benjamin.

"Tak nak..dia bukan boleh buat apa-apa pun dekat awak dan saya. Jangan risau." Kata Nurjihan meyakinkan Benjamin.

Benjamin terdiam kaku memandang ke arah Nurjihan. Dia tidak mampu bersuara lagi bila Tuan Syed muncul di situ.

"Yakinnya awak? siapa kata saya tak boleh buat apa-apa dekat awak? Banyak kali ye saya kena ingatkan pada awak yang saya ada hak dan kuasa penuh terhadap awak."

Nurjihan terhenti pergerakkannya yang mengoncang tubuh Benjamin sebentar tadi. Tuan Syed Iqwal kini berada betul-betul di belakangnya.

Dia masih diam tidak beriaksi memandang ke belakang.

"Kalau awak masih degil lagi nak larikan diri...saya akan pastikan yang awak akan di bawa pergi jauh dari sini dan awak tak akan ada peluang langsung untuk melawat kubur mak awak mahupun berhubung dengan kawan-kawan awak sepanjang hidup selepas ini."

Kata ugutan yang terkeluar dari mulut Tuan Syed Iqwal itu benar-benar menghiris pedih tangkai hati Nurjihan.

Terkedip-kedip matanya memendam tangisan bercampur amarah. Nekad dan kejam sekali cara lelaki ini mahu pisahkan dia dengan orang-orang yang terdekat dalam hidup dia. Nurjihan mengepal penumbuk.

Benjamin hanya diam tanpa berani bersuara. Mungkin Nurjihan terlupa bahawa Tuan Syed Iqwal ini bukan calang-calang orang jika hendak di cabar ego dan kesabarannya.

Tidak mendengarkan apa-apa suara dari Nurjihan, Tuan Syed Iqwal mendekati gadis yang sedang berdiri membelakanginya itu setapak langkah lagi ke hadapan.

"Awak pilih, sekarang ni awak nak masuk ke dalam semula dan kita teruskan majlis akad nikah kita... ataupun awak rela berpindah jauh beribu batu dari negara ni?."

Nurjihan mengalah. Dia berpaling semula ke belakang dan masuk semula melalui pintu pagar kecil tadi tanpa menoleh ke arah Tuan Syed Iqwal.

Dia pasrah jika ini hakikat yang perlu dia lalui asalkan tidak di halang dari dekat dengan makam ibunya untuk di lawat.

Melihatkan Nurjihan yang berjalan masuk semula ke dalam dengan sendirinya. Tuan Syed Iqwal tersenyum sinis. Maaf jika dia perlu berkata-kata kejam demi menghalang Nurjihan pergi.

BUKU-BUKU yang berada di bucu meja itu jatuh terkena lempiasan tangan Dr.Haider yang tidak sengaja ingin bangun dari kerusi di meja kerjanya.

"Opps, macam mana la boleh tak perasan buku-buku ni".

Lalu dia tunduk dan mengutip semula buku-buku tebal yang jatuh ke lantai itu. Perasaan hatinya tidak nyaman sama sekali. Terasa ada yang mengganggu ketenangan di hati.

Siapa yang terlintas di fikirannya saat ini? Semestinya Nurjihan. Gadis itu tidak lekang dari ingtannya saban hari. Moga Tuhan sentiasa melindungi gadis pujaannya itu.

Di tarik nafas sedalam-dalamnya untuk membayangkan perkara positif dan menghalau dari menggangu mood kerajinan dia yang sedang menyemak kertas peperiksaan pelajar-pelajarnya.

DENGAN SEKALI LAFAZ, Nurjihan sah menjadi isteri kepada Tuan Syed Iqwal berwakil walikan hakim. Majlis pernikahan rahsia itu dia adakan secara kecil-kecilan hanya untuk penghuni Villa Rose.

Nurjihan memeluk lutut dan menungkan keadaan dirinya yang menafikan bahawa Tuan Syed Iqwal itu suaminya. Cincin di jari manis itu di tenung dalam-dalam. Bagaimana dia harus berdepan untuk hidup dengan lelaki berdarah dingin itu? Bagaimana untuk membayangkan perasaan emaknya bila tahu dia telah berkahwin dengan lelaki yang menyebabkan emaknya terbunuh walaupun yang tinggal hanya kubur yang tanahnya masih merah. Dia ibarat terbayangkan wajah Mak Eton yang kecewa berat !

Kekuatan demi kekuatan yang pernah ada di dalam dirinya kian memudar. Bagai membuak-buak rasa amarah terhadap lelaki itu. Biar masa yang menyelesaikan ini semua.

Apa yang terlintas di kepalanya saat ini, dia hanya mahu tidur. Mungkin ini semua mimpi dan sekiranya nanti dia terbangun, kekacauan ini semua bakal lenyap !

Saat itu, kedengaran bunyi pintu bilik di buka.
Kelihatan Benjamin yang menapak masuk perlahan-lahan bersama Syifa.

"Maafkan saya sebab tak dapat tolong Cik Nurjihan. Saya percaya yang Tuan Syed adalah lelaki yang terbaik buat Cik Nurjihan walaupun Cik Nurjihan tak nampak lagi sekarang ni." Benjamin bersuara.

"Cik Jihan kalau nak apa-apa jangan segan ye nak minta. Cik Jihan dah jadi majikan besar kami dalam rumah ni sekarang."
Tersenyum Syifa mengelap air mata di pipi Nurjihan yang hampir kering.

Nurjihan mengganguk lemah.

Hidup ini penuh kejutan.
Ada yang telah dirancangkan,
tetapi berbeza dengan kenyataan.
Ada yang telah di gariskan,
tetapi tidak sesuai dengan keinginan.

Apa yang ada ? hanya perlu akur dengan semuanya yang terjadi. Moga kekuatan menambah dalam diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience