37

Romance Completed 95763

(Cappadocia- 9 pagi)

"Wahhh!" Anggun Dahlia berjalan laju ke depan meninggalkan Ikram Benjamin.

"Abang. Cepatlah! Cantiknya dekat sini!" Mulutnya sedikit melopong melihat pemandangan didepan mata.

Hari ini mereka berada di Cappadocia. Salah satu tempat yang paling digemari oleh para pelancong. Disamping dapat menikmati suasa romantik. Ditemani dengan pemandangan yang indah dari atas.

Banyak belon panas yang telah dilepaskan ke udara. Dia juga tidak mahu melepaskan peluang yang ada. Rugilah dia jika tidak menaiki belon panas itu. Nanti di Malaysia mana mahu dapat suasana seperti itu? Ah, seronoknya!

Ikram Benjamin memimpin tangan Anggun Dahlia menaiki belon udara panas. Pintunya sudah dibuka oleh penjaga lelaki disitu. Dia tersenyum.

"Jom sayang. Kita naik. Nanti kalau lambat, dah panas. Kesian sayang abang nanti." Dia tersengih memandang Anggun Dahlia.

"Seronoknya!" Dia melangkah masuk ke ruang belon. Teruja benar dia ketika itu. Kaki melangkah menaiki belon udara. Dia terlebih dahulu mengambil tempat duduk. Manakala, Ikram Benjamin pula sedang melaraskan ring lensa untuk mengambil gambar. Adakalanya, dia mencuri pandang ke arah perempuan itu.

"Sayang suka?" Soalnya sambil tersenyum. Sesekali lensanya fokus ke arah Anggun Dahlia. Ah, perempuan ini teruja benar. Dari tadi tersengih-sengih.

"Suka sangat!" Laju saja dia menjawab sambil tersengih lebar.

"Wow! Abang, kita tengah terbang!" Belon udara perlahan-lahan naik ke atas. Kelihatan pemandangan dari bawah semakin mengecil. Dari tadi matanya menebar ke seluruh pemandangan didepan mata.

"Abang. Kita tak payah balik Malaysia boleh? Kita duduk sini. Dahlia suka dekat sini. Cantik! Nanti hari-hari boleh naik belon udara. Eiii, seronoknya!" Tangan Ikram Benjamin digenggam sambil menggoyangkan tangan itu. Menyerlahkan lagi rasa keterujaannya.

"Mana boleh, sayang." Ikram Benjamin sudah tersengih.

"Kenapa tak boleh?" Laju saja dia menyoal.

"Hahaha. Yalah. Sayang kan tengah mengandung. Bahayalah nak naik benda tinggi macam ni. Lagipun..." Dia berjeda seketika. Anggun Dahlia dipandang atas dan bawah. Kemudian, dia tergelak kecil.

"Apa?" Soal Anggun Dahlia tidak sabar. Matanya dikecilkan memandang Ikram Benjamin.

"Yalah. Lagipun, sayang kan makin berat. Mana boleh naik belon udara. Nanti tak naik-naik pula belon ni ke atas. Hahahahaha." Bukan main lagi dia ketawa. Anggun Dahlia pula mengetap giginya geram.

"Abang! Tak baik tau. Ish, dalam perut ni anak abang tau! Ingat Dahlia suka-suka ke nak kembungkan perut Dahlia bagi berangin macam ni? Dahlah makin hari makin berat nak bawa perut. Abang tu cakap senanglah. Sedap aje gelakkan Dahlia. Jahat! Eiii!" Dia menampar kasar peha Ikram Benjamin. Puas hatinya.

"Aduh! Sakit sayang. Sss!" Dia menggosok-gosok pehanya yang terasa perit.

"Haaa, padan muka! Siapa suruh gelakkan Dahlia tadi. Huh!" Kembang-kempis hidungnya menahan marah.

"Hahahahaha. Abang bergurau aje tadi, sayang. Okey, okey. Abang minta maaf ya, wahai bidadari abang yang cantik, yang solehah, yang abang cintai. Abang sungguh ni. Abang minta maaf sebab gelakkan Dahlia." Dia memegang tangan Anggun Dahlia erat. Dia meletakkan kameranya disebelah. Kemudian, tangan itu digenggam. Dia meramas lembut dan tangan itu dibawa rapat kebibirnya.

Satu ciuman melekat pada tangan itu. Lama. Dia memandang Anggun Dahlia.

Tiba-tiba suasana berubah menjadi romantik. Ditemani pula dengan belon-belon udara panas yang masih beterbangan diruang legar udara. Biasan terik matahari juga memancar dicelah-celah ratusan belon udara.

"Maafkan abang? Hmm?" Matanya penuh berharap agar perempuan itu memafkan sikapnya tadi. Dia mengerdipkan mata berkali-kali meminta kepastian.

"Hm? Sayang?" Nampaknya betul Anggun Dahlia terasa hati. Dia mengeluh kecil. Tangan itu digoyangkan.

"Ya." Anggun Dahlia membuang pandang ke arah belon-belon diudara. Sebenarnya, dia bukannya terasa hati mahupun merajuk. Saja mahu megusik lelaki itu. Selalu bukan main lagi dirinya yang akan jadi mangsa usikan. Kali ini biar lelaki itu rasa. Sengihan yang hampir terlakar dimatikan terus.

"Sayang tak nak maafkan abang?" Dagu Anggun Dahlia dipegang. Sehingga pandangan mata mereka bertembung.

Satu detik.

Dua detik.

Masih senyap.

Hanya mata mentafsir segala rasa.

Yang seorang pura-pura merajuk.

Yang lagi seorang pula meraih kemaafan.

Dia merapatkan mukanya dengan Anggun Dahlia. Sehingga hangat nafasnya terasa dikulit perempuan itu.

Matanya memandang tepat pada bibir lembut itu. Perlahan-lahan bibirnya menyentuh permukaan bibir lembut milik Anggun Dahlia. Bibir mereka bertaut lama. Dia mengulum bibir bawah Anghun Dahlia.

"Uhukk! Hah...hah! A...abang! Uhukk! Uhukk!" Anggun Dahlia menolak kasar tubuh Ikram Benjamin. Pipinya merona merah. Panas tiba-tiba menyerang dirinya.

Ikram Benjamin pula dari tadi hanya tersenyum. Senyuman yang mampu membuatkan mana-mana perempuan yang melihatnya mencair bak ketulan ais yang terkena terik matahari.

"Malu?" Bibir bawah Anggun Dahlia diusap perlahan dengan ibu jarinya. Senyuman dibiarkan semanis gula.

"Er...tak." Tangan Ikram Benjamin yang sedang mengelus bibirnya ditepis lembut. Bibir bawahnya digigit menahan malu. Ah, kenapa harus dia yang tewas dahulu? Bukankah tadi dia mahu mengenakan lelaki itu? Tetapi kenapa dirinya pula yang terkena? Tak suka!

"Betul? Kalau tak malu, kenapa sayang tak nak pandang mata abang? Hm?" Dia memegang sekali lagi hujung dagu Anggun Dahlia. Biar pandangan mata mereka bersemi sekali lagi. Seperti tadi. Ya, dia suka. Suka dengan Anggun Dahlia yang malu-malu.

"A..abang tu yang kenapa sepatutnya?" Kini pandangan mereka bertemu.

"Okey. Abang kenapa, sayang?" Senyumannya semakin melebar. Ah, muka itu semakin merah. Mahu saja dia menggigit pipi itu.

"Err...kenapa...kenapa abang cium Dahlia dekat...emm...dekat sini?" Dia menggigit bibir bawah. Malu! Macam mana kalau orang lain melihatnya?

"Kenapa? Abang kan cium isteri abang. Bidadari abang. Takkan tak boleh?" Dia mencari anak mata Anggun Dahlia. Tetapi perempuan itu seolah-olah mengelak dari memandangnya.

"Nanti...err...nanti orang-orang yang naik belon tu nampak. Malu." Perlahan saja ayat 'malu itu dituturkan.

"Hahaha. Mana ada orang nampak. Ingat diorang tu ada masa ke nak tengok kita?" Hidung Anggun Dahlia ditarik geram.

"Aww! A...abang!" Dia menepuk tangan Ikram Benjamin minta dilepaskan.

"Abang minta maaf sebab abang buat sayang terguris hati tadi." Dia memandang ke dalam anak mata Anggun Dahlia.

"Em.." Itu saja yang keluar dari mulut Anggun Dahlia.

"Maafkan abang?" Dia menggesa lembut.

Anggun Dahlia mengangguk perlahan. Senyumnya disorok. Mungkin masih malu dengan yang tadi. Bahagianya hati! Boleh ke jika dia mahu mengulang semula memori tadi kembali? Ah, gatal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience