Bab 4

Romance Completed 207871

Hari ni Intan memulakan tugas sebagai Personal Housekeeper untuk Caden dengan tunjuk ajar dari Amira selama seminggu sebelum Amira akan cuti berkahwin selama dua minggu mulai minggu hadapan.

Berdebar pulak rasanya, tadi En Rahim menyerahkan pas pada Intan. Sesiapa yang ingin naik ke tingkat dua puluh ke atas mesti menggunakan pas ini untuk touch pada butang lif, jika tidak, lif tidak akan bergerak ke atas. Dalam erti kata lain, sesiapa tiada pas, tidak boleh naik ke tingkat dua puluh ke atas.

Intan memasang pas pada baju uniformnya yang berwarna royal blue dan light pink ni. Seluar panjang warna royal blue, baju pula lengan panjang rona sama cuma di hujung lengan, kolar baju dan poket sahaja warna light pink. Hm.. Blue ye.. Uniform asal pun blue jugak..

Bagi yang ingin memakai lengan pendek pun tiada masalah dan bagi yang memakai tudung pun tiada masalah kerana pihak pengurusan menyediakan tudung rona sama.

"Ish, mana Amira ni. Nervous pulak rasanya" omel Intan sendirian di bilik rehat. Bangun duduk, bangun duduk sambil mata menjeling pada jam di lengan.

Jam di lengan ditilik lagi, pukul tujuh dah ni. Katanya kena kemas sebelum jam lapan pagi sebab Caden akan masuk ke pejabat kebiasaannya jam lapan pagi sharp. Mana pulak perempuan ni.. Buat hal la dia ni.

"Intan.." Terdengar satu suara memanggil Intan dari arah pintu bilik rehat.

"Sorry.. Lambat. Motor tak boleh start pulak tadi. Nasib baik last-last boleh jugak" Amira rupanya. Berpeluh-peluh. Sah berlari masuk sini.

"Spark plug tu, bila last tukar?" tanya Intan.

"Hah? Spark plug? Apa benda tu?" tanya Amira sambil kalut bersiap untuk melakukan tugas.

"Aik, motor tau bawak, spark plug pun tak tau? Abis kalau rosak siapa yang tengokkan?" soal Intan.

Ni la kebanyakan orang perempuan, tak kira la motorsikal ke kereta ke, bawa je pandai. Bila rosak. Urm..

"Hihihi kalau rosak, mintak abang la yang tolong bawa kedai untuk repair. Mana Mira tau nak buat apa" jawab Amira sambil tersengih-sengih.

"Eh, tapi tau juga ye Intan pasal motor. Intan ada motor ke?" soal Amira pula.

Adui.. Nak kena jawab ke ni. Tak yah la kot..

"Mira, kita bukan dah lewat ke. Nanti saya tak sempat pulak nak belajar apa yang patut" laju Intan potong cakap. Mengelak ye..

"Haah, ye la. Jom-jom" ajak Amira sambil lengan Intan diheret ke lift.

Amira menekan butang lift ke atas tidak lama pintu lift terbuka. Laju Intan dan Amira melolos masuk ke dalam. Kemudian Amira touch pas miliknya pada scanner lalu menekan butang empat puluh lima. Pintu lift tertutup.

Aish! Macam lama la pulak. Amira pun senyap. Nak cocentrate juga ke pun. Takkan Caden ni garang sangat.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Intan dan Amira pantas keluar dari lift. Belum sempat Intan mahu melangkah lebih laju mengikut Amira, pantas Amira hentikan langkah.

"Intan tunggu sini sekejap boleh, Mira nak ke stor ambil troli. Kalau Intan ikut sekali takut lambat pulak, dah la memang lambat ni" kata Amira lalu terus meninggalkan Intan di tepi pintu lift terkontang-konteng sendiri.

"Dia boleh tinggalkan aku sorang-sorang tergedik-gedik kat sini. Sabar je la.." omel Intan.

Sedang Intan memerhati keadaan sekeliling, terdengar suara orang bertingkah semakin hampir ke tempatnya. Dah... Sapa pulak tu, apa nak buat ni. Takkan nak menyamar jadi pokok kat tepi ni. Yang Amira pulak mana.. Ah sudah.

"Berapa kali aku nak cakap, apa yang susah sangat nak faham. Sekarang ni Caden dah balik sini. Nak buat apa pun kena hati-hati. Korang bukan tak tau dia tu macam mana. Takkan itu pun aku nak ajar!" tengking satu suara.

"Sorry bos. Next time aku mintak budak hati-hati" balas satu suara lagi.

"Sorry, sorry, itu je yang kau tau cakap. Aku nak esok bila customer datang, jangan ada masalah lagi. Bawa diaorang ke tempat biasa. Pastikan perempuan-perempuan tu dah ready. Kali ni yang datang, orang penting. Ada business aku nak deal" arah suara yang menengking mula-mula tadi.

"Mana aku nak menyorok ni" Intan dah tidak tentu arah. Ke sana ke sini Intan berjalan.

Tidak jauh dari situ Intan dapat lihat sebuah bilik di sebelah kiri lift yang pintunya tidak rapat, renggang. Pantas Intan berlari masuk ke bilik tersebut kemudian mengintai ke bahagian luar melalui celahan pintu.

"Uish, nasib baik aku cepat. Cleine rupanya. Tapi siapa yang nak datang? Dia nak deal pasal apa?" soal Intan yang masih lagi mengintai di celahan pintu.

Saya bukan makcik bawang okey nak dengar gosip-gosip, tapi tengah buat kerja ya kawan-kawan.

Sedang asyik mengintai terdengar suara di belakang.

"Ehem"

Siapa pulak ni. Kacau betul lah. Laju Intan toleh belakang.

"Oi makcik bawang!" ha.. Ambik kau

Terkejut punya pasal, habis keluar perkataan tidak sepatutnya. Pasu di sebelah habis dilanggarnya hingga jatuh.

"Adoi.. Mesti mahal ni. Habis gaji aku nak bayar ganti rugi." bebel Intan sendiri bila nampak pasu dah cantik landing di kakinya.

Kepalanya yang memandang ke bawah, perlahan di halakan ke hadapan untuk melihat figura itu.

Alamak... Caden la.

Eh, ini pejabat dia ke. Mata Intan dah terkelip-kelip memandang Caden. Tapi bukan patutnya dia datang pukul lapan pagi ke. Mati la nakk...

Uish? Tapi handsome siut, dengan rambut gaya faux hawk, lengkap bersuit, dah la tinggi lampai. Betul la diaorang cakap, tengok live lagi handsome dengan muka mix dia ni.. Tergeleng-geleng Intan sambil bibir dimuncungkan.

"Dah puas tenung?" suara husky Caden berbunyi.

Pantas Intan kembali ke realiti. Laju mulut ditutup dengan tangan.

Dilihat Caden sedang memeluk tubuh sambil bersandar di mejanya.

"Apa aku nak jawab ni.." bisik Intan perlahan.

Tiba-tiba pintu ditolak dari luar. Nasib baik tak tersungkur Intan di balik pintu.

"What happen? Apa yang bising-bising ni?" soal Cleine sebaik masuk ke pejabat Caden.

"Nothing, houskeeper baru ni terlanggar pasu" jawab Caden lalu duduk di kerusi kulit hitam di meja kerjanya.

Cleine kemudian memandang Intan dari atas ke bawah, dari bawah ke atas sambil menggosok bibirnya yang tersenyum senget dengan jari.

Dia ni dah kenapa tengok aku macam tu. Ingat aku makanan ke? Ish, aku debik baru ada akai.

"Hm.. Cantik, body pun nice." Cleine berkata dalam hati.

Intan dah tak tentu hala. Ish, ikutkan hati memang dah makan penumbuk dia ni. Nasib baik la aku tengah tugas. Kalau tidak memang lebam biji mata tu. Geram Intan.

"Kalau kau nak, aku boleh tukar dengan housekeeper lain, yang ni bagi aku je" kata Cleine yang dari tadi dok memerhati Intan tak sudah-sudah.

"It's okey. Today her first day. You can go now" amboi dia punya ayat menghalau.

Direct. Merah muka Cleine bila Caden berkata begitu. Laju Cleine keluar dan bertembung pula dengan Amira di muka pintu. Kelat mukanya.

Fuh, sampai juga perempuan ni. Lama sangat pergi stornye pun.

"Sorry Sir. Saya ke stor ambil barang. Maaf sekali lagi Tuan Caden" ucap Amira dengan wajah yang tertunduk ke lantai macam orang salah.

Tapi memang salah pun. Dia punya pasal la, benda semua ni jadi.

"Hurm" balas Caden.

Erk, itu je dia balas.

Caden kemudian meneruskan kerjanya tanpa sikit pun menoleh pada Intan dan Amira.

"Make sure she knows what to do before you leave next week and one more thing. Ganti rugi pasu akan dipotong dari gaji. That's all. Continue your work." kata Caden dengan suara yang mendatar. Hm.. Macam tak ada perasaan. Sejuk wei.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience