bab 29

Romance Series 425423

“So… how your day?” sekian lama mereka berjalan hanya mendiamkan diri, Fariz membuka mulut terlebih dahulu.

“Me? Good.” jawab Ayriz singkat. Suasana menjadi sunyi semula.

“Fariz!”

“Ayriz!”

Mereka tertawa apabila mereka sama sama menyebut nama satu sama lain.

“Cakaplah dulu.”

“Tak apa Ayriz cakaplah dulu.”

“Kau… ehem awak dengan Wawa macam mana?” soal Ayriz sedikit gugup. Fariz pula tidak fokus dengan soalan itu namun hatinta tercuit apabila Ayriz memanggilnya “awak.”

“Fariz? Ish saya tanya dia senyum pula. Teringat buah hati ke?” geram dia melihat reaksi bekas suaminya tersenyum begitu.

“Takdelah yayang tu kela…. ehem maksud saya awak tu kelakar.” Berubah wajah Ayriz apabila Fariz memanggilnya begitu. Fariz juga turut berdebar apabila dia terlepas cakap.

“Lepas malam awak keluar daripada rumah tu saya dah tak jumpa dia. Saya tak tahu dia pergi mana but saya tahu saya dah malukan dia.”

“She will back.” kata Ayriz perlahan dengan nada sinisnya. Berkerut dahi Fariz cuba memahami.

“What do you means?”

“Just wait and see Fariz.”

“Okay okay forget about her. So macam mana awak dengan apa nama dia…..”

“Isac.” jawab Ayriz spontan tanpa memandang Fariz. Selang beberapa saat baru dia menyedari apa yang dia katakan. Fariz pula tersenyum sebaris.

“Yes. Macam mana awak dengan dia. Dia tahu awak pergi bercuti dekat sini dengan saya.”

“Erm… dia tahu saya nak bercuti but dia tak tahu awak ada. Saya pun baru tahu pagi tadi kan.”

“I see…. Ayriz, awak memang serius dengan dia ke?” soalan itu mengundang pelik Ayriz.

“Kenapa awak cakap macam tu?”

“Saya tengok awak selesa dengan dia.” Ayriz tersenyum senang hati. Jujur memang dia selesa dengan Isac. Lelaki itu tidak pernah mempersoalkan kemahuannya. Lelaki itu lebih gemar diam dan memerhati. Tapi dia tidak tahu sama ada hatinya sudah tertarik dengan Isac atau suka berkawan dengannya.

“Nampaknya macam saya tak ada peluang nak dapatkan awak balik.” polos lelaki itu berkata sambil tersenyum.

“Awak dah mengalah?”

“Bukan mengalah tapi saya sedar diri dengan apa yang saya buat dekat awak. Saya tak jaga awak dengan baik. Saya nampak dia boleh jaga awak.”

Kata kata Fariz membuatkan Ayriz berasa sebak. Lelaki yang dia pernah sayang dan mungkin masih sayang. Lelaki yang pernah sebumbung sekatil dengannya.

“Cukup Fariz, saya tak suka awak cakap macam ni. If you want me then show me. Jangan buat ayat macam ni. Show me your efforts.”

“Okay fine sorry. Jom kita pergi sana.” ajak Fariz ingin menukar topik. Ayriz bersetuju dan mengikut Fariz.

“Baby mana Sya?”

“Ada dalam bilik baru lepas mandi. Tadi dia keluar dengan Fariz.” jawab Sya sambil mengambil tempat di sebelah abangnya.

“Wah dalam diam dating.” kata kata Andy dijawab dengan tawa.

“Masing masing sayang tapi ego macam tu lah.”

“Sebenar apa punca diaorang bercerai? Daripada haritu Sya tak dapat jawapan.”

“Apa yang korang borak tu?” tanya Ayriz yang baru sahaja tiba.

“Tak ada apa. Tunggu baby la tak sampai. Baby pergi mana hah?” Andy mula ingin mengusik adik sepupunya. Wajah Ayriz sudah merah.

“Baby jalan jalan tadi dengan….”

“dengan siapa?”

“Aku. Cepatnya awak sampai. Bukan awak cakap awak nak mandi?” soal Faiz yang juga baru tiba.

“Saya dah mandilah lepastu terus ke sini.”

“Ehem… ouh keluar bedua rupanya. Patutlah suruh aku hantar barang Sya dulu. Faham…” usik Ami. Mereka semua tertawa termasuk Faiz.

“Bagi chance laa… lama kitaorang tak borak. Kan Ayriz. Ye la orang tu ada buah hati.” saja Faiz ingin menaikan topik itu. Terkejut semua di situ termasuk Ayriz.

“Farizzzzz….” panggil Ayriz meleret dan menandakan Fariz perlu mengambil langkah kanan. Saat itu juga Fariz sudah lari manakala Ayriz sudah mengejar lelaki itu. Saat itu mereka tidak tahu ingin ketawa atau berfikir tentang apa yang dikatakan Fariz tadi.

“Fariz stoplah… saya penat. Awak tu kaki panjang tahu tak mana aci.” kata Ayriz dengan mengah. Dia sudah terduduk manakala Fariz yang jauh 3 meter dengannya sudah tertawa.

“Ingat saya tak tahu tu taktik awak.”

“Serious saya dah tak larat… saya mengalah.” Fariz masih lagi dengan tawanya dan jalan menuju ke Ayriz. Dia terus menyangkung dan menyelak rambut Ayriz ke celah telinga. Situasi itu hanya spontan dan Ayriz juga hanya berlagak selamba.

“Baru kejar sikit dah penat. Haritu kejar peragut tu tak penat pula.” Ayriz menjeling geram lalu pantas tangannya menarik telinga Fariz.

“Eeeeeeee suka hati awak je cakap macam tu dekat diaorang. Kalau diaorang tanya nanti saya nak cakap apa ha? Awak ni kan….”

“Aaaaaa sakitlah Ayriz…. aduhhhh….”

“Saya tak kesah siapa suruh awak cakap macam tu….”

“Ya sorry….. saya tak cakap lagi…. awak lepaskanlah….”

“Taknak… saya taknak lepaskan. Penat tahu tak saya kejar awak.”

“Yayanggggggg….. sakitttt….” lambat lambat Ayriz melepaskan telinga Fariz apabila dia berasa puas. Merah menyala telinga lelaki itu.

“Aduh…. sakitnya. Mesti merah dah telinga saya. Awak ni, dah tak hensem dah saya. Nanti perempuan tengok saya macam mana?” Fariz masih lagi ingin mengusik bekas isterinya itu. Jelas wajah Ayriz ketat ketika itu. Lantas itu Fariz tertawa kuat. Ayriz terus bangun dan jalan.

“Ayriz tunggulah saya… Saya guraulah. Ha ni tariklah telinga ni lagi satu. Saya tak kesah saya dah rupa badut telinga merah berjalan nanti. Ayriz tertawa kecil.

“Taknaklah… saya nak beli air dekat sana tu. Haus tahu tak kejar awak.”

“Jom saya teman.”

“No, saya nak awak belanja saya air tu.”

“Ye lah…. anything for you. Hati hati tengok kiri kanan nak lintas.”

“Ye saya tahulah.” Ayriz mengikut arahan Fariz dengan melihat kiri dan kanan, jelas tiada kenderaan. Mereka pun membeli dua botol air.

“Ayriz, saya nak beli jagung kejap, awak pergi sana dulu.”

“Okay jangan lama. Semua tunggu kita.” Fariz mengangguk mengiakan lalu mereka berpecah. Seperti tadi Ayriz melihat kiri kanan sambil itu Fariz turut memerhatikannya. Elok saja Ayriz sudah di tengah tiba….

BUM………….

“AYRIZZZZZZZZ!!!!!!”

niena nak minta maaf sangat ii dekat semua sebab lama tak update… niena busy kekurangan ideaaa maaf

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience