Bab 11

Family Completed 3187

Alisha turun ke bawah setelah siap membersihkan diri untuk bersarapan dengan ayahnya.Pagi itu dia tidak perlu bangun awal memandangkan hari itu ialah hari sabtu.

"Selamat pagi Ni..err..Lisha.."sapa Puan Rosmah sambil tersenyum.Dia sedang memasak makanan untuk anaknya.Bau aromanya begitu menyelerakan bagi Alisha yang berada di dapur itu.

"Mari makan..mama dah siapkan sarapan."arah mamanya.Alisha tidak membantah lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Nasi goreng udang butter direnungnya.Puan Rosmah menyedari hal itu."Kenapa?Lisha tak suka?takpe..nanti mama masak yang lain."

"Ta..takpe.."balas Alisha lalu mula menjamah makanan yang disediakan oleh mamanya.Telah lama dia tidak merasai air tangan milik mamanya. Peristiwa lalu berputar di ingatannya.

"Mama..Nia lapar."kata Alisha.

"Ishh!pergi kat dapur.Ada mama masa soto."marah Puan Rosmah apabila dia diganggu ketika sedang meneliti telephonenya.

Alisha terkedek kedek ke arah dapur.Bau aroma yang menyelerakan menusuk ke dalam hidungnya.Terjengket si kecil itu untuk membuka penutup kuali.Tiba tiba dia hilang imbangan lalu tersungkur jatuh bersama kuali yang berisi soto panas itu.

Sup panas itu mengenai lengan kecilnya namun bukan itu yang dihiraukannya malah lantai yang kotor akibat sup yang menyebabkannya galau.

"Macam mana ni?mesti mama marah."katanya seperti ingin menangis.

"Nia!!apa kau buat ni?"jerit Puan Rosmah.

"Ni..Nia nak ambil sup..ta..tapi Nia terjatuh lepastu sup pun jatuh sekali.Tangan Nia.."belum sempat dia ingin menyambung ayatnya telinganya ditarik dengan kuat oleh mamanya.

"Ahh mama..Nia sakit mama.."mengadunya.

"Kau tak habis habis nak menyusahkan aku kan. Kau bersihkan tempat ni sekarang!kalau tak siap kau!"jerkah Puan Rosmah sebelum menarik telinga Alisha dengan lebih kuat lalu melepaskannya.

Si kecil itu mengusap ngusap telinganya.Sedih hatinya apabila mamanya langsung tidak ingin mengambil berat tentangnya.Tangannya yang melecur dicuci di singki yang lebih tinggi darinya.

"Lisha.."panggil Puan Rosmah lembut.Alisha memandang mamanya dengan pandangan kosong.

"Sekolah Lisha macam mana?"tanyanya.Alisha mengenggam sudunya dengan erat sambil bawah bibirnya digigit.

"Banyak kawan tak?cikgu cikgu kat sana macam mana?"tanyanya lagi.

"Puan peduli apa?"balas Alisha dengan suara yang agak kuat.Puan Rosmah tersentak.

"Selama ni puan langsung tak peduli pasal saya tapi sekarang kenapa tiba tiba nak ambil tahu? Sama ada saya ada kawan atau cikgunya baik ke tak bukan masalah puan sekarang!Kalau dulu, saya cedera teruk macam mana sekali pun puan takkan ambil kesah!Mungkin..kalau saya mati pun puan takkan perasan."sinis sekali ayat yang keluar dari mulut Alisha.

"Lisha..jangan cakap macam tu sayang..mama minta maaf.Mama menyesal sangat buat anak mama macam tu.Kesian anak mama..Lisha maafkan mama ye..mama merayu sangat sangat."bersungguh sungguh Puan Rosmah merayu pada anaknya itu.Air matanya tumpah apabila menyedari kesilapannya selama ini.

"Puan tak rasa apa yang saya rasa!kalau puan rasa sakit masa bekas suami puan tinggalkan puan,macam tu lah rasa sakitnya hati saya ni ditinggalkan oleh mama dan papa sendiri!hidup saya hanya dihina dan dibenci oleh semua orang termasuk rakan rakan saya.Gelaran 'anak pembawa malang' saya pegang dari dulu sampai sekarang hanya disebabkan puan dan bekas suami puan tu tinggalkan saya!"jelas bahawa hati Alisha benar benar terluka.

Puan Rosmah terjelopok ke lantai bersama tangisannya.

"Lisha..maafkan mama sebab telah melukakan hati Lisha.Mama betul betul rasa berdosa dengan anak mama.Selepas mama tinggalkan Lisha dulu,hidup mama tak pernah tenang dan gembira.Mungkin ini ialah balasan dari Allah atas kealpaan mama sewaktu melukakan hati Lisha dahulu.Mama tak nak apa apa kecuali kemaafan dari Lisha.Tapi kalau Lisha tak nak maafkan mama,mama redha dengan ketentuanNya.Cuma untuk kali terakhir mama nak Lisha tahu bahawa mama sayangkan Lisha.Sayang sangat sangat." kata Puan Rosmah dengan panjang lebar.

Tersentak hati Alisha mendengar ayat dari mamanya itu.Semasa dia kecil dahulu,dia begitu mengharap agar mama dan papanya memberitahunya bahawa mereka sayangkan dirinya.Baru sekarang dia dapat mendengarnya.

Puan Rosmah cuba berdiri namun tiba tiba badannya rebah menyembam bumi.Tubuhnya kelihatan tidak bermaya.Alisha segera mendapatkan mamanya.Dia berasa sungguh cemas melihat keadaan mamanya.Adakah tembok yang dibinanya diantara mama dan papanya sudah mulai goyah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience