BAB 7

Romance Completed 2488

Fattah berhenti memintal kangkung. Matanya terarah pada ‘adik’ penjual insurans.

“Okay,” jawapan ringkas Fattah menggembirakan ‘adik’ penjual insurans. Mata ‘adik’ itu terarah pada pinggan nasi Fattah yang masih penuh sebelum mengembalikan perhatiannya ke arah Fattah. Dia memberikan senyuman semangat kepada ‘adik’ tadi, mengerti penat-lelah hari pertama bekerja.

“Bismillah… Kitorang ada promotion sempena tahun baru, bang. Kalau abang beli insurans kitorang, abang dapat lagi satu insurans secara percuma. Dengan kata lain abang cuma perlu bayar untuk satu insurans sahaja.”

‘Adik’ itu berhenti seketika menarik nafas sebelum mengeluarkan satu pamplet. Dihulurkan pamplet itu kepada Fattah. Dengan tangan kiri Fattah capai pamplet tersebut dan ditelitinya.

“Selalunya kalau ada dua insurans, abang kena bayar dua-dua. Tapi kalau abang bayar untuk promotion ni, abang cuma perlu bayar satu je. Insurans lagi satu dah complete. Tinggal guna untuk emergency je,” bersungguh ‘adik’ itu menerangkan.

Sebenarnya Fattah sudah mula tertarik tetapi dia masih belum yakin. “Betul ke ni? Apa jaminannya?”

“Macam yang ditulis kat sini…” ‘Adik’ itu menunjukkan beberapa perenggan di pamplet tersebut, “Segala urusan perjanjian akan dilindungi dan pihak pelanggan akan mendapat satu salinan yang sama. Kalau abang tak percayakan kitorang, abang boleh percayakan peguam abang.”

“Okay. Apa yang abang perlu buat?” Tanya Fattah.

“Abang bagi I.C abang, saya tolong abang isikan borang sekarang,” ‘Adik’ itu mengeluarkan beberapa borang dari dalam beg sandangnya.

“Takpe, takpe. Abang isi borang ni sendiri, adik makan dulu. Adik nampak macam lapar je,” Fattah menghulurkan pinggan nasinya yang masih penuh ke hadapan ‘adik’ itu. Tanpa menolak rezeki, ‘adik’ itu terus duduk dan mengucapkan terima kasih berulang kali kepada Fattah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience