"Ni pehal macam nak tumbuk aku?". Berkerut dahi Arif bila terperasan aku menggenggam penumbuk.
"Tak puas", gumamku.
"Kau dah belasah dia sampai macam ni sekali, kau boleh kata tak puas?". Arif menunjukkan gambar Shamrin berada di lobi hospital swasta terkemuka. Tangannya berbalut dan beranduh. Kepalanya berbalut dan dipasang alat penyokong leher. Shamrin duduk di atas kerusi roda, seorang perempuan berdiri di belakangnya. Perempuan yang ditunjuk padaku semalam.
"Saya belasah dia tak sampai gini la boss". Cepat cepat aku nafikan. Aku terkejut sangat. Aku ingat lagi apa yang aku dah buat dan ianya tak seteruk ini.
Wajah Arif meminta penjelasan sebenar, seolah tak berpuas hati dgn jawapan aku.
"Betul. Wallahi. Saya buat tak teruk mana pun. Dia je yang lembek. Tu pun berhajat nak try saya".
Arif mengelengkan kepala seolah tak menerima kata kataku.
"Percaya la boss. Saya tak buat sampai macam tu".
Aku berlutut depan Arif, minta agar dia percayakan aku. Siapa lagi yang aku ada untuk jadi saksi malam jahanam tu selain Arif Fahmi. Joy baru pagi ni tau aku pergi blind date selepas waktu kerja semalam. Bimbang juga aku jika Shamrin buat laporan polis mengatakan dia dibelasah. Rass malu, aku rasa Shamrin akan tolak tepi, yang penting dia dapat balas apa yang aku dah buat pada dia.
Arif tersengih, "ha... tau takut. Main sedap je pukul orang".
"Saya cuma mempertahankan diri. Bukan suka suka", balasku. Ye la, buat apa mak hantar aku ke kelas Taekwon Do kalau orang nak rogol pun, aku biarkan - tak melawan.
"Dah, tarik kerusi bawak sebelah ni", arah Arif dan aku patuh.
"Eh.. ni kan kereta Shamrin. Teruknya", ujarku sebaik duduk di sebelah Arif yang melayari akaun fac Shamrin. Gambar menunjukkan sebuah kereta remuk bahagian hadapan dan sisi penumpang. Sempat pula dia meng 'update' dalam keadaan begitu. Mungkin ada admin kot?
"Boss kenal ke dia ni?". Soalan aku dijawab dengan gelengan.
"Semalam lepas dia tinggalkan kau. Dia terbabas, langgar tembok terus masuk longkang. Tak jauh dari rumah dia", ujar Arif mengulas dari komentar yang ditinggalkan oleh teman teman maya Shamrin.
"Ha... padan muka. Orang banyak dosa. Nasib baik Allah tak tarik nyawa sekali. Allah bagi peluang bertaubat", kataku spontan.
"Amboi..sedapnya ngata", sindir Arif. Aku terdiam. Betul juga siapa aku nak menilai Shamrin. Aku nampak jahat yang dia cuba buat padaku. Mungkin banyak perkara baik yang dia lakukan, aku tak tahu.
"Ni yang aku dapat dari benda kau bagi semalam", kata Arif dengan tangannya menekan nekan tetikus. Aku lihat berderetan senarai terpapar di skrin komputer riba Arif.
Aku melopong melihat betapa panjangnya senarai yang ada.
Kemudian Arif menekan satu fail dan beberapa fail lagi. Ada yang dari bertutup litup berakhir dengan tiada apa yang lekat di tubuh. Ada yang melepaskan hajat dengan hanya membuka yang perlu. Semua perbualan, rengekan dan erangan jelas kedengaran.
Aku diam tak berkutik. Malu la tengok benda ni dengan lelaki. Aku selalu tengok seorang diri. Anak mata kularikan ke arah lain. Aku resah. Panas pula tiba tiba dalam bilik Arif ni walaupun pendingin hawa terpasang.
"Saya keluar dulu la boss", bisikku tak mahu mengganggu konsentrasinya.
"Eh nak pergi mana? Toilet?", tanya Arif menahan tawa.
"Ish.. boss ni". Sempat satu cubitan singgah di lengan Arif. Gila ke nak melancap dalam tandas pejabat. Aku perempuan, Arif lelaki. Kami sama sama normal dan punya nafsu. Memang menempah maut tengok adegan begitu bersama sama.
"Sakit la", rungut Arif menggosok lengan yang kucubit tadi kemudian memusingkan kepala ke arahku di sebelahnya. Aku undurkan kepala sedikit, bimbang nanti terjadi perkara yang tak sepatutnya. Walaupun aku tak berpengalaman tapi aku tahu nak buat apa. Aku bukannya naif.
"Saya ada kerja belum selesai kat luar tu", jawabku sambil bangun dari kerusi. Sebenarnya aku dah rasa tak selesa pada badan sendiri. Dah rasa meremang segala bulu di badan.
"Tunggu la", pujuk Arif memegang tanganku dan dibawa ke pahanya. Ahhh.. sudah. Aku cuba lepaskan tapi genggaman dia kuat. Karang aku gigit, dia ingat aku horny pula.
"Kenapa diam ni? Tak tahan?", tanya Arif.
Aku tau dia sekadar mengusik.
"Serius la kau tak pernah?". Berkerut dahinya memandang aku.
"Boss!". Sengaja aku jegilkan mata padanya.
"Ok ok. Some of these ada kat laman blue sebenarnya, aku dah pernah tengok. Cuma aku tak sangka, Shamrin orangnya. Dan aku lega sangat, video kau dikerjakan tak terlepas di web blue".
Air wajahku berubah. Jantungku berdegup kencang. Ada ke Shamrin kerjakan aku? Bila? Seingat aku, dia tak sempat buat apa apa. Adakah aku telah diberi ubat perangsang sebelum itu? Wajah mak, wajah arwah abah, wajah along bermain di mata. Macam mana jika video tu terlepas di laman sosial? Aku rasa nak pengsan dah ni. Kali ni, aku pula yang menggenggam tangan Arif.
Arif menekan fail terbaru, bertarikh semalam. Walaupun aku dah bersedia namun aku tetap terkejut sebab muka aku ada dalam video itu. Dari awal aku naik sampailah aku dihalau. Segala apa yang aku buat, aku cakap jelas kelihatan dan kedengaran. Fuh... lega. Arif ni kan, sengaja tau.
"Ha.. tu kan. Saya dah kata saya buat dia sikit je. Jantan miang tu je yang lembek. Baru pukul sikit dah meraung", ulasku di akhir tayangan video. Genggaman kami terlerai akhirnya.
**********
"Nak aku hantar sampai Mid?". Arif bertanya semasa menghantar aku ke stesen tren. Aku menggeleng. Aku yakin kali ni semuanya ok. Takkan Nazri berani nak macam macam. Dari cerita Hanim, Nazri ni lelaki yang baik. Rupa pun nampak seperti lelaki budiman.
Aku tiba awal setengah jam dari waktu yang dijanjikan. Aku terus ke tandas untuk merapikan diri dan menyembur sedikit pewangi. Tadi dalam tren, macam macam bau ada. Sedikit sebanyak pasti ada yang melekat di tubuhku.
Aku memesan secawan kopi panas dan set roti bakar sementara menunggu Nazri di Oldtown White Coffee. Dalam hati berdebar setiap kali ada lelaki masuk atau berdiri di luar kedai.
Nura, Nura... kerja gila apa aku ni asyik keluar mencari pasangan. Aku sengaja kerana lagi dekat dengan tarikh kenduri Nuha, aku rasa makin sunyi. Patut la mak sibuk suruh aku kawin, dia tak mahu aku rasa terpinggir dan keseorangan. Aku yang degil, membantah cakap mak.
Joy kini kadang kadang bermalam di rumah Aedy. Aku bersendirian di rumah. Jika aku menelefon mak di kampung, nak tak nak je bercakap. Mungkin mak sibuk dengan persiapan kenduri. Hanya kak Zah dan maklang je yang membantu dia.
Ada juga terlintas di fikiran untuk menjemput teman lelaki ke majlis perkahwinan Nuha nanti. Agak agak mak merajuk lagi tak jika aku perkenalkan - mak, ni bakal suami kakak. Mulut makcik makcik merewang tu akan tertutup tak agaknya? Tapi.... teman lelaki pun takde. Nazri masih tak nampak bayang walaupun aku dah menunggu hampir sejam. Mungkinkah dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas?
Aku menghantar mesej kepada Nazri tapi tiada balasan. Aku menelefon, ada deringan namun tak berangkat. Perut aku berkeroncong semula. Sudah lebih sejam berlalu.
Aku malu nak bertanya pada Hanim, sepertinya aku tergila gila sangat. Sudahlah pagi tadi gamat menggelakkan aku bila mengetahui aku blind date. Sempat juga menyindir aku yang mana sewaktu di universiti, jual mahal bila ada yang nak berkenalan. Sekarang, terhegeh hegeh mencari.
Dua cawan kopi sudah kosong, hanya tinggal serdak. Roti bakar pun dah tercerna didalam perut. Bayang Nazri masih tak kelihatan. Aku melepaskan nafas berat. Malu pun ada pada pekerja kedai. Padahal mereka bukannya tahu pun yang aku sedang menunggu seseorang.
Dah kematu punggungku menunggu Nazri, bateri telefon pun makin susut gara gara aku bermain game dan menonton youtube sementara menunggunya. Aku bangun dan berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Setelah itu aku keluar dengan hati yang penuh rasa kecewa. Mission failed!
Aku melangkah lemah ke MetroJaya untuk membeli set haruman hantaran Nuha. Ini memang dah kurancang dari awal. Aku singgah dulu tandas wanita sebelum memulakan misi pencarian dan menghabiskan duit yang telah aku simpan. Aku terlanggar bahu dengan seorang wanita sewaktu berselisih. Lalu aku meminta maaf walaupun itu bukan salahku, cuma ianya sudah terbiasa. Dia pun sama.
Dari satu kaunter ke satu kaunter lain aku singgah menjamu mata dengan kecantikan botol dan nilai harga walaupun aku dah ada apa yang akan kubeli dalam fikiran.
"Nak beli yang mana?"
Ada tangan memegang kedua bahuku dari belakang dan berbisik begitu. Aku nyaris menyiku perut insan tersebut sebelum terpandang imej pada cermin di kaunter.
"Kau ni, asyik nak mengganas je".
"Mana boss tau saya kat sini?", tanyaku seolah marah padahal hati berbunga bunga. Ada juga yang temankan aku. Apapun aku harus kawal. Dia tetap boss aku.
"Saja jalan jalan nak beli perfume. Tiba tiba nampak kau kat sini", jawabnya bersahaja.
"Eh sama la. Saya pun nak beli perfume".
"Oh ya? So, nak beli yang mana? Aku suka perempuan yang berbau floral macam yang ni". Ditunjuknya botol berbentuk epal warna hijau bertulis DKNY. Aku menggeleng.
"Saya nak beli 1 Million Paco Rabanne", kataku sambil jalan beriringan dengannya. Arif berhenti.
"Kau biar betul. Tu perfume lelaki", ujar Arif sepertinya aku tak tahu dan dia tak bersetuju dengan haruman itu.
"Betul la", balasku bersahaja terus berjalan membiarkannya.
"Nak bagi mamat yang sudi berdating dengan kau tadi?", sindir Arif.
Aku mencebik, "Dia tak datang pun".
"Habis tu kau nak bagi siapa?". Eh, banyaknya soalan Arif ni.
"Untuk hantaran. Adik saya nak kawin", jawabku malas. Hilang rasa teruja bila menyedari aku saja yang solo.
"Oooo... adik nak kawin? Kau bila lagi?".
"Saya tunggu boss kawin dulu", balasku. Berhenti di kaunter cermin yang tersusun haruman Paco Rabanne.
"Aku pula? Aku lelaki, kawin lambat pun takpe. Kau perempuan, kawin lambat nanti susah nak beranak", ujar Arif sambil melambai pada jurujual yang berdiri tak jauh situ untuk melayani kami.
"Shhhh... nanti saya ajak boss kawin dengan saya. Ha... menangis tak berlagu awek idaman boss", usikku menuding jari pada botol 1 Million.
Arif ketawa besar.
"Betul nak kawin dengan aku? Jadi bini nombor dua, nak?". Arif memalingkan tubuh padaku, bersungguh bertanya.
"Ish boss ni. Jangan nak mengarut la. Saya nak beli barang ni". Aku mengambil sekeping kertas keras kecil yang telah disembur haruman oleh jurujual dan menghidunya. Kemudian aku berikan pada Arif. Aku membeitahu pada jurujual yang aku mahukan haruman tersebut.
"Kau tak beli untuk diri sendiri?", tanya Arif selepas menghidu kertas tersebut dan diberi semula padaku.
Aku menggeleng. Dalam fikiran membayangkan baki duit yang masih ada dalam akaun. Perbelanjaan untuk ke Kelantan belum diasingkan lagi. Tadi dah masukkan duit untuk mak buat perbelanjaan bulanannya dan juga duit untuk kenduri Nuha.
"Saya baru lagi beli bulan lepas", jawabku mengekori jurujual menuju ke kaunter pembayaran.
"Perfume apa?",.
"Apa nama tah. Bau sedap, saya beli la. Yang penting tak semahal ni" balasku mengeluarkan dompet, hadiah dari Seth. Boleh bayangkan bagaimana rupanya kini, setelah lima tahun.
"Ada ke perfume tak mahal?", soal Arif kehairanan.
"Ada. Saya beli kat uptown".
Arif terdiam. Aku mahu menghantarkan maklumat bahawasanya aku membeli untuk hantaran semata mata. Demi memenuhi keinginan Nuha.
Setelah membayar, kami berjalan keluar dari MetroJaya menghala ke Madam Kwan. Arif memberitahu dia masih belum makan sejak pulang dari pejabat.
"Boss ikut saya ke datang sini?". Sengaja aku tanya kerana dari tadi aku rasa ragu dengan alasan Arif.
"Tak la. Ada kawan ajak jumpa kat Bangsar tadi. Alih alih dia call, cakap tak jadi sebab anak dia jatuh kat tangga. So aku datang Mid", jelas Arif mengapa dia boleh berada di sebelah aku kini.
"Bagus kawan boss, tak jadi datang bagitau. Kawan saya ni, diam je", keluhku.
"Habis kredit kot".
Aku mengangguk sekadar memujuk hati agar bersikap husnuzon.
Tiba di restoran, pelayan membawa kami ke meja khas untuk dua orang. Aku menghadap dinding manakala pandangan Arif menghala keluar. Kami berdua membelek menu yang disediakan. Pada aku semuanya sedap walaupun sudah dua cawan kopi dan roti bakar masuk ke dalam perut.
"Apa yang sedap kat sini?", tanyaku yang sudah rambang mata. Ye lah, orang nak belanja di restoran terkenal.
"Semua sedap", jawab Arif menyelak halaman buku menu.
"Nasi lemak ni ok?"
"Ok sangat. Aku nak nasi bojari".
Sedang aku ralit melihat senarai air untuk dipesan, Arif menyelit rambut depanku ke tepi telinga. Aku memandang dia dengan penuh tanda tanya.
"Rambut macam tu, mengganggu kau nak baca menu". Itu katanya buat aku tertanya, aku rasa tiada masalah pun aku nak baca tadi.
Ahhhh... sudah. Takkan Arif ada hati pada aku macam Zal dan Dave katakan tempoh hari. Habis macam mana awek idaman hatinya. Hatiku kembali berdebar dan jantungku berdegup pantas.
Kerusi untuk meja di sebelah kami ditarik, pastinya ada pengunjung mahu duduk di situ. Seorang wanita duduk di posisi yang sama seperti Arif, membelakangi dinding. Kepala aku sedikit berpusing ke arah itu secara reflek, wanita yang aku langgar di tandas tadi rupanya. Cantik paras rupanya. Kami saling bertukar senyuman. Kaki aku ditendang. Terus aku berpaling pada Arif semula. Berkerut dahiku menahan sakit. Bibir Arif kumat kamit seperti bertutur sesuatu.
Aku cuba membaca gerak geri mulutnya dek kerana tiada suara yang keluar. Aku amati.
"Jangan pandang sana".
Aku tak faham.. kenapa aku tak boleh pandang meja sebelah. Mataku bulat membalas renungan Arif. Dan Arif ketika itu menggelengkan kepala, jarinya menekan nekan menu di meja. Oh, kami belum membuat keputusan untuk memesan air.
'Pandang aku je. Jangan pandang tempat lain'. Itu mesej yang aku terima dari Arif. Ehhh.. suka hati la aku nak pandang siapa. Bertambah curiga aku tak dibenarkan memandang orang sebelah.
Share this novel
mcm zal dan dave bagitahu tempoh hari? bukan ke dh berbulan ke tu, sbb puasa, raya lagi
so suwittt
Penuh berliku misi mencari encik suami.. hehe..