Bab 5

Romance Series 9630

BAB 5

“Tadaa! Nah,Uncle dah belikan Icha Brownie Sundae sama macam tadi!” kata Fakhri.

“Thank you,Uncle handsome!” bodek Aishah kerana gembira dibelikan aiskrim lagi. Paling gembira, mamanya tidak pula bising membebel atau melarang dia makan banyak aiskrim petang itu. Kalau tidak pasti mamanya dan bising melarang kerana bimbang nanti batuk la, selsema la atau demam.

Celoteh si kecil Aishah membuatkan Fakhri ketawa sambil mencubit pipi gebu Aishah.

“So, apa sebenarnya yang terjadi dulu? Aku langsung tak dengar khabar dari kau lepas kau keluar macam tu je dari KMPP. Aku tanya kawan-kawan lain tapi mereka pun tak tahu apa terjadi pada kau. Mereka kata, kau tak cerita apa-apa pun. Ni bila aku dah jumpa kau, terkejut juga kau kata dah kahwin. Anak pun dah besar dah tu," kata Fakhri mahukan penjelasan tentang kejadian yang menimpa Maisarah dulu hingga dia lenyap begitu sahaja tanpa sebarang berita.

Maisara ketawa mendengar kata-kata rakan lamanya itu. Dia akui, memang salah dia sebab lepas berhenti dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dulu,dia terus hilang tanpa khabar berita. Langsung tak meninggalkan apa-apa pesanan kepada rakan-rakan. Maisarah pun tak tahu apa yang merasuk dirinya. Dia tak terfikir kenapa dia sanggup bertindak seperti itu.

“Aku nak minta maaf sangat-sangat pada semua sebab hilang macam tu je. Tak beritahu pun apa yang terjadi. Sebenarnya, ada sebab aku buat macam tu dulu. Aku terlalu ikutkan hati sampai pelajaran aku masa semester satu memang teruk. Aku tak tahu kenapa sebab akau tak boleh nak belajar kat situ. Kalau aku belajar juga kat situ,aku rasa memang tak ada harapan nak sambung ke peringkat ijazah nanti.

"Lagi pun, aku memang nak berhenti dari kolej sebab aku dapat tawaran diploma di Universiti. Memang kebetulan sangat. Aku dapat tawaran ni pada masa yang tepat. Kebetulan juga tarikh lapor diri sangat dekat. Sebab itulah aku berhenti mengejut," cerita Maisarah panajang lebar.

“Mama, Icha nak tisu boleh?”suara kecil Aishah menghenti lamunan kedua-duanya apabila meminta tisu untuk mengelap tepi mulutya yang dah comot. Maisarah tersenyum memandang puterinya.

“Nah,sayang. Aishah makan elok-elok ya sayang. Jangan tumpah-tumpah. Nanti ken abaju dah tak cantik. Mama nak borak kejap dengan Uncle Erry ni” kata Maisarah memandang anaknya yang masih belum menghabiskan aiskrim kedua yang dibawakan oleh Fakhri sebentar tadi.

“Okay,mama," balas Aishah manja. Fakhri cuma tersenyum melihat Maisarah melayan anaknya itu. Aishah memang comel, macam ibunya yang cantik itu.

“By the way, apa yang kau cerita tadi aku rasa bukanlah sebab utama kau lenyap dari kami semua kan? Mesti ada benda lain yang jadi. Aku kenal kau bukan macam tu orangnya. Betulkan?" ujar Fakhri masih meneruskan isu yang sama. Dia belum puas dengan jawapan Maisarah tadi. Ia tidak cukup kuat untuk membuatkan seorang gadis yang dikenalinya itu sebagai berperwatakan ceria dan agak bising boleh pergi tanpa memberitahu apa-apa.

Tambahan pula, Maisarah yang ada di hadapannya kini seperti sudah tidak seceria dulu bagaikan orang yang sedang menderita sesuatu. Bersedih keseorangan tetapi masih mahu memendam kepedihan yang dilaluinya.

Sengaja Maisarah meminta diri ke tandas sbentar. Tujuannya dia serba salah mahu menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Setelah kembali, dia ceritakan sahaja perkara sebenar.

“Mungkin kau tak perasan, aku bercinta dengan seorang pelajar lelaki ini. Kami suka sama suka.Tapi sayangnya,disebabkan aku terlalu asyik dengan percintaan, perkara lain pun aku tinggalkan. Kita pun mula renggang masa tu juga kan kalau kau masih ingat. Keputusan peperiksaan aku pun teruk, kawan-kawan menjauhkan diri dan akhirnya pelajar lelaki yang bercinta dengan aku tu pun minta berpisah. Bagi dia,aku ni memalukan. Masa tu aku rasa putus asa sangat sampailah datang tawaran lain yang aku pun terkejut sebenarnya.

"Aku berhenti dari situ tanpa fikir panjang. Aku tak cerita kat sesiapa pun sebab aku malu dengan diri aku yang dah gagal kerana seorang lelaki.Sebab tu juga,aku takut nak berkenalan dengan lelaki selepas itu. Aku ingat lagi, selama aku praktikal,aku bercakap dengan lelaki atas urusan kerja.Tak lebih dari tu.” jelas Maisarah. Bergenang air matanya mengingati kisah lalu. Sakitnya jatuh masa tiada siapa menolong,memang perit.Dia bangun dari mimpi ngeri tu setelah sedar kesilapan sendiri, Maisarah menggengam tangannya kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience