Bab 8

Humor Completed 19792

8

“Jemput masuk, Ash , Hana. Laila ada kat dalam. Memang sedang tunggu sahabat dunia akhirat dia pun,” Wan menjemput tetamunya masuk. Hana terus menerpa ke ruang rehat yang menempatkan Laila.

“Semakin sihat kau, Wan. Isteri tengah pantang pun kau bedal semua makanan ke?”

“Aku tak macam kau, Ash. Tak sanggup aku nak berpantang sekali. Perut aku tak tahan, bro,” Ashraf ketawa kecil.

Hakim di dalam dukungannya memeluk leher papanya erat. Sedap-sedap dia tidur tadi, papa mama dia kejutkan. Mulalah nak melelapkan mata dia balik.

“Sihat, La?”

“Macam nilah, Hana. Asyik duduk dan baring aje. Mak aku ada kat atas. Solat,” jawab Laila. Pasti Hana pun pernah merasai kebosanan yang sedang melanda dia kini.

“Mak Teh tak datang jaga kau ke?”

“Baru aje balik tadi. Esok dia datang balik. Mana Hakim? Tak bawak sekali ke? Lama dah tak jumpa si montel debab tu…”

“Ada kat papa dia,” Jari jemari Hana mengusap pipi anak lelaki Ridwan dan Laila. Kebetulan, anak-anak mereka dilahirkan di tahun yang sama.

“Hah, panjang umur dia,” Ashraf memberikan Hakim kepada Hana. Si kecil pun sudah mula merengek. Laila mengusik Hakim diriba Hana.

“Dah ada nama ke?” soal Ashraf kepada Irwan.

“Tak ada lagi. Tapi bini aku ni kalau boleh nak namakan baby kami ala-ala nama anak korang jugak,” Laila mengangguk, mengiyakan kata-kata suaminya. Memang itu hajatnya jika dia mempunyai anak satu hari nanti.

“Eheh, nasib baik anak korang lelaki. Kalau perempuan, memang kau nak namakan dia Hakim jugaklah kan, La?” Laila tersengih.

“Nak buat macam mana? Dah memang aku suka sangat ikut kau, Hana. Nama anak kau Hakim, kan? Emm, Hanis? Okey tak, bang?”

“Macam best aje. Maksud dia pun elok jugak,” setuju Wan.

Ahmad Hakim bin Ahmad Ridwan. Kombinasi yang bagus. Laila adalah yang terbaik!

“Wan, esok pergi daftar terus,” saran Ashraf. Elok mendaftar nama anak awal-awal. Hakim dulu pun, dia daftar sebelum mencukur rambut iaitu tujuh hari selepas dilahirkan.

“Memang kena pun. Dah tua-tua ni, takut lupa,” seloroh Wan. Mana ada tua sangat. Ashraf dan Ridwan sebaya, baru dua puluh lapan tahun. Hana dan Laila pula muda tiga tahun dari mereka, dua puluh lima tahun. Serasi seia sekatalah dua pasangan ini.

“Elok sangatlah tu. Kalaulah aku tak putus tunang dulu, mesti sekarang ni aku sedang fikir nama anak kedua aku kan…”

“Anak kedua dengan siapa, abang?” Mood nak mengusik encik suami sudah datang.

“Entahlah. Dengan siapa ya?”

“Kau ni bikin panas betullah, Ash. Nanti jangankan anak kedua, ketiga keempat pun tak ada,” Wan dan Ashraf ketawa serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience