Chapter 3

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 3

***

Pandangan matanya putih. Seakan ada lampu limpah yang terlalu terang disuluh tepat ke wajahnya. Perit anak mata. Kelibat satu bentuk tubuh menghampirinya. Bayangan hitam menghampirinya dan menjadikan pandangan matanya gelap pula. Terasa seakan tubuhnya dipeluk erat. Surya cuba meronta, tetapi tidak pula dilepaskan. Makin erat. Makin ketat. Cuba menjerit.

"Arghhhhh!"

Mimpi yang sama datang lagi. Butiran peluh menitis membasahkan dahi dan wajahnya. Penat lelah nya seperti baru saja marathon mengelilingi kawasan kampusnya yang luas. Dicapai botol air mineral di meja belajarnya. Tanpa basmallah terus diteguk. Laju air dingin mengalir ke dalam kerongkongnya.

*

Hujung minggu tiba lagi. Seperti biasa Surya akan ditinggalkan sendirian di kolej kerana Adila dan Salwa akan balik ke kampung mereka. Sendirian lagi. Mahu saja dia nyanyi lagu Akon berjudul Lonely ketika ini. Sudahlah dia tidak begitu rapat dengan pelajar fakulti lain. Bukan sombong, tapi malu. Malulah sangat.

Suasana petang Jumaat itu cukup sunyi. Adakala dia cuma berjalan mengelilingi kawasan blok kediamannya. Sampai di hadapan blok C, Surya memandang tepat ke tingkat empat.

"Hai, Surya..." Fatihah rakan sekelasnya yang duduk di blok lain menegurnya. Bersama Fatihah teman rapatnya, Aishah.

"Oh... hai korang." Tersengih palsu.

"Tak balik ke?" Soalan yang bodoh sebenarnya dituju oleh Aishah kepada Surya.

'Nak aje aku jawab bodoh, bodoh. Aku tak baliklah ada kat sini...' Hatinya berkata-kata. Tapi fizikalnya hanya menggeleng bagi menjawab soalan Aishah.

"Seramlah blok ni. Senior ada bagitahu hari tu, ada budak ceroboh blok ni, lepas tu hilang..." Fatihah cuba membuka cerita. Tapi berasaskan blok C.

Tiga anak gadis itu terus berbual-bual perihal blok terbiar itu. Pelbagai reaksi dipamer Fatihah dengan koleksi kisah seram itu. Aishah juga semangat mnjadi pendengar setia Fatihah. Cuma Surya yang tidak begitu tertarik dengan cerita sebegitu. Tapi, dia teringatkan mimpinya yang dialami berulang kali.

"Jap... korang. Kalau someone tu mimpi yang sama kerap, apa maknanya eh?" Surya memotong cerita Fatihah dengan soalan lari tajuk.

"Eh... urm... arwah ayah aku cakap tu petanda." Jawab Aishah.

"Petanda? Terangkan sikit..."

"Alah... dia macam someone or something nak bagi kau tanda apa-apa. Macam bala atau perkara baik atau apa-apa perkara. Lebih kurang macam itulah." Fatihah membantu Aishah yang ternganga apabila diminta penjelasan. Surya cuma mengangguk tanda kefahaman.

"Surya. Jom kita pergi pasar kat bandar malam ni." Aishah merubah topik.

"Ha ah. Jomlah. Geng kau pun tak ada. Kesian kau kena tinggal."

Surya senyum tawar. "Okay. Lepas maghrib kita pegi."

"Bereh..." Serentak Aishah dan Fatihah membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience