BAB 9

Romance Completed 19731

”Aku nak kau tenung mata abang Harris dengan penuh perasaan!” Ameera menyuruh Harris memeluk pinggang aku secara berdepan pula.Tangan aku pula disuruh memeluk leher Harris dan bertentangan mata.Baru aku nak mula merenung mata Harris,selamba Harris mengenyitkan matanya padaku.Berbahang lagi wajah aku.Kenapalah aku dapat suami yang nakal macam ni? Teruklah aku nanti.

Dari aksi berdiri kini beralih pula aksi di atas katil.Macam tadi Ameera jadi pengarah dan jurufoto.Afiqah dan Hashimah jadi penonton dan tukang gelak.Harris masih selamba dan cool mengikut arahan.Dia yang banyak membantu aku.Sempat lagi dia bisikkan kata-kata cintanya dikala aku kaku di sisinya.

”Tak payah nak malu sangat dengan abang, kerana abang sedang bahagia di sisi Iza.Abang nak Iza rilex dan jangan rasa tertekan.Cinta abang tulus dan ikhlas.Hanya itu yang abang punya untuk dipersembahkan pada Iza.Abang tak mahu kerana abang berada di sebelah Iza , Iza kena serangan jantung,.”

Aku dah tak mampu berkata-kata.Mendengar bisikan Harris yang sebegitu membuatkan hatiku berbunga-bunga.Sekali lagi ku pahatkan ukiran cinta di hatiku buat Mohd Harris suamiku.Bukan sekadar di sudut hati.Rasanya ukiran cinta ini sudah memenuhi relung hatiku.Indah rupanya cinta ini bila sudah di ikat ijab dan kabul.

……………………………………

Rumah kami malam ni masih riuh rendah dengan saudara mara.Rumah kecil kami memang tak muat.Time makan,kami buat layan diri.Hidangkan lauk pauk dan nasi.Siapa yang nak makan pandai-pandailah cari tempat duduk.Bila dah lewat malam masing-masing bawa diri.Ada yang pergi bertamu di rumah abang Zahid.Ada yang menumpang tidur di rumah kak Zaharah.Ikut hati masing-masing ke mana mereka nak tuju.Dalam kampung ni ramai juga adik beradik abah dan mak.

Harris balik tidur di rumah sendiri kerana sepupu-sepupu perempuanku akan tidur di rumah kami, jadi bilik pengantin dikhaskan untuk mereka.Bukan selalu nak berkumpul jadi Harris kenalah berkorban sikit,lagi pun esok majlis sambut menantu pula.Untuk malam ni ja kami berpisah.Malam esok aku kena tidur di rumah mertua.Hadoi!!,.bila terfikirkan pasal ni hati dan minda aku mula la nak buat pasal lagi.

~abang rindu~

Mesej Harris masuk ke inbox handphoneku.Aku ukirkan senyuman sebelum aku reply mesejnya.

~mengada-ngada!!!,.~

Aku menekan send dan menunggu mesejku berbalas.Keriuhan sepupuku yang lain tak ku hiraukan.Topik yang mereka bualkan,tak lain tak bukan K-Pop.Hah!,.memang geng Afiqahlah ni.

~ok,.malam ni bolehlah za nak berlagak dgn abg,.malam esok siap abang kerjakan~

Mesej Harris masuk lagi ke inbox handphoneku.Aku berkira-kira dalam hati sama ada nak balas atau tidak.Baru tulis ‘mengada-ngada’ dia siap buat ugutan manja lagi.Nanti,.lagi aku melayan ntah ayat apa pula yang bakal keluar.Akhirnya aku biarkan saja mesej Harris tak berbalas.

Lima belas minit berlalu,nada dering handphoneku berbunyi.Aku yang sudah merebahkan tubuh di atas toto mencapai handphone yang berada di sebelahku.Tadi bila mesej Harris tak dibalas aku sudah berkira-kira untuk melelapkan mata.Handphone aku bawa bersama.

”Za!,.abang ada kat luar ni.Keluar kejap!” suara Harris kedengaran sebaik handphone aku lekapkan ke telinga.Mataku yang mula nak pejam sudah tercelik luas.

”Nak buat apa? Iza dah tidur pun ni,tunggu nak hanyut dibuai mimpi ja lagi,.” aku masih bersoal jawab.Dah malas nak bangun.Sempat aku kerling jam yang terletak di atas meja di tepiku.Pukul 11.45 malam.Patut la mata aku dah ngantuk sangat.Dengan keletihan siang tadi yang masih bersisa.Mata nak celik pun dah tak naik.

”Kejap ja Za!!!” Harris dah mula bengang dengan aku barangkali.Tegas bunyi suaranya.Terpaksa juga aku mengalah.Bangun dan mendapatkan Harris di luar rumah.Bila aku keluar Harris bukan berseorangan.Ada Afiq,abang Zahid dan abah sekali.Mereka rancak berbual di atas pangkin di bawah pokok rambutan.

”Nak apa?” aku tanya dengan wajah masam sebaik aku sampai kepada mereka.Mereka saling berpandangan.Abah mengelengkan kepalanya berkali-kali.Afiq dah terkekeh-kekeh ketawa.Aku pula yang jadi blurr.

”Dah macam tikus terjun tepung!” kata-kata abang Zahid membuatkan aku mengecilkan mata.Sungguh!,.aku tak faham!

”Agaknya,.habis sebalang bedak sejuk mak hang tu.Dah jadi bini orang pun masih tak berubah,.” mendengar saja abah cakap macam tu baru aku tersengeh.Memang hobi aku suka pakai bedak sejuk sebelum tidur.Nampaknya selepas ni kena ubah hobi baru la.Aku tak membalas cakap abah.Aku terus naik ke atas pangkin dan duduk bersila di sebelah Harris.

”Ada apa? Macamlah dah tak ada esok lagi!” aku tak peduli dengan pandangan Afiq,abah dan abang Zahid.Aku terus menyoal Harris yang masih memandang pelik ke arahku.Apanya tak pelik.Maghrib tadi aku mandi aku basahkan rambut.Rambut aku dah la lebat.Panjang pula melebihi pinggang jadi memang lambat nak kering.Bila mengingatkan Harris dah jadi suami aku dan hanya ada sepupu perempuan dalam rumah,aku keluar tanpa tudung.Dengan bedak sejuk yang ‘berlepung’ dimuka,dengan rambut panjang yang sengaja aku lepaskan.Dah macam ‘pontianak harum sundal malam’.

”Err,.abang nak ajak Iza tidur di sana.Bolehkan abah?” Harris menjawab soalanku sambil menyoal abah.Aku berubah wajah.Perut aku terus memulas.Aku sabar menanti jawapan abah.

”Dah jadi hak hang pun Aris.Hang bawak la pi mana pun.Jangan bawak pi terjun gaung sudah!” tu dia,.selamba ja abah aku buat ayat.Aku yang dok tak sedap hati.Ayah aku ni orang utara.Dah lama dah kot kami tinggal di sini tapi ayah masih macam ni juga.Loghat Kedah dia cukup pekat.

”Kalau abang Eid jadi kau Harris,.takdenyer abang nak ajak ‘pontianak’ ni tidur sekali,.” abang Zahid gelak dengan ayatnya sendiri.Afiq pun tumpang gelak sama.Aku tayang wajah selamba.Dah biasa sangat dengar ayat-ayat ‘gurauan manja’ adik beradik aku.Harris langsung tak beriak wajahnya.Abah angkat punggung.Turun dari pangkin dan masuk ke rumah.

”Abang Eid pun nak masuk dulu la.Fiq!!,.kau nak tunggu apa lagi,takkan nak jadi ulat makan daun pulak?” bila abah beredar abang Zahid pun minta diri di ikuti dengan Afiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience