Rate

chpter 2

Drama Series 4792

Dalam perjalan balik ke dorm,Nia berjalan sendiri kerana Hanida berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal katanya dan dia akan balik setelah mengambil barang tersebut.Sedang Nia berjalan,dia merasakan ada seseorang yang sedang mengikutnya dari belakang.Nia mempercepatkan perjalanannya.Nia tidak sanggup menoleh ke belakang.Kut² penculik yang sedang mengekorinya itu.Dia sempat membayangkan keadaanya nanti apabila disekup mulutnya.Semakin gementar rasa hatinya.Sedang Nia berjalan pantas,Nia tersangkut pada simen yang pecah lalu tersumbam ke lantai.Nia menutup matanya.
"Eh,kamu okay ke ni?" tanya orang itu.Nia meleraikan tangannya yang menutup mata.
"err," Nia menggigil lalu mengusap lututnya yang berdarah.
"aduh" jerit Nia.Pedih sangat lukanya saat itu.
"kenapa berlari tadi?" tanya orang itu lagi.
"saya ingatkan Tuan tadi penculik.Tulah yang saya belari tu.Tak sangka pulak benda ni jadi hmmm," kata Nia lalu mengeluh,dan membetulkan rambutnya yang dilepaskan serabut sedikit.
"oh ye ke?Saya nak ingatkan kamu je,petang ni jumpa saya.Tahu bilik saya kan?"
Nia tidak pasti dengan soalan itu dan menanya,
"eh Tuan,saya tak pasti bilik Tuan kat mana.Erm,Tuan ni Pensyarah Syazuan kan?" Nia cuba meneka siapa lelaki yang berada dihadapannya itu.Formal betul pakaian lelaki ini,berkemeja kemas.Warna pink.So cute!
"ye,sayalah tu.Baru haritu kamu dan rakan kamu sorang tu tolong saya kemas dewan serbaguna.Takkan dah lupa?"
Nia tersengih.Ye lah,terlampau banyak sangat kenalan kat kepala,mana tak ingat semua nama ni.
"Hehe,sorry.Pasal jumpa tu,boleh tak saya bawa Hanida sekali?" soal Nia setelah menyengih.
"Boleh.Ni boleh bangun tak ni?" soal pensyarah Syazuan.
"Boleh kut," jawab Nia singkat.
Nia perlahan-lahan bangun.Dia terjatuh semula lalu memandang ke arah lelaki dihadapannya itu yang sedang mencangkung melihat Nia berusaha untuk bangun.Siapa kata Pensyarah ni tak hensem,rambutnya yang panjang dihadapan disikat rapi ke belakang.Dahlah muda,bergaya pulak tu.Tambahan pula,tahi lalat di bawah alisnya yang menggoda itu.Fuhh,perfect 10 nye..
"Ehem,boleh bangun tak ni?" soal nya lagi.Terbang melayang angan Nia.Merah mukanya.Nia menggeleng.Nampaknya,Pensyarah nilah yang akan menghantarnya balik nanti.Nia risau,semua bahagian tempat disini dipenuhi oleh banyak orang.Dia juga takut dia akan dianggap sebagai "hot staff" dikemudian harinya.Mahu kiamat dunianya saat ini.
"Halo,termenung lagi kamu ni!"
"Macam nilah,saya akan papah kamu sampai ke kereta dan hantar kamu balik.Kamu nak balik ke dorm kan?"
Nia mengangguk."Sini!"Tuan Syazuan menghulurkan tangannya dan disambut oleh Nia.Malunya.Biarlah kepulangannya hari ini dijemput oleh Tuan Syazuan.Bertuahnya dapat pensyarah macam ni.
Bertambahlah sakit Nia ni nanti,"penyakit Cinta Tuan Syazuan Hisyam"hhaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience