Bab 6

Crime Series 28566

Ya Allah... Aku baru terperasankan sesuatu.
Suara dia... Sama seperti suara... Lee.

Rambutku direntap kuat. Sakitnya.

"Anna, tatap wajah aku dalam-dalam."

Lampu suluh terpasang. Menyuluh ke arah wajahnya. Cahaya samar-samar.

Sesuatu yang mengejutkan.

Dia? Benar. Dia adalah Lee.

"Terkejut? Aku Qarl Lee. Si ketua mafia."

Qarl tersenyum. Agak sinis.

Lee. Selama ni aku tertipu. Dia cuma bersandiwara di depan aku.

Aku mengetap bibir. Tak guna kau, Lee.

"Awak perbodohkan saya selama ni? Thank you, Lee."

Dia duduk di sebelah aku. Di lengannya ada tatoo naga.

"Sedih? Tertipu?"

Qarl mencebik.

"Siapa suruh kau tu naif sangat? Kau percayakan strangers. Bukan salah aku."

Qarl ketawa.

Aku cuba berhati-hati. Tapi, aku terpedaya dengan tipu helah dia. Termasuk dalam jerat dia.

Jatuh dalam perangkap.

"Anna. Anna. Sekarang ni apa yang kau mampu buat untuk lepaskan diri?"

Aku terdiam. Aku tak berdaya nak lari.

"Kau takkan boleh lari. Aku akan kejar kau sampai lubang cacing."

Tangan kaki aku diikat. Aku memang tak
berdaya nak lepaskan diri.

"Jadi tebusan aku. Jadi perempuan simpanan aku."

Taknak. Aku taknak jadi perempuan simpanan dia.

Pergi mati, Qarl Lee.

"Kau akan terseksa tinggal di sini dengan aku. Kau fikir aku akan layan kau baik-baik? Jangan harap. Aku bencikan perempuan. Lagi-lagi yang naif seperti kau. Perempuan bodoh."

Sampai hati kau, Lee. Iya. Aku memang bodoh.

"Shark!"

Dia memanggil konconya.

"Aku nak kau kawal bilik ni dengan ketat. Jangan sampai dia lari. Untuk malam ni jangan beri dia makan. Dia dah makan sesuatu yang enak tadi."

"Dan... Jangan buat sesuatu pada dia tanpa kebenaran aku. Faham?"

Qarl tahu konconya jenis pantang nampak perempuan berdahi licin. Anna miliknya seorang. Tidak boleh dikongsi dengan sesiapapun.

Aku mula menangis. Lee taknak lepaskan aku.

"Bye, Anna. Semoga tidur lena."

Pintu bilik ditutup kembali.

Aku keseorangan di dalam kegelapan. Aku menangis teresak.

Mak... Ayah... Mira... Anna diculik. Selamatkan Anna.

Aku hanya mampu menjerit di dalam hati.

Aku tak mampu lelapkan mata. Ada bunyi tikus. Ada lipas.

Qarl Lee memang kejam.

Bilik ni sangat tidak selesa. Bau bangkai tikus.

Aku bangun dari pembaringan. Bersandar di tepi dinding.

Aku mahu solat.

Aku memandang sekeliling. Bilik ni gelap. Tiada tingkap. Tiada laluan untuk lari.

Aku mengeluh panjang. Mengenang nasib diri.

Qarl termenung. Memandang telefon bimbit milik Anna.

Dia mahu lakukan sesuatu dengan segera. Dia segera menyamar menjadi Anna dan menghantar pesanan ringkas kepada Mira.

Kononnya dah selamat sampai di kampung.

Kemudian, dia menyelongkar gambar Anna di Gallery.

Cantik. Senyuman yang sangat manis. Tidak jemu memandang dia.

Apa khabar keadaan Anna di bilik gelap itu? Pasti dia rasa terseksa, ketakutan dan keseorangan di dalam sana.

Aku sendiri tidak betah duduk di dalam bilik gelap.

Biarkan dia, Qarl.

Kenapa kau nak kasihankan dia? Dia tebusan kau. Jangan simpati padanya.

Qarl bermonolog dengan diri sendiri.

Kau kejam, Qarl. Tidakkah kau merasa kasihan pada dia?

Tidak. Biarkan dia.

Dia berlawan kata dengan dirinya sendiri. Qarl merebahkan badan di atas tilamnya yang empuk.

Malam kian beransur pergi.

Aku terjaga. Terdengar bunyi pintu bilik dibuka.

Krikk...

"Woi... Bangun. Kau ingat kau tu tuan puteri?"

Qarl datang menghampiri. Duduk di sebelah aku.

Pukul berapa ni? Pastinya sudah pagi.

Qarl membuka ikatan di tangan aku. Dan juga, ikatan di kaki.

Kaki aku kebas. Tidak betah tidur dalam keadaan terikat.

Qarl mengelus rambut aku. Tiba-tiba dia merentap dengan kasar rambut aku. Sakit.

Lee yang aku kenal berubah 360 darjah menjadi kejam dan ganas.

Di wajahnya tiada sekelumit senyuman. Kau jahat, Qarl.

Dia menghidu rambut aku lagi.

Tak guna betul.

"Kau pakai syampu apa? Wangi sangat. Aku suka bau dia."

Bodoh punya soalan.

Kenapa nak tahu aku pakai syampu apa? Dasar lelaki bernafsu.

"Nak buat apa kalau tahu?"

Sengaja mahu mencabar dia. Menyampah tengok muka dia.

"Boleh aku belikan syampu tu untuk kau. Biar kau pakai hari-hari."

Gila.

Sukar nak jangka kelakuan Qarl. Kadang dia nampak seperti nice guy. Kadang dia jadi terlalu kejam.

Aku cuma diam. Malas mahu melayan.

"Anna, jawab!"

Dia tiba-tiba membentak.

"Loreal Paris. Puas hati?"

Qarl tersenyum. Barangkali puas hati mendengar jawapan aku.

Setan kau, Qarl. Tak guna.

"Okay. Nanti aku belikan untuk kau. Aku suka hidu bau rambut kau. Wangi."

Jantan keparat. Lepaskan aku la, setan.

"So, macam mana kau tidur malam tadi? Nyenyak tak? Kesian kau ditemani dengan lipas dan tikus. Ada tak tikus tu gigit kau?"

Kau suka ke kalau aku kena gigit tikus, Qarl?

Jahat. Hati karat.

"Kesian kau, Anna. Aku simpati dengan kau sebenarnya. Mula-mula aku nak bunuh kau. Tapi... Bila difikirkan semula, baik kau jadi perempuan simpanan aku je."

Dia tersenyum penuh makna.

Aku menggeleng. Taknak.

"Aku tahu kau takut. Jangan risau. Aku tak kejam. Aku tak jahat."

Qarl ketawa terbahak-bahak.

Geramnya. Terasa dipermainkan.

Tanpa sedar, aku meludah tangan dia. Menahan rasa marah.

Wajah Qarl berubah.

Dia merentap lagi rambut aku.

"Kau ni kan, kalau aku bagi penampar, hilang terus wajah kau yang cantik."

Aku mengetap gigi.

"Tamparlah. Lebih baik aku mati daripada jadi perempuan simpanan kau. Bunuh je aku sekarang, Qarl."

Aku mula mencabar dia.

Bang!

Dia melepaskan tembakan ke arah dinding.

Aku memejamkan mata. Takut dengar bunyi tembakan.

"Jangan cabar aku. Aku takkan bunuh kau. Buat masa sekarang."

Qarl bangun dan menghempas pintu bilik gelap ini.

Konco-konconya yang sedang menonton televisyen terkejut sama.

Pasti bos tengah marah. Mereka berbisik sesama sendiri.

Dan aku, terkaku dan terkejut...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience