Bab 18

Romance Completed 207871

"Intan" tegur Amira pada Intan.

"Apa?" soal Intan yang matanya masih menghadap telefon bimbit di tangan.

Amira mengambil tempat sebelah kanan Intan.

"Esok saya dah start cuti. Kau okey ke?" soal Amira.

Risau juga, Intan masih lagi baru tetapi telah dipilih untuk menjadi housekeeper pada bos besar.

"Saya okey. Tak payah la risau." jawab Intan lalu telefon bimbit di letakkan di atas meja.

"Bukan apa, risau juga. Tapi saya nak ingatkan Intan lagi sekali ni tau. Walaupun Tuan Caden tak guna mug dalam pejabat dia, tapi.." tak sempat Amira nak habiskan ayat, Intan laju mencelah.

"Tapi.. Tetap kena bersihkan. Sama juga macam di bilik rehat. Walaupun mug tidak digunakan, mesti dicuci. Cadar dan sarung bantal pula mesti diganti walaupun Tuan Caden tidak tidur di situ. Kan? Saya ingat.. Jangan risau okey" laju Intan menyambung ayat Amira tadi.

"Mira tak payah fikir pasal perkara lain. Fokus pada majlis kahwin je okey. Ada rezeki kitaorang sampai kenduri tu nanti. Kalau tak sampai, kirim hadiah je la" gurau Intan.

"Thanks Intan. Sorry tau menyusahkan. Tak pasal-pasal kena gantikan saya pula" ucap Intan.

"Ish, tak ada apa-apalah" balas Intan sambil tersenyum.

"Intan, Kak Ana" panggil En Rahim dari muka pintu bilik rehat.

Panggilan kerja la tu..

"Ye En Rahim" jawab Intan dan Kak Ana serentak.

"Tolong ke tingkat tujuh belas, bantu Aishah dan Sheila. Tak cukup orang nak kemas bilik" bagitau En Rahim.

"Ye baik" jawab Kak Ana wakilkan.

Hari itu lewat juga Intan selesai kerja. Hampir jam lima setengah petang. Disebabkan penat, Intan terus sahaja pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah, Intan membersihkan diri dan sebelum masuk ke bilik belakang, milo panas dibancuh dan dibawa bersama ke bilik itu.

Di dinding bilik itu ada sebuah board putih yang dilekatkan gambar-gambar suspek yang terlibat dengan kes yang disiasat. Di catitkan juga tarikh masa perempuan dan pelanggan di bawa naik.

Salah seorang gambar yang turut dilekatkan di board itu adalah Caden, orang yang mulanya tiada dalam senarai tetapi setelah pemilik syarikat tersebut sakit, Caden yang menggantikan ayahnya. Dalam kata lain, secara tidak langsung Caden juga merupakan suspek dalam kes ini.

Gambar Caden di board diusap perlahan dengan tangannya.

Ke mana la kau pergi. Sibuk sangat ke, langsung tak datang pejabat. Ke dia sakit.

Ini bukan rindu ye kawan-kawan tapi atas dasar seorang pekerja yang bimbang kepada majikannya. Tiada niat disebalik.

Takkan kau terlibat sama..

Malam itu Intan dapat maklumat dari Chet, perempuan-perempuan tempoh hari di bawa ke tingkat tiga puluh lima di bilik 1004.

Melalui apa yang sempat diselidik oleh Chet, pelanggan tersebut akan berada di bilik berasingan dan perempuan-perempuan dari bilik 1004 akan di bawa ke bilik-bilik yang dihuni oleh pelanggan tersebut.

Esok aku kena tengok-tengok dulu la pejabat Caden, itu pun kalau dia tak datang kerja lagi.

Lebih kurang jam sepuluh malam Intan masuk tidur. Banyak yang perlu di lakukannya esok.

+++

Pagi ini Intan keluar awal kerana dia mahu ada lebih masa berada di dalam pejabat Caden untuk mencari apa-apa yang boleh menjadi clue mengenai penglibatan Caden dalam kes yang disiasat.

Sebaik sampai di bilik rehat, Intan pantas ke lokar menyimpan barang dan terus menukar pakaian di tandas.

Pintu lokar ditutup dan Intan mahu berpusing ke belakang, ada suara yang menegur.

"Eh, awalnya Intan hari ni." tegur Aishah yang baru sampai.

"Haah, first day kerja seorangkan. Risau jugak" balas Intan yang sudah bersedia untuk melangkah.

"Ye lah. Kerja baik-baik, ada apa-apa bagi tau saya" pesan Aishah sambil tersenyum pada Intan.

Intan hanya mengangguk dan terus keluar. Berdebar pulak rasa pagi ni. Tangan di letakkan di dada. Kuat jantung berdegup. Ish, macam tak best je rasa.. Positif Intan, positif.. Panjang nafas ditarik sebelum dihembus.

Butang lift ditekan ke atas. Sementara menunggu, Intan melepaskan pandangan ke kiri dan ke kanan. Pagi-pagi macam ni, dah sibuk.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Intan melolos masuk ke dalam lift. Butang empat puluh lima ditekan. Selain Intan ada beberapa orang lagi pekerja.

Setelah pintu lift terbuka, Intan melangkah keluar menuju ke stor simpanan barang. Semasa Intan sedang memgambil barang-barang yang diperlukan untuk diletakkan pada troli, Intan terdengar suara perempuan berbual.

"Eh, kau tau tak. Hari tu, Tuan Cleine mintak kemaskan bilik kat tingkat tiga puluh lima. Aku ingat tak ada orang dalam tu. Sebaik aku sampai dengan si apa tu nama bodyguard dia tu.. Alah.. " suara satu cuba ingatkan nama.

"Naim tak silap" sampuk suara dua.

"Ha, Naim. Ada ramai perempuan dalam bilik tu kau. Pakai baju macam tak pakai baju, yang bogel pun ada, tengah syok tidur." bersungguh bercerita.

Mungkin kedua-dua mereka tidak menyedari kehadiran Intan disebabkan tubuh Intan terlindung disebalik daun pintu stor.

"Lepas tu, Naim minta perempuan tu semua bangun sebab aku nak tukar cadar katil-katil tu. Macam-macam bau dah dalam tu. Aku rasa diaorang tu 'ayam' la. Tapi high class punya 'ayam'." sambung suara satu.

"Betul la tu" balas suara dua mengiya.

"Aku pun ada juga tapi Naim siap ugut, kalau bagitau pada orang lain. Aku tak jumpa jalan balik lepas ni. Dia kata." kata suara dua.

"Kat aku pun sama jugak. Tapi buat apa aku nak bagitau orang. Upah kemas bilik tu mahal kot. Nanti orang lain caras pulak" suara satu berkata.

"Malam ni ada lagi perempuan-perempuan tu sampai tapi aku rasa bukan perempuan hari tu" kata suara dua pula.

"Mana kau tau?" tanya suara satu.

"Aku terdengar Naim berbual dengan seorang lagi kawan dia masa kemas bilik hari tu. Naim cakap yang ni baru sampai, fresh lagi. Dari kampung" kata suara dua.

"Biar betul, budak kampung? Ini depa culik ke, perempuan-perempuan tu yang rela?" soal suara satu.

"Tak sangka aku, kau pun buat kerja ni. Macam tau-tau je kita kawan baik" tambah suara satu.

Sedang seronok dua orang itu berbual sambil mengisi troli, botol spray bergolek berpusing berhampiran kaki kedua-dua mereka. Tertunduk kedua-duanya melihat dengan pelik. Datang mana benda ni..

Alamak.. Kau ni Intan, dah macam mana boleh jatuh pulak.

Lemas dah kot tersepit celah pintu ni.. Mana tak jatuh botol tu.

"Oit" panggil suara satu lalu daun pintu dibuka.

Terjenggul Intan disebalik pintu sambil tersengih.

"Eh, kau curi dengar ek?" tinggi suara pemilik suara satu marah Intan siap jari naik tunjuk ke muka.

Ada juga yang hilang jari kena gigit karang ni.

"Tak lah. Saya nak ambil barang nak masuk dalam troli." jawab Intan buat-buat muka takut, padahal dalam hati geram kemain.

"Aku tau kau dengar, ingat ye. Kalau kau cakap pada siapa-siapa, siap kau" marah perempuan suara dua.

Intan mengintai tag nama, Sara dan Kila ye. Tak pe.. Tunggu kita tengok drama ni.

"Mana saya berani. Saya baru lagi kerja kat sini. Kalau jadi apa-apa pada saya, macam mana dengan adik-adik saya nanti, siapa nak bantu" jawab Intan dengan suara yang takut-takut.

Kedua-dua mereka berbalas pandang.

"Kau nak tolong kitaorang ke? Upah banyak. Boleh bantu adik-adik kau tu. Eh, nama siapa? Oh, Intan. Aku Sara ni Kila." eh, baik pulak.

"Boleh ke?" soal Intan.

"Boleh je, bagi nombor kau. Nanti kalau ada, kitaorang bagitau. Tapi ini kalau Naim nampak kau ni, silap-silap kau pulak jadi 'lauk' nanti. Cantik" kata Sara pada Intan.

"Eh, mana ada. Akak berdua lagi cantik dari saya" jawab Intan lalu menulis nombor telefonnya pada lengan Sara.

"Okeylah kami nak pergi dulu. Tapi betul ni, kau nak?" soal Sara lagi.

Pantas Intan mengangguk. Gila tak nak. Maklumat bagus tu. Rugi la..

Setelah Sara dan Kila beredar, Intan pula menolak troli menuju ke pejabat Caden. Password ditekan, pintu ditolak. Tapi kali ini Intan tidak biarkan pintu terbuka kerana dia ada misi yang perlu dilakukan.

Intan tolak troli di sebalik dinding, stopper ditolak dengan hujung kasut, pintu ditutup dan Intan terus berpaling melangkah ke sofa untuk mengemas.

Intan melakukan tugas mengemas terlebih dahulu supaya lebih mudah kerjanya nanti. Macam lipas kudung Intan mengemas pejabat Caden. Tak sampai dua puluh minit dah siap.

Intan masih lagi berada di dalam bilik air, tumpang buang air. Hihihi.. Bukan selalu dapat guna bilik air bos besar.

Baru Intan ingin melangkah keluar, Intan nampak kelibat seseorang membelakanginya sedang kalut menyelak dokumen dari laci meja kerja Caden.

Siapa tu? Bukan Caden. Takkan ada orang pecah masuk pejabat dia. Ada password kot.

Aku nak buat apa ni takkan nak tanya orang yang tengah sibuk mencari sesuatu tu. Adui.. Bisik Intan yang masih mengintai dari celah pintu bilik air.

"Shit! Mana dia letak. Tak ada pulak" marah lelaki tadi.

"Jumpa tak?" tanya satu suara lagi yang tiba-tiba muncul dari pintu.

Aik, macam mana boleh masuk? Intan pelik.

"Cepatlah, nasib baik cleaner tu tutup pintu tak rapat tadi. Kalau tidak jenuh juga nak buka pintu ada password ni." kata lelaki di hadapan pintu itu.

Aku tutup tak rapat ke? Oh.. Ye la, memang la aku bawa troli masuk tapi door stopper kat pintu tadi lupa nak ambil, main tolak dengan kaki je, mesti terselit la tu. Cis. Marah Intan pada diri sendiri.

"Blah la.. Cakap kat bos tak jumpa kat mana Caden letak surat tu" kata lelaki yang ada di meja kerja.

"Naim, kejap, aku nak kemas. Nanti nampak sangat ada orang masuk cari barang kat sini"

Oo.. Ini Naim. Orang kanan Cleine ye, tapi handsome kau. Ish rugi jadi jahat. Intan... Fokus Intan.. Jangan nak gatal sangat.

Ye.. Ye.. Fokus.

Tiba-tiba Intan rasa ada mata yang menoleh ke arahnya. Aku cakap kuat ke?

"Hoi!" jerit Naim.

Terperanjat Intan.

"Kau keluar" jerit Naim lagi.

Aduh.. Kantoi la pulak. Kau ni Intan!

Perlahan Intan keluar dari bilik air dengan wajah yang takut-takut. Drama okey, drama..

"Maaf Tuan. Saya cuci bilik air" ucap Intan sambil menunduk.

"Sini, tengok sini" panggil Naim.

"Aku tak pernah pun nampak kau. Baru ke?" tanya Naim.

"Cantik" kata Naim sebaik Intan memandang wajahnya.

"Ye, saya baru lagi. Saya kena ganti Amira sebab dia cuti kahwin" jawab Intan. Ini betul ye, memang kenyataan.

"Cantik-cantik macam ni jadi housekeeper.." kata Naim sambil tangan naik mengusap dagunya.

Wajah Intan ditilik.

"Tapi aku macam pernah nampak kau la.. Ni, tahi lalat ni. Macam muka siapa ye" Naim macam bercakap sendiri.

Ah, sudah..

"Hm.. Memang la Tuan pernah nampak saya, kan saya kerja kat sini" jawab Intan.

"Ye jugak.. Panggil aku Naim je. Nah, ni buat belanja." Naim ambil tangan kanan Intan dan meletakkan wang kertas lima puluh ringgit beberapa keping.

Terkejut Intan. Duit apa pulak ni. Laju wajah Naim dipandang.

"Kau jangan pandang aku macam tu" kata Naim pada Intan.

"Kenapa?" soal Intan pulak.

"Nampak comel, nanti aku geram" kata Naim sambil mata dikenyitkan.

Terkelip-kelip mata Intan. Biar betul dia ni.

"Naim, dah. Siap. Jom lah. Sudah-sudah la. Housekeeper pun nak try ke?" tanya lelaki tadi.

"Cantik Lan.. Maniss je, ada tahi lalat" kata Naim yang masih lagi memandang Intan.

"Dah, kau pergi sambung buat kerja. Ingat, kita orang tak pernah masuk dalam pejabat ni hari ni okey. Kalau tidak" Lan lalukan jari dileher.

Kau ugut aku Lan? Silap orang la..

"Tak, tak saya tak bagitau orang" laju Intan mengangguk. Drama lagi..

"Ada nombor telefon?" soal Naim.

"Saya?" soal Intan semula.

"Iyela sayang oi.. Takkan si Lan ni. Nak buat apa" manisnya mulut..

Intan kemudian mengambil kertas di atas meja Caden dan menulis nombor telefonnya lalu diserahkan pada Naim.

Kemudian kedua-duanya terus berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience