Epilog Call Girl

Romance Series 1319766

Carlos melangkah keluar dari kereta yang berhenti tepat di pintu utama Mansion mewah itu.

Rumah mewah itu kelihatan berseri setelah hadirnya seorang permata dan ditambah pula dengan kehadiran si kecil yang kini menjadi rebutan dengan kecomelannya. Setiap hujung minggu pasti semua ahli keluarga mereka akan berkumpul di sini termasuk juga kenalan rapat.

Carlos disambut oleh Kak iera pembantu rumah itu di pintu masuk. Dia berjalan melewati ruang tamu dan menyedari rumah itu kelihatan sangat sunyi. Matanya menoleh ke arah Kak iera.

"Mana Zahra dan Carol?" tanya Carlos.

"Err... Madam di bilik Tuan. tTdur kan Baby Rayden. Carol sedang bermain di laman."

Carlos mengangguk. Lalu tubuhnya di pusingkan memandang Gib yang baru tiba.

"Aku naik atas kejap. Barang tu kau pegang dulu. Nanti kita try."

......

PINTU bilik utama dibuka oleh Carlos. Senyuman terukir di bibirnya tatkala melihat Zahra yang sedang terlena di dalam atas katil. Tubuh mengiring sambil menyusukan baby Rayden.

A very beautiful sight.

Makin lebar senyuman di bibir itu. Carlos melangkah ke arah katil kemudian tubuh Zahra yang sedang lena itu dipeluk dari belakang. Rindu. Wajah putih kemarahan milik baby Rayden di usap lembut. Usia Rayden sudah 6 bulan. Bayi itu membesar dengan sihat pipi yang tembam, Dan mata zamrud yang menawan . Terasa berat seperti ada yang menindih tubuhnya membuatkan lena Zahra terganggu.

"Hubby." Zahra membuka mata perlahan-lahan apabila dapat merasakan deruan nafas hangat sang suami yang menerpa lembut ke lehernya. Melihatkan senyuman pada bibir lelaki itu. Zahra juga mengukir senyuman yang sama.

"I love seeing you like this. You look so sexy and spicy mmm..."Usik Carlos dengan suara seraknya. Zahra ketawa perlahan.

Zahra mengalihkan sedikit tubuh baby Rayden lalu dia berpusing mengiring memandang Carlos. Tangan Zahra terus memeluk erat tubuh sang suami. Manakala Carlos juga membalas pelukan itu.

"how's your day ?"

"Macam biasa jaga anak-anak layan diaorang dengan penuh ka...sih sayang.. Ada la letih sikit tapi I suka sebab nanti you balik, I dapat recharge energy macam ni.. Hmmm rindunya."Adu Zahra manja. Hidungnya sengaja di geselkan pada leher Carlos sesekali dia mengucup lembut lelaki itu.

"Hubby."

"Hmm."

"Kunci pintu tak?" Zahra mendonggak memandang Carlos sambil tersengeh.

"Kau jangan macam-macam. Aku ada kerja lagi dekat bawah."

"Ala I pun ada kerja dekat bawah. Nak Picnic dengan Princess but now I nak Picnic dengan you dulu boleh." Zahra menyembam Wajahnya di leher Carlos kembali.

"Ah Love..Kau senga.."

"Kau. Kau. Kau.. Cuba la biasa diri yang romantik sikit. Sedap sikit telinga ni dengar." Potong Zahra membuatkan menunduk terus memandang wajah Zahra yang berada di lehernya. Terasa nafas hangat isterinya menjentik sedikit nafsunya.

"Aku tak biasa."Jawab Carlos mendatar.

"Jadi biasakan lah..." Naik berkerut dahi Carlos.

"Anak-anak kita dah akan membesar tau hubby tak manis bila diaorang dengar you ber aku kau dengan I. Cuba la biasakan at least kalau tak nak panjang-panjang Bie pun ok what."

"Hmm.."

"Hubby you dengar tak?!."Marah Zahra apabila Carlos dengan sengaja mengangkat tubuhnya sedikit meninggi lalu menyembam wajahnya leher milik Zahra.

"Ya...Bie dengar Love." Carlos memejamkan matanya. Sebelah tangannya sengaja mendarat di dada Zahra.

Teruja Zahra mendengarnya lebar senyuman terukir di bibir merah itu.Namun sesaat kemudian senyuman itu mati. Mata Zahra memandang tajam Carlos yang sudah menutup mata di lehernya.

"Tangan tu..."

"Kenapa?" Soal Carlos tak bersalah. Tidak semena-mena sebuah tawa meletus keluar dari bibir Carlos.

"Kenapa?" Soal Zahra kembali. Dia mendengus.

"Aku nak tolong check takut kau bengkak susu."

"Carlos Hand off!" Zahra menolak tangan Carlos di dadanya.

"Duduk diam-diam. Aku nak tolong check ni.."Ujar Carlos. Mata naik memandang isterinya. Dengan selamba dada isterinya di picit lembut.

Membulat mata Zahra.

"Hubby!"

Bang!!!

Terkaku mereka seketika apabila mendengar bunyi tembakan itu.

"Carol"

"Princess!"

Serentak dengan itu, Carlos dan Zahra terus bangun dari pembaringan. Dan laju Carlos melangkah keluar dari bilik itu.

........

"Princess focus on the target in front of you. Ready." Pokok tinggi di hujung hadapan sana menjadi target mereka.

Melihat Carol yang mengangguk kepalanya Gib tersenyum sinis. Sekarang mereka berada di kawasan lapang di tepi tasik kecil di Mansion mewah Carlos. Gib hulur pistolnya kepada anak kecil itu.

"Monster, Why is the gun so heavy. Sebelum ini tidak berat. I can hold it myself."Soal Carol. Pistol sebenar dan Pistol game simulator mana nak sama. Sangat ketara beratnya. Berkerut dahi anak kecil itu memegang Pistol jenis TARA TM9 itu. Gib membantu Carol mengemaskan pegangan pistol itu.

"I want to try a new weapon. I believe you will like it baby girl." Gib mula membetulkan kedudukkan tangan Carol.

"Am I lucky to be the first person to use this gun? Monster."Soal polos Carol sambil tersenyum teruja.

"Of course. Let's try. I'll show you how to shoot well.." Ujar Gib dengan sengihnya.

Senyum yang jahat.

"Commençons Monster.( Mari kita mulakan Monster)". Kata Carol dengan penuh semangat.

Ktak! Bunyi Pistol ditarik.

"Ready Princess. focus on the target." Gib menunduk memandang wajah Carol yang putih ke merahan itu. Wajah anak kecil itu tenang mensasarkan pokok di hujung sana. Nampaknya Carol sudah tidak sabar.

"un, deux, trois. ( Satu, Dua, Tiga)"

BANG!!!

Carlos dan Zahra tersentak seraya berpaling memandang Luar Balkoni.. Mata mereka membulat. Zahra sudah terkaku di tempatnya.

"Princess!!!" Carlos terus bangun apabila teringat Carol sedang bermain di laman. Dia terus berlari menuju ke halaman luar mansion itu.

"Carol! Sweetheart!!"

Laju kakinya melangkah dan terus dahinya berkerut seribu apabila melihat anak gadisnya itu tergelak gelak bersama Gib dan tangan Carol memegang kemas sebuah objek berwarna hitam.

Lima orang lelaki yang sedang mengawal Mansion itu jugak sudah berada di situ. Seperti terkaku melihat dua orang manusia itu.

Gila.

Mereka hampir luruh jantung apabila mendengar bunyi tembakkan itu. Carlos mengangkat tangannya meminta untuk mereka beredar.

"Gibran Hans! Apa yang kau buat ni syaiton." Carlos merampas Pistol yang berada di tangan Carol dan sempat dia mengunci kembali Pistol itu sebelum di selitkan di belakang pingangnya. Tajam matanya memandang Gib yang mempamerkan wajah selamba tersenyum gembira.

"Daddy, Monster he taught me how to be the best shooter. And the luckiest, I was the first to use the new gun." Ujar Carol dengan penuh teruja.

"Carol!!" Termengah-mengah Zahra mendekati anak kecil itu. Nafasnya di tarik dan di hembus perlahan. Setelah nafasnya diatur, Tubuh anak kecil itu di pusingkan kiri dan kanan. Ingin memastikan tubuh kecil itu tidak mengalami kecederaan.

"Gib awak dengar tak bunyi tembakan tadi."

"Dengar, Aku dengan Carol tengah main tembak-tembak." Tenang Gib membalas.

"Awak gila ke Gib! She's only 5 years old." Terjenggil mata Zahra. Malah Gib dengan selamba tergelak.

"But she was very excited to do it. Kan Princess." Tenang wajahnya memandang Carlos yang kelihatan seperti singa lapar memandangnya dengan mata zamrud itu.
apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya.

"Okey la aku kerja aku pun selesai aku Chaw dulu! Princess sayang nanti kita belajar lagi.." Gib mengenyit mata kepada Carol sebelum berlalu meninggalkan laman rumah itu.

"Kalau dia buat macam tu lagi. I yang tembak dia. Sakit kepala ni." Zahra terduduk melutut di rumput itu dengan helaan nafas berat.

Kalang kabut dia berlari bimbang dengan keselamatan anak gadisnya. Sekali lain yang pula jadinya.

""Avez-vous aimé le jeu de tir tout à l'heure princesse (Kamu suka menembak princess?)" Lembut suaranya menyoal Carol yang sudah berada di atas riba Zahra. Carol sukakan tembakan? Satu senyuman terbit di ulas bibir.

That my baby girl.

Carol mengangguk.

"I really like it daddy."

"Hubby! Jangan buat hal. Ingat I bodoh lagi ke nak faham!! She still underage!" Tegas suara Zahra buat Carlos senyuman di bibir Carlos mati.

"Alaaa.." Suara Carol mengendur.

"It's Okey sweetheart nanti daddy ajar."Pujuk Carlos.

"Monster said daddy was not good at using a gun efficiently. Daddy pandai guna pistol Air je." Rungut Carol.

"Double meanings huh?" Zahra mendongak memandang Carlos.

"Dammm it Gib!!"

Dan serta merta ketawa Gib kuat kedengaran.
Punya la lama dia tunggu dekat bawah. Dari buang masa baik dia mencuba sesuatu yang baru.

.....

Setahun kemudian.

"Jasmine boleh tolong I bawakan air ini l. Hidangkan dekat depan? I bawa makanan ni kita boleh hidangkan di lamanan."

"Haip. Haip sister." Jawab Jasmine. Seraya itu Zahra ketawa kecil. Comel sahaja mak buyung ni.

Cuti hujung minggu telah tiba, Dan hari ini semuanya berkumpul di Mansion mewah ini.
Zahra membawa 1 dulang berisi pisang goreng dan cucur udang untuk di hidangkan di luar. Minum petang bersama semua ahli keluarganya.

Mereka duduk di atas tikar yang di bentang di tengah laman yang menghijau itu. Duduk bersama Dibawah pohon rendang bertentangan dengan pemandangan tasik.

"Carol!" Tangan si kecil carol tampar perlahan apabila cuba mencapai pisang goreng itu.

"Sabar sayang, Basuh tangan dulu."

Muncung bibir Carol.

"D'accord mommy. ( Baiklah mommy)"

Dari Jauh Carlos tersenyum memandang Isteri dan anak-anak yang duduk di atas tikar itu.

"Aku rasa macam sedang bermimpi." Ujarnya perlahan. Kebahagian yang di rasakan cukup sempurna.

"Tahniah Bro hargai setiap detik yang indah ini.." Gib juga tersenyum sambil dia melabuhkan duduk di sebelah Carlos lantas memandang arah yang sama. Dari jauh dia dapat melihat sekumpulan wanita tersenyum senang. Dan matanya hanya tertumpu pada seseorang. Bakal Kekasih halalnya.

"Aduh.." Luq memicit pelipisnya.

Carlos yang mendengar suara lemah Luq tak dapat menahan diri dari meletuskan tawa.

"Teruk juga kau alahan ni.." Kata Carlos. Matanya memandang wajah pucat Luq.

"Aku tak sangka aku yang kena alahan mengandung ni. Nasib sayang bini." Rungut Luq. Serentak itu. Carlos dan Gib terus ketawa.

"Bertabah la bro paling tidak pun sampai 3 bulan lagi lepas dia bersalin kau elok la."

"Aduhai" Sekali lagi ketawa kuat kedengaran.

"Hubby." Mendengar suara Zahra memanggilnya. Carlos terus berpaling. Teruja dia memandang wanita yang di cintai berjalan mendekatinya di meja kecil di tepi laman itu.

Zahra tersenyum manis melangkah dengan dulang makanan ditangan.

"I bawakan makanan ni makanlah... ."Ujar Zahra. Laju dulang itu bertukar tangan.

"Thanks Love. Untung bie dapat wife macam ni."Ujar Carlos dengan senyuman.

"Seriuslah?" Gib pandang Carlos tidak percaya.

"Hahahaha..!"Gib dan Luq tak dapat menahan diri dan mereka terus ketawa. Geli bila Carlos dah pandai bermadah cinta.

Fuyoooo.

Lain macam.

"Korang dah kenapa."Marah Zahra mata pandang Gib dan Luq.

"Ala nak bergurau pun tak boleh sekarang.. Tapi sweet sial."Usik Gib lagi. Luq mengangguk dengan tawanya.

"Tak apa sayang. Biasa la orang yang kurang kasih sayang macam tu.."Pasrah saja suara Carlos.

"Mommy. Daddy."

Terkedek-kedek Carol memimpin Rayden menuju ke arah mereka.Zahra tersenyum memandang ke arah Carol dan Rayden tidak jauh dari situ. Dia bersyukur dengan nikmat kebahagian yang dirasakan saat ini.

Setiap orang menginginkan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Namun untuk meraih hal itu bukanlah mudah, ada banyak rintangan yang harus dilalui.

Dan sekarang dia ingin menjalaninya, menikmatinya dan mensyukuri setiap perihal yang ada iaitu Kebahagian bersama keluarga dan suami tercinta.

Siapa sangka dari pertemuan satu malam mengubah segalannya. Benar kata Carlos di awal perkahwinan mereka. Lelaki itu berjaya membuatkan Zahra lemas dia dalam lautan cintanya.

"Princess slow-slow adik baru pandai jalan." Kedengaran suara Zahra menyuruh Carol berhati-hati. Carol kelihatan akur menurut.

"Rayden." Mata Zahra bergerak memandang Carlos yang menuju ke arah Rayden sebelum tubuh Si kecil itu di angkat dalam gendongannya. Melentok kepala Rayden di bahu Carlos.

"Good Girl pandai anak dara mammy jaga adik." Zahra duduk menggosok kepala Carol.

"Daddy cakap kalau jaga adik baik-baik nanti daddy hadiah adik girl pula mammy.." Balas Carol penuh yakin. Wajah Carol kelihatan sangat teruja.

"Nanti Princess ada adik lagi. Dalam perut mama min ada baby." Teragak-agak Zahra menjawab dia memandang Jasmine dan Farah yang juga melangkah menghampiri mereka.

"Ooo. Tapi kenapa bukan dalam perut mommy."Petah anak kecil itu menyoal.

"Sebab pistol air daddy kena pakai sarung.." Belum sempat Zahra habiskan ayatnya Gib terlebih dahulu memotong mengundang tawa disitu.

"Apa yang kau mengarut ni syaiton."Marah Carlos.

"Nak ada baby kena tembak dengan pistol air ke mommy?" Soalan Carol membuatkan Zahra menarik nafas panjang. Tajam matanya memandang Gib. Zahra menghelakan nafasnya. Liur ditelan.

"Erm.. Princess mommy nak makan Cake tak malam ni?" Sengaja Zahra mengubah topik. Dia memimpin tangan Carol membuatkan orang disitu melepaskan tawa. Pasti Zahra sudah mati akal untuk mencari jawapan itu.

"Nak!! Nak!! Red velvet boleh mammy." Laju Carol menjawab.

"Okay sayang nanti malam kita buat. But now baby girl besar mommy ni kena mandi dulu."

"Yeay!!" Kedengaran kuat suara Carol mbuatkan Carlos tersenyum.

"Baby Rayden pun dah busuk ni.. Jom mandi." Giliran Carlos mengikuti Langkah Zahra meninggalkan yang lain di situ.

"Tak sangka Keluarga kita semakin besar kan. Min happy sangat." Ujar Jasmine setelah melabuhkan punggung di sebelah semuanya mata mereka kekal memandang Zahra dan Carlos yang berjalan bersama anak-anak mereka.

"Dulu Abang tak pernah fikir untuk ada keluarga besar macam ni. Dalam kepala ini fikir pasal keselamatan Ara dan Paksu je. Abang nak tengok dia bahagia. Dan lepas dari segala dendam lama. Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan doa abang di makbulkan..Adik abang dah bahagia dengan suami yang tercinta."Ujar Luq. Dia ketawa perlahan. tetapi di dalam ketawa itu air matanya menitis.

Jasmine menoleh memandang Luq yang sedang meluahkan rasa yang terbuku di hati. Senyuman terpancar dari wajah itu jelas menunjukkan lelaki itu sedang bahagia.

"Dan Min pun bahagia sangat denga abang.."

Luq tersenyum mendengar bicara Jasmine.

"Abang pun bahagia dengan sayang. Dah senja ni jom masuk." Jasmine mengangguk. Perlahan-lahan dia bangun dari bangku dibantu Luq. Di hulur tangan kepada Jasmien. Dan mereka sama-sama melangkah meninggalkan meja itu.

"Dah bermadah cinta lepas tu selamba ja tingai kita dekat sini." Runggut Farah.

Gib ketawa apabila melihat wajah bengang Farah. Nafasnya di tarik dalam sebelum di lepaskan perlahan.

"Puteri Farah Najwa. Jom kita kahwin."

- Tamat -

Share this novel

CT zaleha Jaafar
2022-06-28 00:13:05 

tergantung ni..cuba sambung lg☺

Asmah
2022-04-01 15:54:52 

terima jalah Farah....Gib tu kurang kasih sayang haha

Cik Mafia
2022-04-01 02:49:43 

aww gib ajok farah kawin


NovelPlus Premium

The best ads free experience