BAB 3

Romance Completed 83737

Nuha menongkatkan basikalnya di tempat letak basikal di dalam perkarangan sekolahnya. Dadanya berdebar - debar kerana harini merupakan hari pertama peperiksaan bermula. Dengan langkah kanan serta kalimah bismillahirrahmanirrahim, dia menyimpan tekad di dalam dada. Berdoa agar setiap apa yang telah dia ulangkaji keluar dalam peperiksaan pada hari ni. Dia sudah berusaha selebihnya adalah tawakkal. Impiannya mahu mendapat kerja yang lebih baik untuk mengubah nasib keluarganya dan mahu membalas jasa ayahnya yang telah banyak berkorban.

'Ibu dan kakak tirinya' langsung tiada dalam kamus hidupnya. Kalau bukan niat ayahnya mahu membantu ibu tunggal beranak satu itu. Tidak dia restui perkahwinan ayahnya itu dulu. Sanggup wanita itu datang merayu - rayu dengan ayahnya dulu agar menerimanya sebagai isteri. Kononnya kesiankan dirinya yang tidak ber'ibu', semua itu terlayar di ruang matanya. Sikap baik yang ditonjolkan itu hanya sekejap cuma, semuanya hanya lakonan. Selepas itu, belangnya semua keluar. Sungguh tak dia sangka. Mengingatkan itu, pedih rasa di jiwanya.

"Nuha..."

Kedengaran suara memanggil di belakang menghapuskan segala memori yang bermain di fikirannya sebentar tadi.

Dia menoleh, seorang pemuda rakan sekelasnya memanggil di belakang. Senyum manis dia hadiahkan buat si pemuda itu.

"Lajunya awak jalan, lagi 20 minit nak mula exam, ada masa lagi. Jom kita jalan sekali." Ujar Izzat pemuda yang menegurnya tadi. Dia memang rapat dengan Izzat, anak kepada ketua kampungnya. Selalu mengulangkaji pelajaran bersama jika ada masa terluang. Seorang lagi kawan baiknya Nini, agaknya telah masuk ke dewan peperiksaan. Mereka mempunyai azam dan impian yang sama, mahu menjejakkan kaki ke universiti.

Dua kertas untuk exam harini dia dapat jawab dengan baik. Lepas satu halangan yang berjaya dia tempuhi.

Nuha mengayuh basikalnya untuk pulang ke rumah, jam 3.00 petang dia dah kena bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Ada masa lagi untuk dia merehatkan diri. Tak sabar mahu menghabiskan kertas peperiksaannya. Ada lagi beberapa subjek yang perlu dia habiskan. Dia dah mula memikirkan hala tuju masa depannya. Moga impiannya untuk menjejakkan kaki ke universiti akan tercapai.

Perutnya telah mula berkeroncong. Alangkah seronok jika ibunya masih ada, balik ke rumah semua sudah siap terhidang di atas meja. Tapi sekarang, semua itu hanyalah sekadar anganannya sahaja. Penat macam mana sekalipun dia juga yang kena memasak. Tiba - tiba wajah arwah ibunya datang menjengah, air matanya merembes laju di pipi. 'Ibu...Nuha rindukan ibu, kenapa begitu cepat ibu tinggalkan Nuha'. Dia merintih sendiri.

Sampai sahaja di rumah, Nuha bergegas masuk ke rumah, waktu solat Zohor sudah menjengah. Kelihatan ibu tirinya sedang berehat di atas sofa di ruang tamu. Hanya dipandangnya sekilas, dibalas dengan jelingan oleh wanita itu. Langkah di atur ke dalam bilik. Selesai membersihkan diri dan bersolat, Nuha mahu membaringkan dirinya di atas katil. Mahu merehatkan diri barang seketika. Tugas memasak sekejap lagi dia laksanakan. Kepenatan yang dia rasai melebihi rasa lapar yang dia hadapi sekarang ini.

"Nuhaaaaaa!!!..."

Nuha terkejut, terus celik matanya yang hampir - hampir nak tertutup tadi. Sabarlah wahai mata. Nampaknya tiada peluang untuk kau melabuhkan layarmu. Dia menyedapkan hati.

"Apa yang makcik terjerit - jerit macam orang kena histeria ni?", tanya Nuha seraya memandang tepat ke arah pintu biliknya yang terbuka itu. Sikap ibu tirinya yang menyebabkan dia hilang rasa hormat pada wanita itu.

"Amboi bersenang - lenang kau yer, kau ingat kau 'mem' besar dalam rumah ni, sedar diri tu sikit. Bila kau nak masak? Perut aku ni dah nak pecah menahan lapar.", Terus terlontar suara yang membingitkan telinganya itu.

"Makcik, Nuha penat baru balik sekolah. Seharian duk kat rumah takkan tak boleh masak. Nuha sedar diri yang Nuha duduk kat rumah sendiri, bukannya menumpang. Lainlah kalau ada sesetengah orang tu. Makcik nak makan, makcik boleh masak sendiri." Lawan Nuha, terus terbantut rasa lapar di perutnya. Nuha bangkit dan bersiap untuk ke tempat kerja, biarlah dia datang awal sikit pada harini, daripada duduk mengadap muka - muka tak siap yang ada kat dalam rumah ni, buat memeningkan kepala jer. Dia mencapai beg sandangnya dan bergegas keluar dari rumah itu.

Mercerlung mata si ibu tiri memandang tepat ke arahnya. Dia menonong buat - buat tidak memandang.

Pintu bilik dia tutup dan kunci. Diabaikan pandangan mata wanita yang masih berdiri di depan pintu menatapnya dengan pandangan tajam.

"Makin melampau kau sekarang yer...kurang ajar, huhhh!!!".

Kedengaran di cuping telinganya. Nuha buat - buat tidak mendengar, dan terus melangkah keluar. Bibirnya tersungging senyuman puas hati.

*******

"Awal datang harini Nuha, lagi sejam nak mula kerja ni", tegur Encik Zaid, majikannya yang sangat bertolak - ansur.

"Haah saja datang awal Encik Zaid, bosan duk kat rumah." Bohong Nuha, padahal dia malas nak melayan karenah ibu tirinya yang kepala angin tu, ada saja yang tak kena di mata orang tua itu.

"Yeke takpelah kalau macamtu, Exam tadi macam mana? okay ker?", Tanya Encik Zaid, Nuha sudah dianggapnya seperti anak sendiri. Banyak hal dan perkara Nuha ada berkongsi dan bercerita dengannya.

"Alhamdulillah Encik Zaid, semua Nuha boleh menjawabnya dengan tenang." Nuha membalas sopan.

"Encik Zaid, Nuha nak ke restoran depan sekejap, nak beli makanan, belum makan lagi sejak daripada balik sekolah", Mohon Nuha lembut. Sekarang baru terasa perutnya semakin berkeroncong. Nak tak nak kena juga diisi, kalau tak, satu kerja pun tak boleh dibuatnya nanti.

"La...Belum makan lagi ker? Pergi dekat pantry ada nasi dan lauk, tadi Makcik ada bekalkan nasi untuk makan tengahari, ada lebih lagi tu. Nuha boleh makan."

"Eh! takpe Encik Zaid, tak payah susah - susah, segan saya." Nuha malu - malu.

"Tak usah malu - malu, pergi cepat, kang masuk angin perut tu." Encik Zaid mengingatkan.

"Ermmm...Baiklah Encik Zaid, terima kasih, Nuha pergi yer", Ujar Nuha tersipu - sipu sambil melangkah ke arah pantry.

Encik Zaid mengangguk lantas tersenyum memandang Nuha. Kesian kepada gadis yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri itu. Hidup tak seindah seperti apa yang tergambar di wajahnya.

*******


Malam itu, Nuha melalui jalan yang biasa dia lalui. Angin malam terasa seperti menyucuk ke tulang - temulangnya. Kisah dia menolong seorang lelaki yang cedera di tempat itu dulu sudah dilupakan.

Dia mengayuh basikalnya menelusuri jalan pintas itu. Hatinya tenang, setenang bayu malam yang menampar lembut di pipinya. Tiada lagi rasa takut dalam dirinya tidak seperti semasa kejadian itu baru - baru terjadi dulu. Selepas kejadian itu, dia memohon cuti selama 3 hari, tidak berani melalui jalan itu. Selepas hampir sebulan, ingatan terhadap kejadian itu beransur hilang dan memang sengaja dia lupakan. Malas dia mahu memikirkan, kerana ia akan mengganggu rutin hariannya untuk berulang - alik ke tempat kerja dengan hanya bertemankan basikal kesayangannya itu.

Ada juga dalam anganannya mahu mengambil lesen motosikal dan kereta. Senang urusannya dikemudian hari dan sangat menjadi keperluan buat dirinya nanti. Tapi semua itu perlukan duit, selepas exam STPM selesai akan dia fikirkan untuk ke arah itu. 'Sabar Nuha', Dia bermonolog di dalam hati.

Happy reading semua. -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience