Bab 21 ( Kalah dan letupan)

Zombie Series 1354

Di atas atap.

Nadia yang menjadi ketua mengarahkan budak-budak berkumpul setempat dan dia menembak tombol pintu bagi membuka pintu tangga .Namun dia terkejut melihat David dan Amelia muncul di hadapannya secara terburu-buru. "Nadia, Harry arahkan semua sekali terjun ke dalam kolam renang kerana api sudah merebak. Mereka sedang cuba menyelamatkan barang-barang utama. Nanti akan ada kawan Harry datang dengan lori tentera bawa kita semua beredar. Tu Lori sudah datang." David menunding ke arah lori tentera yang dilihat Danial sedia menunggu di luar bangunan kolam renang. "Tetapi Harry tidak beritahu apa-apa pasal rakannya? Saya cuba hubungi Harry menggunakan walkie-talkie namun tiada respon. Kamu pasti yang ada kebakaran di bawah kerana saya tidak nampak kepulan asap hitam dan kepanasan pada sekeliling." Nadia menyoal kembali. " Nadia, David beritahu perkara yang sebenar. Memang mereka berjaya padamkan api tetapi api semakim marak dan yang lain sedang cuba memadamkannya. Harry memang berpesan menuruh kanak-kanak selamatkan diri dahulu kerana susah jika berlaku apa-apa yang tak diingini. Lebih baik biarkan budak-budak tunggu di tempat selamat." Amelia membantah. Lisa memandang budak-budak dan Nadia lalu pergi ke arah Amelia. Dia menatap mata rakannya itu dan dia pasti Amelia sedang menipu kerana dia selalu tidak memandang ke muka seseorang jika dia menipu. "Saya dan Amelia akan periksa di bawah sementara yang lain tunggu dahulu. Selepas saya pasti situasi di bawah baru saya akan suruh Amelia naik ke atas dan maklumkan pada kalian." Lisa menegaskan lalu mereka berdua berlalu pergi. Amelia menatap wajah David yang hanya tersenyum kepadanya. David mengerakkan mulutnya dan berkata sesuatu kepada Amelia. Mereka berdua turun ke tangga bawah dimulai oleh Lisa. Amelia dilanda dilema. " Aku sayang Lisa sebab dia kawan aku. Tapi semua sudah terlambat kerana aku sudah memukul Jill. Maaf Amelia, pada waktu ini aku lebih pilih keselamatan diriku." Amelia menarik nafas panjang dan segera menolak Lisa yang sedang menuruni tangga. Lisa yang terkejut tidak dapat mengelak dan jatuh bergolek ke bawah dan kepalanya berdarah akibat hantukan pada tangga. Lisa menitis air mata dan memandang Amelia. " Mengapa Amelia?" lalu Lisa rebah. Amelia menarik nafas panjang dan menaiki tangga semula. "Buktikan pada saya" , ungkapan David telah dilaksanakan oleh dia.

"Nadia ke sini sebentar. Saya mahu periksa walkie-talkie tu sebab tadi Harry pun ada kata walkie-talkie dia ada masalah." sambil berkata David mencapai pisau belati kecil yang disorok di belakang poket seluarnya. Nadia menghampiri dan Adam yang memerhati kelakuan David perasan akan apa akan terjadi. Adam terus mengacukan pistol yang diberikan oleh Will ke arah David. " Auntie Nadia, jangan dekati David. Dia nak cederakan auntie!. " Adam menjerit dan mengejutkan budak-budak yang lain. "Mengapa kau kata begitu Adam? David hanya mahu lihat walkie-talkie Nadia." Mia kehairanan. David yang berasa jengkel terus menarik Nadia dan menikam kaki Nadia. Nadia yang kesakitan menendang tangan David dan berlari ke arah budak-budak sambil menahan kesakitan tikaman pisau David. "Mak!!!" ketiga-tiga anak lelaki Nadia menerpanya. Ching merampas pistol Adam dan menembak ke arah David namun terlepas kerana kegigilan akibat ibunya yang telah cedera. David hanya ketawa dan mengacu pistolnya pada Ching lalu menembak tangan Ching." Argh...!" Ching yang cedera menangis kesakitan dan dipeluk oleh Nadia. "Cukup David. Tolong jangan cederakan budak-budak ni. Mereka tak bersalah." Nadia merayu sambil menangis memeluk Ching yang sebak juga. Adam mengambil kembali pistol daripada Ching dan mengacukan pada David. David berdiri sahaja dan memandang sinis pada Adam. "Kamu mampu bunuh saya? " ,dia mencabar. Adam berpeluh dan mengetap bibirnya. " Aku tak boleh. Aku hanya berani tembak zombi sebab mereka memang sudah mati. Tapi aku tak akan membunuh orang hidup. Apa patut aku buat?" Adam keresahan. Amelia yang baru tiba terkejut melihat situasi tersebut. "David ! Mengapa kau cederakan Nadia dan Ching? Mereka tak berdaya. " Amelia menarik lengan baju David. " Engkau jangan nak arahkan aku perempuan! Kau tu hanya kuli aku. Kau ambil senjata daripada tangan si Adam dan kita beredar. Selepas Luke habiskan mereka di bawah dia akan menyusul kita. " David mengarahkan. Lalu Amelia memandang Adam dan berjalan perlahan ke arahnya. " Adam, beri pistol tu pada saya. Kamu lihat sendiri bukan apa yang David boleh lakukan. Tolong fikirkan keselamatan kawan-kawan yang lain. Kamu sebagai abang mesti jaga Danial bukan. Mari ikut sahaja arahan David. Saya janji akan jaga kamu semua. Jangan buat perkara yang boleh korbankan kita semua di sini, okay?" Amelia memujuk Adam. "Abang, jangan dengar cakap dia. Abang jangan menyerah sebab dia pasti akan menipu kita kelak. " Danial membantah. Adam memejamkan matanya dan memandang Nadia dan Ching. " Baiklah saya menyerah. Tapi janji jangan cederakan kami lagi." Adam memberikan pistol itu kepada Amelia." Terima kasih sebab sudah buat keputusan yang tepat." Amelia berkata. "Abang!" Danial mahu membantah tetapi apabila melihat riak pucat abangnya dia terkelu. Adam mengenggam kuat tangan Danial. "Adik, kita berdoa kepada Allah supaya menjaga kita semua." Adam berbisik dan dipersetujui oleh Danial. Lalu budak-budak yang lain terjun ke bawah kolam renang dan Danial yang memeluk abangnya terjun ke atas trampoline dan kemudian menarik abangnya berenang ke tepi kolam renang kerana Adam tidak tahu berenang.

Seorang lelaki pertengahan umur membuka pintu belakang lori kecil itu dan mengarahkan semua budak-budak yang tiba masuk ke dalam. Setelah David dan Amelia menyusul Amelia juga dipaksa masuk ke dalam belakang lori dan lelaki lori itu mengunci pintu belakang lori manakala Nadia yang cedera hanya mampu menangis sambil merangkul Ching yang pengsan dan memandang lori itu beredar membawa kanak-kanak dan dua lagi anaknya. Setelah lima minit berlalu Will dan Bennet tiba di atas. " Nadia, apa yang terjadi? David dan Amelia telah culik budak-budak semua!" Will berkata dan hanya diangguk lemah oleh Nadia. " Hahaha, tidak sangka Luke dan David ialah kambing hitam dalam kumpulan kita. Mereka memang licik. Will mari kita selamatkan budak-budak dan Mia. " Bennet berang dan memapah Nadia dan Will membantu memapah Lisa yang telah sedar terduduk di tepi tangga. "Will dan Bennet perlu segera kejar David. Sebab mereka sedang menunggu Luke untuk datang." Nadia berkata. " Nadia, Luke sekarang sudah pengsan di bawah." Lalu Will dan Bennet menceritakan kejadian malang menimpa mereka kemudian mereka semua turun ke bawah dan melihat banyak zombi yang bergelimpangan. Jack dan Jill menggantikan memapah Lisa ,Nadia dan Ching yang cedera. Nadia mencari suaminya dan setelah diberitahu oleh Harry yang suaminya terkorban Nadia menjerit kesedihan. Harry dan Julie yang semakin hilang kesedaran pergi ke arah Luke dan mengambil beg berisi bom grenade.

" Semua dengar sini. Luke tidak akan mudah mati kerana dia zombi yang berevolusi dan saya hanya dapat fikirkan untuk meletupkan dia dengan grenade ni. Kita memang tewas. Jadi saya harap semua tolong berkerjasama dan jangan berpisah. Beredar dari sini dan kejar si David. Barang keperluan telah lengkap semua di dalam jip dan kereta. Will dan Bennet akan pergi kejar David kerana hanya kalian berdua yang mampu. Jill dan Jack bantu bawa pergi yang lain dan cari tempat berteduh yang baru dan selamat. Maafkan saya sebab tak dapat temani kalian dan berjuang sekali. Will ayah amanahkan keselamatan kumpulan kepada kamu. " Will hanya mampu memandang ibu bapanya yang hendak bertukar menjadi zombi. Setelah selesai mengikuti arahan Harry, Harry menutup pintu mall. Kini di dalam hanya tinggal Harry, Julie dan Nadia yang enggan berganjak daripada mayat Chen. " Aku akan temani kalian di sini. Semoga Kita berempat akan berjumpa kelak di sana." Nadia memeluk mayat Chen dan senyum ke arah Harry dan Julie. Setelah setengah jam berlalu kelihatan Luke mahu sedar dan Harry bersedia dengan satu bom grenade di tangannya. Harry menghidupkan walkie-talkie dan menghubungi Will. " Will, kamu sudah berapa jauh? " . Will membalas " Kami sudah berada 5 kilometer dan sedang mengejar lori David. Hakim juga mengikuti kami kerana ruapa-rupanya dia berada di luar mall dan kini saya, Bennet dan Hakim akan selamatkan budak-budak. Ayah, maafkan Will jika ada buat salah. " Kedengaran suara serak Will yang sedang mehanan tangisannya. "Will ayah tak akan menyesal dengan kehadiran kamu dalam hidup kami. Maafkan ibu dan ayah jika kami tidak dapat memberikan perhatian pada kamu. Sebagai seorang polis sudah menjadi tanggung jawab ibu dan ayah untuk melindugi orang awam dan terutama sekali kamu anak sulung kesayangan kami." Julie yang mendengar menangis memeluk Harry. Will juga menangis "Ayah, Will akan sentiasa ingat pada kalian. Will sayang ayah dan ibu..." "Will tolong selamatkan Adam dan berikhtiar bawa Adam jumpa doktor yang mampu mengkaji virus zombi dan selamatkan yang lain daripada wabak zombi ni. Selamat tinggal anakku." Harry menutup punat walkie-talkie dan menamatkan perbualan. Luke yang sedar melihat Harry telah pun mencabut picu bom grenade. Harry melihat Luke. " Mari ikut kami Luke." dia tersenyum sinis.Sebelum Luke sempat berlari ke arah pintu utama dan dalam kiraan 4 saat bom meletup. Akibat letupan itu satu mall musnah dalam sekelip dan hanya tinggal debu dan api marak. Adam dan Danial yang berada di dalam lori mendengar letupan tersebut menangis kesal kerana jika mereka tidak datang ke mall pasti semua tidak akan terjadi. Amelia memandang mereka beradik yang menangis. "Ini bukan salah kalian. Ini takdir kita semua." Amelia senyum muram dan melelapkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience