Chapter 49

Romance Completed 35261

“Assalamualaikkum Liza. Tengok siapa yang datang lawat Liza harini.” ramah Dato’Johari.

Sofia Amelia, Wina dan Datin Rafidah membersihkan dedaun kering yang ada di kubur arwah Datin Aliza. Datin Rafidah rasa sebak. Rasa sedih kerana tidak berjumpa dengan Datin Aliza sebelum dia menghembuskan nafas terakhir beberapa tahun dahulu.

“Kenapa berdiri kat situ Othman, Is, Maz, Amir? Datang lah sini. Mesti Liza happy sekarang. Walaupun dia tidak mampu tengok kita semua bersatu masa dia masih hidup, atleast dia mesti happy sekarang tengok betapa happy kita sekarang.” cakap Dato’Johari dengan nada sayu. Dia masih lagi ingat bagaimana perasaan arwah isterinya apabila Dato’Othman bencikan dirinya, apabila kawan baiknya tidak dapat bersua muka hanya kerana ikuti arahan suaminya.

“Maafkan abang Liza. Abang berdosa dengan awak, Johari dan Sofi. Saya buat macam-macam hanya untuk balas dendam tanpa berfikir. Kalau saya dapat undurkan masa, abang tak akan sesekali buat macam ini. Saya akan cuba untuk membetulkan segala kesilapan saya.” Dato’Othman tidak dapat menahan tangisnya. Dirinya berasa kejam dengan apa yang telah dibuat selama ini.

“Dah lah Othman. Liza akan faham dan maafkan awak. Apa-apa pun awak tetap abang dia walaupun Liza dan awak bukan darah sama.” Dato’Johari tahu Dato’Othman beremosi sekarang.

“Abang, saya happy sangat tengok family kita sudah bersatu. Tapi kalau mummy masih hidup, sure she will be happy. This is her dream. Finally her dream comes true.” kata Sofia Amelia. Lengan suaminya dipaut mesra. Kepalanya disandarkan pada lengan Iskandar Faiz.

“Is, Sofi come. Papa nak kenalkan menantu papa kepada mummy Sofi.” panggil Dato’Johari. Sofia Amelia dan Iskandar Faiz akur. Mereka berdua mendekati kubur arwah Datin Aliza sambil berpegangan tangan.

“Mummy, inilah suami Sofi, Iskandar Faiz.”

“Dia lah menantu kita Liza.” kata Dato’Johari lagi. Gayanya seperti Datin Aliza berdiri di hadapannya. Walaupun Datin Aliza sudah meninggal dunia, dia masih lagi hidup dalam hati mereka semua.


***********************

“Wahidah Tiara, bangun sekarang!” jerkah Linda.

“Mak, Tiara penat. Jangan kacau.” selimut ditarik hingga paras dada. Matanya dipejam kuat.

“Mak kata bangun sekarang!” mana tidak seorang ibu marah apabila anak daranya tidur sehingga pukul 11pagi.

“Mak, Tiara kata jangan kacau. Keluar dari bilik Tiara sekarang!” arah Wahidah Tiara. Jerkahan Linda bagai meningkatkan amarah Wahidah Tiara.

Linda keluar dari bilik Wahidah Tiara. Razim hanya menunggu untuk lihat tindakan ibu yang seterusnya. Tidak sampai lima minit, Linda muncul kembali dengan gayung yang berisi air sejuk.

“Mak, nak buat apa ni?” bisik Razim. Terkejut apabila melihat ibunya bersama dengan air sejuk.

“Nak bangunkan kakak kamu yang degil tu.” balas Linda. Matanya mencerlung tajam ke arah Wahidah Tiara yang sedap dibuai mimpi.

“Mak, jangan gaduh dengan akak. Akak tak macam dulu. Along takut nanti akak mengamuk.” risau Razim.

“Buat apa along takut? Along ni lelaki. Sepatutnya tak takut untuk benda-benda macam ni lah.” merungut Linda. Sudahlah anak perempuannya sudah seperti tiada pegangan agama. Anak lelaki pula takut untuk hal-hal ringan macam ni.

“Mak, along bukannya takut. Kalau akak mengamuk, mau satu kampung dengar suara dia tu. Kita juga yang malu. Dah lah sekali dia menconteng arang kat muka kita.” Razim pula menjawab. Berita yang disampaikan oleh kawannya pagi tadi sangat memalukan.

-FLASHBACK-

“Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita
Semua serupa
Damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia”

Telefon bimbit jenama Samsung berbunyi. Ia menandakan panggilan masuk. Razim menjawab panggilannya.

“Assalamualaikum Cha. Ada apa call aku pagi-pagi macam ni?”

“Waalaikumsalam Cha. Kau busy ke?”

“Tak. Aku free je. Kenapa ni?” soal Razim.

“Aku nak cakap sikit pasal kak Tiara.” Luthman, kawan sekampung Razim memulakan bicaranya. Hati Razim mula berdebar. Apakah berita akan diberitahu oleh Luthman?

“Nak cakap pasal akak aku?” tanya Razim.

“Pagi tadi aku balik rumah lepas kerja. Masa aku lalu Club di bandar, aku terserempak akak Tiara. Nampaknya macam dia mabuk. Lagi satu…” Luthman terhenti. Tidak tahu bagaimana hendak bercerita kepada Razim.

“Ada apa Luthman? Cakap jela.” Razim tidak mampu sabar lagi.

“Masa akak Tiara keluar dari club tu, seorang lelaki yang berpaut bahu akak. Mereka berdua nampak rapat sangat. Siap akak Tiara berpeluk dengan mamat tu.” cerita Luthman tanpa berselindung. Biarlah kawannya tahu tentang kakak kandungnya sendiri sebelum kakaknya tersasul jalan.

“Aztaghfirullahazim.” Razim sendiri terasa malu dengan perangai kakak yang tidak semengah itu.

-END OF FLASHBACK-

Linda menghampiri katil Wahidah Tiara. Dengan perasaan geram, air dalam gayungnya disimbah terus ke muka Wahidah Tiara.

“Apa masalah mak ni?” dengan pantas Wahidah Tiara bangun. Rasa mengantuk terus hilang dalam sekelip mata.

“Apa masalah aku kau tanya!” jerit Linda. Tahap kesabarannya sudah pun nipis.

“Habis kenapa mak simbah muka Tiara dengan air sejuk ni?” soal Wahidah Tiara geram. Sudah basah kuyup.

“Aku kejut cara elok, tak nak bangun. Jadi aku kejutkan kau dengan cara ini. Selama ni aku tetap bersabar dengan perangai kau, tapi lepas ni jangan harap aku akan bersabar lagi! Aku tak pernah ajar anak-anak aku jejak kaki ke club. Minum arak. Aku didik anak-anak aku tentang batas seorang perempuan terhadap seorang lelaki. Tapi apa kau buat? Kau malukan aku!” satu tamparan hebat singgah di pipi Wahidah Tiara. Lima jari Linda jelas kelihatan di pipi Wahidah Tiara.

“Mak, bawa bertenang.” Razim menenangkan ibunya.

“Along, lebih baik kau bawa keluar orang tua ni. Kalau tak aku tak tahu apa aku buat! Silap-silap aku bunuh dia!” jari telunjuk diarah ke muka Linda.

“Bertuah punya budak! Kau nak bunuh aku. Selama ni aku bersusah-payah besarkan kau. Tapi kau nak bunuhkan aku!” jerit Linda. Dadanya turun naik.

“Akak nak jadi anak derhaka ke? Kenapa pula akak jadi macam ni?” Razim sungguh tidak dapat percaya perangai kakaknya. Selama ini dia hormati Wahidah Tiara. Tetapi, sekarang rasa hormat itu sudah hilang.

“Dah lah kau! Keluar dari bilik aku! Pergi berambus!” Wahidah Tiara membalingkan deodorant nivea ke arah Razim dan Linda. Nasib baik Razim menolak Linda. Kalau tidak botol itu akan kena di dahi Linda.

“Mak, kita keluar sekarang. Biar akak tu mengamuk sendiri macam orang gila!” kata Razim dan keluar dari bilik Wahidah Tiara bersama dengan Linda.

“Ya Allah, kenapa anak aku jadi sebegini. Apakah dosa aku?” rintih hati seorang ibu.


***********************

“Abang, thank you.” ucap Sofia Amelia ikhlas kepada Iskandar Faiz.

“For what sayang?” soal Iskandar Faiz sambil mengelap rambutnya. Baru sahaja selesai membersihkan dirinya. Badannya rasa segar.

Sofia Amelia yang melihat suaminya hanya bertuala menelan air liurnya. Soalan suaminya tidak masuk ke dalam telinga Sofia Amelia. Sudah tergodalah tu!

“Sayang, sayang!” panggil Iskandar Faiz. Rasa pelik kenapa isterinya tiba-tiba berdiam.

“Sayang!” panggil Iskandar Faiz dengan nada sedikit kuat. Lengan isterinya digoncang lembut.

“Iya...iya…” Sofia Amelia tersedar dari lamunan.

“Kenapa ni? Are you okay?” tapak tangan Iskandar Faiz diletak di dahi isterinya. Adakah isteri demam?

“I am okay abang. You don’t worry.” balas Sofia Amelia.

“Kenapa pandang abang macam itu? Abang nampak lebih seksi ke?” usik Iskandar Faiz.

“Leave it. Thank you sebab bawakan saya ke kubur mummy. Saya happy sangat. Thank you so much abang. I love you.” ucap Sofia Amelia. Dia sungguh gembira kerana menziarahi kubur arwah ibunya selepas beberapa bulan.

“Just thank you?” tanya Iskandar Faiz tidak puas hati.

“Then?”

“Nak lebih dari itu.” bisik romantik Iskandar Faiz.

“Jom pergi pack barang. Esok nak pergi honeymoon kan. Tolong saya okay.” Sofia Amelia menukar topik. Dia tahu apa Iskandar Faiz mahukan.

“Sayang, I want…” merengek Iskandar Faiz.

“No abang. Better help me to pack now! This is my dictation. Better follow!” sempat Sofia Amelia memberi arahan sebelum melangkah keluar.

“Kesian jugak suami aku. Nanti-nanti jelah aku layan dia.” gumam Sofia Amelia dalam hati.


************************

Pemandangan indah di hadapan sungguh mengembirakan hatinya. Apatah lagi di sebelahnya orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Lampu yang warna-warni mencantikkan Eiffel Tower itu. Semua pasti tahu Eiffel Tower. Siapa yang tidak kenal apa itu Eiffel Tower kan? Eiffel Tower adalah lambang percintaan. Paris adalah satu negara yang kerap dipilih oleh pasangan baru untuk berbulan madu.

Iskandar Faiz dan Sofia Amelia selamat berdarat di bumi Paris setelah beberapa jam. Walaupun masa perjalanan lama, pemandangan Eiffel Tower membuatkan rasa penat itu hilang. Iskandar Faiz terus membawa Sofia Amelia ke Eiffel Tower sejurus mendarat.

“It’s so beautiful abang. I am mesmerized. You know what, Paris is my favorite place. Saya teringin sangat nak datang sini. Akhirnya, saya dapat juga jejakkan kaki di sini bersama dengan permata hati saya.”

“My pleasure sayang. Abang akan buat apa sahaja untuk bahagiakan sayang.” kata Iskandar Faiz dan memeluk pinggang isterinya.

“Sayang, boleh tak kita check in dulu. Badan pun dah melekit ni. Nak mandilah. Tak selesa.” ujar Iskandar Faiz.

“Nak pergi hotel? Abang, saya tak puas lah tengok Eiffel Tower ni.” muka Sofia Amelia berubah jadi sayu.

“Come. Ikut abang.” itu sahaja yang dicakap oleh Iskandar Faiz. Tanpa ada pilihan, Sofia Amelia juga ikut suaminya. Kalau nak balik sendiri, takut sesat pula. Negara orang lain, bahasa mereka pun tak tahu. Bagaimana kalau sesat seseorang nanti.

“Hish abang ni, I hate you.” dengan geram Sofia Amelia berjalan bersama suaminya.

“Hate me? Nanti akan love me juga.” omel Iskandar Faiz dalam hati.

Mereka berdua check in hotel. Bilik mereka terletak di tingkat 11. Sofia Amelia membuka pintu biliknya yang akan menjadi bilik mereka selama 6 hari.

“Besarnya bilik.” komen Sofia Amelia saat masuk ke dalam bilik itu.

“Luas kan bilik sayang.” Iskandar Faiz cuba untuk berbual dengan isterinya. Tadi masa perjalanan ke bilik, muka isterinya monyok.

Tanpa melayan suaminya, Sofia Amelia keluarkan segala keperluan untuk mandi. Tanpa melengahkan masa, Sofia Amelia masuk ke dalam bilik mandi. Hatinya tidak puas hati dengan suaminya. Disebabkan dia, Sofia Amelia tidak dapat meluangkan masa di Eiffel Tower.

Selepas 15 minit, Sofia Amelia keluar dari bilik mandi. Bau wangi dari badan isteri menaikkan nafsu Iskandar Faiz.

“Sayang, sini sekejap.”

“Kenapa?”

“Sinilah” Iskandar Faiz menarik tangan Sofia Amelia ke arah jendela bilik mereka. Langsir dibuka seluas-luasnya. Eiffel Tower jelas nampak di luar jendela itu. Sofia Amelia tercegat memandang Eiffel Tower.

“Abang. Nice view.”

“Masih marah lagi?”

“Tak.” balas Sofia Amelia sambil menggeleng kepalanya.

“Abang pergi mandi dulu. Lepas tu kita makan. Lepas makan abang nak…”

“Dah, pergi mandi. Asyik fikir itu je.” celah Sofia Amelia.

“Abang boleh minta dengan sayang je pun.” mencebik Iskandar Faiz dan masuk ke dalam bilik air.

“Terima kasih abang sebab tunaikan segala permintaan saya. Saya akan cuba untuk menjadi isteri yang solehah untuk abang. Saya cintakan abang.”


**********************

“Good morning and welcome to our new semester everyone. Today is our first day Management Theory class.” kata pensyarah di hadapan kelas. Hari ini merupakan hari pertama untuk semester baru.

“Hai Puan Sofia Amelia. Dari tadi aku tengok main dengan handphone je. Rindu suami ke?” usik Rohani.

“Suka hati aku lah. Yang kau sibuk ni kenapa?” mencebik Sofia Amelia. Baru berpisah beberapa jam, Sofia Amelia sudah merindui suaminya.

“Sekarang ni kitorang dah tak nampak lah. Sudah ada suami. Mana nak lihat kita kan, Rohani.” Christina bebel.

“Aku tak cakap macam tu okay. Well I miss him.” Sofia Amelia setuju bahawa dia rindukan Iskandar Faiz.

“Lepas balik nanti jumpalah suami kau. Lepas kelas ni, kita pergi sushi, nak?” tanya Christina.

“Boleh, tak ada hal. Aku pun rindu korang. Dah lama kita tak keluar bersama kan.” ujar Sofia Amelia ceria.


************************

“Hello, ada apa?”

“Aku nak jumpa kau. Kita keluar makan bersama nanti, boleh?” pinta seorang lelaki.

“Yelah. Nanti share location aku datang. Kita lunch bersama.” kata Wahidah Tiara dan putuskan talian.

Ting! Ting!

“Inilah tempat kita makan nanti, okay tak?” - Hafiz.

“Baik. Kita jumpa pukul 1.” - Wahidah Tiara.

“Alright, I miss you pretty!” - Hafiz.

Wahidah Tiara membalingkan telefon bimbit di atas katil. Jam dindingnya menunjukkan angka 12.

“Sejam je lagi! Aku belum mandi pun.” dengan rasa malas Wahidah Tiara ambil tuala untuk mandi dan bersiap untuk jumpa Hafiz.


*************************

“Korang order lah. I am okay with anything.” kata Sofia Amelia dan membalas mesej Iskandar Faiz.

“Okay lah. Kami order untuk kau sekali.” balas Rohani dan membelek buku menunya.

“Hish, mana pula mamat ni? Ingatkan aku yang lambat, padahal dia yang lambat.” desis Wahidah Tiara.

“So, Sofi. How is your new life?” soal Rohani selepas membuat pesanan.

“Sofi? Sofia Amelia ke?” bisik Wahidah Tiara apabila dengar nama Sofi di belakang tempat duduknya. Dengan perlahan, Wahidah Tiara berdiri dan tengok siapa yang duduk di belakangnya. Bibirnya senyum sinis apabila melihat ketiga-tiga wanita yang sangat dikenalinya.

“Ni masa yang sesuai! Aku kena dengar apa mereka bincang!” gumam Wahidah Tiara dalam hati. Telinganya mendengar perbualan di belakang.

“Is jaga aku baik-baik. I am glad to having him in my life.” jawab Sofia Amelia dengan penuh rasa bahagia.

“Alhamdulillah. We are happy for you Sofi.” balas Rohani dan Christina. Mereka juga tumpang gembira untuk sahabatnya.

“Ni souvenir aku dan Is untuk korang dari Paris.” Sofia Amelia menghulurkan paper bag kepada Rohani dan Christina.

“Paris? Bila kau pergi?”

“One week before.”

“Wah! Honeymoon eh?” usik Christina.

“Apa kau tanya ni? Orang baru kahwin. Pergi Paris mestilah celebrate honeymoon.” mencelah Rohani.

“Aku rasa tak lama lagi ada berita gembira.”

“Berita gembira? What do you mean, Christina?” soal Sofia Amelia sambil mengecilkan matanya.

“Kau akan mengandung. Kami akan jadi mak cik tak lama lagi.” kata Christina selamba.

Rohani tergelak. Sofia Amelia terasa malu.

“Is bawa betina tu ke Paris? Adakah mereka sudah bersama?” muncul persoalan di fikiran Wahidah Tiara. Hatinya luluh apabila mendengar perbualan mereka.

Ting! Ting!

“Sorry Tia. I could not make it. Aku ada kerja penting yang perlu selesaikan. Malam nanti kita jumpa di tempat biasa. Sorry honey!”- Hafiz.

“Lantaklah. Aku tak ada mood nak jumpa kau sekarang!” merengus Wahidah Tiara.

“Weyh, betul cakap orang tua kan. Apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.” tiba-tiba Christina berkata sebegitu.

“Apa maksud kau?” berkerut dahi Sofia Amelia.

“Yelah. Pada mula kau sengaja nak membuatkan Is jatuh hati pada kau hanya sebab challenge kau dengan Rohani. Lepas tu, kau tetap nak buat Is jatuh hati sebab nak balas dendam dengan Tia.” Christina ungkit kisah lama.

“Apa? Interesting! Maksudnya Sofi mempergunakan Is selama ni.” Wahidah Tiara berbisik sendiri. Agak terkejut dengan apa yang dikata oleh Christina.

“Itu dulu. Tapi sekarang aku cintakan dia.” ujar Sofia Amelia dengan tegas.

“Cinta konon. Aku sudah dapat cara untuk pisahkan kau dengan Is, betina! Kau tunggulah! Sudah pasti Is akan ceraikan kau tak lama lagi!” dengan satu harapan Wahidah Tiara keluar dari restaurant Sushi.


*************************

Tok! Tok! Tok!

“Masuk!” arah Iskandar Faiz dari dalam bilik.

“Hi sayang!” muncul bayang Wahidah Tiara di sebalik bilik.

“Tiara?” terkedu Iskandar Faiz.

“Why are you shocked looking at me, Is?” soal Wahidah Tiara. Tanpa segan Wahidah Tiara duduk di hadapan Iskandar Faiz.

“Apa awak buat kat sini?” Iskandar Faiz menyoal dengan nada serious.

“Nak jumpa awak. I miss you so much sayang.”

“Listen Tiara, saya dah kahwin. So, stop calling me as sayang!” tegas Iskandar Faiz.

“Is, Sofi kahwin dengan awak tak ikhlas. You know that?”

“Tak ikhlas? Apa maksud awak ni Tiara?”

“She just used you Is. Awak jadi mangsa dia. Dia tak betul-betul cintakan awak.” bagitahu Wahidah Tiara dengan selamba.

Berubah wajah Iskandar Faiz. Adakah apa yang diberitahu oleh Wahidah Tiara benar?

Praaak!

“Astaghfirullahalazim. Macam mana gelas boleh pecah. Aku bawa elok-elok je tadi.” Sofia Amelia bercakap sendiri merenung gelas yang sudah pecah di atas lantai. Jantungnya berdegup kencang.

“Kenapa hati aku rasa tak sedap ni tiba-tiba?” bisik Sofia Amelia lalu mengumpul sisa kaca yang pecah.

“Better you get out from here now!” jerit Iskandar Faiz.

“Kenapa saya pula nak keluar? Saya datang ke sini untuk tolong awak, Is. Saya tak nak awak ditipu hidup-hidup oleh perempuan itu.” Wahidah Tiara bercakap bersungguh kepada Iskandar Faiz.

“Diam Tia! You don’t have rights to talk about my wife! Kau nak keluar sendiri atau nak aku heret kau?” marah Iskandar Faiz. Berita yang diberitahu oleh Wahidah Tiara menghasilkan perasaan marah dalam hati Iskandar Faiz.

“Fine! Aku keluar. Tapi ingat. Betina itu bukan ikhlas cintakan kau.” kata Wahidah Tiara dan keluar dari bilik Iskandar Faiz.

“Arghhh!” jerit Iskandar Faiz. Gambar perkahwinan mereka dipandang.

“Is it true what Tiara told? Sampai hati sayang buat abang macam ni.” dengan rasa keliru Iskandar Faiz kemaskan mejanya. Hal itu harus diselesaikan malam itu juga.

“Aku tahu Is. Kau tak suka orang tipu kau. Kau benci orang yang tipu kau. Kau akan ceraikan betina itu kali ini. Kau akan balik ke pangkuan aku tak lama lagi!” ujar Wahidah Tiara dengan satu senyuman kejayaan.

New chapter is here. Enjoy reading. Jangan lupa untuk komen dan rate. Stay safe everyone ! Follow my ig miz.kikki_novelplus untuk tengok watak-watak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience