Seperti yang diduga semua ahli keluarga lain, hayat nenek memang tidak lama. Nenek pergi meninggalkan kami sekeluarga. Selesai urusan menguruskan jenazah nenek untuk dibawa pulang ke kampung kami di Johor, kira-kira jam 2 pagi aku ditugaskan papa agar mengemas semua barang nenek. Oleh sebab aku dah biasa dengan suasana hospital, aku tidak rasa janggal untuk berjalan seorang diri dari Bilik Mayat ke wad yang menempatkan nenek sebelum ni. Selama ni Misi Jamilah yang banyak teman aku, nak pergi beli air ke, ambik angin ke. Sampai dipenjuru blok wad nenek, aku terserempak dengan Misi Jamilah yang berjalan tunduk. Aku menegurnya, tetapi dia tundukkan muka. Aku tahu dia sedih dengan pemergian nenek.
Walaupun tidak bercakap satu patah pun, Misi Jamilah tetap temankan aku sampai ke bilik dan duduk di penjuru katil. Selesai kemas, aku mengajak Misi Jamilah pulang bersama ku dan menemani ku memandu ke Johor untuk majlis pengkebumian nenek. Misi Jamilah tidak bercakap banyak dan terus membontotiku. Sampai sahaja di perkarangan parkir kereta, aku menoleh kebelakang untuk mempersila Misi Jamilah masuk ke kereta, namun kelibat Misi Jamilah tidak kelihatan.
Aku kembali ke wad, dan menanya jururawat bertugas jika terserempak dengan Misi Jamilah, namun seorang pun tidak membantu, bahkan terkelu seribu bahasa. Tak mengapalah, hati orang tua kan sensitif. Ataupun dia ada urusan lain. Habis pun dia mana ada bagitau nak ikut aku balik kampung. Aku terus memandu sendirian membelah gelap pagi yang sunyi. Mama dan papa sempat berpesan pada ku agar memandu kereta dengan berhati-hati. Aku ni jenis penakut jugak orangnya, jadi sepanjang perjalanan aku pasang alunan surah Yassin ditelefon bimbit ku sekaligus dapat jugak aku sedekahkan surah Yassin pada arwah nenek.
Share this novel