Bab 14

Action Series 6386

Amanda sedang dirasuk syaitan. Wajahnya makin pucat dan matanya merah. Tenaga lusr biasa yang ada dalam diri Amanda menandakan ada 'sesuatu'di dalam badannya. Mata Amanda terarah pada satu sudut.

"Haha... dia pandang kau Darris. Dia pandang kau! Dia dekat belakang kau, Darris Anaqeef. Dia nak kau! Ha Ha..."

Ketawa Amanda meremangkan bulu roma Naura dan Darris. Mereka tidak berani menoleh. Terasa janggal pula saat Amanda menggunakan nama pangkal suaminya.

"Sakitlah! Lepaskan aku!" raung Amanda.

"Oi Darris! Tu... dia dekat sebelah kau. Dia pandang kau tu. Mata dia merah, Darris. Dia pandang kau tu. " tambah Amanda lagi.

Keadaan menjadi seram apabila Amanda kerap melaungkan kata-kata yang menakutkan apatah lagi dia sering mengatakan ada orang yang sedang memerhati mereka.

"Kau panggil orang sebelah, Na. Minta bantuan diorang. Cepat! " arah Darris.

Naura bangun dan keluar dari rumah. Dia menuju ke rumah jiran mereka. Sementara itu, Darris menjaga Amanda yang semakin ganas. Tubuh isterinya didakap erat, tidak membenarkan Amanda lari.

"Ayra... bawa mengucap, sayang. "

Sambil itu mulutnya terkumat-kamit membaca selawat ke telinga Amanda agar isterinya tidak berasa sakit. Air mata Darris bertakung. Dia sebak melihat keadaan Amanda.

Apa sebenarnya yang berlaku?

"Mengucap? Mengucap? Ha ha, dia tak bagi aku mengucap. Cuba kau tengok dia berdiri dekat langsir tu. Dia pandang je kita semua. Pandanglah... pandanglah. Oi! Kau pusinglah belakang!" makin mengarut mulut Amanda.

"Selawat Ayra. Selawat sayang, abang ada dengan sayang. Jangan macam ni..." pujuk Darrus sambil menanti Naura mencari bantuan jiran mereka.

"Assalamualaikum, Amanda."

"Pergi... pergi! Aku tak nak tengok muka kau! Pergi! Darris, dia jahat Darris. Dia jahat!" mengongoi-ngongoi Amanda menangis di sisi suaminya. Dia tahu tujuan Ustaz Azhar mendekatinya.

"Izinkan saya pegang kepala dia, ya?" pinta Ustaz Azhar.

Darris mengangguk.

Ustaz Azhar duduk melutut di sebelah Amanda. Tangan kanannya memegang kepala Amanda kuat. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

"Siapa yang hantar kau dekat sini? Apa yang kau mahu?" keras suara Ustaz Azhar.

"Aku mahu dia. " jawab Amanda dalam nada suara yang cukup garau.

"Lebih baik kau pergi atau kau akan menyesal. Siapa yang hantar kau? Kenapa kau ke mari?"

"Puih! Kau siapa? Aku benci kau! Kau pergi!"

"Dengan nama Allah, keluarlah kau dari badan manusia ni selagi aku meminta dengan cara baik." Ustaz Azhar tetap melawan setiap kata-kata jin yang disampaikan melalui Amanda.

"Tak nak. Sakit!"

"Bismillahirahmanirahim..."

Kepala Amanda makin ditekan kuat sementara Darris memegang tubuh Amanda yang meronta-ronta. Ustaz Azhar mula membaca bacaan ayat-ayat suci.

Badan Amanda menggigil. Dahinya berkerut-kerut. Air matanya mengalir laju. Tubuhnya terasa sakit dengan tindakan agresif jin yang ada dalam tubuhnya.

"Sakit! Darris... sakit! Arghhh! Pergi!"

Ustaz Azhar langsung tidak mempedulikan rayuan Amanda. Dia meneruskan bacaan walaupun wajah gadis itu sudah melecun dengan air mata. Lebih kurang setengah jam Ustaz Azhar berperang, akhirnya tubuh Amanda lemah terkulai di atas dada Darris.

"Alhamdulilah, jin dah keluar tapi kena pagar takut dia datang balik." beritahu Ustaz Azhar.

"Awak... sakit." adu Amanda perlahan.

"Kau dah okey. Aku ada ni." air bacaan yang disediakan Ustaz Azhar disuakan ke dalam mulut Amanda. Sudah pasti isterinya letih setelah bergelut sebentar tadi.

"Takut... takut..." tubuh suaminya didakap erat. Tangisannya dilepaskan di dada yang sering menadag bakti untuk menghapuskan dukanya.

"Dah tak ada apa-apa lagi kau nak takut. Kau dah selamat. Aku ada ni." ubun-ubun isterinya dibelai. Badan Amanda dipeluk, kerana dia tahu isterinya sedang ketakutan.

"Jangan tinggalkan saya."

"Hmmm..."

"Macam mana ustaz?" tanya Darris saat menghantar Ustaz Azhar ke pintu sementara Naura menemani isterinya di dalam bilik.

"Isteri kamu tu macam kena buatan orang. Dia ada bermusuh dengan siapa-siapa ke?"

" Hmm, rasanya tak ada ustaz. Entahlah saya pun tak tau. "

" Oh... ada apa-apa kejadian yang tak baik yang berlaku pada dia sebelum ni? Adakah ini kali pertama dia kena macam tu?" soal Ustaz Azhar lagi.

Darris menarik nafas kemudian dilepaskan perlahan. Wajah Ustaz Azhar ditenung lama sebelum dia membuka mulut.

"Sebelum ni dia kata ada benda macam ganggu dia. Dia pernah cakap yang dia nampak lintah dekat dapur rumah kami. Malam-malam dia selalu meracau, tak boleh nak tidur dan dia tu panas baran. "

Darris terpaksa berterus-terang. Bukan niat untuk membuka aib isteri tetapi jika itu dapat mengatasi masalah yang dialami Amanda, apa salahnya.

"Masya-Allah. Macam ni Darris, saya rasa isteri kamu ni mungkin ada bermusuh dengan orang. Kamu tahu sejarah hitam isteri kamu ke? Biasanya berkaitan dengan ilusi lintah ni lain perkaranya." panjang Ustaz Azhar menerangkan.

Otak Darris ligat berfikir. Dia diam sejenak.

"Macam nilah, Darris. Pasal lintah tu, esok saya akan datang lagi untuk pagarkan rumah ni. Jangan bagi isteri kamu keluar malam. Waktu maghrib tu banyakkan berzikir dan baca Al-Quran. Sebelum tidur sambil wuduk dulu."

"Insya-Allah dan terima kasih, ustaz." Darris menghulur tangan dan bersalam dengan Ustaz Azhar.

"Sama-sama. Ni limau, kejap lagi mandikan isteri kamu dengan limau. Lepastu selawat 100 kali sehari." pesan Ustaz Azhar.

"Baik, ustaz." ucap Darris.

Setelah Ustaz Azhar berlalu pergi, segera Darris ke bilik bertemu isterinya.

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience