Bab 15

Romance Series 80702

SETELAH menyelimutkan Tuan Syed Iqwal yang ketiduran, Nurjihan berhasrat untuk pulang. Beg sandangnya di pakai. Tombol pintu di buka namun dia perpaling semula ke arah Tuan Syed Iqwal yang lena di buai mimpi.

Kasihan Tuan Syed. Dari cara percakapannya tadi sudah boleh agak bagaimana sakitnya kenangan silam yang masih belum dapat di hapuskan. Dua kali kemalangan, Kematian orang tersayang dan di tinggal pula oleh kekasih hati. Kini lumpuh tiada daya. Jasadnya kuat, tapi hatinya rapuh. Di sangka, akulah insan yang bernasib malang, namun ada lagi yang lebih menyedihkan.

Moga Tuan Syed terus bertahan. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk hilangkan kesengsaraan dia selagi ada masa.

"Sleep tight, Hero's of darkness". Kata Nurjihan lalu pintu bilik itu di tutup perlahan.

Tuan Syed Iqwal membuka mata.

Dia memejam semula bersama segaris senyuman.

SUASANA di perpustakaan kampus itu lengang apabila waktu kelas berjalan. Mudah untuk mereka melakukan projek.

Nurjihan mengambil tempat di meja komputer bernombor 7.

"Pia, kau usya line. Cover aku."
Ujar Nurjihan kepada Pia yang berada di belakangnya berkawal agar memastikan kerja proses meng'hacking' sistem milik Dr.Haider itu berjalan dengan lancar.

Selama 15 minit dia mencuba sedaya upaya menerokai sistem berbekalkan ilmu menggodam sistem daripada Rizal itu.....

"Ish, asyik error je.. apasal? betul dah ni step macam Rizal ajar." Tergaru-garu kepala Nurjihan berfikir.

Rizal ni biar betul. Takkan ajar aku tak habis kot? Hari tu aku tengok dia buat faham dah. Ke...aku yang salah step?

Nurjihan terasa rimas bila bahunya asyik di tepuk-tepuk Pia.

"Kacau lah Pia ! aku nak siap dah ni sikit lagi. Sabar jap."

Bahu Nurjihan di tepuk lagi. Namun masih begitu tidak mahu merespond pandang ke arahnya.

Siot la Jihan ni. Degil nak mampos tak nak pandang sini. Hoii !!!

Hanya Jeritan dalam hati yang mampu di lakukan. Siapa suruh kau pasang pengawal bisu Jihan ?

"Yaah !!! kau kenapa Pia? Nak apa?." Tegur NurJihan.
Kacau lah kau Pia.

Pia di pandang, isyarat dari bebola matanya aneh. Mukanya ibarat menahan berak.

Huuuu wait ! Ada someone kat belakang? kini isyarat mata Nurjihan pula bermain-main. Pia mengganguk laju.

Nurjihan tetap kaku memandang Pia. Tidak berani menoleh ke belakang.

"Sorry, boleh awak tinggalkan saya dengan kawan awak ni sekejap tak?." Pinta satu suara dari arah belakang Nurjihan.

Pia hanya menggangguk lemah. Dia cuba melepaskan tangannya dari pegangan Nurjihan.

Good luck Beb ! Moga kau selamat Jihan.

MELIHATKAN Dr.Haider yang secara tiba-tiba meminta untuk di tamatkan kelas awal sebentar tadi mengundang risau di hati. Hawa menggigit jari.

Serta merta dia cuba untuk menghubungi Nurjihan yang berada di perpustakaan sana.

Aduh, aku tak sedap hati.

Nurjihan tidak mengangkat panggilan darinya.

"Pick up Jihan !!."
Kakinya bergerak laju menghentak lantai di dewan itu selari dengan debaran di hati merisaukan Nurjihan.

"SERONOK ponteng kelas saya?". Suara itu berbunyi untuk kali kedua.

Nurjihan meraup wajahnya.

Habislah aku kali ni !!

Kepala di pusingkan menghadap ke belakang.

Terkesima Nurjihan.

Wajahnya kini sangat hampir dengan wajah Dr.Haider yang membongkok sama paras kedudukannya di atas kerusi itu.

Cepat-cepat dia bangun. Menghadap Dr.Haider.

Badan di tegakkan dan kedua-dua tangannya di masukkan ke dalam poket seluar. Matanya tidak lari dari memandang gadis yang diam membisu di hadapannya kini. Senyuman di panjangkan.

Nurjihan tertangkap dengan Dr.Haider sendiri.

"Eh? takde dah suara?." Tanya Dr.Haider.

Nurjihan masih diam menunduk. Huhuhu rasa menyesal pulak.

"Tak apa...ikut pergi bilik saya." Arah Dr.Haider.

Nurjihan hanya akur mengikuti langkah Dr.Haider ke Kabin Biru penempatan bilik pensyarah.

****

KABIN BIRU

"Dah lama buat kerja macam ni? ceroboh sistem pensyarah untuk hack akaun saya?."

Nurjihan menggeleng. "Baru je."

Ek ? menjawab .....

Dr.Haider ketawa perlahan.

"Kenapa nak drop dari kelas saya? Awak tak suka ke masuk kelas saya? Benci dah dengan saya?".

Amboi, laju macam peluru berpadu soalan yang dia bagi dekat aku. Tak sempat nak telan air liur eh?

Hello. Bukan aku.. tapi kau yang problem !

"Saya rasa soalan tu saya yang patut tanya ke Doktor." Jawab Nurjihan.

Berkerut dahi Dr.Haider.

"Bukan doktor ke yang tak suka saya ada dalam kelas Doktor? Semua orang dalam kelas tu pun boleh faham cara Doktor layan saya setiap kali ada dalam kelas Doktor. kan?". Ayat kelajuan 200km/h di campakkan kepada Dr.Haider.

Wajahnya di paling dari memandang lelaki yang sentiasa merosakkan moodnya di pagi hari.

"Hah, Siapa cakap saya tak suka? sebab suka lah saya buat macam tu." Balas Dr.Haider dengan tenang.

Tersentak Nurjihan memandang semula ke arah Dr.Haider.

Apakah?!!

PIA berlari ke bilik Mak Eton. Mengetuk pintu bilik itu bertalu-talu dalam keadaan yang cemas.

Tuk...tuk...tuk...tuk

Mak Eton yang baru mahu melelapkan matanya terus terbangun.

Pintu di buka. "Ya Allah kenapa kau ni Pia? Macam nak roboh pintu kau ketuk."

Pia hanya menggawang kedua-dua tangannya ingin berkata sesuatu.

Ah sudah...memang dia tak faham apa yang Pia ingin sampaikan. Nurjihan je yang Faham.

Mak Eton menggaru-garu kepalanya kebingungan.

"Jihan mana? aku tak paham kau cakap apa ni.. aduhai." Ujar Mak Eton.

Nurjihan tiada. Dia baru keluar untuk ke Villa Rose di jemput oleh Benjamin.

Susah untuk Pia menerangkan. Dia malas fikir panjang dan terus menarik tangan Mak Eton untuk mengikuti dia ke bilik tidur.

Sesampainya di muka pintu bilik, Pia menolak-nolak Mak Eton agar masuk ke biliknya.

"Kenapa Pia? kau takut apa ni?." Mak Eton dapat mengagak dari melihat riak wajah Pia.

Bagaimana untuk Pia terangkan bahawa ada sesuatu di dalam biliknya?

Nah, kini dia ternampak kalendar yang tergantung di dinding dapur. Dengan pantas dia berlari mengambil kalendar itu dan di tunjukkan pada Mak Eton.

"Ouh, tikus? bilik kau ada tikus?". Tanya Mak Eton melihat gambar pada bintang yang di tekap oleh jari Pia itu.

Pia mengganguk laju. Ye ! Pia nak minta tolong Mak Eton halaukan tikus yang ada di dalam biliknya.

"Eleh, tikus pun kau takut. Pergi ambikkan penyapu.". Arah Mak Eton.

'SYEDIQ GROUP MENJANA 11.8 BILLION KEUNTUNGAN SETAHUN'

Paparan berita di Akhbar itu menjadi topik utama dalam slot perniagaan Akhbar ternama di Berita Harian.

"Syediq Group? siapa pengasas dia ni?". Kata Megat Rusydi sambil menutup semula akhbar berita itu yang di baca untuk kali yang kedua. Fikirkannya saat ini begitu tertarik pada topik itu.

Megat Rusydi mengetuk-ngetuk jarinya di meja. Syediq Group menarik minatnya untuk mengenali syarikat itu. Alangkah bagus jika mereka bekerjasama. Keuntungan bakal berlipat kali ganda.

Terdengar bunyi enjin kereta masuk ke halaman rumahnya. Anak lelaki Megat Rusydi yang baru pulang dari kerja.

"Lewat balik?." Tanya Megat Rusydi yang menghulurkan tangan dan di sambut hormat oleh anaknya itu.

Lelaki itu mengurut belakang lehernya yang terasa sengal seharian bekerja di pejabat.

"Biasa la papa, banyak kerja."

Megat Rusydi tersenyum sinis.

"Itulah, syarikat sendiri ada untuk kerja jadi bos, sibuk nak kerja dengan orang lain. Harapkan apa? duit pencen bekerja tu aje?". Balas Megat Rusydi memerli anaknya sinis.

Lelaki itu berasa tidak selesa bila ayahnya asyik bercakap hal yang sama. Itu adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan. Namun tetap di hormat ayahnya itu seadanya walau terkadang rasa diri di layan seperti endah tidak endah.

"Business doesn't suit me well papa." Balas anak kepada Megat Rusydi itu.

"Itu jelah alasan kau. Kakak dan abang kau semua dah berjaya. Cuma kau yang ketinggalan dengan sikap degil tu."

Di lihat anaknya berjalan masuk ke rumah tanpa riaksi. Susah untuk dia mempengaruhi anak yang seorang ini untuk mengikuti jejak langkahnya. Tahap kedegilannya lebih kuat dari berpuluh batang besi.

Bagi lelaki itu. Biarlah masa menentukan. Bukan tidak berminat pada kerjaya dunia perniagaan, namun dia tidak suka dan tidak bersedia bergaul dengan golongan korporat yang kebanyakkan mendabik dada dan ego menongkah ke langit. Jika sampai seru, dia sendiri akan mengisi kerusi pangkat tertinggi di syarikat itu. Dengan rela hati !

SESAMPAINYA Nurjihan di Villa Rose, dia berlari mendaki anak tangga menuju ke bilik Tuan Syed Iqwal setelah dia berulang kembali ke sini apabila di jemput secara mengejut oleh Benjamin.

Terlihat semua pengawal termasuk Syifa yang kegelisahan berada di luar bilik.

"Kak Syifa, macam mana Tuan Syed sekarang?". Tanya Nurjihan kepada wanita itu.

"Tak okay lagi Cik Jihan. Tuan Syed kunci pintu tak bagi kami masuk." Balas Syifa.

Nurjihan berpaling ke arah pintu bilik Tuan Syed Iqwal yang tertutup rapat itu. Terdengar suara balingan objek dari dalam bilik mengenai pintu bilik berserta suara jeritan dari Tuan Syed yang sedang di landa amarah.

kenapa pula ?

Dikerling Benjamin yang berada si sebelahnya.

"Kenapa dengan Tuan Syed? tiba-tiba jadi macam tu? mustahil awak tak tahu Ben?". Soal Nurjihan.

Benjamin memasang wajah serius.

"Bellinda mengirim pesanan melalui email kepada Tuan Syed."

Terkedu Nurjihan. Masa lalu Tuan Syed muncul semula. Apa yang Bellinda mahukan?

"Apa yang Bellinda nak?." Nurjihan hairan.

"Saya tak tahu Cik Nurjihan. Tapi saya ternampak melalui komputer Tuan Syed."

Benjamin juga kerisauan memandang ke arah bilik Tuan Syed Iqwal.

Nurjihan mengetuk pintu bilik Tuan Syed Iqwal.

"Tuan Syed...saya ni Jihan..tolong buka pintu ni sekejap." Nurjihan mencuba nasib memujuk Tuan Syed Iqwal.

Sepi...tiada lagi kedengaran suara amukkan...

"Cuba lagi Cik Jihan." Syifa bersuara perlahan kepada Nurjihan.

Tuan Syed jarang-jarang mengamuk. Kali ini luar biasa.

Pintu di ketuk lagi oleh Nurjihan.

"Tuan Syed...buka sekejap.. please."

Lima minit di tunggu tiada respond dari dalam.

Pintu di ketuk lagi.

"Tak apalah. Tuan Syed rehat la ye. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Tak baik untuk kesihatan Tuan Syed. Saya balik dulu ye?".

klak !

Bunyi selak pintu di buka.

Benjamin dan Syifa memandang sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience