Call Girl 30

Romance Series 1321849

Call Girl 30

Sebuah kereta Jenis Mustang shelby GT 500 yang sudah terparking di hadapan kelab mewah itu tanpa enjinnya dimatikan.

Farizal melangkah pelahan menuju ke keretanya yang sudah tersedia oleh Joki parking di kelab itu.Tangan merangkul erat Pinggang Jasmine bersamanya.

Pelahan-lahan tubuh itu dia dudukkan di kerusi penumpang hadapan. Tubuh Jasmine yang seksi itu mengiurkannya. Tidak sabar ingin meratah tubuh gadis itu.

Setelah memasuki kereta dia terus memecut laju keretanya keluar dari kelab itu.

Jam di dashboard menujukkan hampir pukul 1.30 pagi Bibirnya tersenyum sinis.
Jalanraya mula lenggang dengan kenderaan. membuatkan perjalanannya lancar.

Tanpa dia sedar sebuah Motorsikal berkuasa tinggi dan sebuah MPV hitam mengekori keretanya dari belakang. Sejak keluar dari Kelab itu.

Keretanya dipandu laju membelah jalan.
Tiba-tiba dia terasa seperti di ekori sebuah motorsikal berkuasa tinggi dan sebuah Hilux pantas kakinya menekan minyak dan memecut laju keretanya.

Jalan yang sedikit sunyi tanpa kereta di atas jalan Memudahkan dia mambawa laju.
Apabila kereta MPV itu mula memotongnya dan seakan menghimpit keretanya. Pegangan tangan di stereng kereta di genggam kemas.
MPV itu memotongnya lalu berhenti mengejut di depan keretanya.

"Sial lah."Panas hati Farizal apabila melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam menuruni Motorsikal Ducati itu tanpa membuka helmet mendekatinya.
Tanpa menunggu lama dia terus menukar gear kepada R lalu minyak ditekannya kuat.

BAM!!

Kuat bunyi pelanggaran itu apabila sebuah lagi kereta menghalang laluannya dan melanggar belakang keretanya. Farizal mendengus.

'Fuck!'

Tok! Tok! Tok!

Pintu di bahagian penumpang hadapan di ketuk kuat.

"Buka!." Farizal ketawa sinis. Dia menggelengkan kepalanya lalu dia menundukkan sedikit tubuhnya ingin mencapai Pistol yang tersorok dibawah kerusi ya itu.

Namun belum sempat dia mencapai lelaki itu terus menghentak kuat tingkap cermin keretanya mengunakan helmat.

"Arghh.." Jasmine yang masih dalam khayalnya menjerit.Tangan segera melindungi kepalanya. Dengan berang lelaki itu terus membuka pintu kereta dari dalam lalu menarik Jasmine keluar dari situ.

Farizal mendengus. Pistol yang berada di bawah kerusi segera di capai. Dia keluar kerusi memandu. Pistolnya dihalakan kepada Dua susuk tubuh yang berada di depannnya.
Amarahnya membuak-buak.

Tiba-tiba ada sesuatu di hujung belakang kepalanya.

Krak!

"You shoot him u die." Keras suara itu bersuara.Farizal kenal dengan suara itu. Sekali lagi bibirnya terjongket sinis.

Rayyan Carlos.

"Use my car luq, i'll handle this mess." Ujar Carlos.

Luq mengangguk. Helmetnya di letakkan di atas motor. Tubuh Jasmine terus di campung.
Dan dia terus berjalan masuk ke salah sebuah MPV itu.

Farizal hanya melihat dua susuk tubuh itu dengan ekor matanya sahaja. Pistol yang berada di tangannya dijatuhkan pelahan.
Dia memusingkan tubuhnya memandang Carlos. Bibirnya tersenyum sinis.

"Dont mess with me!" Ujar Carlos tangannya masih memegang mengacukan pistol di kepala Farizal.

Farizal ketawa pelahan matanya masih menatap wajah bengis rakannya itu.

"This is my last warning friends, because I don't like to negotiate."Pesan Carlos keras.
Lama mereka berpandangan sebelum Carlos mengacukan pistolnya keudara dan...

Bang!

"Remember that."Bisiknya keras.

Bahu farizal di rempuh pelahan setelah itu dia terus melangkah mendekati motosikal milik Luq mikail. Pistolnya di sisip di tepi pinggangnya. Helmet di sarungkan di kepalanya, Motorsikal berkuasa tinggi itu di hidupkan enjinnya.

Zrommm..
Zroommmm..

Sengaja dia memulas throttle minyak itu kuat kedengaran dikawasan itu matanya masih tajam memandamg Farizal yang masih tegak berdiri.

Apabila motorsikal Jenis Ducati itu berjalan pelahan, MPV hitam yang dari menghalang laluan Farizal sebentar tadi mengikutinya. Laju Motorsikal Ducati itu menginggalkan kawasan itu.

Farizal mendengus kasar. Matanya masih memandang tajam kehadapan. Pistol yang berada di tangannya di gengam erat.

'Soon Rayyan Carlos... very soon.'

..............

Cahaya yang menerobos melalui lubang-lubang kecil pada kain langsir membuatkan lena dia terusik.

Kelopak matanya bergerak-gerak. Perlahan, dia mencelikkan mata. Dengan pandangan yang masih kabur, dia bangkit daripada pembaringan. Postur tubuh ditegakkan
Berkerut-kerut keningnya.

"Hmmmm." Gumam Jasmine pelahan.Matanya Kembali dipejamkan. Tangannya naik memicit pelipisnya. Kepalanya sakit macam nak pecah, Tekaknya terasa perit.

"Jasmine."Sapaan satu suara wanita itu membuatkan dia memaksa matanya untuk melihat pemilik suara itu.

"aduhh!"Ujar Jasmine pelahan sambil memicit kuat kepalanya. Sakit. terlampau sakit. Terasa Dahinya ada balutan.

"Makan ubat ni dulu min" Segelas air dan dua biji ubat dihulurkan Jasmine bangun dari pembaringan dan terus mengambil air suam itu lalu ditelan pelahan pedih anak tekaknya. Air itu di minum habis.

"Hmmm..."Dia kembali bersandar di kepala katil mata kembali dipejamkan.
Otaknya cuba mencerna apa yang terjadi malam tadi. bagaimana dia boleh berada di sini.

"Min Mandi dulu.. Ini baju ganti.." Pelahan bahu Jasmine di sentuh wanita itu. Kelopak mata Jasmine di buka pelahan. Ketika Wanita itu bangun Jasmine memegang pegelangan wanita itu.

"Ummi...."Panggilnya pelahan.

"Kenapa ni sayang.." Puan Fatihah kembali duduk ditepi katil rambut Jasmine diusap lembut. Entah la, Melihat wajah gadis di depannya ini dia sayu.

Melihat dari anak mata gadis itu dia dapat rasakan Jasmine ingin perhatian dan kasih sayang. Hampir Jam 3 pagi anak lelakinya memapah Jasmine pulang kerumah mereka dalam keadaan mabuk teruk.

Dalam tidak sedar gadis itu, diluahkan segalanya Adakala gadis itu menangis dan adakala gadis itu ketawa. Mengingatkan hal itu Puan Fatihah teringatkan Zahra.

Malam tadi ada juga Jasmine meluahkan rasa bersalahnya atas kehilangan Zahra. Dia kesal dengan perbuatannya dari awal pengenalan mereka. Teresak-esak gadis itu menangis.
memohon kemaafan darinya.

"Boleh tak min nak peluk ummi kejap."Ujarnya pelahan. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu laju dia mengelengkan kepalanya.

"Tak jadi la ummi." Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari Puan Fatihah. Berkerut dahi wanita itu.

"Dah kenapa pula.." Soal Puan Fatihah

"Min tak gosok gigi lagi.. and I smells ba?" ujar Jasmine pelahan sambil menundukkan wajahnya. Sudahlah pasti bau alkohol kuat dibadannya, dengan tak gosok gigi lagi.

Fuh Malu!.

Dah la banyak persoalan sekarang ni, Macam mana dia boleh ada dekat sini bukan semalam dia dengan Lisa ke? Dia cuba mengerah otaknya berfikir. Minum. Menari dan.... Lelaki..
Siapa lelaki itu tak mungkin Luq tapi siapa... Argh! Tak ingat. Rungutnya sendiri.

"Sini." Jasmine mengangkat wajahnya memandang Puan Fatihah.

Puan Fatihah menarik sedikit bahu Jasmine mendekatinya lalu tubuh gadis itu di peluk erat. Belakang tubuh Jasmine diusap lembut.

"Ummi ada kalau min nak cerita apa-apa, Jangan lepaskan dengan cara ini lagi ye..
Tak elok untuk kesihatan min,tak elok untuk keselematan min.. Dalam keadaan macam ni orang akan ambil kesempatan atas kita.." Pelahan wanita itu berbisik pada Jasmine.

Jasmine hanya diam matanya yang sudah berkaca pelahan-lahan jatuh dipipi. Dia rindukan kehangat pelukan seorang ibu.
dia cuba mengawal esakkannya.

Tuk!
Tuk!
Tuk!

Pintu bilik yang sememangnya terbuka luas itu sengaja diketuk kuat. Pelukan mereka terlerai Jasmine dan Puan Fatiha memandang susuk tubuh seorang lelaki yang lengkap memakai pakaian sukan.

"Ummi, breakfast dah beli abang dah letak atas meja dapur." Tutur Luq sedikit pun dia tidak memandang Wajah Jasmine.
melihat anggukan yang diberi Puan Fatihah Luq terus beredar.

Jasmine diam. Dia kembali memandang Puan Fatihah. Wanita itu tersenyum padanya.

"Min mandi dulu lepas dah siap min turun ya.
Kita breakfast sama-sama."

..............

"How do u feel? Much better?" Soal Luq pada Jasmine sambil mencuci luka di dahi gadis itu. Serpihan pecah cermin yang di hentak semalam sedikit terkena pada Jasmine.

Mata tajamnya tidak berkalih memandang ke arah seraut wajah putih kemerahan milik Jasmine.

"Yup better." Balas Jasmine perlahan. Dia hanya menundukkan kepalanya. Tidak berapa melawan panahan mata lelaki di hadapannya itu.

" Thanks Luq." Selesai Luq menampal membalut luka didahi Jasmine, Gadis itu segera berdiri berura-ura ingin meninggalkan ruang tamu itu menuju ke pintu utama rumah.

"You nak kemana?" soal Luq sambil memegang lengan Jasmine.

"Balik" Jawab Jasmine sepatah.

Entah la kepalanya ligat memikirkan apa yang terjadi malam tadi. Tetapi Segala di fikirannya Kosong.

"Stay dulu. Lagipun ummi kat atas tidurkan Carol" Arah Luq. Tubuh Jasmine dipusingkan menghadapnya.

Lama dia mereka berpandangan.
Jujur, dia rindu gadis ini. Walaupun dia cuba menempis perasaan itu.

"Princes ada sini?" Soal Jasmine sedikit terkejut.

"She's stayed here for a while." Jawab Luq. Lengan Jasmine di tarik dan di dudukkan disofa single itu kembali Dan dia masih berdiri di hadapan Jasmine.

"U buat apa dekat club semalam?" soal Luq, tiada secalit senyuman diwajahnya. Tajam mata itu menikam anak mata Zamrud jasmine.

Berkerut Dahi Jasmine memandang Luq.
Confirm la nak enjoy. Tak kan nak pergi bersedih pula.

“Nothing... Release Tension. Have a little fun dengan my friend why?" jawab Jasmine selamba.

"Sampai overdose hmm?" Geram Luq dengan Jawapan selamba gadis itu.

"Im Just drunk bukan overdose dadah.." jawab Jasmine lagi. qTenang dan bersahaja.

"Why?"Soal Jasmine sebaik melihat wajah Luq berubah.

"Next time if u nak pergi sana bagitahu i. Jangan pergi orang lain." pesan Luq suaranya sedikit tegas.

“But why? kenapa i perlu bagitahu u?" Jasmine mendengus geram. Dia menggigit bibirnya kuat. Geram dengan lelaki itu seperti ingin mengawalnya.

“I don't care, starting today, If u pergi anywhere just infom me. Lagi-lagi kalau ke club jangan senang-senang nak bagi orang sentuh u."

"Im not a kid Luq! Im not u girlfriend even not u wife !" Bentak Jasmine marah.

"No means no jasmine!" Ulang Luq tegas. Wajahnya lebih serius dari tadi.

Dah kenapa pula nak keluar kena bagitahu sebelum ni tiada siapa peduli urusannya.
Tiba-tiba, Jasmine terfikirkan sesuatu.

"So kalau i nak keluar dating pun lepas ni kena infom u juga ke?" Sinis sahaja soalan Jasmine itu.

"Buat apa i nak kena inform u.. Lagipun i bukan budak kecil tau nak kena minta izin abang-abang ni..Nonsense! Lain la i ini wife u every single minute i bagitahu u apa i buat..
Silap-silap gambar dalam bilik air nak mandi pun i bagi.." Sambungnya lagi sambil menjeling Luq yang berdiri didepannya.

"So be mine.." Mendatar sahaja suara garau itu

Wow.Perasaan berbunga dihati di tempis pergi.
Dia tahu lelaki di depannya ini mungkin hilang kewarasan seketika.

"Dah kenapa buang tabiat ke? i rasa i yang mabuk malam tadi.. Dont Worry Luq i boleh jaga diri"

"Kalau u boleh jaga diri hal semalam tak akan boleh jadi la......"

Berkerut dahi Jasmine Hal semalam? Apa yang terjadi sumpah dia tak ingat apa-apa luka di dahinya terjadi berpunca dari apa.

"Enough Luq. Normalkan kalau pergi kelab minum.. tak berdosa pun... Im not muslim luq.. I nak buat apa pun life i so please.."

Hilang kata. Bibirnya diketap. Sakit hati semalam saat dia melihat Jasmine didalam pelukan Farizal. Lenggok manja gadis itu.
Dia cemburu. Kalau hilang kesabarannya mahu di kerjakan Farizal di dalam kelab itu juga tetapi atas fikirannya yang masih Waras di tahan rasa itu.

Mujur dia tergerak hati ingin mengikuti Jasmine malam tadi. Jika tidak. Pasti akan ada benda buruk yang akan berlaku.

.................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience