Dia mahu memanggil suaminya tetapi suara Zaquan yang menjerit menyentakkannya.
“Argh! Shit! Game over pulak!”
Hamiza bergegas ke ruang tamu tetapi langkahnya terhenti di pertengahan jalan apabila dia melihat suaminya mengangkat tinggi-tinggi pisau yang digunakan untuk memotong ayam dan Zup!
Kaki kanan suaminya terkulai di atas lantai dengan darah yang membuak dari paha Zaquan. Mata Hamiza terbuntang. Dia tergegau sendiri melihat perlakuan suaminya itu. Dia menutup mulut kerana terlalu terkejut.
Dadanya sudah berombak kencang. Dia mula paranoid dengan suami sendiri. Figura lelaki bengis yang kejam dengan keadaan berlumuran darah kelihatan seperti suaminya yang mengukir senyum sarkastik.
“Hamiza, giliran sayang pula untuk main game ni. Abang dah daftar user guna nama sayang. Cepatlah, sayang kena tolong abang untuk dapatkan kaki kanan abang semula,” panggil Zaquan membuatkan Hamiza seperti mahu menjerit melarikan diri.
Tetapi apabila melihat pisau di tangan suaminya itu, dia akur juga mendekati suaminya dalam keadaan menggeletar.
“Fahamkan dulu arahan tu. Baca dulu baru main.”
Hamiza terketar-ketar menggerakkan tetikus dan membuka bahagian instruction. Jantungnya sudah berdebar laju melihat sekilas pisau yang bersalut darah itu. Dia menelan liur sekali sebelum dia memulakan permainan.
Tuk tuk!
Bunyi ketukan bertalu-talu dari daun pintu rumah membuatkan Zaquan dan Hamiza memandang serentak. Hamiza mahu membuka pintu tetapi Zaquan sudah menjeling tajam.
Share this novel