Bab 2

Romance Completed 26931

“Mak cik! Mak cik! Tolong Bloom mak cik! Bloom tak nak! "Jeritan Bloom Lennox itu sekadar lalu sahaja di telinga Puan Rhea. Senyuman sinis masih lagi terlukis di bibirnya. Matanya sekadar memandang susuk tubuh Bloom yang diangkat oleh dua orang lelaki untuk dibawa ke kelab malam.

“Mak cik! "Bloom berjaya melepaskan diri namun ianya hanya sementara sebelum dua orang lelaki tadi mengheret semula Bloom masuk ke dalam kereta.

“Mak cik! Mak cik! Tolong Bloom mak cik! "Menjerit Bloom di dalam kereta itu walaupun dia tahu mak cik nya takkan sesekali mendengarkan nya. Hampir gugur jantungnya mendengar tutur kata Puan Rhea yang mengatakan ada orang sudah membelinya dan dia mahukannya malam ini.

Kereta itu bergerak meninggal perkarangan rumah Puan Rhea. Bloom di dalam tak henti meronta-ronta sebelum mulutnya ditekup dengan sehelai kain.

Dia pengsan di sana.

“Move"

“Yes boss"

Dia melihat wajah Bloom di tempat duduk belakang. Senyuman senget terukir di bibir.

Finally.

Matanya dicelikkan. Perkara pertama yang dia nampak adalah siling yang berwarna kelabu. Dahinya berkerut. Dia di mana?

Seketika kemudian fikirannya terimbas kembali ketika ada dua orang lelaki mengheret dia ke kelab malam.

Jangan-jangan... Ada orang yang beli dia tak?! Lepas tu bawa dia ke rumah ni!

Ah... Tidak!

Dia melihat pakaiannya. Fuh... Masih ada.

Dia turun dari katil perlahan-lahan. Kaki diangkat menuju ke pintu bilik. Baru sahaja hendak membuka pintu...

“Dah bangun? "

“Argh! "Hampir berhenti jantungnya mendengar suara garau itu. Lambat-lambat dia menoleh ke belakang.

Terpukau dia sekejap melihat wajah lelaki itu. Sungguh sempurna di matanya. Rambut messy pun masih handsome.

“Ehem! "

Bloom tersedar lalu cepat-cepat melarikan pandangannya. Belakang leher digosok bagi menghilangkan rasa malunya.

“Miss Bloom"

Bloom memandang lelaki itu semula.

“Urm... Kita pernah jumpa ke? Macam mana awak tahu nama saya? "

“Well, in theory, I know all about you, my little flower "ucapnya. Bloom menjadi semakin bingung.

Eh, jap!

“Encik ke yang beli saya?! "

Ketakutan nya menjelma kembali. Lantas pintu yang berada di belakang nya dibuka dan berlari keluar.

Sewaktu hendak menuruni tangga, dia terkejut melihat sekumpulan lelaki berada di ruang tamu. Ada yang di sofa, ada yang duduk di lantai. Yang pastinya semua mata itu tertumpu padanya.

Gulp!

Kalau dia lari sekarang, tak mustahil lelaki-lelaki ni akan tangkap dia. Jangan cakap dia akan jadi pemuas nafsu untuk semua lelaki ni.

Tanpa sedar air matanya mengalir. Dia terduduk di atas tangga itu.

Tak! Tak! Tak! Ini tak mungkin berlaku! Bagitahu yang ini sekadar mimpi buruk!

“Giovane signorina? "(Cik adik?)

Bloom menggeleng. Dia tak nak dengar! Dia tak nak dengar! Dia tidak mahu melihat sesiapa pun! Dia nak bersendirian! Tinggalkan dia sendiri!

Bloom terasa bahunya ditepuk. Dia memandang ke belakang.

“Kau kenapa? "

“Encik, encik tolong lah lepaskan saya. Saya masih nak hidup encik. Saya nak ada keluarga sendiri. Tolonglah jangan apa-apakan saya. Saya merayu... saya mohon jangan ambil maruah saya... itulah satu-satunya harta yang saya ada... tolonglah encik " Bloom menyusun sepuluh jari merayu pada lelaki itu. Biarlah orang gelar dia ni lemah atau lembik sebab merayu pada lelaki, asalkan maruah dia masih selamat.

Dia mengangkat dagu Bloom agar mata itu memandangnya.

“Aku tak bawa kau ke sini untuk lepaskan kau. You should be thankful that I took you out of hell "

“Huh? "

Dia tersenyum senget.

“Starting today, you will stay with me. When I said stay with me, that means you can't try or go out, forever "

Terdiam Bloom mendengar nya. Siapa lelaki ni? Kalau bukan lelaki ni yang membeli dia, jadi siapa?

“Encik ni siapa? "

Hanya itu soalan yang mampu diutarakan walaupun hakikatnya berjuta-juta soalan sedang bermain di fikiran nya. Kenapa dia di bawa ke sini? Adakah lelaki ni mempunyai niat baik atau sebaliknya? Kenapa dia kena tinggal sini? Adakah dia pernah berjumpa lelaki ni? Adakah ini satu permulaan sebelum dia betul-betul dijual?

“One day, you will know my little flower " dia mengusap rambut panjang Bloom. Bloom sedikit terbuai dengan usapan tersebut. Sudah lama dia tidak merasa kasih sayang sebegini.

Mama... papa... Bloom rindu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience