6 - Haiqal Jason

Romance Completed 45760

Malam telah kembali bekerja, menggantikan siang yang telah menemani seluruh manusia di kawasan itu. Suara-suara manusia yang bergema di pasar malam itu sangat mengasak kuping masing-masing. Di tambah dengan suara teriakan para peniaga untuk mempromosi barang jualan mereka. Begitulah suasana di pasar malam itu. Sangat meriah. Di suatu sudut, terlihat seorang wanita sedang duduk meladeni perasaannya meskipun suasana membingit di gegendang telinga.

“Seronok sangat mengkhayal tu. Nanti syaitan masuk dalam badan kau, padan muka!” satu sindiran memecahkan dinding lamunan milik Hanis. Wanita memandang kosong lalu mengeluh perlahan.

“Kau ni kenapa, lain macam saja aku tengok. Kau masih fikirkan masalah tadi ke?” Atiqah cuba meneka. Dia pasti wanita di hadapannya itu masih tidak berpuas hati dengan kejadian petang tadi.

“Ya. Ini semua salah kau. Kenapa kau pergi minta maaf dengan lelaki itu? Itu bukan salah kau mahupun aku. Itu salah dia, kau tahu tak?” Dia merengus kasar apabila teringat kejadian tadi. Otaknya masih tidak dapat menerima perkara itu. Sepatutnya yang memohon maaf adalah lelaki itu, bukan Atiqah. Paling dia tidak boleh terima apabila lelaki itu terus pergi begitu sahaja.

“Hanis... apa salahnya minta maaf? Bukan mengemis pun. Aku okay je, asalkan masalah selesai. Kalau tunggu kau nak minta maaf, aku rasa tak berniaga kita malam ni,” Ujar Atiqah.

Perkenalan enam tahun itu sudah cukup baginya mengenali dengan dalam sifat seorang Putri Hanis. Dulu, Hanis senang saja untuk memohon maaf biarpun bukan salahnya. Tapi tidak untuk Hanis yang sekarang. Apa saja yang menentang, dia cuba untuk melawan sedaya upaya. Apabila orang lain melempar selipar, dia pula melempar batu sebagai balasan. Itulah Hanis yang sekarang.

“Bukan salah aku, buat apa nak minta maaf?” balas Hanis dengan sinisnya. Apabila teringatkan kata-kata lelaki tadi, terasa hatinya seperti di bakar pula. Suka hati dia suruh aku minta maaf, dia ingat dia tu siapa?!

“Sebab tulah aku yang minta maaf. Terima kasih kak, datang lagi...” ucapnya selepas salah seorang wanita membeli air manis mereka. Atiqah kembali menatap Hanis setelah wanita tadi hilang dari ruang matanya. Hanis mengeluh perlahan. Beruntung dirinya dihadirkan seorang rakan yang cukup betah melayani perangainya dari awal perkenalan hingga sekarang. Tiada istilah 'senang baru muncul' dalam hubungan mereka.

Bila di imbas semula, Nurul Atiqah ini telah banyak membantunya. Gadis itulah yang membawa dirinya hidup secara berdikari setelah status dirinya berubah. Atiqah sering memberinya semangat pantang menyerah dalam kehidupan. Apa jua masalah yang dirinya hadapi, pasti Atiqah akan membantu.

“Thanks, Tiqah....”

***

Haiqal Jayden mengorak langkah ke luar balkoni apartment rumahnya, untuk menikmati angin malam sementara melepaskan tekanan yang terkepung di fikirannya. Kerjayanya sebagai seorang Ceo di sebuah syarikat yang dia bangunkan sendiri sangat memenatkan dari segi fizikal dan juga mental. Meskipun syarikat itu tidaklah sebesar mana, tapi ia bangga atas usahanya sendiri. Dia tidak pernah mengeluh mahupun berputus asa. Perkara sebegitu hanya sia-sia bagi dirinya.

Gelas berisi air itu diletakkan di atas meja. Dia berpeluk tubuh dan memandang pandangan ke kawasan yang di penuhi dengan lampu-lampu malam. Oleh kerana dia berada pada tingkat yang tinggi, kelihatan dari jauh lebuh raya yang dipenuhi kenderaan yang meluncur laju. Sedang dia melayani perasaan, ruang fikirannya terganggu dengan senyuman seorang gadis yang dapat mencuit hatinya. Entah kenapa dia begitu tertarik pada perwatakan gadis itu.

“Jay...” Lamunan Jayden serta merta bercempera tatkala namanya di panggil. Riak wajahnya yang sedikit terkejut segera di kawal. Dia menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki sebaya dengannya berdiri tepat pada 'sliding door' yang terbuka luas, juga membalas pandangan Jayden.

“Ada apa?” Jayden bersuara setelah lama berdiam diri. Timbul perasaan hairan dalam dirinya apabila lelaki itu tiba-tiba muncul di rumahnya. Ini mesti kerana dirinya yang lupa mengunci pintu utama. Jayden mengambil tempat duduk setelah lelaki tersebut terlebih dahulu melabuhkan punggungnya di atas kerusi pada balkoni tersebut.

“Aku nak minta tolong sikit, boleh?” balas lelaki itu. Jayden tersengih. Dia sudah dapat meneka ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Apa pula kali ni, Jason?” tanya Jayden. Pinjam duit? Ah, tidak mungkin. Jason merupakan lelaki yang pandai berdikari. Dia telah membangunkan cafe sendiri. Dia juga mempunyai tanah yang di tanamkan kelapa sawit dan beberapa buah pokok buah-buahan. Hasil itulah Jason dapat membangunkan cafe sendiri. Dia mengupah orang untuk memotong buah kelapa sawit itu. Setiap bulan, dua atau tiga kali juga dia akan memantau keadaan kebunnya.

“You have a lot of friends, right? So, aku nak minta kau tolong cari seorang manusia, I don't carelah dia lelaki atau perempuan,” katanya.

“Untuk apa?”

“Bantu akulah. Aku busy, tak ada masa nak buat semua benda. Cafe lagi, kebun lagi. Mana sempat aku nak tengok semua list.. So, kalau ada seorang insan yang bertuah tu, bolehlah ringankan beban aku,” jelasnya. Sesekali dia mengusap rambutnya sendiri.

“Ooo... kiranya, kau nak ada setiausahalah ni?”

“Entah...tapi, asalkan aku suruh, dia buat. Tu je,”

Jayden terangguk-angguk. “Hmmm...yelah. Aku tak janji boleh dapat atau tidak,”

Jason hanya membiarkan tanpa menjawab. Dia faham situasi lelaki itu juga sibuk seperti dirinya. Tetapi, lelaki itu lebih jauh hebat dalam pergaulan di banding dirinya yang begitu pendiam. Dia lebih suka di sapa daripada menyapa. Itulah dirinya, Haiqal Jason.

Nama mirip bukan? Ya, Haiqal Jason merupakan kembar kepada Haiqal Jayden. Namun, mereka tidak seiras. Ramai terkejut apabila mendapat tahu mereka bersaudara, kembar pula tu. Orang yang baru melihat mereka pasti akan menganggap mereka hanya berkawan.

***

happy reading ><

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-04-04 12:07:53 

next please...tqvm ...best gak novel ni....harap ending dengan sempurna ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience