12.

Romance Completed 46610

Selesai dimandi dan dikafankan, Kesemua saudara diminta melihat wajahnya sebelum ditutup. Aura menapak kedepan. Menahan air mata dari jatuh kepipinya, Dia mengucup dahi Nendanya buat kali terakhir.

"Nenda doakan Aura kuat ye." Sambil mengusap wajah bersih Nendanya tanpa sebarang cela.

Dia diangkat oleh Bil Sumi berdiri jauh dari orang ramai.

"Sabar ye nak." Kata Irma pada Aura.

"Terima kasih Aunty. Kata Aura lembut.

Roslan mengelus belakang Aura lembut. Sementara Irma memeluk tubuh mungil itu yangasih dalam esakan kesedihan.

Selesai majlis pengkebumian, hanya tinggal keluarga, Rasyid Marzuki dan Roslan disana. Yang lain semula pulang lepas dari kubur.

"Anak tak sedar diuntung." Kata Rina yang menarik rambut Aura yang tertutup tudung.

Aura jatuh tersungkur akibat tolakan dari Mommynya. Irma yang melihat ingin membantu Aura namun Roslan menghalang.

"Siapa lelaki yang kau bawak berani memeluk kau depan suami kau Hah!!!" Pekik Auni.

"PuanSri jangan buat gitu sama nduk Aura." Kata Bik Sumi.

"Kalau kau nak lama kerja kat sini, kau jangan nak masuk campur." Kata Rina.

Auni mulai lakonannya depan semua yang ada disana.

"Kau suruh aku bagi Mateen tunang aku agar kau dapat berkahwin dengannya. Aku ingat kau akan menjaganya. Tapi ni kau buat dekat dia." Kata Auni menangis teresak.

Aura yang tahu Auni berlakon untuk mendapatkan Cinta Mateen semula.

"Nak buat apa aku hidup dengan lelaki yang selalu menghina mencaci aku setiap hari. Aku rela tak kahwin lah dari menanggung dia yang lumpuh. Selepas dia berjalan semula kau nak balik dekat dia. Kau ambik. Aku pin tak hingin." Kata Aura.

Pakk!!

Rasyid menampar wajah Aura hingga hujung mulutnya berdarah.

"Ye Aura terima apa yang Daddy dan Mommy buat pada Aura. Dari dulu lagi kamu lakukan ni pada Aura. Aura dah mati rasa lepas tu. Penampar yang Daddy bagi dah cukup buat Pipi Aura kebas." Kata Aura.

"Dan kau Mateen, aku dah tunaikan apa yang kau nak bukan. Kau dah boleh berjalan semula. Dan sekarang dayus kalau kau tak tunaikan janji kau." Kata Aura.

Auni mendekati Mateen dan memeluk Mateen yang sedang berdiri didepan Aura.

"Maafkan Auni sebab Auni terpaksa lepaskan Mateen pada Aura. Auni minta maaf." Kata Auni sambil menangis dipelukan Mateen.

Diluar, terlihat Vios milik Melissa parking disebelah Honda Jazz Milik Aura. Melissa melihat Uthman ada disana sedang menerima panggilan

Dia menamatkan panggilan selepas melihat Melissa menghampirinya.

"Mana Aura?" Tanya Melissa.

"Dia kat dalam." Kata Uthman.

"Kau tak masuk?" Tanya Melissa.

"Aku tunggu Zul kat sini kejap." Kata Uthman.

"Aku tunggu Zul jugaklah." Kata Melissa memutuskan.

Terdengar teriakan didalam membuatkan Melissa dan Uthman melihat dari pintu utama.

Jelas terlihat Mateen sedang memujuk Auni.

"Siapa lelaki tu?" Tanya Uthman.

"Suami Aura. Mateen." Kata Melissa.

"Yang dia peluk tu?" Tanya Uthman.

"Ooo tu lah Syaitan dekat dalam rumah ni. Yang selalu Fitnah Aura bukan bukan." Kata Melissa.

"Hmm harap muka cantik perangai nauzubillah." Kata Uthman.

"Mama dengar bukan apa yang Mateen kata benar. Perempuan ni banyak muslihatnya." Kata Mateen.

"Mateen!! Berul ke apa yang awak nak buat ni?" Tanya Marzuki.

"Buat apa Mateen pertahankan perkahwinan ni kalau jelas dia ounca semua ni. Punca Mateen lumpuh." Kata Mateen.

"Heh. Aku nak tanya kau ada bukti aku yang buat kau lumpuh?" Tanya Aura.

"Aura Binti Rasyid. Aku ceraikan kau dengan talak tiga." Kata Mateen melepaskan talak terakhir pada Aura.

"Terima kasih." Kata Aura.

"Dan sekarang aku taknak kau jejakkan kaki dekat dalam banglo ni. Kau bukan anak aku." Kata Rina memutuskan.

"Good. Syabas.." Kata Melissa yang baru masuk bersama Uthman dan Zul.

"Thanks Mateen sebab lepaskan kawan aku dari penjara yang kau cipta." Kata Melissa.

Dia mendekati Aura dan membawanya dalam pelukannya.

"Aku tetap ada dengan kau." Kata Melissa.

"Thanks Mel." Tangisnya berlagu lagi.

"Ooo aku lupa, Kau kata apa tadi, Aura yang menyebabkan kau lumpuh? Macam mana boleh Aura? Sedangkan malam kejadian tu aku ada bersama Aura." Kata Melissa membuka rahsia yang dia oendam bersama Aura.

"Malam tu Kau mabuk balik dari kelab dengan betina ni hingga kereta kau melanggar penghadang jalan. Kalau kau nak tahu, Ni oerempuan ni yang selamatkan kau dari hangus terbakar dalam kereta tu. Ni bukti dia!!" Tengking Melissa membuka baju Aura dan melihatkan parut dibahunya akibat letupan kecil semasa menyelamatkan Mateen.

"Kau memang manusia tak kenang budi Mateen. Kau lumpuh, betina tu tak nak kahwin dengan kau dia paksa Aura untuk terima kau. Aura terima atas dasar balas budi TanSri Rasyid dan PuanSri Rina." Kata Melissa lagi.

"And Now bila kau dah mula berjalan semula disebabkan pertolongan perempuan ni, Barulah Betina tu datang dengan terhegeh hegeh." Kata Melissa.

"Jom. Kau duduk dengan aku." Kata Melissa yang berlalu membawa Aura. Zul mengambil beg pakaian Aura dari Bik Sumi.

"Ndukk. Ndukk yang sabar ya. Nenda selalu sebut nama Ndukk sebab rindu." Kata Bil Sumi.

Aura menangis lagi.

"Bik jangan sedih tau. Sampai waktu kita jumpa juga Bik." Kata Aura mengucup tangan orang gajinya yang selama ni menyayanginya.

"Umie. Uth gerak dulu." Kata Uthman melintasi Melati yang melihatnya lalu menyalami Irma dan Roslan.

"Ada masa Jumpa Baba dan Umie. Kita bincang soal Uth dan Aura." Kata Roslan.

"Baik Ba." Kata Uthman lalu meninggalkan mereka sambil mengenggam erat jemari Aura.

"Siapa dia tu Lan?" Tanya Marzuki.

"Anak bongsu Aku. Uthman Ayyan." Kata Roslan.

Auni dan Rina terkejut. Begitu juga dengan Rasyid. Silap orang yang diserangnya. Yang disangkanya bukan siapa siapa rupanya anak kepada Tengku Roslan.

"Maaf atas sikap anak saya Aura." Kata Rasyid.

"Dia masih anak kamu ke?" Tanya Irma.

"Sebab apa yang saya dengar tadi kamu tak pernah menganggap dia anak kamu. Apa yang dia cakap tadi kami layan dia dari kecik dengan kekerasan. Siapa Aura dalam keluaega kamu?" Tanya Irma lalu berlalu meninggalkan Banglo itu. Begitu juga suami dan anaknya Luthfan dan isterinya Melati.

Mateen mulai melihat Auni. Tertanya apa yang dikatakan kawan Aura itu adalah benar atau cuma rekaan.

Hatinya mulai timbul rasa menyesal melafazkan talak pada Aura.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-08-01 00:54:23 

too late bro. Kau bagi 3 sekaki


NovelPlus Premium

The best ads free experience