22

Other Completed 76851

MEREKA tiba di perkarangan rumah Natrah kira-kira 45 minit. Enjin kereta dimatikan dan brek tangan ditarik perlahan. Keadaan sepi antara mereka berdua. Semenjak melangkah keluar dari hospital, Natrah tak banyak ngomong. Satu pertanyaan dari Eirfan, hanya dijawab dengan ya atau tidak. Penyudahnya, Eirfan membatukan diri kerana dia tahu Natrah perlukan ruang dan waktu buat seketika.

"Tak nak masuk ke?" soal Eirfan tatkala tiada respon apa-apa daripada Natrah. Agaknya terlalu banyak yang bermain di dalam fikirannya sehingga dia tidak sedar mereka sudah tiba di hadapan rumah.

"Ohhh kita dah sampai. Kenapa tak bagitau dari tadi?" Natrah seakan tersedar dari lamunan. Jauh sungguh khayalannya sehingga tak sedar mereka sudah sampai.

"Awak tu termenung jauh sangat. Teringatkan sesuatu ke? Atau seseorang?" Sengaja Eirfan menduga. Dia sebenarnya ingin sangat mengetahui apa yang sudah terjadi di Sarawak tempoh hari. Natrah yang dikenali sangat berbeza dari sebelumnya. Apakah memang ada sesuatu di antaranya dengan Ehsan yang tidak dia ketahui? Rasa ingin tahunya semakin menebal.

"Hmmm..." gumam Natrah. Tubuh yang tegak kembali disandar ke bahu kerusi. Sudah masanya dia menceritakan segala-galanya kepada Eirfan mengenai kelakuan gila Ehsan itu. Dan juga hasratnya yang ingin berundur dari TK Corporation. Dia tidak tahan didesak oleh Ehsan sebegitu.


"Nak share something? I'm here for you"

Senyuman mekar Natrah dengan anggukan di kepala sebagai wakil ke atas pertanyaan Eirfan itu. Serentak itu, dia memegang perutnya yang menahan kelaparan dari malam semalam.


"But first thing first, we need to grab breakfast. Ada orang kebulur sangat dah ni" usik Eirfan dengan senyuman nakalnya.

Natrah gelak. "Your treat"

"My pleasure. Anything for you"

"Tapi saya nak kena mandi dan siap-siap dulu. Awak boleh balik dulu. Nanti datang ambik saya lagi"


"Saya dah mandi kat hospital tadi. Sebelum Subuh. Takpe, saya tunggu awak kat sini"

"Okay. Tapi jangan mengada nak masuk ke dalam rumah ea? Takde orang kat dalam" Natrah memuntahkan kebimbangannya.

"Laaa baru je fikir nak kawen free" usik Eirfan lagi dengan dekahan tawanya.


"Eirfannnnn!!"

"SO Ehsan simpan semua barang peribadi awak untuk ugut awak? Supaya awak dapat turuti semua kehendak dia?"

Natrah mengangguk. Dia baru sahaja selesai menceritakan segala yang berlaku sepanjang dia berada di Sarawak. Nampak riak menyesal di wajahnya tatkala menyampaikan cerita itu. Andai saja dia tahu Ehsan menipunya, takkan sesekali dia bersetuju untuk pergi berdua dengan lelaki itu. Meskipun atas urusan kerja!


"Bukan simpan ye? But more to merampas!" Natrah tekankan perkataan 'merampas' dengan mimik muka cemberutnya.


Hampir nak tergelak Eirfan dibuatnya. Tapi dia tahan saja tawa itu. Risau pulak Natrah menganggapnya tidak serius.


"Kita orang kat sini risau macam tak cukup esok hari tau? Dengan keadaan kak Bihah, dengan awak yang takde khabar berita. Lepas tu dapat tahu pulak yang awak bukan kat Sarawak"


Sirap oren yang disedut hampir termuntah kembali saat mendengar cerita yang dibawa oleh Eirfan itu.


"Siapa cakap saya bukan kat Sarawak?"

Sudah jelas-jelas, dia memang berada di Sarawak. Terpenjara di dalam kurungan yang direkayasa oleh Ehsan sendiri. Nak ke mana-mana pun tak bebas padahal negara Malaysia adalah negara diplomatik dan bebas melakukan apa saja selagi tidak menggugat keharmonian sesama kaum. Dia agak, itu mestinya olahan si psiko gila itu! Arghhh! Bikin kacau ajerr...

"Mikael. Dia called pihak hotel tempat awak menginap tu dan dorang bagitau yang nama awak dan Ehsan takde dalam guest list dorang. Jadi saya musykil. So saya pergi tanya Hasma dan Azizah. Dorang confirmkan memang awak dan Ehsan ke Sarawak atas urusan kerja. Itupun Hasma tak dapat nak pastikan betul atau tak atas urusan kerja sebab kalau tak silap beberapa bulan sebelum ni urusan kat Sarawak dah clear" terang Eirfan. Untung saja ada Hasma dan Azizah yang bisa memahami keadaannya. Dari situ dia dapat menghidu sesuatu yang tidak kena.

"Lepas tu, saya terus terbang ke Sarawak untuk dapatkan kepastian. Jadi betul tekaan saya. Awak dan Ehsan memang di Sarawak. Ehsan upah orang hotel untuk rahsiakan keberadaan awak berdua di Sarawak atas sebab apa, tu saya tak tahu. Tapi agaknya sekarang saya dah tahu kenapa dia buat semua tu"

Dugaan Eirfan mengenai Ehsan memang tak pernah salah. Dia yakin, Ehsan menaruh hati pada wanita kesayangannya. Semuanya terbukti melalui apa yang berlaku baru-baru ini. Ehsan adakalanya boleh jadi sangat menyeramkan, sehingga tak ada yang berani membantah walau satu pun perkataan yang keluar dari bibirnya.


Natrah mengeluh panjang. Betul seperti apa yang diceritakan oleh Eirfan. Ehsan melakukan semua itu atas satu sebab sahaja. Menginginkan dirinya! Padahal dia tak punya apa-apa. Wajahnya juga taklah secantik mana.

"Saya takut sepanjang berada kat sana dengan dia. Macam-macam boleh berlaku. Hari-hari saya berdoa supaya selalu selamat. Saya tak boleh bayangkan kalau Ehsan buat sesuatu yang gila..."


"Dah. Tak payah fikir pasal tu lagi. Yang penting, awak dah selamat. Awak dah ada di hadapan mata saya" potong Eirfan. Ngeri dia tatkala memikirkan perkara gila semacam apa yang bisa berlaku jika dia terlewat sampai untuk membawa Natrah pergi. Sungguh, dia takkan mampu maafkan dirinya sendiri.

"Thanks Hubby" ucap Natrah dengan iringan senyumnya. Berapa banyak sudah ucapan terima kasih dia beri pada lelaki itu, tetap takkan mampu terbayar dengan apapun.

"Seronoknya ada orang panggil kita Hubby" ujar Eirfan dalam tawanya. Dia mulai membayangkan hidup berdua di samping Natrah dan anak-anak mereka nanti. Arghhh tak sabarnya!

"Gatalll!!" perli Natrah.

"Alaaa gatal dengan dia je" sahut Eirfan kembali.


Kedua mereka ketawa.


"Ohh ye. Pasal resignation awak tu. Confirm ke nak resign? Tak sayang dengan kerja tu ke? Gaji besar tau?" Eirfan kembali serius. Hasrat Natrah untuk berhenti kerja sudah disampaikan oleh gadis itu sendiri tadi.


"Tak!" Laju saja Natrah menjawab.


"Yeke?" duga Eirfan. Saja je tu.. Padahal dalam hati dia dah bersorak gembira. Ada baiknya Natrah berhenti kerja di situ. Dia bukannya apa. Dia risau dengan keadaan Natrah selama mana Ehsan masih di situ setelah apa yang baru berlaku.


"Yelah! Awak tak tahu perasaan saya ni tiap kali berhadapan dengan Ehsan. Rasa nak tercabut je nyawa ni. Tak tenang tau?! Biarlah gaji tu besar ke kecik ke, tapi kalau takde ketenangan, baik cabut lari je"


Eirfan ukir senyum. Sikap positif ini yang digemarinya pada Natrah.


"Lagipun banyak je kerja lain yang lagi besar gaji. Bagi buaya makan ke, mop pantai sampai kering ke, hitung pasir ke..."


"Amboiii hang buat lawak naaa..." tempelek Eirfan dalam loghat utara pulak.


"Ha ha ha" Natrah tergelak. "Rindu laa dengan malaun dua orang tu. Apa erk khabar dorang?"


"Malaun?" Apa pulak tu? Eirfan tak tahu.


"Hasma dan Azizah lerr.."


"Awak memang ada bagi special nickname ke dengan orang yang awak kenal?"


"Alaaa saja je laa.. Buat hiburkan hati"


"Macam awak panggil saya mangkuk hayun dulu kan? Lepas tu Ehsan awak panggil muka kerut bertingkat-tingkat!"


Ooppss!! Natrah malu sendiri. Dia ingat lagi rupanya!


TENGAH HARI itu, setelah mendapat panggilan telefon daripada Azrul mengenai keadaan Nabihah ,Natrah dan Eirfan bergegas ke hospital. Syukur Alhamdulillah. Melalui apa yang dikhabarkan oleh Azrul, Nabihah sudah sedarkan diri pagi tadi dan mencari-cari akan kelibat Natrah.

"Akakkkk!!" panggil Natrah dari arah pintu. Laju saja derap kakinya menerpa ke arah Nabihah. Lantas dirangkulnya tubuh kecik Nabihah itu. Hampir tak bernafas kakaknya dibuatnya.

"Eihhh budak ni!! Kang mati katak pulak aku kat sini" omel Nabihah.

Natrah melepaskan pelukan. Wajah Nabihah dipandang. Kemudian tubuh itu dibawa kembali ke dalam dakapan.

"Eeeeeee Araaa!!" Telinga Natrah dipulas. Teraduh-aduh Natrah dibuatnya.


"Sempat kau erk? Sakit-sakit jadi singa pun boleh kau ni" Natrah menyetir.

"Singa ke harimau ke naga ke.. Dah kau peluk aku macam tak cukup nafas ,maunya aku tak membaham kau?" bebel Nabihah lagi. Pelukan sudah dilepaskan.

"Yelah-yelah! Pian ney"


"Hahhh? Apa kebenda yang kau cakap tu?"


"Sorry laa dalam bahasa Korea"


Gelak tawa Nabihah meletus. "Muka camni nak jadi Korea. Konkrit adalah!"


Berpadu gelak tawa Eirfan dan Azrul di situ.


"Akak nii!! Nak malukan aku, agak-agaklah!" Natrah sudah menjeling kakaknya.


"Nasiblah kau tak pakai kerusi roda masa kawen nanti kak. Kalau tak, maunya scene kau macam dalam cerita hindustan Mann tu. Yang pengantin lelaki dukung pengantin perempuan" tokok Natrah lagi. Masih tak mahu berhenti menyakat kakaknya.


Nabihah memberikan jelingan tajam kepada adiknya. Gurau tak kena tempat budak ni! Aku bagi gak siku ni karang!


"Tapi majlis akak dengan abang tetap berjalan macam biasa kan? Atau ada plan nak tukar tarikh?" Kali ini, nada Natrah kedengaran agak serius.


Wajah Azrul menyenget dengan senyuman. Sekilas, wajah tenang Nabihah dijamu dengan pandangan redup.


"Majlis berjalan macam biasa. Takde tukar tarikh sebab kak Bihah sendiri pun setuju untuk teruskan saja majlis kami. Lagipun semuanya dah selamat. Dia dan Ayish takde apa-apa" Azrul menjawab bagi pihak Nabihah.


"Baguslah tu. Nanti selepas majlis akak dengan abang, In Shaa Allah majlis kami pulak" Eirfan menyampuk. Terujanya nak kawen! He he he...


Laju Natrah berpaling. Wajah tenang Eirfan ditatap penuh pertanyaan. Iye iye je dia ni! Tak bincang apa, suka hati tok pak tok nek dia jaa...


"Bila saya cakap setuju nak kawen dengan awak? Bincang pun tak lagi" Natrah enggan menyetujui walaupun dalam hati dah penuh bunga setaman.


"Yelah tak setuju. Tu muka blushing" sakat Eirfan lagi.


Tiga suara pecah dengan tawa. Membuatkan Natrah malu sendiri. Isk isk isk...


"Ni.. akak nak tanya kau. Apa jadi kat kau masa kat Sarawak?"


Eirfan dan Natrah saling berpandangan.

"NURSE tu tak nak bagitau siapa yang bayarkan bil hospital akak Bihah. Pelik betullah" adu Natrah tatkala tiba di depan kereta milik Azrul.

"Kenapa nak rahsiakan?" soal Azrul pelik.

"Dorang cakap P&C" sahut Natrah pendek. Entah kenapa dia merasakan semua itu ada kaitan dengan Ehsan. Andai saja benar, kenapa pulak dia baik hati nak bayarkan? Atas dasar kasihan ke? Atau sebagai tanda mintak maaf? Atau sebagai bukti keikhlasan dia terhadap Natrah? Eeee, geli pulak bila dia fikirkan si Ehsan tu punya perasaan terhadapnya. Langsung tak masuk dek akal!

"Anggap jelah rezeki Kak Bihah. Kita tak pernah tahu kan, rezeki ni selalu datang tepat pada waktu dalam masa yang berbeza" Azrul menyuarakan pendapat.

"Ye betul tu" sampuk Eirfan pula. "Hudnuzon saja. Yang penting, kak Bihah dah selamat" Walaupun dalam hatinya juga merasakan apa yang dirasakan oleh Natrah, tetapi dia tetap ambil positif akan semua yang telah berlaku. Jika betul Ehsanlah yang telah membayarkan bil hospital tersebut, mungkin rasa penyesalan sudah terbit dalam hatinya. Siapa tahu kan? Allah kan yang bisa membolak-balikkan hati kita.

"Hmm betul tu..abang setuju. Mungkin niat orang tu memang nak bersedekah. Mana kita tahu kan?"

"Tapi orang tu kan tak kenal kak Bihah. Lagipun..."


Laju saja tangan Eirfan menyentuh lengan Natrah. Menghalangnya daripada meneruskan bicara.

"Ada baiknya kalau kita balik sekarang. Rasanya kak Bihah perlu sambung rehat kat rumah" tokok Eirfan pula.


"Kalau macam tu, kita orang gerak dulu" pamit Azrul lalu bersalaman dengan Eirfan.

"Elok-elok bawak kereta tu bang" pesan Natrah sebelum melepaskan Nabihah kepada Azrul.

MEJA kerja diketuk berkali-kali. Wajahnya mendung sahaja. Setelah Natrah pergi meninggalkannya bersama Eirfan tempoh hari, hidupnya kembali sunyi. Tiada lagi senyuman dan suara yang menceriakan hari-harinya. Dia jadi perindu setia yang sudah terpenjara di dalam kurungan hati sang gadis yang dingin. Sejujurnya, dia tak pernah merasa getaran seperti itu sebelumnya. Pada saat dia gah meniti nama di tangga kejayaan, pintu hatinya diketuk oleh seorang gadis biasa.

Bukan berpangkat sang maha dewi atau anak dari limpahan wang ringgit ,namun hanya gadis biasa yang sentiasa mekar dengan senyuman dan tingkah comelnya. Sesiapa yang mendekati pasti rasa selesa dan terpenuhi. Dia tidak pernah kisah akan latar belakang gadis itu, atau apa pun kisah silamnya kerana dia begitu tulus mencintainya. Namun dia hanya bertepuk sebelah tangan dan itu terlalu sangat menyakitkan bagi insan seperti dia.

Kenapa dia harus jatuh cinta pada gadis yang mencintai lelaki yang dibencinya? Dia tidak nafikan betapa sempurnanya Eirfan di matanya. Bahkan, dia juga tidak menolak jika satu dunia mengatakan yang baik-baik mengenai lelaki itu kerana Eirfan memang seorang lelaki yang baik. Meskipun lelaki itu tidak pernah menyakiti atau merebut apa-apa daripadanya, namun kehadirannya sedari kecil sudah dibenci hanya kerana status anak tiri!

Dia benci dengan perasaannya saat ini. Dia benci dengan keadaan sekelilingnya. Dia ingin merebut Natrah daripada Eirfan tetapi dia tahu, aura cinta mereka terlalu kuat untuk digoyahkan. Dari mata Natrah, dia lihat segunung cinta buat Eirfan. Sedangkan Natrah melihatnya tak ubah seperti seorang semut merah, terlalu kecil dan kerdil.


Kenapa? Kenapa Natrah tega memperlakukannya seperti ini? Kenapa Natrah tidak mahu memberikannya peluang walau sezarah rasa? Dia tak minta wang atau kekayaan kerana dia sudah cukup semua itu. Yang dia inginkan hanyalah masa dan kesempatan dari gadis itu buat mengenali dirinya. Dan seandainya Natrah bisa memberikan itu semua dan masih tetap ingin pergi, maka dia akan mengikhlaskan semuanya. Namun kuatkah dia?

Meja kerja dihentak sekuat hati. Takkk! Masakan dia harus mengalah dengan lelaki yang tak punya apa-apa seperti Eirfan? Dia harus memiliki Natrah, tidak kira apa cara sekalipun!

"Awak takkan dapat lari dari saya Natrah! Sampai bila-bila! Bahkan hingga jasad dihempap bumi sekalipun, saya akan tetap menghantui awak"

"WEYYY, hang dah balikkkk!! BFF aku dah balikkk" Azizah menerpa ke arah Natrah yang baru menapak keluar dari lif. Dipeluknya tubuh kecil molek itu sehingga tak bernafas Natrah dibuatnya.

"Hang nak bunuh aku ka?" tanya Natrah dalam loghat utara. Dia kalau dengan Azizah, automatik pulak bercakap utara. Aisehmennn...

"Sorry. Sorry" ucap Azizah.

Hasma sudah berdiri di sebelah Natrah.

"Sorry sorry. Sorry naik feri lerr" omel Natrah. Langkah kaki diteruskan menuju ke meja kerjanya.


"Apasal kau tak contact kita orang masa kat sana?" Hasma menerpa dengan soalan setelah selesai memeluk Natrah.


Beg sandang diletakkan di atas meja. Tubuhnya disandarkan ke bahu kerusi. Hmmm selesanya! Matanya pula terpejam rapat.


"Haaaa aku tauuu.. Hang dok happy happy go lucky bercinta dengan bos kan kat sana?" terjah Azizah pula. Dagunya memangku di atas meja. Matanya tak berkedip memandang wajah comel Natrah itu.

"Awat hang makin kuruih haa?" tegur Azizah tatkala perasan akan perubahan pada wajah dan badan Natrah.

"Ada kuch kuch ho tai ka antara hang dengan bos?" tanya Azizah lagi.

Mendengarkan itu, mata Natrah yang terkatup rapat, tercelik kembali. Hatinya berdetak hebat tatkala nama Ehsan dibangkitkan. Dia jadi trauma. Masih teringat akan kelakuan gila Ehsan ketika di Sarawak tempoh hari.

"Kau ni...macam paparazzi. Banyak betul soalan. Kawan tu baru je sampai. Bagilah dia masa sikit" tegur Hasma dengan kelancangan Azizah itu. Kepo tak bertempat minah ni!

"Sorry lerr.. Aku excited je nak tahu cerita. Yelah, kau tak khabar apa-apa pun kat kita orang. Ehh, kau tahu tak, yang encik Eirfan pun cari engkau masa kau kat Sarawak? Satu ofis ni kecoh tau?" ujar Azizah. Hilang pulak loghat utaranya kalau bercakap serius.

Natrah tak terkejut akan itu. Eirfan sudah menerangkan segala-galanya. Yang jadi persoalan sekarang, kenapa pulak satu ofis kecoh? Pasal apa??

"Kecoh kenapa?" tanya Natrah.

"Kecohlah sebab encik Eirfan sampai called kita orang tanya kau kat mana. Sebab dia cakap yang kau dan bos takde kat Sarawak. Tu yang kecoh satu ofis ni. Dah macam tsunami dah! Semua dok cari informasi pasal kau dan bos" sahut Hasma pula. Dari berdiri, dia kini sudah duduk di atas meja kerja Natrah.

"Sampaikan kita orang ingat yang kau dan bos date kat tempat lain. Tapi betul ke kau dan bos bercinta?" tanya Azizah lagi. Sejak dari kejadian Eirfan menelefon tempoh hari, semua orang membuat spekulasi sendiri mengenai hubungan Natrah dan Ehsan.

"Nope! Siapa yang sebarkan fitnah tu? Aku tak bercinta dengan bos lah! Lagipun aku plan nak resign" Natrah bersikap jujur. Makin dibiarkan makin menjadi pulak! Sejak bilalah dia bercinta dengan Ehsan?! Dalam mimpi pun jangan harap ianya akan terjadi! Dia berharap sangat selepas saja dia meletakkan jawatan, hidup dia akan aman dari bayang-bayang Ehsan. Dia dah bosan asyik dikejarkan dengan bayang-bayang lelaki itu. Dia jadi trauma dan fobia pulak!

"What?? Kau nak resign?!"

Hasma dan Azizah serentak bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience