Bab 27

Crime Series 28897

May merenung lama gambar Qarl. Sudah tiga hari dia menunggu berita daripada Jason mengenai Qarl. Entah di mana mamat mafia tu menyorokkan diri.

"Sayang, tak lama lagi kita akan bersama, okay. I miss you so much."

Jaket Qarl dia peluk.

"Maafkan I... I want you. And she will die."

May masih tidak dapat melupakan wanita yang berada dalam pelukan Qarl. Tak mungkin mereka sepupu.

Qarl kelihatan mesra dengan wanita itu.

"Argh!"

Kertas kerja yang berada di atas meja habis ditolaknya jatuh ke lantai.

"Apapun jadi Qarl, you tu milik I... Takkan sesiapa boleh rampas you dari I."

"I'll kill her. I swear, baby."

May ketawa sekuat hati. Gambar Qarl ditunjal-tunjal dengan pisau.

"Anything related with you, I'll kill them."

Pada mulanya memang May mahukan harta. Berkahwin dengan Qarl dan melahirkan zuriat? Euww...

Dia cuma mahukan harta dan juga memiliki Qarl Lee. Lama kelamaan, dia mula sayangkan Qarl. Memang dia tersilap langkah membunuh parents Qarl disebabkan perhubungan mereka tidak direstui.

Qarl makin bencikan dia. Sedangkan dulu, dia la wanita yang paling dipuja oleh lelaki itu. Qarl takkan boleh tinggalkan dia.

Takkan.

"Oh baby, just wait and see. Game is not over yet. We will see who's gonna be the winner. I don't want lose anything."

Pintu bilik diketuk kuat tiba-tiba.

Terpacul bayang Laura di muka pintu.

"Kau dah kenapa? Ada aku suruh kau masuk bilik aku?"

May melayangkan sebuah buku ke pintu. Nasib baik Laura sempat mengelak.

"Sorry, Miss May. Someone wants to see you."

Laura tunduk takut-takut melihat May memegang pisau.

"Siapa?"

"Jason."

May mencampakkan pisau ke atas meja.

"Suruh dia masuk!"

Jason memandang bilik pejabat yang berselerakan.

"Kalau kau datang nak bagi info yang kau masih tak tahu berita, jangan menghadap aku langsung."

Belum sempat berkata apa-apa, dia sudah diherdik teruk.

Hot temper betul amoi ni. Nasib baik kau cantik.

"May, sini pejabat. Behave please."

Berdesing telinga May mendengar.

"Kau siapa nak ajar aku? Kau tu cuma orang suruhan aku."

"I sayangkan you May. Lebih dari you sayangkan Qarl."

Dia tidak dapat memendam perasaan dia lagi. Dia tidak mahu May mengharapkan Qarl.

"Cakap lagi sekali!"

Jason menentang mata May dengan berani.

"I love you."

Pang!

Tidak semena-mena pipi Jason ditampar.

"Kau sedar diri sikit. Cermin sikit muka kau. Kau tak sama taraf dengan Qarl. Kau tu cuma kuli aku."

Jason memegang pipi. Pertama kali dia ditampar oleh perempuan. Dia tak suka berkasar dengan perempuan.

"May... I..."

"Shut up!"

Angin May asyik ribut tidak menentu.

"I'm sorry. I cuma mention apa yang I rasa."

Sebab dia sayangkan May, dia sanggup jadi kuli May. Dikerah buat itu ini.

May menghenyakkan punggung ke sofa.

"Kalau you asyik mengamuk macam ni, I yakin Qarl takkan kembali pada you."

"Don't say anything. Please, Jason. Please..."

May menekupkan wajah pada bantal.

Stress. Sedih. Sunyi.

Jason menghampiri.

"I understand. But control your emotions. I ada bila you perlukan I."

Dia menarik kepala May lalu menyandarkan ke atas bahunya.

"I nak Qarl sorang. I don't want anyone else."

"Kita cari Qarl nanti. I ada idea, May."

Dia membisikkan sesuatu ke telinga May. Rambut May dielus lembut.

May senyum. Jason dapat memujuk dia.

"I yakin tu je cara dapat buat Qarl munculkan diri."

"I bergantung harap dekat you, Jason. Jangan kecewakan I..."

May memaut jari jemari Jason.

"Malam ni temankan I... Boleh?"

"You taknak hati I... Tapi you nak I temankan you."

"Jason, I sunyi... I need someone to talk. And I'm really sorry, sebab I tertampar you tadi. I tak maksudkan macam tu pun."

Jason senyum. Dia tahu May susah nak masuk perangkap. Susah dia nak buat May jatuh dalam dakapan dia. Dan, dia tak kisah jika May mempergunakan dia demi kepentingan diri.

May memejamkan mata. Jason berjaya memujuk dia. Redakan amarah dia. Yang sebenarnya, dia mengharapkan yang berada di sisinya di saat ini adalah Qarl.

Where are you now, Qarl?

It's okay. Kita akan bersua tak lama lagi. Just you and me. Kau tak boleh larikan diri jauh dari aku.
. .
. Qarl tersedak dengan air Oren yang diminumnya.

Sekilas dia memandang Anna. Cantik. Wajah Anna yang putih kemerahan membuat hatinya bergelodak.

"Kau letak apa dalam air minuman aku?"

Aku yang sedang mengait buah rambutan dengan galah berhenti sejenak.

"Mana ada letak pape."

Qarl mengesat mulut dengan tuala di muka. Pagi ini, kemain semangat dia menjengah kebun ayah Anna.

"Aku rasa macam kelat tekak aku ni. Terasa orang sedang mengata."

"Apa kaitan dengan saya?"

"Yela. Kot-kot la kau mandrem aku. Supaya tak sayangkan kau lagi."

Malas aku nak layan dia ni.

Mata masih fokus ke arah buah rambutan yang sedang merimbun lebat di dahan pokok.

Kali ni susah pulak nak jatuhkan buah-buah ni.

"Meh sini aku tolong kau."

Qarl memaut galah yang sama. Sehinggakan tangan mereka terpaut.

Aku alihkan tangan.

"Nah. Buat la sorang. Saya nak balik."

Badan aku sudah berlengas. Rasa rimas. Dengan nyamuk di sekeliling.

"Eh, janganlah. Temankan aku."

Tak sampai berapa minit, buah rambutan tu jatuh berguguran ke atas tanah.

"Wah..."

Power betul tangan mamat ni. Laju je mengait.

"See my level."

Qarl buat muka berlagak.

"Yela, tahu awak tu hebat."

"Aku taknak balik."

Wajah dia serius.

"Aku suka kampung kau. Aku suka keluarga kau. Aku suka kau dan semuanya berkaitan dengan kau."

Wajah dia masih tidak beriak. Tidak seperti sedang mengusik.

"Kalau awak nak stay sini sampai bila-bila pun saya okay."

Aku mengutip buah rambutan dan memasukkan ke dalam bakul berwarna coklat.

Aku faham maksud Qarl. Tetapi, aku anak sulung. Aku masih perlu tamatkan pengajian dan bekerja untuk menyara family aku.

Kalau Qarl sudi tunggu aku... Mungkin Qarl jodoh aku.

"Tempat aku bukan dekat sini, Anna."

Aku jadi sedih dengan kata-kata dia.

"Aku nak bawak kau balik bersama aku. I want to be with you, everytime."

Mana mungkin... Kehidupan kita berbeza. Awak dengan dunia gelap awak.

"Aku..."

Telefon bimbit Qarl berdering.

"Hello, Shark. Kan aku dah cakap jangan cari aku buat masa ni."

"Bos, May..."

"Aku taknak dengar nama tu."

Cepat-cepat Qarl memintas kata.

"May dah bunuh orang Mr. Ramon. Dia mengamuk."

"So, apa kaitan dengan aku?"

Qarl mencuri pandang ke arah Anna yang masih mengutip buah rambutan.

"Bos, dia ugut Mr. Ramon untuk beritahu kat mana bos berada sekarang."

"Orang tua tu bukan tahu pun aku kat mana."

"Kief pun kena tangkap dengan orang May. Risau dia bocorkan rahsia kita tinggal di mana."

Aku cuba curi dengar perbualan Qarl yang sedang marahkan seseorang.

"Kan aku dah cakap, be careful. Kief tu pergi langgar kawasan kenapa. Degil. Taknak dengar cakap aku."

"Bos, better bos balik. Anytime je Kief boleh bukak mulut bos. May tu kan gila. Dia boleh paksa dan apa-apakan Kief dengan mudah."

"Damn."

"Kau dengar sini, Shark. Nanti aku balik cepat. Kau arahkan konco kita standby je. Aku memang tak sabar nak bunuh dia."

Bunuh?

Aku dengar perkataan bunuh dari bibir Qarl.

"Anything aku update kau. Kau jangan pandai-pandai gerak. Tunggu arahan aku. Faham?"

"Tapi bos..."

"Shark, just follow my instructions."

Qarl meninggikan suara.

"Baik, bos."

"Okay. Bye."

Aku pandang wajah Qarl.

Dia melarikan pandangan.

"Kenapa Shark call?"

"Bukan masalah kau."

Qarl mengangkat bakul buah tersebut dan berlalu pergi tinggalkan aku dengan tanda tanya.

Hati aku jadi tak sedap. Takut sesuatu yang buruk akan berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience