PELUKAN di lepaskan. Kepala Nurjihan di usap lembut menatap penuh kasih.
"I'm sorry."
Tuan Syed Iqwal menatap redup sepasang mata yang berkaca di hadapannya itu lalu dia bangun dan menuju ke pintu bilik.
Nurjihan mengganguk. Sungguh dia gerun melihat ketegasan Tuan Syed Iqwal ini. Benarlah apa yang di kiaskan selalu oleh Benjamin kepadanya.
Klak !
Kelam kabut Syifa dan Benjamin menjauh dari pintu itu bila kedengaran selak pintu di buka dari dalam.
Tuan Syed Iqwal dengan segera masuk ke bilik bacaan tanpa memperdulikan kedua-dua orang pembantunya yang ada di situ.
Dengan pantas mereka berlari masuk ke dalam bilik dan mencari Nurjihan.
"Cik Jihan.. Cik Jihan..okay ke?"
Tangan Nurjihan di belek-belek oleh Syifa cemas.
"Ada luka dekat mana-mana ke?".
Nurjihan menggeleng. "Tak..tak Jihan okay Kak Syifa".
Mereka menghembuskan nafas lega. Benjamin membersihkan serpihan kaca yang bertaburan di lantai itu dan Syifa membawa Nurjihan balik ke biliknya.
Tuan Syed dan egonya tak pernah turun dari paras biasa. Namun Benjamin percaya yang lama kelamaan nanti tembok keras ego lelaki tersebut bakal hancur sepenuhnya oleh insan yang tepat.
RUANGAN E-mail di google di buka. Dalam fikiran Tuan Syed Iqwal kini hanya ada seseorang yang faham masalahnya untuk di luahkan.
TO: N.DIANA@gmail.com
HI AMI,
ARE YOU THERE? I NEED YOU TO TALK....
Butang hantar di tekan. Dia menghembuskan nafas berat menyandarkan kepalanya di kerusi empuk itu dan kedua-duanya tangannya di lapikkan di belakang kepalanya menunggu emailnya di balas oleh seseorang yang di tunggu itu.
Selepas 10 minit...
from : N.DIANA@gmail.com
HI IQ,
YES, I'M HERE. ABOUT THAT GIRL ? ALRIGHT, AMI SEDIA NAK DENGAR. TELL ME ABOUT IT.
Tuan Syed Iqwal mula menaip..
To : N.DIANA@gmail.com
IQ TAK TAHU IQ KUAT KE TAK NAK BIAR DIA TERUS JADI KARLISA. MEGAT HAIDER IS THE PROBLEM...
IQ TAK SUKA. SOMETIMES I CAN'T CONTROL MY FEELING.
3 minit kemudian..
from : N.DIANA@gmail.com
NO, IQ KENA CONTROL PERASAAN IQ. DON'T RUINS IT. KITA HAMPIR NAK TEWASKAN MEGAT RUSYDI.
AMI FAHAM YANG IQ SAYANG DIA, BUT...BE PROFESSIONAL. I KNOW SHE'S A VERY GOOD WIFE TO YOU. PUT YOUR TRUST ON HER.
Sudah bertahun-tahun mereka berhubung melalui email. Bagi Puan Diana, dia lebih selesa berkomunikasi melalui email. Sengaja tidak mahu berhubung melalui talian telefon. Hatinya tidak kuat mendengarkan suara anak kesayangannya itu dan demi keselamatan anaknya juga kerana orang-orang Megat Rusydi mungkin ada di mana-mana memerhati jika mereka leka dan alpa.
*********
PIA mematikan enjin motor skuternya dan bergerak menuju ke arah kelas kanak-kanak istimewa tersebut. Dia mula melayan kanak-kanak itu. Kemudian matanya meliar mencari kelibat Farid.
Tak ada ? mc ke ? hmm..
"Sophia".
Terkejut Pia bila di tegur seseorang dari arah belakang. Kelihatan Norida yang merupakan salah seorang cikgu di situ tersenyum ke arahnya.
"Lama dah sampai?".
Pia menggeleng.
Bahasa isyarat Pia : Baru je.
Pia turut tersenyum.
Bahasa isyarat Pia : Cikgu, saya nak tanya...Cikgu Farid mana ? saya tak nampak pun hari ni. Cuti atau mc ke?
Norida berfikir sejenak untuk mengingat kembali.
"Haah Cikgu Farid ambil cuti hari ni. Dia nak bertunang."
Zap !
pedih hatinya bagai di hiris belati tajam saat itu.
Tunang ? kenapa ....
Pia terkesima dalam dunianya.
"Sophia..." Namanya di panggil dan bahunya di pegang lembut oleh Norida.
Pia kembali sedar dan sedaya upaya menutup rasa sedih dia dengan tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan gigi hadapan.
"Farid tak bagitahu Sophia ke ?". Tanya Norida risau jika soalannya melukakan hati Sophia kerana dia dan Farid begitu rapat.
Bahasa isyarat Pia : Tak..tak..Farid ada bagitahu, saya yang terlupa Cikgu.
Bohonglah Pia. Biar tiada siapa tahu hatinya kini terusik sedih. Tidak perlu salahkan takdir. Itu memang sudah tertulis.
Pia memarkirkan skuternya di tepi jalan, kini dia mahukan ketenangan berjalan seorang diri melalui kawasan rumah lama mereka dahulu.
Arghh !! ni salah kau sendiri Pia. Sebelum biar untuk jatuh hati kau perlu check dulu tu pakwe orang atau bukan. Sekarang ni dah masalah !
Aku punya la syok dekat dia. Dia pun baik punya layan aku..tengok-tengok orang lain punya ?
APA...LAH KAU NI SOPHIA HANA !!
Berbakul-bakul leterannya di tujukan padanya diri sendiri.
Tin kosong di atas simen itu di sepaknya geram. Biar sakit di dadanya itu hilang berterbangan bersama tin kosong tersebut.
"Aduh !".
Jerih kesakitan dari seseorang yang duduk di bangku batu berhampiran jalan.
Alamak ! ada orang ? Pia memandang ke arah lelaki itu.
"Oohoii, kau rupanya yang sepak tin ni sampai kena aku?."
Tegur dari seseorang lelaki yang mendekati Pia.
Pia gelabah. Kedua-dua belah tangannya di goyang-goyang di hadapan lelaki itu.
Aduh, sorry bro tak sengaja.
Jerit hati Pia berkata kepada lelaki itu.
Dia hairan melihat gadis di hadapannya itu tidak berkata sepatah perkataan pun. Hanya riaksi kalut di tayangkan.
"Apa tu? (melakukan gerakan tangan yang sama seperti Pia). Bisu? tak ada suara?". Tanya lelaki itu.
Pia mengganguk laju.
Lelaki itu beriak pelik.
Pia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu lalu di tunjukkan kepada lelaki itu.
YE SAYA BISU. SAYA NAK MINTA MAAF SEBAB TERSEPAK TIN TU KENA AWAK. SAYA TAK NAMPAK AWAK DUDUK DEKAT SANA.
SAYA BETUL-BETUL MINTA MAAF...
Lelaki itu kini rasa bersalah kerana kelancangan mulutnya berkata. Tidak di sangka gadis di hadapannya itu bisu. Dengan tidak membalas kata dia terus kembali ke kerusinya tadi dan mengambil beg sandangnya dan berlalu pergi meninggalkan Pia yang berada di situ kehairanan pula melihatkan dia.
Aik, terus blah?
Pia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Kembali terkenangkan Farid si pujaannya hati yang tidak kesampaian memiliki.
Hampeh !
LAMAN blog di buka. Nurjihan berasa ingin meluah sesuatu di ruangan itu.
Coretan hari ini : Luka
Waktu yang berjalan tidak menyembuhkan,
Hanya membuatkan kita terlupa.
Ketahuilah..
Dirimu tidak sembuh,
tetapi...
Dirimu sedang terlupa.
-Senorita r-
(Senorita r) Nama samaran yang tidak asing bagi pengikut Nurjihan yang berada di laman sosial blogger. Banyak pengikutnya dalam kalangan orang yang suka berpuisi atau mencari motivasi. Nurjihan berjinak-jinak dengan penulisan blog sejak dari umur 18 tahun di mana dia tiada tempat untuk meluah sejak ketiadaan bapanya dan dia mengambil inisiatif menulis ini sebagai luahan perasaannya. Tidak di sangka penulisan di blognya mendapatkan perhatian.
Seketika, dia ternampak simbol notifikasi menyala bertukar warna.
'White Jasmine' comment on your post.
White Jasmine : Kerana luka terciptakan dari orang yang kita anggap istimewa. Tak akan bisa sembuh. Keep Strong Senorita r !
Nurjihan tersenyum, Whites Jasmine ini selalu menjadi antara pengikutnya yang menangkap perhatian Nurjihan.
Apa yang dia tahu, balasan coretan dari White Jasmine itu lain dari yang lain. Mungkin diri mereka melalui jalan yang sama?
"Senorita r? such a cute name."
Suara dari arah belakang Nurjihan itu membuatkannya kaku.
Sejak bila ada orang di belakangnya ? bila dia masuk? atau... aku yang tidak sedar ?...
"I don't know that you're a blogger."
Suara Tuan Syed Iqwal sekali lagi begitu dekat di cuping telinga kanannya. Meremang rasa.
"Er.. tak ada la. Suka-suka je tulis. Bukan blogger sejati pun."
Laptop terus di lipat menutup pandangan Tuan Syed Iqwal dari terus menatap skrin. Dia gugup setelah ada yang mengetahui identitinya. Kantoi dengan suami sendiri ! . Cepat-cepat dia berdiri menghadap Tuan Syed Iqwal.
"Ye Tuan Syed nak apa cari saya?".
Tanya Nurjihan tidak berani menatap mata galak lelaki itu.
Matanya jatuh pada kedua-dua belah tangan mulus isterinya. Di gapai kedua-dua tangan itu dan elus lembut.
"Saya nak tidur dengan awak malam ni. I can't sleep."
Patutlah.... dia kehairanan sudah pukul 12.30 malam. Lelaki di hadapannya ini bukan jenis burung hantu tidur lambat.
Baginya Tuan Syed Iqwal itu separuh-separuh sikapnya terhadap Nurjihan. Separuh baik dan mungkin separuh jahat. Tidak di paksa Nurjihan untuk melayaninya.. Tetapi memaksa Nurjihan mengahwininya beserta sikap dingin yang ada padanya membuatkan Nurjihan bingung.
Nurjihan mengganguk perlahan dan dia hanya bergerak mengikuti tarikan tangan dari Tuan Syed Iqwal ke katil.
p/s : mari teka meneka... Agak-agak...Siapa White Jasmine? Readers yang sudi bagi jawapan boleh comments okay :)
Share this novel