BAB 23

Drama Completed 44039

Nabilla menyiapkan dirinya sebelum beransur semula ke Perak.Dia tersenyum apabila melihat Irwan menolongnya angkat barang.

"Kak bell ambil ni.Jangan tak makan,"kata Irwan,memberikan kek coklat kepada Nabilla.

"Aww,terima kasih pak uda.Selamat hari jadi.Semoga Allah berkati pak uda,"

"Aamiin,"

Tiba-tiba,mereka terdengar bunyi budak menangis."Nak aunty bell,"rengek Ikbal,pergi ke arah Nabilla.Nabilla memandang Iskandar yang sudah hampir putus asa memujuk anaknya itu.

"Nanti aunty bell datang lagi Ikbal,"

"Tak mau,"kata Ikbal,merengek.Nabilla pun mendukung Ikbal.Dia mengesat air mata Ikbal dan memandang Iskandar.

"Alo lo,jom jom kita balik,"

"Anak aku,"kata Iskandar.

"Rumah kita depan-depan ja paksu,"terkejut seluruh ahli rumah di situ.Mereka seolah-olah tidak percaya.

"APA?!"

"Aik,semua tak tahu lagi?"tanya Nabilla,keliru.

"Mana tau,"

"Rumah paksu dengan kak bell depan ja,"jelas Nabilla ketawa.

"Nanti kak bell hantar Ikbal.Biarlah dia duk dengan kak bell sekejap.Kan?"Ikbal mengangguk-angguk.Nabilla tersenyum.

"Assalammualaikum semua,"

"Waalaikummussalam.Hati-hati kak bell,"kata mereka.

(malamnya)

Nabilla bermain bersama Ikbal.Sungguh,dia membayangkan bahawa Ikbal seolah anaknya.Dia tersenyum.Kecomelan Ikbal sungguh berbeza.

"Assalammualaikum,"

"Waalaikummussalam,"Nabilla pun membuka pintu.Terkejutnya dia apabila melihar Thaqif bersama Wasila di depan pintunya.

"Hi,"keliru Nabilla melihat Thaqif tersenyum memandangnya.

"Hi kak bell,"panggil Wasila.

"Hi Wasila!Masuklah,"kata Nabilla.Wasila tersenyum manis sambil menggendong bayi.

"Eh baby?Nama?"

"Zaim,"kata Wasila dan itu membuatkan Nabilla tersenyum.

"Ouh,comel,"katanya gembira.Mereka pun masuk ke rumah Nabilla itu.

"Cantik rumahnya,"kata Wasila,teruja.Rumah Nabilla bertemakan alam flora.Hiasan bunga di setiap sudut rumahnya membuatkan dia takjub.Bunga sebenar!

"Alaa.Biasa jela.Rumah bujang-bujang.Eh silap.Janda,"kata Nabilla ketawa dan begitu juga Wasila.Thaqif hanya mendengar.Dia tersenyum apabila melihat senyuman gadis itu.Sama seperti dulu.

PIN PIN!

Terkejut mereka mendengar bunyi hon kereta di luar.Nabilla pun berdiri dan melihat siapakah gerangan itu.

"Paksu?"

"Hi kak bell,"panggil Irwan dan Irdina sambil melambai.

"Laa,nak mai pun bawak kereta ka?Rumah kat depan ja,"kata Nabilla.Iskandar tersenyum.

"Depa nak ikut sekali hang tengok?Ketegaq sangat na,"kata Iskandar,menjeling.

"Rumah dekat ja,"kata Irdina,membalas jelingan.

"Masukla.Abang Thaqif dengan isteri dia ada kat dalam sekali tau,"Iskandar mengangguk.Mereka pun masuk ke dalam rumah tersebut.

"Assalammualaikum,"sapa Iskandar kepada tetamu yang sedang duduk di ruang tamu itu."Waalaikummussalam,"jawab mereka.

Iskandar tersenyum memandang mereka yang sedang memandangnya juga.Lekas dia bergerak ke arah dapur diikuti dengan Nabilla.

"Jemputlah makan biskut tu dulu ye,"kata Nabilla,menunjukkan beberapa balang kuih dan biskut di atas meja.Thaqif dan Wasila mengangguk.

"Hang masaklah apa-apa.Aku beli ni ja,"kata Iskandar,meletakkan satu persatu barang yang dibeli olehnya.

Nabilla ternganga."Banyak ni paksu,"

"Takdak banyaklah.Hang masaklah apa yang patut,"

"Siap ada laksa lagi ni?"

"Laksa tu aku nak masak,"

"Paksu reti masak laksa ka?"

"Kacang ja,"

"Iyaka?"

"Tak hensem takpak janji pandai masak,"Nabilla menjeling."Paksu ada kat sini sampai pukul berapa?"

"Ikut hanglah,"

"Sampai malam okay jugak an?"

"Hang suruh aku tidur sini pun aku tak kisah,"kata Iskandar,memandang Nabilla sambil mengangkat-angkat keningnya.Nabilla mengerutkan dahinya.Is this Iskandar or Rizzkandar?

"Kalau macam tu,sambal sotong kita masak malam ni?"

"Mantap!"Nabilla tersenyum."Kak bell nak tolong apa?"

"Eh tak payah.Hang pi tengok tetamu hang tu.Kang apa pulak dia kata,"

"Betul?"

"Haiwat?Tak caya?"

"Ha'ahh.Paksu reti ka masak laksa?"

"Don't judge a book by its cover.Belum tengok belum caya tau,"Nabilla hanya menjeling.

"Okay paksu,"kata Nabilla dan pergi ke ruang tamu.

"Anak siapa tu?"tanya Wasila apabila melihat anak kecil yang sedang bermain permainan di ruang tamu."Anak Iskandar,"

"Ouh,comel anaknya,"kata Wasila dan Nabilla tersenyum sambil mengangguk.

"Tembam pun tembam kan?"

"Tulah,"

"Zaim berapa bulan dah?"tanya Nabilla.

"9 bulan,"jawab Wasila.Nabilla mengangguk sambil tersenyum.

"Seronok tengok mukanya.Sebijik macam Wasila,"kata Nabilla pula.

"Alhamdulillah.Yes!Akhirnya,"

"Aik,kenapa ni?"tanya Nabilla,ketawa melihat reaksi Wasila.

"Ramai orang kata Zaim ikut muka macam Thaqif,"Nabilla hanya ketawa.

"Ouh,ni first time la ni?"

"Ha'ah,"kata Wasila,ketawa.Nabilla melihat Thaqif yang hanya mensantapkan biskut itu.Dia tersenyum."Tak cakap pun Thaqif?"kata Nabilla,bergurau.

"Tak tau nak habaq apa,"kata Thaqif,berloghat Pining dan itu membuatkan mereka ketawa.

Tiba-tiba,Thaqif tertangkap beberapa bingkai gambar yang diletakkan di atas meja televisyen.Ada gambar Nabilla yang sedang memakai jubah konvokesyen dan juga gambar di lautan bersama saudara maranya.Cuma satu gambar yang menarik minatnya.Gambar Nabilla bersama dirinya yang memakai pakaian putih.Itu adalah gambar perkahwinannya!Nabilla masih menyimpan?

Dapat juga dia melihat rak yang dipenuhi dengan beberapa album dan dia juga percaya bahawa album-album tersebut adalah album gambar perkahwinannya kerana mereka berkongsi album yang sama.

Kini dia melihat Nabilla yang sedang ketawa bersembang bersama isterinya.Dia terasa dirinya hilang.Kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam kehidupannya.Cukup berharga sehingga mampu membuatkan dia berhenti bernafas jika tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience