BAB 24

Romance Completed 67139

       BUTANG kemeja putih berjenama Giorgio Armani disarung pada tubuh. Lalu, dibutangkan satu persatu. Aiden meninggalkan tiga butang pertama terbuka terlebih dahulu. Mahu memudahkan dia mengikat tali leher pada kolar bajunya nanti.

Sesekali matanya akan mengerling pada jam digital diatas meja. Mahu memastikan dia tidak terlewat menghadiri mesyuarat penting syarikat sebelum berangkat ke Itali. Kedengaran pintu bilik dibuka.

Pandangan Aiden serta-merta beralih ke arah bunyi itu tadi. Figura Adara muncul dalam pandangannya membuatkan dia terasa senang. Adara menilik Aiden dari atas sampai bawah, meneliti sut kerja yang selalu dipakai oleh suaminya setiap kali perlu berada di pejabat.

"Nak pergi office ke?" Adara mengatur langkah menuju ke arah Aiden. Aiden bergumam tanda mengiyakan. Pandangan dihalakan pada Adara sambil membetulkan butang lengan kemejanya.

"Nak ikut boleh tak?" Pinta Adara sambil tersenyum kambing. Sebaris giginya yang putih ditayang. Aiden mengangkat kening.

"No, duduk rumah. Teman Mak Jah. Irsyad ada kalau nak beli apa-apa." Arah Aiden dengan nada tegas. Tak kasar seperti mahu marah. Tapi cukup sekadar membuatkan Adara patuh pada kata-katanya.

Mendengar jawapan daripada Aiden, Adara memuncungkan bibir. Hilang sudah senyumannya tadi. Diganti dengan cebikan bibir mungil milik Adara. Matanya menjeling pada Aiden yang sedang cuba mengenakan tie pada kolar bajunya.

"I see that, sweetheart."

Tegur Aiden tanpa melihat Adara. Matanya tertancap pada pantulan dirinya di cermin. Dia sudah menghafal segala tindakan Adara tanpa perlu melihat isterinya. Sudah masak dengan tindak tanduk Adara dalam setiap keadaan.

Adara berpeluk tubuh, tak berpuas hati apabila perbuatannya tadi disedari oleh Aiden. Mata tajam bagai helang milik Aiden memang tak boleh bawak bincang! Adara masih memonyokkan wajah.

Hari ini dah masuk minggu kedua dia tak dibenarkan keluar rumah. Semuanya sebab serangan orang upahan Tuan Malik terhadap dia. Apa salah diri dia pun dia tak tahulah.

Disebabkan kejadian itu jugalah, dia dikurung di rumah atas arahan Aiden sendiri. Kalau orang lain kena berkurung di dalam rumah disebabkan positif covid, Adara terkurung sebab Aiden tak bagi!

"Aiden..." Panggil Adara meleret. Atau lebih kepada merengek. Sekali lagi Aiden hanya mengumam sebagai balasan. Adara julingkan mata tanda menyampah.

"Nak ikut... Boleh la... Boleh la..." Rengek Adara memaut lengan Aiden. Kelopak matanya dikedipkan beberapa kali. Tangannya yang memaut lengan Aiden digosok ke atas ke bawah.

Aiden menjeling Adara sekilas. Mata Adara yang dikedipkan membuatkan dia lemah. Dia kembali menghalakan pandangannya semula ke hadapan.

"Adara, no."

Kali ini perlahan saja nada Aiden. Lembut dan tidak tegas seperti tadi. Adara tahan senyum apabila menyedari perubahan nada Aiden. Tahu rancangannya berjaya.

"Bagilah aku ikut. Kesian aku sorang-sorang. Tak kesian dekat aku ke?" Adara cuba bernada sedih. Wajah comel ditayang pada Aiden. Mahu memujuk suaminya.

"Kan ada Mak Jah-"

"Shhh." Adara meletakkan jarinya pada bibir Aiden. Menghentikan kata-kata suaminya serta-merta. Aiden merenung anak mata Adara.

Perlahan-lahan, tangan Adara bergerak membutangkan butang baju kemeja milik Aiden yang terbuka tadi. Dengan sengaja, Adara mengusap dada bidang suaminya yang terdedah. Membuatkan Aiden terpejam menahan rasa sentuhan lembut Adara pada kulitnya.

Adara tersenyum senget melihat reaksi Aiden. Tak sia-sia dia belajar dengan Adila sebelum ni. Tak sangka juga tunjuk ajar Adila berjaya. Entah kenapa dia berani macam ni sekali pun dia tak tahu. Apapun,

Thanks Dila!

Tali leher yang terikat kemas pada kolar leher Aiden ditarik Adara. Membuatkan wajah Aiden menunduk menghadap wajah Adara yang sedang mengedipkan mata. Aiden menelan air liur. Halkumnya kelihatan bergerak-gerak.

"Nak ikut." Bisik Adara manja pada telinga Aiden. Nafas hangat Adara menerpa pada leher Aiden yang sensitif. Sekali lagi, Aiden memejam mata menahan diri. Adara sudah bersorak gembira di dalam hati.

Tapi hanya seketika. Kerana tanpa amaran, pinggang ramping Adara sudah berada di dalam pegangan Aiden. Wajahnya suaminya disembamkan pada leher jinjang Adara yang terdedah. Adara kaku serta-merta. Aiden smirk dalam diam.

Wrong step, angel.
Don't play with the devil.
Especially him.

Aiden menggeselkan hidungnya yang mancung pada ceruk leher Adara. Membuatkan Adara menahan geli. Dia cuma menahan perbuatan Aiden tetapi tidak berjaya.

"Are you trying to seduce me, baby?" Kini giliran Aiden pula membisik pada telinga Adara. Tangannya bermain-main pada pinggang Adara membuatkan Adara seram sejuk.

"N--no." Adara menepuk mulut sendiri apabila suaranya kedengaran tergagap-gagap. Adara memarahi dirinya sendiri apabila rancangannya untuk mengusik Aiden kini berbalik pada dirinya semula. Ah menyesal!

"Really? But it works." Aiden meniup lembut kulit leher Adara membuatkan Adara mengigil secara refleks. Aiden menahan senyuman melihat wajah pucat isterinya. Tadi berani sangat.

"Go get ready before I can't stop myself anymore, angel." Arah Aiden seraya melepaskan Adara daripada pegangannya. Adara yang tadi kaku seperti batu, bergerak pantas menyelamatkan diri daripada serangan Aiden.

Jantungnya berdegup laju mengepam darah ke seluruh badan. Terutamanya pada mukanya sekarang yang sudah berona merah seperti tomato. Adara mengurut dada. Dia menarik nafas panjang.

Nasib baik dia tak dibaham Aiden tadi. Fuh.

Adara tersenyum suka apabila menyedari dia dapat mengikuti Aiden ke pejabat. Sekurang-kurangnya berbaloi juga tindakan berani mati yang dilakukan sebentar tadi.

Janji dapat keluar! Yeay!

Aiden yang sudah lengkap berpakaian menunggu Adara di ruang tamu. Bibirnya tersenyum nipis apabila teringat perbuatan Adara tadi. Sudah kenal sangat sikap Adara yang terlampau berani. Sekali lagi senyuman kecil tersungging pada bibir Aiden.

"Why you have to be so cute, angel?"

-

-

.

     "AKU tunggu dalam bilik kau eh. Irsyad kan ada temankan aku." Kata Adara apabila dia dan Aiden sudah tiba di luar bilik mesyuarat. Tangan dia yang dipegang Aiden dilepaskan. Mahu mengatur langkah ke arah Irsyad yang menemani dia sepanjang Aiden bermesyuarat.

“Adara.” Panggil Aiden membuatkan Adara menoleh ke arah suaminya semula. Langkahnya dihentikan.

“Kenapa?”

“Come here, angel.” Adara geleng kepala tanda tak mahu. Tahu Aiden ada mesyuarat penting. Dia tak nak melengahkan Aiden lagi.

“Come. Here.” Sepatah-sepatah Aiden menyebut mengulang perkara yang sama. Tangannya dihulurkan pada Adara. Adara tak menyambut huluran tersebut.

Melihat Adara yang masih tak mahu bergerak, akhirnya Aiden melangkah mendekati isterinya. Tangan Adara diambil. Dipimpin masuk bersamanya ke dalam bilik mesyuarat yang sudah penuh dengan pekerja yang menunggu ketibaan Aiden.

Pandangan mereka jatuh pada Adara yang berada di sebelah Aiden. Membuatkan Adara menundukkan wajah menahan malu apabila menjadi pusat perhatian mereka di situ. Ini semua salah Aiden!

“Any problem with my wife?”

Nada Aiden yang keras serta-merta membuatkan mereka mengalihkan pandangan daripada Adara. Semuanya menunduk wajah apabila ditegur oleh Aiden sendiri.

“Then, start already. Don't waste my time.” Arah Aiden senada. Matanya menjeling tajam pada semua yang berada di situ. Cukup membuatkan para pekerjanya menahan nafas. Seolah hanya dengan bernafas sahaja akan membangkitkan amarah Aiden pada ketika itu.

Adara pula terkebil-terkebil tak tahu mahu duduk di mana. Semua pekerja lelaki yang berada di dalam bilik tersebut membuatkan dia semakin gemuruh. Rasa menyesal pun ada ikut Aiden kalau dia tahu ini yang jadi.

Aiden yang menyedari Adara masih tidak duduk pantas menarik kerusi lalu diletakkan disebelahnya. Dia menepuk lembut tempat duduk itu sebelum memanggil Adara.

“Angel, sit here.”

Lembut sahaja nada Aiden. Adara pantas melabuhkan punggung di situ. Kepalanya ditunduk. Terlalu malu nak bertentang mata dengan setiap orang yang berada di situ. Kakinya bergerak-gerak secara refleks apabila terlalu nervous terutamanya dalam keadaan sekarang.

“Relaks, I'm here.”

Tangan Aiden mengusap lembut lutut Adara. Menenangkan kegelisahan yang menguasai isterinya. Tindakan itu serta-merta membuatkan pergerakan kaki Adara terhenti.

Adara memegang tangan Aiden. Seraya itu, tangannya dihadiahkan ciuman hangat daripada Aiden membuatkan Adara terasa tenang. Kerusinya yang agak jauh daripada Aiden ditarik rapat mendekatkan lagi jarak antara mereka berdua.

“Stay close to me, hun.” Bisik Aiden perlahan hanya boleh didengari oleh Adara. Matanya masih menumpukan perhatian pada pembentangan projek baharu syarikat. Tindakan mereka langsung tak disedari oleh semua yang berada di situ.

Sepanjang mesyuarat itu keadaan mereka sebegitu. Pegangan tangan Aiden langsung tak lepas daripada memegang tangan Adara. Adara hanya membiarkan. Terlalu selesa apabila diperlakukan begitu.

Walaupun sekali sekala suara tegas Aiden akan menegur beberapa kesalahan atau menanyakan soalan membuatkan Adara sendiri terasa seram. Aiden akan memicit lembut tangan Adara menandakan tindakannya bukan ditujukan isterinya.

“Meeting dismissed. Thanks for today. I'm looking forward for our meeting next time. Do email me the full report of the project.”

Arah Aiden menamatkan mesyuarat syarikat pada hari ini. Semua pekerjanya menunduk hormat kepada Aiden. Masing-masing melepaskan nafas lega dalam diam apabila akhirnya tidak lagi perlu menghadap wajah dingin Aiden bersama aura garang yang selalu bersama majikan mereka itu.

Adara yang berada di sebelah Aiden turut bingkas berdiri apabila hanya mereka berdua yang tinggal di dalam ruangan tersebut. Meregangkan tubuh yang lenguh kerana duduk terlalu lama.

“Ugh, tak lenguh ke?” Adara bergerak ke belakang Aiden. Bahu Aiden dipicit sesekali.  Aiden mengangkat bahu sebagai balasan. Tali lehernya yang terasa ketat dilonggarkan dengan sebelah tangan.

“Aku dah biasa.” Balas Aiden menghentikan urutan Adara. Adara kembali duduk di sebelah Aiden. Matanya tak henti memandang wajah Aiden. Aiden yang perasan dirinya ditenung menoleh ke arah Adara.

“Nak apa?” Tegur Aiden. Adara sengih.

“Nak pinjam phone. Nak call nenek dengan Dila. Rinduuuu. Telefon aku kan dah rosak. Entah siapa tah main campak tak bagitahu dulu.” Pinta Adara sempat menyelitkan perlian dalam ayatnya. Dia menayang wajah tak bersalah apabila melihat wajah jengkel Aiden.

“Nah.” Aiden menghulurkan iphone miliknya kepada Adara. Adara tersenyum lebar. Tak sabar nak bersembang dengan Dila.

“Thank youuu. Password?”

“Adara.” Adara kerut kening mendengar jawapan suaminya.

“Hah?” Tanya Adara tak faham. Masih blur. Tak dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh Aiden.

“The password. Your name is the password, hun.”

Jelas Aiden ringkas. Adara melemparkan pandangan pelik pada Aiden. Tak tahu nak rasa apa. Teruja ada. Terharu pun ada. Okay fine, dia terharu. Aiden menoleh ke arah Adara.

“What?” Tanya Aiden ingin tahu apabila wajahnya ditenung Adara seperti mahu makan. Dia ada salah cakap ke?

“Kenapa letak nama aku?” Tanya Adara kembali. Rasa ingin tahu mula membuak-buak. Terlalu teruja rasa mahu melompat. Tetapi riak muka dikawal sebaik mungkin.

Walaupun bagi orang lain itu cuma benda kecil, tapi bagi dia itu dah cukup bermakna. Menandakan diri dia dihargai walaupun dalam sekecil-kecil perkara.

Aiden memicit pipi Adara sekilas sebelum menjawab soalan isterinya. Tak jawab nanti sampai esok diungkit Adara tak henti.

“Because you're special to me, angel. ”

?•????? ?????•?

      “MANA anak aku?” Tuan Malik menyoal Irsyad yang berada di luar bilik pejabat peribadi Aiden. Di sisinya terdapat dua orang suruhannya yang berpakaian serba hitam. Sama seperti yang menyerang Adara dahulu.

“Tuan Aiden tak benarkan Tuan Malik datang sini. Tolong pergi sebelum saya panggil pihak sekuriti.” Arah Irsyad tegas tanpa takut kepada Malik. Malik mengukir tersenyum sinis melihat keberanian Irsyad.

“Kau halau aku? Wrong move. Tapi aku suka dengan sikap berani kau. Buat aku terfikir kalau kau still berani macam ni bila aku hantar budak aku belasah kau cukup-cukup.” Ugut Malik, dia menolak tubuh Irsyad dengan kasar ke tepi.

“Anak aku dekat dalam dengan perempuan tu kan?” Sinis nada Malik. Wajahnya jelas menundukkan betapa dia tak suka apabila menyebut tentang Adara. Sekelumit pun dia takkan pernah menanggap Adara sebagai menantu dia.

“Kalau rasa papa rasa datang sini nak buat kecoh, baik papa balik.” Suara Aiden mencelah, membuatkan Malik melepaskan kolar baju Irsyad. Aiden menjeling Irsyad menyuruh dia membawa Adara ke kereta.

“Go get my wife.” Irsyad segera beredar dari situ tanpa banyak soal. Dengan sengaja, dia melanggar bahu kedua-dua orang suruhan Tuan Malik.

“Mana perempuan kau?” Malik memandang tajam wajah Aiden dihadapannya sekarang. Matanya dikerling ke dalam bilik pejabat Aiden. Mahu mencari kelibat Adara.

“Isteri aku bukan urusan kau. Since when you care?” Sindir Aiden dalam bicaranya. Menyindir sikap Malik yang langsung tak pernah mengambil berat tentang anak isterinya selama ini. Tuan Malik mengeluarkan tawa sinis.

“Since I'm divorced with your mother, son.” Bisik Malik dengan nada mengejek. Bibirnya terukir senyuman sinis. Aiden mengepal penumbuk. Tanpa amaran, batang leher Malik sudah menjadi sasaran Aiden.

“Kau tak layak cakap pasal mama lepas apa yang kau dah buat. Bersyukur aku bagi kau peluang hidup sampai sekarang. ”  Ugut Aiden menekan urat leher Malik. Kedua-dua orang Malik sudah mengacukan pistol ke arah Aiden apabila melihat keadaan itu.

“Nak bunuh aku? Say bye to your dark secrets. Sekelip mata, duit dengan business yang kau agungkan dari dulu tu hilang. Lenyap. Just you wait. Don't try me.” Aiden mencengkam leher Malik dengan lebih kuat. Malik mengangkat tangan menahan konco-konconya daripada melepaskan tembakan.

“Sentuh Adara, kau dengan business kau boleh pergi mati. Consider my warning for the last time.” Aiden melepaskan Malik daripada pegangannya. Dia berlalu pergi meninggalkan Malik di situ tanpa menoleh kembali.

Malik memegang lehernya yang terasa lebam. Figura Aiden yang sudah menjauh dipandang sepi. Tahu dia langsung takkan dapat berbaik dengan satu-satunya anak lelakinya itu.

“Dasar anak tak guna.”

?•????? ?????•?

          ADARA hanya mendiamkan diri sebaik Aiden masuk ke dalam kereta. Perubahan mood Aiden sejak berjumpa dengan bapanya tadi jelas kelihatan.

“Aiden, kau okay tak?” Tanya Adara perlahan. Cuba memulakan perbualan. Aiden diam tak membalas. Kakinya menekan pedal minyak meningkatkan kelajuan.

“Seatbelt.” Aiden mula bersuara. Tak menjawab persoalan Adara tadi. Adara lantas mengenakan seatbelt. Dia masih menunggu jawapan daripada Aiden.

“Aku okay. Don't worry about me, angel.”

Aiden menoleh ke arah Adara sekilas. Pipi Adara diusap lembut cuba menghilangkan rasa risau isterinya. Adara tersenyum lega. Aiden kembali memandu seperti biasa.

Pin! Pin! Pin! Bang!

Kedengaran bunyi hon dibunyikan tanpa henti dari belakang kereta Aiden diselangi dengan bunyi tembakan secara tiba-tiba. Adara menutup telinga. Mata dipejam rapat. Aiden mengerling pada side mirror kereta.

“What's going on Irsyad? ” Soal Aiden mahu mengetahui situasi sekarang. Dari pandangannya, kelihatan kereta milik Irsyad kini disekat oleh dua buah kereta SUV hitam. Aksi tembak menembak mula berlaku memburukkan lagi keadaan.

“King. Budak king. Shit.” Carut Irsyad apabila pelurunya sudah habis. Keretanya yang dilanggar berkali-kali menyukarkan Irsyad mengganti peluru.

“Adara, tukar tempat. Control the car.” Arah Aiden seraya sebelah tangannya mengambil revolver di dalam dashboard kereta. Sebelah tangannya lagi memegang stereng.

Adara mengigit bibir menahan rasa takut di dada. Dia menaikkan sedikit tubuhnya mahu beralih ke tempat Aiden. Dengan mudah, Aiden memegang pinggang Adara menarik ke atas ribanya.

Bang! Bang! Bang!

Aiden melepaskan tembakan tepat mengenai salah sebuah kereta yang menyekat Irsyad. Tubuh Adara yang mengigil diatas tubuhnya dipeluk dengan sebelah tangan.

“On autopilot.” Arah Aiden dengan sedikit kuat cuba menyaingi bunyi tembakan yang terlalu kuat. Terketar-ketar Adara menekan butang yang diarahkan oleh suaminya. Naik pucat tangannya apabila menggenggam stereng dengan ketat.

Bang! Bang! Bang!

Kali ini tepat tembakan Aiden mengenai enjin kereta kedua yang mengikuti keretanya sejak dari tadi. Revolver yang dipegang terasa ringan. Menandakan dia sudah kehabisan peluru.

“Irsyad, kau okay tak?”

Irsyad mengangkat ibu jarinya ke luar tingkap jelas dilihat oleh Aiden sebagai balasan. Melihat balasan Irsyad, Aiden mencampakkan revolver yang dipegang tadi ke seat belakang kereta.

“Call Dayyan. Mintak backup. Track location King daripada anak buah dia.”

“Baik, Tuan.” Irsyad membelok kereta bertentangan dengan arah yang dilalui oleh Aiden. Panggilan ditamatkan serta-merta.

“Adara, stop the car.” Adara mengikut arahan Aiden tanpa banyak soal. Dia masih terkejut dengan kejadian tadi. Kereta Aiden diberhentikan di tepi jalan.

“Are you okay, hun?” Tegur Aiden yang masih memeluk tubuh Adara yang berada diatasnya. Adara menunduk wajah. Kolam air mata yang bertakung sejak dari tadi pecah jua. Berjujuran air mata Adara jatuh berlinangan di pipi merah miliknya.

“Okay? Gila ke? Kita boleh mati tahu tak? Tahu tak tadi tu bahaya! Macam mana kalau kau mati? Aku macam mana, Aiden? Aku tak nak kau mati. Aku takut.” Luah Adara sambil menangis tak henti. Aiden mengetatkan pelukan pada pinggang Adara.

“Kenapa diorang nakkan aku? Kenapa aku? Kenapa aku yang kena hadap semua ni sorang-sorang? Kenapa mama dengan papa tinggalkan aku dulu? Apa salah aku?” Luah Adara lagi menghamburkan semua yang terbuku dalam hatinya selama ini. Kedua-dua belah tangannya menekup muka.

Aiden memusingkan tubuh Adara supaya menghadap dirinya. Wajah Adara ditarik disembamkan pada batang lehernya. Kedua-dua belah tangan Aiden memeluk Adara . Sebelah tangannya naik mengusap kepala Adara yang berbalut tudung. Bibirnya didekatkan pada sisi kepala Adara.

“Shhh... I'm here. Let go all the emotion. It doesn't makes you weak. You're the strongest woman I've ever known, baby. You're not alone. We're in this together. Kau ada aku. And I'm here for you always.”

Aiden menyeka air mata Adara dengan ibu jarinya. Dia menghadiahkan ciuman hangat pada dahi dan kedua-dua kelopak mata Adara sebelum memeluk Adara dengan seerat-eratnya.

“I'll make sure no one can touch you, angel.”

?•????? ?????•?

          “DAH?” Soal Aiden yang menunggu Adara pergi ke tandas tadi. Tubuhnya yang disandarkan pada kereta berdiri tegak apabila melihat Adara yang sudah kembali. Adara mengganguk sebagai balasan.

“Jom, balik.” Ajak Aiden membuka pintu kereta untuk Adara. Adara masih berdiri kaku. Berkira-kira sama ada mahu memberitahu Aiden.

“Ada orang kacau kau ke tadi?” Teka Aiden apabila Adara diam membisu. Matanya mencari sesiapa yang kelihatan mencurigakan. Adara pantas mengeleng laju. Mulutnya bergerak-gerak cuba memberitahu sesuatu.

“I can't hear you, honey.” Aiden menundukkan badan mendekati Adara. Mahu mengetahui apa yang cuba diberitahu oleh Adara.

“Aku period.” Bisik Adara terlalu perlahan. Tetapi dapat ditangkap oleh Aiden dengan jelas. Adara bermain dengan bajunya cuba menghilangkan rasa malunya apabila terpaksa berkongsi maklumat itu dengan Aiden.

Patutlah dia beremosi sangat tadi. Hormon tak stabil rupanya. Tindakan beraninya menggoda Aiden pagi tadi pun kini terjawab. Alahai macam mana boleh terlupalah.

“Nak aku belikan pad?” Tanya Aiden terus terang dengan selamba. Adara mengangguk. Rasa malu dia jangan tanya. Rasa macam nak terjun bangunan je.

“Wait here, okay?” Arah Aiden sebelum pergi. Adara mengganguk seperti anak kecil. Dia memandang Aiden yang sudah masuk ke dalam kedai serbaneka.

“Apa kau ni Ara? Buat malu je ya Allah.” Rungut Adara sendirian. Dia menekup muka yang ditebalkan 10 inci untuk menghadap Aiden nanti. Tubuhnya yang terasa penat membuatkan dia mengantuk.

Adara menggosok matanya untuk kesekian kalinya. Cuba menahan kantuk. Tak lama kemudian, Aiden kembali bersama beg plastik hitam.

“Ngantuk?” Tanya Aiden apabila melihat wajah mamai Adara. Adara hanya mengumam tanpa sedar. Beg plastik tadi disangkut di seat belakang kereta. Aiden menurunkan seat Adara membolehkan Adara berbaring.

Seolah orang mengantuk disorong bantal, tak lama selepas itu Adara sudah terlelap dengan lena. Aiden membuka suit jaketnya lalu menyelimutkan tubuh Adara. Kereta itu lalu dipandu Aiden dengan laju menelusuri jalan raya.

?•????? ?????•?

     “MAK JAH, tolong blenderkan nenas buat jus. Nanti hantar dalam bilik Aiden.” Pinta Aiden kepada Mak Jah sebaik sampai ke rumah. Mak Jah hanya menurut kata majikannya.

Aiden pula kembali ke keretanya. Tubuh Adara yang masih nyenyak tidur diangkat secara bridal style ke dalam rumah. Satu persatu anak tangga dinaiki Aiden dengan berhati-hati bersama Adara di dalam pegangan. Langkah diatur menuju kamar tidur mereka berdua.

Seraya itu, Aiden meletakkan tubuh Adara diatas katil dengan perlahan-lahan. Usai itu, Aiden menuju ke bilik air untuk menyediakan air hangat untuk digunakan oleh Adara nanti.

Terlebih dahulu dia sudah menghubungi Nek Kalsum dan Puan Rossa meminta bantuan untuk membantu Adara yang sedang datang bulan. Tak mahu memandai-mandai mengikut kepalanya sendiri.

“Adara, bangun. Mandi.” Kejut Aiden dengan lemah lembut. Adara yang baru tersedar dari lena sedikit terkejut apabila sudah berada di dalam bilik mereka.

“Huargh, kau angkat aku ke?” Tanya Adara masih mamai. Sesekali mulutnya menguap. Tahu soalan dia tak masuk akal. Tapi faham-fahamlah. Otak lag sikit kalau baru bangun tidur ni.

“Siapa lagi kalau bukan aku? Pergi mandi.” Aiden menghulurkan tuala mandi kepada Adara. Adara hanya menurut tak membalas apa-apa. Langkahnya diatur ke bilik air.

Tak lama kemudian, Adara kembali lengkap berpakaian tidur. Baju T shirt Aiden yang diberikan oleh suaminya tadi dipakai. Kelihatan besar dan labuh saja pada tubuhnya yang kecil.

“Adara sini. ” Panggil Aiden menepuk tempat kosong disebelahnya. Di tangannya memegang segelas jus nenas yang diminta daripada Mak Jah.

“Minum.” Arah Aiden. Dia menghulurkan gelas itu kepada Adara. Adara menyambut huluran suaminya. Dia mengambil tempat disebelah Aiden diatas katil mereka.

“Mana kau tahu ni?” Tanya Adara. Jus nenas itu dihirup sedikit demi sedikit. Aiden pula mengeringkan rambut Adara yang basah. Tak mahu Adara terkena selsema. Lalu, disikat dengan kemas.

“Aku tanya nenek dengan mama.” Balas Aiden jujur. Adara menoleh ke arah Aiden dengan mata yang dibulatkan.

“Betul ke?” Tanya Adara tak percaya. Aiden mengangguk. Ah malunya! Adara meringkukkan tubuh apabila rasa sakit mula mencucuk pada bahagian perutnya.

Senggugut tak guna.

“Sakit?” Tanya Aiden risau. Adara mengangguk dengan mata dipejamkan. Ini yang dia paling tak suka. Urgh.

“Baring.” Adara segera baring dengan tangannya menekan perutnya seolah mahu meredakan rasa sakit tersebut. Aiden menyelak baju Adara.

“Jangan. Aku malulah. ” Tahan Adara mengeleng kepada Aiden. Aiden mengambil minyak panas lalu disapukan pada tangannya.

“I'm your husband, Adara. Don't be shy. Aku nak urut kau. ” Pujuk Aiden. Adara mengalah. Dia melepaskan tangan Aiden.

Terasa hangat perutnya apabila Aiden melumurkan minyak panas itu pada bahagian perutnya yang terasa sakit. Urutan Aiden semakin lama membuatkan rasa sakit itu hilang.

“Better?” Adara angguk. Dahinya yang terkerut menahan sakit kembali seperti biasa. Aiden membersihkan tangan pada singki bilik air sebelum menyertai Adara tidur di atas katil.

Aiden menarik Adara ke dalam pelukan. Adara hanya mengikut saja tindakan Aiden. Kepalanya diletakkan diatas dada bidang milik suaminya. Sementara, tangan Aiden melingkari pinggangnya.

“Rest well, hun.”

Sorry for the latee update And making you waiting So here's an update foryo on my birthday today<333 Loveyou, stay tune ! (◍•ᴗ•◍)❤

Share this novel

norsila
2022-02-28 00:38:43 

hppy bdy


NovelPlus Premium

The best ads free experience