BAB 4

Romance Series 81452

Semua berkumpul diruang tamu bila Dato'Norman ingin memberitahu sesuatu. Inara Adelia tidak senang duduk, dari tadi Ammar Hafiy memandang ke arah dengan pandangan tidak puas hati.

Sudah tentu pasal tadi!

Ammar Hafiy hanya menayangkan senyuman sangat sukar ditafsir. Dia memerhati sahaja gadis itu gelisah tatkala bertentangan mata dengannya.

'Tahu pun takut. Tadi mulut tu tak pandai sangat nak jaga. Siap kau nanti' getus hati Ammar Hafiy.

"Papa ada perkara nak beritahu pada kamu semua" Dato'Norman memulakan bicara.

Semua tekun mendengar.

"Hujung minggu ni, kita akan pergi bercuti ke Cameron Highlands" kata Dato'Norman dengan teruja.

Sudah lama dia tidak bercuti bersama keluarga. Sebelum ini semua sibuk dengan kerja. Inilah waktu paling sesuai ingin meluangkan waktu bersama keluarga.

Mia Aleesya dan Datin Zizah bersorak keriang. Manakala Inara Adelia pula, hanya diamkan diri. Tidak tahu apa yang harus memaparkan. Begitu juga dengan Ammar Hafiy. Diam.

"Mia suka sangat Pa! Dah lama kita tak bercuti. Nasib hujung minggu ni Mia tak ada kelas" Mia Aleesya sudah terbayangkan tempat menarik ditanah Cameron Highlands nanti.

Ammar Hafiy hanya menguling mata ke atas tanda menyampah dengan adiknya itu.

"Inara. Kamu tak suka ke?" tanya Datin Zizah. Dia perasan perubahan pada Gadis itu.

Inara Adelia berpaling ke tepi dan menggeleng kecil.

"Bukan tak suka, Ma. Tapi... Inara ada kelas hujung minggu ni" kata Inara Adelia dengan lembut.

Bukan apa, takut kalau mereka terasa hati ke apa.

"Kau cakap tak ada kelas hujung minggu ni kan?" celah Mia Aleesya.

"Sir  Wan cakap ada kelas. Dia kan nak berpindah, jadi dia nak kenalkan Sir baru ganti dia" balas Inara Adelia.

Ammar Hafiy menguntum senyum dalam diam.

'Bagus! Ini adalah peluang terbaik. Aku mampu buat apa sahaja ke atas kau nanti' getus hati Ammar Hafiy.

"Tapi Pak Mat dengan Mak Melah tak ada dekat rumah. Papa bagi mereka cuti 2 minggu. Tak apa ke kamu keseorangan tinggal?" sampuk Dato'Norman.

'Ini nasib memang berpihak pada aku betul. Selama 2 minggu, kau akan jadi milik aku sepenuhnya sayang...' getus hati Ammar Hafiy lagi.

"Tak apa, Pa. Inara okay sahaja" balas Inara Adelia.

"Kalau macam itu, ambil kunci kereta Papa lagi satu tu. Senang sedikit Inara nak ulang alik ke Kolej" sambung Dato'Norman.

Dia hanya mengangguk sekilas.

"Ammar, kamu macam mana pula?" tanya Datin Zizah.

"Ammar ikut" jawab Ammar Hafiy.

Inara Adelia menarik nafas lega bila lelaki itu mengikuti keluarganya. Tenang sedikit hidupnya nanti.

•••

Inara Adelia membuka pili air lalu membasuh muka. Dia mencapai tuala kecil lalu mengesat pada permukaan. Sempat dia melihat dirinya ke dalam pantulan cermin sebelum keluar daripada bilik air.

Pintu dibuka dari dalam, kakinya memijak lantai dan menutup kembali pintu tersebut. Dia memusing ke hadapan dan terpaku melihat Ammar Hafiy sedang menghampiri dirinya itu.

Belum sempat dia mahu masuk kembali ke dalam bilik air, sekali tarikan tubuhnya ditolak ke dinding. Dia berdesis sakit.

"Sa... sa...kit..  Am...am..mar" pantas Inara Adelia menunduk ke bawah. Rasa gerun bila mahu bertentangan mata dengan lelaki itu.

"Mana kau nak lari, huh?" Ammar Hafiy rapatkan diri dan mengunci pergerakkan Inara Adelia.

"Pandang mata aku, sayang" arah Ammar Hafiy.

Dia masih menunduk ke bawah.

Ammar Hafiy bengang bila gadis itu tidak dengar arahannya.

PAP!

"Pandangan mata aku, sayang!" rambut Inara Adelia dicengkam kuat supaya mendongak kepadanya.

"Sa...sa..kit" air mata mula pecah membasahi pipi.

"Berani kau nak bongkar rahsia tu pada Mia ya. Kau memang suka aku buat macam ni kan" Ammar Hafiy mencium pipi Inara Adelia dengan perlahan.

"Saya minta maaf. Saya janji tak akan beritahu pasal awak lagi pada Mia. Saya janji Ammar" ujar Inara Adelia separuh rayu.

Dia menggelengkan kepala.

"Disebabkan kau ingkar arahan aku. Kau kena terima hukuman kau ni" tubuh Inara Adelia ditolak ke atas katil.

Pantas dia menggeleng laju dan mengesot ke belakang. Dia pejamkan mata bila Ammar Hafiy membuka baju.

Kedua belah kaki Inara Adelia ditarik kuat sehingga terbaring ditengah katil. Lantas dia menindih tubuh kecil itu.

•••

Hujung minggu telah tiba. Sejak dari tadi Mia Aleesya tidak henti pujuk dirinya supaya mengikuti sekali. Dia menolak secara lembut. Ikutkan hati memang dia mahu ikut tetapi masalahnya esok ada kelas. Kelas itu sangat penting.

"Betul ke kau tak nak ikut kami?" tanya Mia Aleesya. Dia muncung sahaja bibir mulutnya itu.

"Betul. Aku ada kelas esok. Nanti mengamuk Sir  Wan tu, habis satu kelas tu tau" jawab Inara Adelia.

"Okay baiklah. Jaga diri kau elok-elok. Jangan nak tidur lewat sangat, nanti Cik Pontianak datang mengilai dekat kau. Dia buat macam ni, Inara.... Tolong... Inara..." usik Mia Aleesya sambil menakutkan Inara Adelia.

PAP!

"Mia! Jangan takut aku macam ni" marah Inara Adelia.

"Pontianak tu kau. Pergi masuk dalam kereta tu cepat. Mama dengan Papa dah tunggu tu" celah Ammar Hafiy.

"Okay. Inara aku pergi dulu" pamit Mia Aleesya dan menuju ke arah kereta.

"Kau nak pergi mana?" lengan Inara Adelia ditarik.

"Apa awak nak lagi ni, Ammar?" soal Inara Adelia.

Dia melepaskan pegangan tadi, sambil mengeluarkan telefon bimbit. Lantas Inara Adelia menunduk ke bawah.

"Kalau kau tak nak aku sebar gambar ni, jangan sesekali nak menggatal dengan mana-mana lelaki. Faham?" ujar Ammar Hafiy.

"Faham" balas Inara Adelia.

Dia tersenyum menang dan beredar pergi.

•••

Inara Adelia baringkan dirinya ke atas katil. Mata baru sahaja ingin terlelap, namun tidak jadi tatkala bunyi notification aplikasi WhatsApp masuk. Lantas dia mencapai telefon di atas meja.

Azeem Classmates

Kita keluar sekejap boleh? Saya ada perkara penting mahu beritahu pada awak. Jangan risau, perkara lain nak beritahu. Bukan pasal tu lagi.

Lama Inara Adelia merenung ke arah mesej tersebut. Matanya pula melihat jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 10:30 Malam.

Mahu keluar sudah lewat malam. Tapi ada perkara penting mahu diberitahu.

Tanpa berfikir panjang dia terus membalas 'okey' kepada Azeem. Dia mula menurun katil dan bersiap.

Dia telah terlupa pada amaran yang diberikan oleh Ammar Hafiy pagi tadi.

•••

"Sorry lambat, jalan sibuk sikit" kata Inara Adelia sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi batu itu.

"Tak apa, saya faham. Awak datang juga, saya ingat awak dah tak datang" balas Azeem.

Matanya merenung ke arah Inara Adelia.

Mungkin malam ini, malam terakhir dia berjumpa dan menatap wajah gadis itu.

Inara Adelia mula berasa tidak selesa, apabila Azeem tidak henti merenung wajahnya dari tadi.

"Err.. apa yang penting sangat awak nak cakapkan itu?" soal Inara Adelia bagi mengalihkan perhatian Azeem.

Tanpa berkata apa-apa lagi, dia menghulurkan sepucuk surat.

Surat tadi bertukar tangan.

Mata Inara Adelia meneliti setiap butiran yang tulis pada surat tersebut. Tidak lama kemudian dia angkat kepala lalu pandang wajah Azeem yang sedang senyum nipis itu dengan tanda tanya.

"Kenapa awak nak pindah? Atau sebab saya awak nak pindah?" tanya Inara Adelia sambil mengangkat sebelah kening.

"Mak,ayah saya nak pindah dekat luar negara. Nak atau tidak, saya terpaksa ikut" jawab Azeem.

Inara Adelia berfikir sejenak lalu memegang kedua belah tangan Azeem.

Azeem terkejut dengan kelakuan Inara Adelia. Tidak pernah lagi gadis itu menyentuh tanganya.

"Saya harap awak tinggal dekat sana, awak akan dapat kehidupan baru. Saya akan doakan semoga awak berjaya suatu hari nanti. Saya berharap awak akan dapat lupakan saya, saya berharap juga awak akan dapat yang lebih lagi baik dari saya. I'm so sorry sebab selalu tolak cinta awak. Saya tak layak untuk awak" kata Inara Adelia lalu senyum manis ke arah Azeem.

Azeem senyum tawar lalu mengangguk lemah.

"Saya pun sama, berharap agar awak dapat pasangan yang boleh jaga awak" Azeem mula memegang kedua belah pipi Inara Adelia.

Banyak mereka habiskan waktu dengan berborak panjang. Waktu malam pula semakin berlarutan. Dia masih lagi tidak pulang ke rumah.

Ammar Hafiy melihat dari jauh itu telah menghentak stereng kereta dengan kuat.

Tidak tahu kah gadis itu. Dia tidak mengikuti keluarganya bercuti dengan alasan ada masalah Syarikat.

"Semakin berani kau sekarang kan? Tengok apa aku buat" ujar Ammar Hafiy lalu menekan pedal minyak kereta dengan kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience